Saturday, January 3, 2009

Hadi mahu Wahid keluar dari kepompong Wakaf Mempelam

KALAULAH ada alat pengesan degupan jantung untuk kira-kira 8,000 hadirin dalam Stadium Negeri sesaat sebelum Presiden Pas, Hadi Awang mengumumkan calon parti itu untuk pilihan raya kecil P 036 Kuala Terengganu, sudah tentu tercatat semuanya terhenti seketika.

Semua orang seolah-olah terkedu dan kelu ADUN Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut diumumkan menolak segala ramalan kononnya sama ada Mat Sabu, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Mustafa Ali atau Wan Mutallb Embong akan dipilih.

Kini sama ada Wahid Endut mampu mengalahkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada 17 Januari depan, orang yang sudah pun boleh diisytiharkan menang tidak lain daripada Hadi Awang sendiri.

Sebagai ‘orang kuat’ dari Terengganu, Hadi pasti mahu suara dan pandangannya diambilkira dan dengan bijak beliau memilih Wahid Endut sebagai jalan keluar perang dalaman di antara dua pihak – golongan ulama ‘lama dan tua’ sehaluan dengan Mursyidul Pas, Nik Aziz Nik Mat yang mahu Mat Sabu dicalonkan; golongan muda dan ahli korporat Pas didokong golongan muda sebulu dengan Nasharudin Mat Isa.

‘Perang dalaman’ Pas berlarutan sehingga Hadi mengakui mereka terpaksa beristisyarah dan solat istiqarah tetapi sebenarnya pengumuman beliau menyembunyikan hakikat betapa tebalnya semangat asabiyah nganukite yang diagung dan dipenuhinya itu.

Hadi memilih jalan tengah mendamaikan puak lama Nik Aziz dan kumpulan Erdogan dalam Pas dengan memilih Wahid Endut, ‘jaguh kampung’ yang menjadi ADUN Wakap Mempelam – kubu terkuat- Pas sejak dulu lagi.

Wahid, 52, sudah menguasai Wakaf Mempelam sejak 1990 lagi dan dikatakan menjadi seolah-olah pemimpin yang ditaksubi pengundi turun-temurun di kawasan DUN kira-kira 20,000 orang pemilih itu. Pada pilihan raya 1990, 1994, 1998, 2004 dan 2008, Wahid memperoleh lebih 51 peratus undi.

Walaupun pada 1994 beliau bertanding atas tiket Semangat 46, pun, Wahid tetap terpilih. Calon jagoan yang akhirnya mahu dikeluarkan Hadi daripada kepompong Wakaf Mempelam itu jelas kelihatan seperti tidak keruan apabila namanya diumumkan untuk bertarung di arena lebih mencabar iaitu Parlimen Kuala Terengganu.

Beliau kata ada banyak isu akan diketengahkannya ketika kempen sambil mendedahkan kononnya tindakan melepaskan tembakan peluru hidup di Batu Burok dan betapa setinggan dipaksa keluar dari kawasan penempatan mereka, semua adalah tindakan kejam BN menyamai penindasan terhadap rakyat Palestin.

Tetapi apakah tindakan dan projek pembangunan Pas selama empat tahun memerintah Terengganu tidak pula dinyatakan? Pas sendiri jelas tidak mampu dan gagal membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat jelata.

Hadi bukan saja bijak mengutuk tetapi gagal membawa kemajuan malah Pas ibarat anjing menyalak bukit apabila mengisytiharkan ia mahu hudud dilaksanakan. Apabila disergah oleh DAP dan tidak disokong Anwar Ibrahim, Pas menarik balik isu hukum hudud dan menyalahkan UMNO menghalangnya.

Kini jaguh kampung dari Wakaf Mempelam dengan isu hukum hudud dan dosa pahala cuba digembar-gemburkan semula oleh Pas, perlu melangkah keluar ke arena lebih luas.

Wahid perlu sedar, Menteri Besar Ahmad Said dengan slogan ‘Bukan cakap, kita buat’ melalui program Melahirkan Generasi Ulul-Albab dan ‘Contohi Pelajar Terengganu’ sudah berjaya membina golongan berpendidikan dan mereka inilah yang akan membantu mengikis dan menurunkan kadar rakyat miskin di negeri ini.

Pas ibarat ayam jantan yang akan tetap berkokok terutama di pagi hari tetapi menjadi kecut dan lesu ibarat ayam berak kapur bila berdepan DAP dan Keadilan.

