Friday, February 20, 2009

Karpal keliru tindakan Speaker gantung Zambry, enam Exco

IPOH: Ahli Pakatan Rakyat (PR) dalam keadaan celaru dengan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco daripada menghadiri sidang Dewan masing-masing 18 bulan serta 12 bulan. Malah Pengerusi DAP, Karpal Singh keliru dengan keputusan Sivakumar menggantung Zambry dan enam Exco berkenaan. Karpal memberitahu sidang akhbar di Parlimen semalam, Sivakumar perlu memanggil sidang dewan untuk mengesahkan keputusannya itu.

Katanya, beliau sendiri mempunyai pengalaman pada 2004 apabila dirujuk kepada jawatankuasa kebebasan berhubung kenyataannya Ahli Parlimen perlu mengangkat tangan sebelum mengangkat sumpah jawatan. Laporan jawatankuasa itu dibentangkan di Parlimen dan Karpal digantung enam bulan tanpa bayaran atau kebebasan. Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PR di sini, berkata tindakan Sivakumar itu luar dugaan kerana mereka secara teliti menyemak perlembagaan negeri dan Peraturan Majlis Mesyuarat sebelum persidangan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Rabu lalu.

“Saya terkejut apabila mendengar keputusan Sivakumar. Kami ada berbincang berhubung penggantungan (Zambry dan enam Exco) tetapi menasihatkan supaya keputusan itu tidak dibuat. “Dengan membuat keputusan itu, kami terperangkap dengan jerat kami sendiri, sama seperti memijak kulit pisang yang diletakkan kami sendiri. Saya secara jujur tidak mengetahui siapa yang menasihati beliau (Sivakumar) mengambil keputusan itu,” kata Adun PR.

dipetik daripada Berita Harian Online, 20 Februari 2009

No comments: