Thursday, August 21, 2008

MERAH PADAM MUKA LIM GUAN ENG

Setelah kita melihat aksi debat di antara Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) dengan Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek yang menyaksikan BABI langsung tidak memberi formula yang tepat untuk menurunkan harga minyak apabila memerintah negara, kini giliran Lim Guan Eng pula yang berhujah dengan memberikan fakta-fakta berbeza dan tuduhan rambang mengenai skandal tanah di Pulau Pinang di bawah pentadbiran kerajaan lama.

Lim Guan Eng seolah-olah cuba mencari kesalahan kerajaan lama di bawah Ketua Menteri terdahulu, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Namun, penerangan panjang lebar yang diberikan oleh Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berjaya menenggelamkan hujah-hujah yang diberikan oleh Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng juga kelihatan gugup ketika memberikan pendapat serta hujah disamping penggunaan bahasa Melayu yang amat rendah kualitinya. Lim Guan Eng memang seorang manusia yang busuk hati dengan orang Melayu kerana pada mula perdebatan, Lim Guan Eng menuduh kerajaan UMNO yang berkonspirasi dalam skandal tanah. Kenapa Lim Guan Eng perlu menyebut nama UMNO?

Hasrat Lim Guan Eng yang ingin membasmi kemiskinan tegar dalam masa setahun harus kita pegang dan ingat kerana kita semua tahu bahawa selepas DAP berjaya menewaskan Barisan Nasional di Pulau Pinang, pengumuman pertama yang dibuat oleh Lim Guan Eng adalah menghapuskan DEB. Walhal kita sedia maklum bahawa DEB adalah satu dasar yang dapat membantu ekonomi dan hak istimewa orang Melayu. Ini pula Lim Guan Eng nak basmi kemiskinan tegar di seluruh Pulau Pinang dalam masa setahun. Adakah boleh dipercayai kata-kata Lim Guan Eng ini?

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon bijak menepis setiap dakwaan Lim Guan Eng. Antara dakwaan Lim Guan Eng mengenai beliau diberikan bilik yang kosong telah dinafikan oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mengatakan meja yang beliau duduki memang telah dikemas dan kosong namun beliau mengatakan bahawa di bilik itu ada fail yang disimpan secara rapi. Lim Guan Eng yang buta mata agaknya.

Merah padam muka Lim Guan Eng apabila Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berjaya menjawab dan menafikan tuduhan yang dilemparkan oleh Lim Guan Eng. DAP menang pada 8 Mac lalu pun atas undi segelintir pengundi Melayu yang mungkin sedikit marah dengan kerajaan Barisan Nasional namun rakyat secara keseluruhan ternyata kesal dengan pentadbiran DAP yang bersikap kurang ajar kepada dasar orang Melayu.

Kalau kita perasan, setiap kenyataan Lim Guan Eng jelas ingin menuduh UMNO melakukan skandal tanah tersebut. Bodoh betul Ketua Menteri DAP ini. Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mengatakan kenyataan Lim Guan Eng ini adalah satu perbuatan "tembak sebelum semak" dan bertambah merah padam muka Lim Guan Eng berbanding riak wajah Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang berseri-seri menjawab dan membalas hujah Lim Guan Eng. Kalau Lim Guan Eng setakat serkap jarang, jangan malukan diri dengan berdiri untuk berdebat jika tiada fakta dan hanya menonjolkan kontroversi untuk meraih sokongan umum.

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menjelaskan bahawa sistem yang dibawa oleh Lim Guan Eng iaitu sistem CAT telah lama dipraktikkan di bawah kerajaan Barisan Nasional iaitu bermula pada tahun 1982 lagi. Dengan kenyataan ini menyebabkan Lim Guan Eng tersenyum tawar sambil bertambah merah padam muka Lim Guan Eng. Jika dilihat dari segi tepukan penonton di studio pada malam itu, semakin rendah tepukan yang menyokong kenyataan Lim Guan Eng berbeza dengan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang menerima tepukan gemuruh dan konsisten dalam setiap hujah oleh Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Apabila tiba di peringkat penggulungan hujah pula, Lim Guan Eng menjelaskan bahawa tidak perlu diadakan perdebatan. Ini tandanya Lim Guan Eng sedar bahawa beliau kalah dalam perdebatan itu. Lim Guan Eng juga cuba hendak memetik hadis namun beliau kena sedar bahawa Lim Guan Eng bukan baik sangat pun. Kenyataan Lim Guan Eng baru-baru ini yang akan memeluk Islam jika bapa beliau mati adalah satu kenyataan untuk meraih undi orang Melayu sahaja.