-dipetik daripada malaysiaaktif.com-

5 comments:

Anonymous said...

Umno kata personaliti tidak penting di Kuala Terengganu

Saya mendapat maklum sejurus selepas pengumuman calon PAS bagi pilihan raya kecil P.039 Kuala Terengganu, bilik operasi Umno/BN menjadi gegar. Ternyata mereka terpedaya dan tidak menjangkakan yang PAS akan menamakan YB Mohd Abd Wahid Endut sebagai calon.

Ini terbukti apabila mereka segera mengeluarkan kenyataan bahawa personaliti calon tidak penting yang penting adalah parti yang dipilih. Sedangkan beberapa hari selepas Senator Wan Farid diumumkans ebagai calon Umno/BN, yang lebih ditonjolkan adalah Wan Farid. Ini menunjukkan yang dari sudut keperibadian, keterampilan dan pengalaman, Wahid Endut jauh lebih baik dari Wan Farid.

Pengaruh Wahid dan kaum keluarganya di Kuala Terengganu diiktiraf dan diketahui umum, sedangkan pengaruh Wan Farid dalam hal ini boleh dipertikaikan. Tidakkah dalam PRU lalu abang Wan Farid iaitu Wan Hisham yang ketika itu EXCO kerajaan negeri tewas kecundang dan gagal mempertahankan kerusi DUN Ladang apabila beliau rebah ke tangan calon PAS iaitu bekas Pengarah Tanah Negeri, Dato Tengku Hasan. Mengapa Wan Hisham ditolak?

Kerana itu hari ini kita lihat dalam NST contohnya Wan Farid berkata:

This is not a contest between personalities.
Ini bukannya pertandingan antara personality

Dan malah dalam akhbar yang sama Wan Farid mengakui kemampuan Wahid apabila akhbar berkenaan melaporkan:

Acknowledging the gap in experience between him and Wahid, he said his opponent is a seasoned assemblyman.

Mengakui jurang perbezaan pengalaman antara beliau dengan Wahid, beliau (Wan Farid) berkata lawannya jauh berpengalaman sebagai seorang ADUN.

Saya yakin jika pertandingan di Kuala Terengganu ini tidak dicemari dengan insiden berat sebelah atau salah guna kuasa, insyallah berkat keihklasan dan kerja kuat semua pihak, PAS akan mampu merampas kembali kerusi Parlimen inis ekaligus menokok bilangan kerusi parlimen Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat.

Orang Terengganu mahukan calon yang baik, yang berkualiti, PAS telah memenuhinya. Kini giliran mereka, para pengundi untuk membutikan bahawa mereka mahukan yang terbaik buat parlimen mereka dan ini hanya dapat dilaksanakan dengan cara memenangkan calon PAS pada 17 Januari nanti.

Anonymous said...

Puak-puak yahudi dilihat semakin melampau dalam menyerang umat Islam di Palestine. kegilaan dalam serangan yang dilancarkan itu menampakkan betapa bencinya musuh Islam yang bernama Yahudi.

Jika dikaji dari sinaran Al-Quran, kita akan ketahui dimanakah punca permusuhan yang ditanam oleh orang yahudi terhadap Umat Islam. semuanya bermula semangat kebangsaan bani Israel yang menebal sehingga mereka tidak mahu nabi akhir zaman dari kalangan bangsa lain.

Segalanya ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman Allah;

وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya;
“Ramai dari kalangan Ahli Kitab bercita-cita untuk mengeluarkan kamu dari agama kamu selepas keimanan kamu agar kamu menjadi kufur, ianya adalah kerana dengki yang wujud dalam diri mereka sendiri selepas nyata kepada mereka kebenaran. Maka maafkan mereka dan biarkanlah mereka hingga Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah berkuasa atas semua perkara”

(Surah Al-Baqarah : 109)

Menurut Imam Ibni Kathir, ayat ini diturunkan berkenaan dengan dua orang yahudi yang bernama Abu Yasir bin Akhtab dan Huyay bin Akhtab yang sangat memusuhi dan membenci Islam sehingga sentiasa berusaha hendak memurtadkan orang islam[1].

Adapun menurut Imam Fakhru Ar-Razi pula, ayat ini diturunkan berkenaan dengan dua orang yahudi yang bernama Finhas bin ’Azura’ dan Zaid bin Qais bersama sebilangan yahudi yang telah berjumpa dengan Khuzaifah bin Al-Yaman dan ’Ammar bin Yasir selepas kejadian peperangan Uhud.

