Friday, February 6, 2009

Mohammad Nizar diarah keluar dari Bangunan Perak Darul Ridzuan

IPOH 6 Feb. - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang masih menganggap dirinya Menteri Besar Perak yang sah diarah keluar dari pejabat Menteri Besar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pagi ini.

Beliau diarah keluar oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.06 pagi ketika Mohammad Nizar sedang mengadakan sidang akhbar di pejabat Menteri Besar sebelum Abdul Rahman masuk dan meminta semua yang berada dalam bilik termasuk termasuk wartawan keluar.

Tindakan Abdul Rahman itu menaikkan kemarahan sekumpulan lelaki dipercayai penyokong pakatan pembangkang yang bertindak menyerbunya tetapi berjaya dihalang oleh anggota polis.
Malah, Mohammad Nizar sempat menjerit `What the hell' bagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri itu.

Mohammad Nizar bersama beberapa `Exco kerajaan negeri' kemudiannya keluar meninggalkan Bangunan Perak Darul Ridzuan pada pukul 10.40 pagi. - Utusan

dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 6 Februari 2009

--------------------------------------------------------------------------------------------

Kesian aku tengok si Nizar ni. Masih kemaruk kuasa walaupun telah diarah melepaskan jawatan. Kalau nak sangat naik Camry pergilah beli sebuah. Takkan gaji 11 bulan yang lepas dah habis kot berjoli?Hehehe...

Kalau nak jadi sangat Menteri Besar, buatlah pejabat di bawah pokok di tepi jalan pejabat SUK. Macam dalam cerita Laksamana Do Re Mi. Lepas tu boleh lah panggil bekas-bekas Exco ajak meeting sekali bawah pokok.

Hospital Tanjung Rambutan kena bersiap sedia menerima kemasukan bekas Menteri Besar daripada PAS ini bersama Exco-Exco yang majoriti daripada DAP.

5 comments:

Anonymous said...

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata cara pembentukan kerajaan baru di Perak telah menimbulkan persoalan dan seterusnya mengenai kesahihan kerajaan negeri yang baru itu.

Sehubungan itu, Suhakam mengulangi bahawa, hanya pilihanraya bebas dan adil yang juga satu hak asasi manusia dapat menyelesaikan ketidaktentuan politik di negeri tersebut.

Dalam satu kenyataannya, Suhakam berkata, ia merupakan hak asasi rakyat untuk memilih kerajaan yang adil pilihan mereka.

Menurutnya, Suhakam mengambil perhatian bahawa Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Suhakam berpandangan bahawa pilihanraya baru bagi Dewan Undangan Negeri - selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia - akan menyelesaikan ketidaktentuan politik berhubung kedudukan kerajaan negeri, terutama apabila kesahihan surat peletakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diragui," tambahnya.

Menurutnya, bersempena menyambut Hari Hak Asasi Manusia Malaysia pada 9 September 2007, Suhakam telah memfokuskan kepada keperluan dan pentingnya pilihanraya yang adil dan bebas.

"Walaupun Suhakam mendapati pilihanraya di Malaysia pada umumnya bebas, tetapi ia tidak adil sepenuhnya kerana ada contoh berlaku penyelewengan kemudahan dan dana kerajaan sewaktu tempoh kempen pilihanraya, termasuk kawalan ke atas media.

"Juga terdapat dakwaaan berlakunya politik wang dan perbuatan membeli undi," katanya.

Bagaimanapun, Suhakam juga mendapati ada pembaikan dalam proses pilihanraya dalam pilihanraya umum pada 8 Mac 2008 dan pilihanraya kecil baru-baru ini.

Perak dilanda krisis politik apabila empat Adun Pakatan Rakyat keluar parti dan menjadi Adun bebas dan seorang daripadanya kembali merujuk BN.

Berikutan itu, jumlah kerusi yang dimilik Pakatan di DUN Perak tinggal 28 dan sama jumlahnya dengan kerusi Barisan Nasional.

Ketiga-tiga Adun bebas itu kemudiannya menyatakan sokongan mereka kepada BN.

