Tuesday, August 26, 2008

Undilah BN

Hari ini pada 26 Ogos 2008, rakyat di Permatang Pauh akan keluar mengundi untuk kali kedua dalam tahun 2008. Saya menyeru kepada penduduk di sana agar jangan takut untuk keluar mengundi kerana negara kita mempunyai undang-undang di samping pihak keselamatan yang sentiasa bersedia menjaga keamanan penduduk Permatang Pauh.

Bulatkan tekad anda semua, tolak kepimpinan Parti Kuat Raba, Parti Kuat Rogol, Parti Kuat Rusuh dan terbaru Parti Kuat Rasuah. Semua ini ada pada PKR kerana bukti yang jelas telah ditunjukkan oleh pemimpin serta penyokong mereka sendiri. Apa lagi bukti yang rakyat mahukan? Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) sendiri enggan bersumpah bagi membuktikan dakwaan Saiful tidak berasas. Buka minda dan jangan terlalu taksub dengan ideologi BABI dan PKR. Pemimpin daripada kem PAS yang kebanyakannya bertaraf ulama dan ustaz sanggup menjual agama demi agenda politik.

Semalam, ceramah daripada Dr. Badrul Amin sungguh mendukacitakan kerana sebagai seorang insan yang mempunyai latar belakang pendidikan agama yang tinggi, beliau sanggup membela BABI dengan menggunakan kebijaksanaan sebagai penceramah agama dan mengalunkan ayat Al-Quran untuk mengajak pengundi di Permatang Pauh mengundi si BABI. Tergamak pula Dr. Badrul Amin berdoa kepada Tuhan untuk memusnahkan saudara sesama Islam sendiri. Musa Hassan, Ghani Patail, Saiful Bukhari, hatta PM dan TPM pun beliau sebut di dalam doa yang menutupi ceramah PKR semalam.

Desas desus yang mengatakan akan ada beberapa pemimpin PKR akan keluar daripada parti kerana tidak sehaluan dan bersetuju dengan beberapa tindakan BABI akhir-akhir ini nampaknya semakin menjadi kenyataan. Mungkin Zulkifli Nordin adalah orang pertama yang keluar daripada PKR??? Sama-sama kita nantikan kesudahannya.

Kembali kepada pengundi di Permatang Pauh, sekali lagi saya menyeru agar jangan sia-siakan peluang yang ada. Undi anda kepada Barisan Nasional amat berharga kerana anda semua yang berkuasa pada hari ini. Jika takdir BABI menang di Permatang Pauh, beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri juga malahan kes yang beliau hadapi kemungkinan BABI akan bersalah dan dijatuhkan hukuman. Apabila perkara ini berlaku, saya percaya BABI akan menuduh ini adalah konspirasi politik UMNO dan kerajaan Malaysia untuk menjatuhkan beliau.

Maka, akan terjadi sekali lagi pilihanraya kecil di Permatang Pauh. Sekali lagi Permatang Pauh akan penuh sesak dengan kehadiran orang-orang luar terutama PKR yang hanya membuat kacau di Permatang Pauh. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, pengundi-pengundi di Permatang Pauh harus memastikan undi yang mereka berikan adalah kepada calon BN, Dato' Arif Shah yang memang dikenali ramai dan ikhlas berbakti membela nasib rakyat.

Tekadkan semangat dan bulatkan azam untuk memilih yang benar dan nyata!!! Undilah Barisan Nasional!!!

11 comments:

Anonymous said...

dah terbukti, rakyat tak mau BN/Umno lagi

chiangmai33

Pemuda Malaysia said...

itu namanya demokrasi. saya just nak betulkan kenyataan saudara. kalau rakyat tak mahu BN/UMNO, takkan dapat sampai 15 ribu undi untuk BN.

itu tandanyan bukan semua rakyat menyokong PKR. Jadi, Dato Arif Shah akan terus berbakti kepada 15 ribu yang menyokong BN.

apapun tahniah atas kemenangan PKR.
Kemenangan yang sungguh busuk dan diwarnai keganasan.

Anonymous said...

tu pun tak sedor lagi, tunggulah azab dari Allah

Unknown said...

Talqinkan saja UMNO tu..parti perkauman aka zionis.

Unknown said...

cehhh..jenis penakut rupanya. Siap nak tapis-tapis. Memang jenis UMNO dungu...nak buat cammmana

Anonymous said...

umno dan bn akan berkubur tidak lama lagi jika masih di pimpin oleh manusia flip-flop. sedarlahlah tuan-tuan

Anonymous said...

AKU...SALAH SEORANG PENGUNDI P44...AKU ORG UMNO TAPI SEMLM AKU..PANGKAH PKR..KERANA AKU BENCI TAKTIK KOTOR PARTI AKU SENDIRI...

Anonymous said...

Kempen pilahanraya yang sungguh jijik, dimana maruah BeEnd terletak di punggung si Saifool.
15000 ribu percaya, tapi 31000 orng menafikan... hurm.... de

Anonymous said...

cakap org...diri pun sama..badrul amin tu ustaz, ko plak aper?!!..sesuka ati bapak ko jer ckp org BABI..kalu si ustaz tu babi, ko pun sama laa...bawak2 mengucap la pemuda...yang kalah tu tetap kalah..jd terima jer laaa...lg 1, mcm mana rakyat nak sokong arif shah, ko sendri pun ada ckp..Dato Arif Shah akan terus berbakti kepada 15 ribu yang menyokong BN, abis tu..rakyat yg lain mcm mana?!!...sapa sokong sapa xpenting...ko sokong BN ker, DAP ker, PKR ker...sebagai pemimpin ko kena terus laksanakan tugas sebagai pemimpin..xkira apa2 parti pun...jgn pilih bulu bang...ini apa2 skit, kroni..bila Malaysia nak maju...bukak la skit minda tu....

Pemuda Malaysia said...

saudara kutucyber,

apa yang saya nak tapis? saya langsung tak tapis tentang apa juga komen yang saudara berikan.

menang dan kalah adat bertanding. memang sukar nak kalahkan Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) di kandang sendiri.

yang pasti BN masih ada pengundi yang menyokong dan memangkah BN. di mana penyokong BN sedar bahawa BABI tidak boleh dipercayai dan dipakai lagi.

yang pangkah BABI adalah mereka yang terlalu taksub dengan si BABI ini.

sekian, terima kasih..

Pemuda Malaysia said...

kepada mereka yang menggunakan nama anonymous..

anda menyukarkan saya untuk memberi komen.

apa yang dapat saya komen ialah anda semua BACUL...

sekian, terima kasih...