Kehadiran mereka itu dengan tujuan untuk memburukkan Islam dengan mendakwa bahawa kegagalan islam dalam peperangan uhud membuktikan bahawa Islam adalah agama salah, lalu mendakwa bahawa agama yang sebenar adalah agama yahudi.

Mendengar dakyah jahat itu, menyebabkan Khuzaifah terus berkata:

فقد رضيت بالله رباً وبالإسلام ديناً وبالقرآن إماماً وبالكعبة قبلة وبالمؤمنين إخواناً

Maksudnya;
”Sesungguhnya aku redha Allah sebagai tuhan, Al-Quran sebagai Imam, Kaabah sebagai kiblat dan orang Islam sebagai saudara”

Apabila dua orang sahabat ini berjumpa dengan Nabi SAW, Baginda terus berkata kepada mereka dengan menyatakan:

أصبتما خيراً وأفلحتما

Maksudnya;
“kamu mendapat kebaikan dan kamu telah berjaya”

Ekoran dari kejadian itu, Allah menurunkan ayat ini[2].

Jika diperhatikan kepada Ayat ini, Allah menyatakan dimanakah punca permusuhan itu berlaku. Ianya adalah terletak kepada hasad dengki yang wujud dalam diri orang yahudi terhadap Islam itu sendiri.

Puak-puak yahudi mempunyai semangat kebangsaan yang sangat kuat. Semangat nasionalis yang ditanam dikalangan orang yahudi sehingga mereka mendakwa bahawa bangsa mereka sahaja bangsa yang terbaik, sehinggakan sampai satu tahap, mereka tidak mahu menerima nabi selain dari bangsa mereka.

Memandangkan kedatangan Nabi Muhammad dari bangsa arab, menyebabkan mereka tidak berpuas hati, yang akhirnya mereka berani menyelewengkan kandungan kitab Taurat yang menceritakan tentang diri Nabi Muhammad SAW secara terperinci.

Perkara ini dinyatakan oleh Allah;

فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّه

Maksudnya;
“Maka kecelakaanlah terhadap mereka yang menulis kitab dengan tangan-tangan mereka sendiri kemudian mendakwa, ini adalah daripada Allah SWT”

(Surah Al-Baqarah : 79)
ِ
Kedatangan Nabi SAW yang berbangsa arab itulah punca kebencian mereka terhadap Islam yang akhirnya mereka menaruh dendam yang tidak berkesudahan terhadap umat nabi Muhammad SAW sehingga sampai satu tahap mereka sanggup melakukan apa sahaja, agar umat Nabi Muhammad tidak akan wujud di muka bumi Allah SWT ini.

Jelas kepada kita, punca permusuhan ini adalah bersebab semangat nasionalis kebangsaan yahudi yang menebal sehingga sanggup menafikan kebenaran tentang kedatangan Nabi Muhammad SAW.

Justeru itu, jika mana-mana pihak pun yang memperjuangkan semangat nasionalis, maka itu juga merupakan pegangan yang sama dengan yahudi, yang sudah pasti, ianya adalah satu fahaman yang sesat lagi menyesatkan.

Oleh itu, hapuskan segala parti yang bertunjangkan semangat nasionalis dimana-mana sahaja, terutama di Kuala Terengganu dalam pilihanraya akan datang. Tidak ada gunanya kita membidas dan membenci yahudi, tetapi dalam masa yang sama kita adalah pendokong fahaman yang seiras-iras dengan yahudi.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

- Sri Indah (B), Sg Buloh
4 januari 2009 * 4:38 pagi.



[1] Ibni Kathir : 1/382.
[2] At-Tafsir Al-Kabir : 2/275.

Anonymous said...

KINI GILIRAN KITA

Melaksanakan Tugas Sukar ini


Malang sungguh saya tidak berkesempatan untuk menghadhiri Majlis Pengisytiharan Calon di Stadium Negeri Terengganu baru - baru ini kerana terpaksa mengambil dan menghantar anak sulong yang akan menjalani sessi persekolahannya di Maahad Muhammadi Kota Bharu esok .