Tindakan itu sekali gus memberi kelebihan majoriti kepada BN untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

Sultan Perak menolak permohonan Pakatan supaya DUN dibubarkan dan pilihanraya negeri diadakan semula.

Keadaan menjadi tegang apabila Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin enggan meletakkan jawatan seperti yang dititahkan oleh Sultan Perak.

Berikutan itu, kesemua 28 Adun Pakatan memulaukan majlis angkat sumpah Dr Zambry jam 3.30 petang tadi.

Ribuan orang penyokong Pakatan Rakyat berkumpul membantah pelantikan menteri besar baru selepas solat Jumaat di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, sehingga polis terpaksa menembak gas pemedih mata berkali-kali.

Masjid tersebut terletak kira-kira satu kilometer dari Istana Iskandariah - tempat berlangsungnya majlis angkat sumpah menteri besar yang baru.

Anonymous said...

"Serah pada Allah" - Nizar
Johari Jaafar
Thu | Feb 05, 09 | 4:57:38 pm MYT
IPOH: 5 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata beliau menyerahkan urusan pembubaran Dun Perak kepada Allah setelah berusaha dengan berbagai cara yang betul mengikut lunas undang-undang dan syarak. Iklan



Beliau turut menyeru seluruh rakyat solat hajat dan berdoa kepada Allah memohon supaya kerajaan Pakatan Rakyat Perak dapat diselamatkan.

Malam tadi penyokong-penyokong Pakatan Rakyat kelihatan begitu ramai berkumpul di sekitar kediaman Menteri Besar Perak.

Beliau menasihati orang ramai supaya bertenang, tidak menimbulkan kekacauan, provokasi dan tidak melanggar batas undang-undang.

"Serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan menyelesaikan kemelut ini," ujar Nizar.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki difahamkan 'agen-agen BN' telah memperdaya Adun Bota yang membawanya keluar dari rumahnya kononnya Raja Muda ingin bertemu.

Sepatutnya malam itu Nasarudin bersama semua Adun Pakatan Rakyat berada di rumah Menteri Besar.

Rupanya beliau dibawa ke Putrajaya dengan kawalan yang sangat ketat.

Menurut isterinya yang menceritakan kepada pimpinan PKR Perak sambil menangis suaminya dipaksa untuk menyertai semula BN.

Beliau sempat menghantar mesej pada suaminya dengan mengingatkan supaya jangan menjadi pengkhianat, tetapi mesej tersebut tidak berjawab.

Rumahnya di Ipoh dikawal dengan ketat oleh orang-orang yang tidak dikenali.

Peringkat awal, rumah mereka dikawal oleh petugas-petugas PKR.

Oleh kerana ramainya orang-orang yang tidak dikenali menceroboh masuk ke halamannya rumahnya, petugas-petugas PKR terpaksa mengundur diri kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini.

Mohamad Nizar menyeru seluruh rakyat Perak bersabar dengan cubaan jahat Umno ini.

Mohamad Nizar memberitahu ketika beliau melangkah keluar dari pintu Istana, Baginda Tuanku berpesan kepada beliau dengan membaca petikan ayat al-Quran yang berbunyi "Innallaha ma'assobirin"._

Anonymous said...

rampasan kuasa ini membuktikan umno kemarukkan kuasa. kalau ya pun tunggulah pru 13 nanti

Anonymous said...

kppd pemudaa malaysia awak ada agama ke tak?????? x ingt dosa ka

Anonymous said...

entah la...bila nak berpolitik kena la ada power...mcm biasa la...POLITIK mana ada agama...it is international...org tu je yg beragama...renungkanlah...jgn babitkan politik dgn agama kecuali ngan puak yahudi...MCM MCM ADA...NAK POLITIK BIAR SERONOK DAN BERSIH...JIKA KATA BERSIH...SEMUA ORG NAK BERSIH...YG MANA 1 BETUL?DLM APA JUA MASALAHNYA,PENYOKONG DAN PEMBANGKANG TETAP MEMPERJUANGKAN AGAMA BANGSA DAN TANAHAIR walaupun tiada permuafakatan dlm bidang berpolitik...