Thursday, February 5, 2009

Tak Bubar DUN, Sultan Arah MB Perak Letak Jawatan

Berita terbaru yang saya baca di Berita Harian Online hari ini menyatakan bahawa Sultan Perak tidak perkenan untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya kecil seluruh Perak diadakan berikutan kemelut politik yang berlaku di Perak.

Saya juga berpendapat tidak perlu diadakan pilihan raya kerana Barisan Nasional memang telah memperolehi sokongan daripada 3 ADUN yang kini berstatus 'Bebas'. Adalah lebih baik Menteri Besar (MB) boneka daripada PAS meletakkan jawatan kerana beliau harus sedar bahawa beliau memang tidak mampu langsung mentadbir negeri Perak.

Selain itu, faktor kemerosotan ekonomi yang bukan sahaja dialami di negara kita malahan di peringkat global juga telah menjejaskan sedikit pendapatan negara. Oleh itu, daripada membazir untuk mengadakan pilihan raya adalah lebih baik jika kerajaan Malaysia membelanjakan duit yang ada untuk membantu mana-mana rakyat yang memerlukan bantuan dan pertolongan.

MB Perak nampaknya agak liat untuk melepaskan jawatan beliau mungkin kerana masih belum puas menaiki Toyota Camry yang baru dimiliki oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Dalam tempoh tidak sampai setahun mentadbir negeri, bermacam-macam perkara yang dirasakan langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat Perak telah dilaksanakan oleh si Nizar. Tapi, nak buat macam mana sebab si Nizar hanyalah kuda tunggangan DAP di Perak yang mana ADUN DAP lebih ramai daripada ADUN PAS. Segala keputusan yang dibuat oleh Nizar dilihat lebih memberi keuntungan kepada kaum Cina sahaja tanpa memikirkan kaum Melayu yang lebih ramai di Perak.

Besar kemungkinan kemelut politik yang sedang dialami oleh Pakatan Rakyat akan merebak ke Selangor dan Kedah. Ini berdasarkan beberapa insiden yang melibatkan MB Selangor sendiri yang didakwa menyalahgunakan wang kerajaan dalam isu pembelian kereta Lotus dan pengagihan lembu untuk korban di Parlimen Bandar Tun Razak.

Di Kedah pula, isu yang cukup panas dan boleh mengguggat keyakinan rakyat terhadap kredibiliti Pakatan Rakyat ialah isu anak luar nikah yang didakwa melibatkan salah seorang Exco Kedah sendiri. Ini membuktikan bahawa belum sampai setahun berkuasa di negeri masing-masing, banyak perkara yang buruk didengar berbanding dengan perkara yang baik.

Sudahlah Pakatan Rakyat, kalau anda semua yang menyokong Pakatan Rakyat masih tidak insaf lagi, tak tahulah apa lagi yang harus diperkatakan. Buat kakitangan awam yang menyokong Pakatan Rakyat, elok berhenti kerja dan jangan makan gaji dengan kerajaan Malaysia. Anda adalah kalangan yang langsung tidak tahu bersyukur dan tidak menghormati majikan anda.

Berita yang baru saya baca pula kini menyatakan bahawa Sultan Perak telah menitahkan agar MB Perak dan Exco Kerajaan Negeri meletakkan jawatan kerana Sultan beranggapan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat sudah tidak mendapat kepercayaan ahli dewan. Apa lagi, takkan tak reti bahasa kot. Tak malu ke pegang jawatan sebagai MB kalau Sultan dah tak berkenan lagi. Takkan nak derhaka dengan Sultan pula? Kesian Pakatan Rakyat, akhirnya tersungkur setelah hampir setahun berkuasa secara membabi buta.

7 comments:

JomoSamaTuaran said...

Salam pemudamalaysia.

Memanglah liat nak lepas, baru sekejap depa pegang..takkan nak lepas gitu saja. Naik kereta camrypun belum puas...

DAP pula sekarang pening lalat... geran tanah yang depa bagi kat kongsi cina tu bagaimana... terpaksa melutut depan kerajaan baru agar tak tarik balik hak orang melayu yang telah mereka `rogol' dikhalayak ramai tu...!!
ni mesti ramai lerr loyar DAP yang dapat klien lepas ni... macam itu samy vellu cakap... nak sedia 100 loyar konon...kenapa 100, kenapa tidak satu Malaysia???

icon2008 said...

memang sepatutnya diadakan pilihanraya negri perak. tapi ini tidak. tuanku sultan membelakangkan hak rakyat.

kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat. ini abraham lincoln punya cakap, bukan saya punya cakap.

penulis blog di sini memang tak faham istilah demokrasi

Anonymous said...

Sultan yang amat mengecewakan...

Pemuda Malaysia said...

salam buat icon2008 dan anonymous..

anda berdua jangan jadi bodoh. sultan perak adalah bekas ketua hakim negara dan baginda tahu yang mana betul dan yang mana salah.

semua keputusan termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan perak.

kalau nak buat pilihan raya akan melibatkan kos yang tinggi. ekonomi kita pun tengah gawat dengan ramai orang yang diberhentikan.

yang kita nak bazir duit buat apa?
jangan cakap saya tak faham demokrasi kerana saya faham anda sama macam si nizar yang terlalu beremosi.

icon 2008, baik awak habiskan belajar dulu sebelum berbicara tentang demokrasi.

Pemuda Malaysia said...

salam jomosamatuaran,

saya amat gembira kerana kerajaan boneka DAP di Perak telah tersungkur dan mana-mana orang cina yang dapat geran tue jangan mimpilah akan mendapat tanah.hahaha...

memang tanah adalah milik Allah s.w.t namun Perak adalah negeri yang berdaulat dan memiliki Sultan, jadi mengapa hendak derhaka dengan Sultan..

bodoh punyer nizar!!!

Anonymous said...

pemuda malaysia jgn jd bodoh walaupun sultan perak 2 bekas ketua hakim negara belum tentu dia betul. awak kena ingt perak 2 bkn sultan perak yg punya tp rakyat punya. biar la nizar nak derhaka kat sultan pun dah sultan bt salah kena tegur la x kan duk diam mcm org bodo ja walaupun diri 2 dah bodo... sultan 2 sapa yg x blh terima teguran? asal nama sultan ja kena ikut ka? sultan perak kena int su;tan dkt dunai ni semakin berkurang bkn bertambh..Jadi ingt2 lah kat akhirat nanti tak da dah nma sultn 2 kita semua sam

Anonymous said...

klu sultan perak tahu mana betul mana slh knp agaknya ISTERI sultan tu TAK PAKAI TUDUNG YER? KAN DOSA