Friday, August 15, 2008

ANWAR BILA LAGI?


SAIFUL BERSUMPAH

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya untuk bersumpah laknat (mubahalah) mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada pukul 6.25 petang, Mohd. Saiful, 23, melafazkan sumpah itu disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan salah seorang imam masjid itu, Ramlang Porigi.

Sambil duduk bersila menghadap kiblat, bekas pembantu peribadi Anwar itu yang bersongkok dan berbaju Melayu warna coklat memegang al-Quran ketika melafazkan sumpah berikut:

“Bismillahir rahmanir rahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, nombor kad pengenalan 850706-01-5687, sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

“A'uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismillahir rahmanir rahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya.

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga kiamat. Wallahualam.”

Mohd. Saiful yang memilih hari Jumaat untuk melakukan upacara bersumpah tersebut sebelum itu mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali, diikuti bacaan surah Al-Fatihah.

Majlis itu berlangsung selama 15 minit.

Turut dilihat berada di masjid itu ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, beberapa pegawai masjid tersebut serta ahli keluarga Mohd. Saiful.

Seramai 40 orang berkumpul di dalam dewan solat itu ketika Mohd. Saiful bersumpah.

Upacara bersumpah laknat adalah suruhan mengikut syariat Islam yang terkandung dalam al-Quran sebagai cara membuktikan kebenaran sesuatu tuduhan zina apabila tidak boleh membawakan saksi-saksi.

Perintah untuk membawa saksi dan juga bersumpah laknat itu terkandung dalam Surah al-Nur, ayat 4, 6 dan 9, kitab suci al-Quran.

Dalam kes liwat Anwar dan Mohd. Saiful, saranan untuk bersumpah laknat atau bermubahalah itu dicetuskan oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pada 3 Julai lalu.

Mohd. Saiful menerusi peguamnya sebelum ini telah menyatakan kesediaan untuk melakukan sumpah laknat selepas selesai siasatan polis terhadap laporan yang dibuatnya pada 28 Jun lalu berhubung dakwaan diliwat oleh Anwar.

Dalam laporannya, Mohd. Saiful menuduh Anwar meliwatnya beberapa kali, kali terakhir pada 26 Jun lalu.

Pada 7 Ogos lalu, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii bersama Mohd. Saiful.

Anwar, 61, didakwa melakukan perbuatan itu pada 26 Jun lalu antara pukul 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Anwar dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dan kes itu akan disebut semula pada 10 September ini.

Sementara itu, selepas upacara bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, Mohd. Saiful yang diiringi bapanya bergegas meninggalkan masjid dan enggan menemui para wartawan yang ingin menemu ramah beliau.

Beliau terus menuju ke Hotel Dynasty di Jalan Ipoh di sini bagi mengadakan sidang akhbar selama setengah jam bermula kira-kira pukul 7.30 petang.

Pada sidang akhbar itu, Mohd. Saiful memberitahu, beliau bersyukur kepada Allah dan berasa sangat lega sejurus selesai melakukan upacara bersumpah itu.

Tegasnya: “Saya amat memahami akibat bersumpah dengan nama Allah. Jika ia tidak benar atau satu ciptaan saya atau mana-mana pihak, maka saya akan dilaknat, ditimpa mala petaka serta bencana kepada diri saya, keluarga serta keturunan saya selama-lamanya.”

Beliau menafikan sengaja bersumpah dan bertemu wartawan hari ini iaitu sehari sebelum penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh yang melibatkan Anwar sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Secara kebetulan saja. Kalau nak ikutkan, saya pun tak tahu Anwar akan bertanding. Saya buat laporan pada 28 Jun lalu. Saya pun tak tahu bila dia akan bertanding.

“Selama ini saya mencari kekuatan mental dan rohani. Allah telah beri kekuatan kepada saya pada hari ini iaitu Jumaat, hari yang sangat dirahmati Allah,” ujarnya.

Menurut Mohd. Saiful, langkah beliau bersumpah laknat hari ini bukan hal politik sebaliknya ia adalah kes peribadi antara dirinya dan Anwar.

DIPETIK DARIPADA UTUSAN MALAYSIA ONLINE

2 comments:

Anonymous said...

apa nak heran ngan sumpah dusta, orang yang tak ingat dosa, sanggup berbuat apa sahaja asalkan matlamat tercapai, contohnya mereka sanggup membunuh, memfitnah dsb.

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous,

terima kasih atas komen saudara. sekarang bukan persoalan mengenai sumpah yang dibuat oleh saiful dusta atau tidak.

persoalan sekarang adalah keberanian Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) untuk bersumpah menafikan beliau tidak melakukan perbuatan terkutuk itu.

Haiwan pun tidak melakukan perbuatan sama jenis. jadi di sini ingin saya jelaskan bahawa BABI lagi hina daripada haiwan.

Kalau sumpah saiful dusta, BABI bersumpah jelah untuk nafikan beliau meliwat saiful. susah sangat ke untuk bersumpah???

BABI memang berani dalam segala hal, namun apabila disuruh bersumpah, beliau tidak berani langsung. takkan saudara tak fikir perkara ini?

atau saudara dah minum holy water kot daripada BABI???