Thursday, August 28, 2008

Iklan Petronas...

Sedang aku menonton siaran Buletin Utama malam tadi, ada sepotong iklan yang amat menyentuh hatiku. Hatiku tiba-tiba berasa amat tersentuh dan air mataku mengalir dengan perasaan yang sangat sebak. Aku terus teringat kedua orang tuaku di kampung.

Iklan yang memaparkan seorang budak kampung bernama Aiman bersama bapanya yang dilakonkan oleh Afdlin Shauki. Setiap kali Aiman melihat kawan-kawannya membeli benda baru, Aiman akan berlari berjumpa ayahnya untuk meminta barang yang serupa seperti kawannya. Namun, ayah Aiman menolak permintaan anaknya dengan lembut. Aiman pula tidak mudah merajuk dan akan mencari alternatif merekacipta barang atau alatan yang tidak dibelikan oleh ayahnya. Aiman mencipta alatan pancing daripada kelambu terbuang, mencipta kereta lumba menggunakan alatan terpakai dan selepas lapan tahun, orang kampung beratur di rumah Aiman untuk meminta Aiman mencipta atau membaiki barang-barang terpakai. Itu adalah kelebihan Aiman sebagai seorang budak kampung.

Tiba-tiba, emak Aiman datang membawa sepucuk surat kepada Aiman. Aiman gembira kerana kandungan surat itu menyatakan bahawa Aiman mendapat tawaran ke 'oversea'. Perkara gembira itu dikhabarkan kepada ayahnya dan meminta izin daripada ayahnya untuk menyambung pelajaran di luar negeri.

Babak ini adalah babak yang paling menyentuh hati aku. lantas aku teringat pengorbanan orang tuaku yang membesarkan aku dengan penuh kasih sayang. Menjaga aku sehingga aku berjaya di menara gading. Dan kini aku mempunyai pekerjaan yang bagus. Itulah pengorbanan paling besar bagiku yang langsung tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

Aku sambung babak yang paling menyentuh hati. Ayah Aiman tersenyum melihat surat itu lantas mengeluarkan sebuah kotak yang mengandungi sedikit duit dan sebuah buku bank. Ayah Aiman memberikan buku bank itu kepada Aiman dan Aiman mengambil buku itu dengan penuh tanda tanya. Rupa-rupanya ayah Aiman telah lama menyimpan duit untuk kegunaan Aiman di masa hadapan. Walaupun ayah Aiman mempunyai niat untuk membeli motor besar yang menjadi idaman beliau sejak dulu lagi, ayah Aiman sanggup mendahulukan keperluan anaknya.

Aku berasa sungguh sebak. Perlahan air mata ku mengalir dan ingatanku kepada orang tuaku datang secara spontan. Susah payah abah dan ibu yang membesarkan aku dapat digambarkan seperti iklan itu.

Terima kasih Petronas. Terima kasih kepada pencipta iklan Petronas itu. Aku berharap dengan kemunculan iklan ini, akan menerbitkan rasa insaf kepada mereka yang masih mempunyai ibubapa. Hargailah pengorbanan ibubapa anda. Jenguklah ibubapa anda di kampung selagi mereka masih ada. Balaslah jasa mereka selagi hayat dikandung badan.

Buat mereka yang sudah tiada ibubapa, sedekahkanlah Al-Fatihah untuk mereka dan berdoalah untuk kebaikan mereka. Agar doa anak yang soleh diberkati oleh Allah hendaknya.

10 comments:

cintalaila said...

Elok macam tu long...dari mana asal usul kita,kita ingat...jangan jadi si tanggang..lupakan diri bila telah mencapai kemewahan !!
Jumpa 29 Ogos...

mie said...

iklan petronas semua bagus2..semua ade makna tersirat,bukan sekadar iklanla...abah ko jual cempedak jugak ke?

sumandak bayu said...

Nilah kesedaran yang kita perlukan buat rakyat Malaysia khususnya golongan belia.

Pemuda Malaysia said...

terima kasih kepada sumandak bayu dan cintalaila yang sudi memberikan komen di blog saya..

buat saudara mie pula, ayah aku tak jual cempedak, cuma beli buah cempedak di tepi jalan..hahaha..
selamat berblog...

anakmalaysia said...

Sayangnya kesibukan kerja menghalang aku melihat TV selalu... akan ku tonton sebelum terlambat

blog ini akan ku add

TINTABIRU said...

Salam.
Iklan tu menyedarkan kita supaya menjadi anak yang berguna kepada orang tua, bangsa dan agama.

Anonymous said...

ak pun tersenth dgn iklan nih.. walaupun bapak ak x jual cempedak tp ak bayangkan je lar.. huhhu.. banyak pengajaran dapat dr iklan nih
memg sumer iklan petronas best2 tiap thn. sbb sumer hasil karya yasmin ahmad..cayalah..

Pemuda Malaysia said...

saudara anak malaysia,

iklan nie memang menyentuh hati..
tontonlah sebelum terlambat..
hehe..
terima kasih kerana mengunjungi blog saya..

Pemuda Malaysia said...

terima kasih kepada tintabiru atas komen anda..

semoga pemuda dan pemudi zaman sekarang sedar pengorbanan orang tua mereka..

Pemuda Malaysia said...

saudari anonymous,

tq atas komen anda. cuma rasanya saya kenal siapa anda..

apa2 pun..tq kerana sudi mengunjungi blog saya..