Tuesday, February 3, 2009

Saya Kembali...

Salam Perjuangan Buat BPN. Saya tidak pernah mengalah dalam memastikan Barisan Nasional kekal memerintah negara, insya-Allah. Saya menyepikan diri selama ini bukan kerana saya mengaku kalah mahu pun kecewa, tetapi kebetulan saya mendapat tawaran kerja tetap dalam Kerajaan Barisan Nasional.

Mungkin selepas ini masa saya untuk ber'blog' akan sedikit berkurangan kerana kesibukan saya dengan kerja baru saya. Apa yang dapat saya simpulkan di sini bahawa pekerjaan saya yang baru ini berlainan sedikit dengan kerja saya sebelum ini.

Namun demikian, saya akan cuba juga menulis di dalam blog Pemuda Malaysia kerana saya berpendapat ini juga adalah salah satu cara saya menyedarkan masyarakat Malaysia betapa jahilnya mereka jika masih menyokong Pakatan Rakyat.

Isu terbaru yang berlaku di Balik Pulau, Pulau Pinang iaitu penutupan tadika Kemas adalah satu rentetan peristiwa yang cukup membuatkan rakyat semakin meluat dengan Pakatan Rakyat. Mereka semakin gila kuasa dan cukup menjijikkan. Anak-anak kecil yang ingin menimba ilmu dan langsung tidak tahu erti 'politik' telah menjadi mangsa kekejaman Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Selain itu, kekalahan BN di Kuala Terengganu juga tidak boleh dijadikan faktor untuk mengatakan BN semakin tidak relevan kerana masih terdapat seramai lebih 30 ribu pengundi di Kuala Terengganu yang menyokong BN. Cuma apa yang dikesalkan ada segelintir antara mereka yang memangkah PAS masih tidak sedar dari lamunan bahawa mereka hanya diperbodohkan oleh Wahid Endut dan PAS.

Di Perak pula, melompatnya seekor katak daripada BN kepada PKR menjadikan BN lebih bersih kerana yang melompat itu hanya seekor katak puru yang hodoh dan bodoh di mana katak yang berasal daripada Bota ini telah mengkhianati kepercayaan yang telah rakyat berikan kepada beliau. Katak puru yang bernama ADUN BOTA ini terlalu lemah semangatnya dan hanya akan bersama BN ketika BN kukuh dan kuat namun apabila BN menghadapi hanya sedikit masalah, ADUN BOTA ini mengaku kalah dan tidak sanggup membantu BN menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bagus juga si katak puru dari BOTA ini melompat keluar kerana hanya mereka yang cekal sahaja layak berada di dalam BN.

Apapun, kehadiran saya untuk menulis di dalam blog ini akan dimanfaatkan oleh saya sebaik mungkin dalam mengajak rakyat kembali memberi sokongan dan kepercayaan kepada BN untuk memerintah negara ini. BN sudah banyak membuat jasa dan menjaga sebaik mungkin kebajikan setiap rakyat di dalam negara ini. Harus di ingat bahawa tidak ada satu pun kerajaan di dalam dunia ini yang sempurna, namun pujian harus diberikan kepada BN kerana BN cuba melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sebaik yang mungkin.

Saya sentiasa mendoakan agar kerajaan BN kekal memerintah negara dengan adil dan penuh bijaksana...amin...

5 comments:

Anonymous said...

Tahniah dpt new job. Hopefully u can still update your blog eventhough with ur busy schedule and new commitment. Good Luck!! Berjuanglah untuk agama, bangsa dan negara. hidup Pemuda Malaysia!

kulatlapok said...

SALAM bRO..

sEBENARNYA YG DUA EKOR MANGKOK HAYUN TU TAKKAN BRO TAK TAHU DAHULUNYA ADALAH BEKAS AHLI UMNO. KINI DAH JADI ADUN JADI MACAM KADUK NAIK JUNJUNG. HABIS SEMUA NAK DIBOLOTNYA. DAKWA CUTI SAKIT TAPI HAIRANYA MB PULAK TAK TAHU. KALU INI DUA ORANG YG UMNO NAK REBUTKAN ambillah mereka cepat2. aku tak MELATAH tapi naik MELUATTT DAHH..BELUM CUKUP SETAHUN TAPI DAH BUAT KECOH, CAMNE NAK BUAT KEROJE LAGI 4 TAHUN?????

Anonymous said...

Salam pemuda malaysia...
Tahniah atas perlantikkan saudara itu, tapi...jangan lupa tempat lama..kami masih tetap disini.. setia menemani dan berjuang. Biarpun kini landasan saudara berbeza dan agak tersekat sedikit.. perjuangan tetap diteruskan.
SELAMAT BERJAYA DARI
`JASA SEDIA,JASA SETIA'.

Pemuda Malaysia said...

salam jomosama..

terima kasih..saya tak pernah lupa tempat lama. malahan ketika komen ini ditaip, saya berada di meja lama saya untuk menyelesaikan beberapa perkara di pejabat lama.

walaupun bidang kerja saya kali ini agak berbeza namun saya tetap akan berpolitik dengan cara saya.

Hidup UMNO Selamanya...!!!

Pemuda Malaysia said...

Salam kulatlapok..saya tahu mereka daripada UMNO dan kini menjadi Bebas pula.

sebab tu UMNO tak dekati mereka untuk memujuk menyertai UMNO semula kerana mereka berdua ni amat gila kuasa.

kalau dalam UMNO pun mereka tak akan dicalonkan untuk menjadi ADUN atau MP kerana sifat buas mereka.