Semalam saya sempat mengikuti rakaman ucapan Sohibus Samahah Dato' Seri Tuan Guru Presiden di www.terengganukini.net . suatu ucapan yang cukup mengharukan . Faham benar saya betapa sukarnya Ayah Chik nak buat keputusan . Sebagaimana sukarnya AJK PAS Pusat mahu memutuskan siapa calon PAS di P.036 Kuala Terengganu , lebih lagi sukar Ayah Chik untuk memutuskan siapa calon yang terbaik dari semua senarai calon-calon yang baik dan hebat setelah mandat diserahkan kepada Ayah Chik untuk menentukan calon dari senarai yang ada .


Kesukaran itu lebih tampak jelas melalui ucapan Ayah Chik sebelum mengisytiharkan calon baru - baru yang saya petik secara ringkas seperti berikut :


[ " Mengendalikan tugas yang berat ini saya terpaksa mengikut panduan yang diajar oleh Nabi saw iaitu istikharah dan istisyarah saya tidak payah terjemah , Dr Tan Seng Giaw tahu….dia boleh baca jawi.


Istikharah dan Istisyarah, kalau Dr Tan Seng Giaw tahu orang PAS tidak tahu malang . Sabda Nabi saw: “ Tidak sia-sia mereka yg beritikharah dan tidak sesal mereka yang beristisyarah ”.


Beristisyarah kita mendengar pandangan-pandangan manusia dan rakan-rakan semua pihak yang kita tahu yang kita kenal yang kita percayai , Istikharah memohon pertolongan dari Allah swt lepas itu kita bertawakal kepada Allah swt.Setelah mengambil pendekatan itu maka saya ingin membuat pengumuman calon yg dipilih oleh PAS yang diamanahkan untuk bertanding dalam pilihan raya ini ialah Tuan Hj Mohd Abd Wahid bin Endut.


Beliau ialah YDP PAS kawasan Kuala Terengganu. Kerana yang kita nak lawan ni Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu. Yang padan dengan Ketua Bahagian Umno ialah YDP PAS Kawasan. Kita beri kepercayaan sebelum saya mengulas lebih panjang dan memang dia tidak minta jadi calon dan saya pilih dia " ... ]


Tahniah saya ucapkan kepada Ayah Chik kerana telah selesai melepasi detik sukar untuk menentukan siapakah calon yang bakal mewakili parti kelak . Walaupun mengejutkan banyak pihak malah saya sendiri tidak menjangka Yb. Abdul Wahid Endut akan dipilih mewakili parti dalam pilihanraya kecil kali ini kerana namanya tidaklah tersenarai dalam senarai calon yang disebut - sebut bakal mewakili parti .


Sungguhpun begitu , sejurus nama tersebut diumumkan dan saya mendapat maklumat tersebut dari rakan yang hadhir di majlis pengisytiharan , terus sahaja terpacul perkataan Masyaallah , betapa nama itu hebat tetapi tidak terlintas dalam fikiran saya bahkan orang lain bahawa dialah sepatutnya mewakili parti atau sekurang - kurangnya masuk senarai .


Yb. Abdul Wahid Endut , begitulah nama yang sangat popular di Kuala Terengganu malah seorang yang saya kenali sejak lama dulu sebagai figure yang menarik serta mempunyai pakej yang cukup sesuai untuk menjadi wakil rakyat . Kebetulan pula beliau adalah abang kepada sahabat lama saya semasa belajar di Mesir dulu iaitu al Fadhil Ustaz Nuri Endut yang kini berkhidmat di Negeri Perak Darul Ridzuan .


Tetapi peliknya , beliau tidak masuk senarai malah tidak terlintas dalam fikiran kami sebelum ini sebagai bakal calon dan tambah pelik apabila ia diumumkan oleh Ayah Chik masing - masing kami para petugas ini merasakan Ya ! inilah calon yang paling baik dan layak ... sekali lagi saya ucapkan syabas buat Ayah Chik .


Kini Giliran Kita


Persoalannya , kita baru sahaja selesai mengisytiharkan calon sementara laluan untuk menang pilihanraya kecil ini masih jauh dan memerlukan komitmen yang jauh lebih besar dari sekadar meletak calon .


Kalau tadi Ayah Chik telah berjaya menyelesaikan tugas besarnya dengan istikharah dan istisyarah untuk meletak calon dan ia satu permulaan yang cukup baik dan hebat , maka kini saya kira tanggungjawab kitalah pula untuk menggerakkan segala upaya yang ada pada kita bermula dengan jentera UPU , MTD , Kawasan , Negeri , tenaga sokongan dari negeri - negeri lain dan semua ahli PAS demi memastikan kemenangan menjadi milik kita insyaallah .