Tertunduk malu nampaknya Lim Guan Eng apabila penggulungan hujah Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon akhirnya terkena pada diri Lim Guan Eng. Terpegun penonton mendengar hujah penggulungan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang menyingkap segala tuduhan tidak berasas Lim Guan Eng.

Nampaknya kerajaan Barisan Nasional menang lagi untuk kali kedua. Tahniah Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon..

6 comments:

Anonymous said...

bila masa lak hang jadi hakim ni..
memanglah hang kata BN menang sebab hang tu penyokong BN, macamana teruk pun hujah BN, hang mesti kata BN baguih..kah..kah..kah..kelakar la hang ni

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous,

terima kasih atas komen saudara. saya tak jadi hakim. itu cuma pandangan peribadi saya sebagai penonton.

saya memang penyokong BN. memang BN lagi bagus daripada Pakatan Rapuh. saudara lihat sendiri hujah Lim Guan Eng yang hanya sekadar tuduhan semata-mata.

tepuk dada tanya selera. saudara memang pandai buat komen kelakar.

Terima kasih atas komen saudara.

Mohd. Alias bin Demyati said...

Siapa nak jawab laporan ni...?

Penemuan laporan perubatan yang dikeluarkan oleh Pusrawi yang tidak melibatkan Anwar dengan tuduhan liwat. Laporan itu menyebut bahawa tiada apa-apa dapat dikesan dari pemeriksaan ke atas dubur Saiful yang menunjukkan beliau telah diliwat.

Mereka bertanya dan pasti ini akan dieksploit seluas-luasnya untuk terus menerus membangkitkan teori konspirasi politik bahawa kalaulah mangsa pergi untuk pemeriksaan sakit perut dan susah buang air besar, kenapa pula mangsa diperiksa duburnya. Tentu pelik, mereka pasti mendakwa, kalau sakit perut, dubur pula yang diperiksa. Lagi pula, doktor yang memeriksa itu sungguhpun bukan pakar, pengalamannya berkhidmat sebagai doktor selama 15 tahun pasti membolehkan membuat penelitian dan mengesan dubur yang tercalar atau luka atau menanah sungguhpun pemeriksaan proktokopi oleh seorang pakar adalah lebih tepat.

Berdasarkan adanya laporan itu yang akan digunakan untuk mempertikaikan laporan perubatan lain yang mungkin menunjukkan sebaliknya, Anwar yakin akan mudah mempengaruhi pengundi Permatang Pauh untuk berpihak kepadanya dan menolak calon BN.

Beliau pastinya sedar akan satu poll pendapat yang terkini yang dilakukan ole Merdeka Centre ke atas rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas yang mendapati hanya 11 peratus dari mereka percaya Anwar melakukan perbuatan liwat dan satu angka yang signifikan iaitu sebanyak 66 peratus yang percaya tuduhan itu sengaja dirangka bagi menjejaskan karier politik beliau. Pasti ini akan digunakan sepenuhnya oleh beliau. Peluang ini akan digunakan untuk membalun musuhnya.

http://draisaryee.blogspot.com/

Anonymous said...

kan lebih bagus anwar jadi PM , harga minyak boleh jadi lebih murah, boleh la jimatkan belanja kita. Dia nak tolong sumer rakyat termasuklah pemuda malaysia. Pakat-pakatlah kita sokong dia untuk merealisasikan niat baiknya itu.

Pemuda Malaysia said...

daripada sokong Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) lebih baik sokong Haji Hadi.

Anonymous said...

memang bodoh pemuda malaysia ni!!!