Friday, August 8, 2008

KEPUTUSAN DEBAT ANTARA ANWAR IBRAHIM VS SHABERY CHEEK

dipetik daripada blog http://melayumelatah.blogspot.com


Berikut adalah keputusan yang diberikan setelah beberapa orang rakan Majlis Debat Universiti (MADUM) dan bekas-bekas hakim Debat Piala Diraja duduk semeja menilai hujah kedua dua orang pembahas ini. Anwar berperanan selaku pihak kerajaan bagi usul dan Shabery Cheek berperanan selaku pihak pembangkang bagi usul. Keputusannya ialah usul ditolak oleh Dewan. Ini kerana Anwar gagal menjawab dua soalan yang dikemukakan sampai akhir sesi penggulungan. Pertamanya, Anwar gagal menjawab apakah dia bersetuju subsidi terus diberikan kepada peruncit minyak di Malaysia, sedangkan 58% pasaran dikuasai oleh syarikat asing. Keduanya, Anwar gagal menjawab soalan daripada Tan Sri Dato' Dr. Nordin Kardi. Anwar juga gagal meyakinkan bahawa mekanisme apakah yang dipakainya untuk turunkan harga minyak menjadi 50 sen. Anwar sekadar menyatakan kaedah penjimatan dan andaian, sedangkan kos untuk subsidi harga minyak yang semakin naik adalah lebih besar daripada jumlah RM5 bilion. Anwar gagal meyakinkan bahawa hanya RM5 bilion sahaja diperlukan untuk menstabilkan harga pada kadar 2.20 seliter dan lebih murah lagi selepas itu. Akhirnya, Anwar bersetuju harga minyak terpaksa dinaikkan. Jika begitu berapa lama harga RM2.20 seliter boleh bertahan jika Anwar jadi PM? Sebulan atau seminggu sahaja? Bermakna jika hari ini memerintah, esok belum tentu harga minyak turun.

Anwar banyak memberikan andaian dan hujah dengan menggunakan logik akal. Manakala Shabery menceritakan realiti sebenar yang berlaku tetapi cuba dinafikan oleh Anwar. Malah Anwar tidak memberikan kaedah untuk mengatasi harga minyak di Malaysia sekiranya harga minyak dunia terus naik. Premis Anwar bahawa minyak akan turun pada 2.20 sen seliter dijawab secara jelas oleh Shabery. Ini menunjukkan bahawa Anwar bersetuju dengan kenaikan minyak yang sedang berlaku.

Isu rasuah, integriti dan ketirisan adalah hujah sokongan Anwar sedangkan perkara yang sama berlaku ketika beliau menjadi TPM. Malah Anwar sendiri ialah Pengerusi IMF untuk rantau Asia Tenggara ketika krisis ekonomi 1998. Apakah Anwar hendak menyalahkan dirinya sendiri selaku wakil IMF di Asia Tenggara? Anwar sendiri amat baik hinggakan berpeluk dengan Michael Camdessus (Pengerusi IMF). Bukankah Camdessus ialah bos Anwar dalam IMF?

Kesimpulannya, Anwar selaku bekas pelajar sastera di UM gagal menandingi ketenangan Shabery Cheek yang merupakan bekas pensyarah ekonomi di Universiti Malaya. Anwar tidak sehebat mana pun dalam berdebat untuk mencabar separuh barisan kabinet berdebat dengannya. Selepas ini, minta Tan Sri Khalid Ibrahim vs Khir Toyo, Ustaz Azizan vs Datuk Mahadzir Khalid, Tajol Rosli vs Nizar, Rafidah vs Wan Azizah atau Samy Vellu vs Gobalakrishnan. Inilah manifestasi keterbukaan demokrasi di Malaysia. Program sebegini harus diteruskan untuk menggalakkan ruang perdebatan politik secara konstruktif dijadikan medan sebenar rakyat untuk menilai isu semasa negara. Bukan lagi melalui demonstrasi di atas jalan yang selalu dianjurkan oleh parti pembangkang.

3 comments:

Anonymous said...

dah agak dah..

tintabiru said...

salam,
bercakap dengan fakta yang jelas telah membuktikan bukan mudah untuk PKR menurunkan harga minyak,apalagi dengan isu global minyak dipasaran dunia yang tidak menentu,inilah masaalah nya bila dah terdesak sangat nak jadi PM,bercakap tidak menggunakan akal, tapi sebaliknya ikut rasa dan hati akan binasa..

Pemuda Malaysia said...

saudara tintabiru,
terima kasih atas pendapat dan sokongan yang saudara berikan.

anwar memang dah terdesak sangat nak jadi PM.tapi kita kena ingat bahawa moral beliau yang buruk tak akan membolehkan beliau diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia tetapi kalau untuk penyokong Pakatan Rakyat bolehlah...