Permulaan yang diasaskan oleh Ayah Chik memasuki gerbang pilihanraya kecil kali ini dengan mengambil petunjuk Allah swt dan bertawakkal kepadaNya dalam meletak calon sekaligus menjadi isyarat kepada kita bahawa segala kerja dan tugas yang kita laksanakan sepanjang musim kempen pilihanraya ini khasnya dan sepanjang musim perjuangan kita amnya mestilah juga berpaksi kepada petunjuk Allah swt [ taufiq & hidayah ] dan bertawakkal kepadaNya.


Mudah - mudahan [ kita harapkan dari Allah Jalla wa A'la ] dengan permulaan yang hebat , kita akan berakhir dengan hebat jua Insyaallah . Namun janganlah kita ambil mudah tugas dakwah menyedarkan insan agar menyertai perubahan yang ditaja ini untuk menolak UMNO dan BN lantas menterjemahkannya di peti undi untuk memenangkan PAS .


Saya percaya tidak mudah untuk meyakinkan semua pihak apa yang kita lakukan ini . Bukan sahaja UMNO dan BN yang sememangnya menolak Islam tetapi juga dari kalangan rakan - rakan jamaah Islam lainnya yang mulai curiga dengan pendekatan PAS dewasa ini . Banyak fitnah mula dilemparkan dan kekeliruan ditimbulkan .


Sementara itu , agak sukar juga bagi PAS untuk menjelaskan dasar dan strateginya dalam apa jua pendekatan terkini yang diambil secara terbuka dan terperinci . Cuma saya yakin dan percaya bahawa PAS masih di paksinya yang betul dan tepat untuk membawa Islam ini kepada masyarakat dan mendaulatkannya di atas tanahair kesayangan ini .


Saya juga merasakan bukan ini masanya yang sesuai untuk 'berbahas' apalagi "bertekak" dengan pelbagai pihak mengenai pendekatan - pendekatan PAS mutaakhir ini yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai telah lari dari prinsip perjuangan yang asal .


Selagi mana kita yakin bahawa pendekatan yang diambil tidak bercanggah dengan syariat berasaskan dalil atau nas yang ada , walau timbul khilaf pandangan dengan pihak lain , kita abaikanlah dulu dengan kita memberi fokus kepada banyak perkara yang perlu kita lakukan untuk memenangkan Islam ini . Biar cara kita tidak serupa asal objektif dan matlamat kita tidak lari dan cara kita tidak bercanggah dengan syariat Allah swt .


Hindarkanlah soal - soal remeh temeh dan khilaf fikri yang mengundang perbalahan tidak bermanafaat antara kita . Kitakan banyak urusan perjuangan yang belum selesai .


Masih ramai ummat Islam yang jahil tentang Islam , masih terlalu ramai non - muslim yang perlu didekati untuk memahamkan mereka mengenai islam sekurang - kurangnya mereka tidak lagi memusuhi Islam , masih banyak risalah Islam yang belum kita sampaikan . masih .... masih ..... masih ...... begitulah kita belum selesai banyak perkara .


Justeru itu kenapa kita mahu habiskan masa dengan perkara yang tidak banyak membantu malah membantutkan perjuangan kita seperti khilaf dan balah antara kita yang tidak membawa makna kepada perjuangan suci ini .


Sahabat sekelian ! setelah kita menyedari payahnya perjuangan ini ....


Janganlah kita leka dan bersahaja mengurus perjuangan ini sebaliknya serius dan bersungguh - sungguhlah . Juga jangan sekali - kali pandang rendah pada keupayaan musuh sebagaimana kita juga jangan sekali - kali tidak mengendahkan hubungan kita dengan Allah swt justeru pertolongan dan kemenangan adalah dari Allah swt .


Firman Allah swt yang bermaksud :


dan orang - orang yang sungguh - sungguh berjuang untuk menegakkan perintah kami nescaya kami tunjukkan jalan kami


Surah al ankabut . Ayat : 69

Anonymous said...

See you in these things, I think, I started feeling good!
Personalized Signature:贵州信息港休闲游戏中心,我爱掼蛋网,重庆游戏中心,金游世界视频棋牌游戏中心,南通棋牌游戏中心,贵港热线休闲游戏中心,淮安棋牌游戏中心

Anonymous said...

Although we have differences in culture, but do not want is that this view is the same and I like that!
nylon fishing net