Wednesday, February 4, 2009

Umno tak cadang jumpa dua Adun

BN Perak sambut baik keputusan keluar PKR

KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan Umno Perak tidak bercadang menemui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu nagi menjelaskan sebarang perkara, buat masa ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya tidak mempunyai keperluan untuk menemui kedua-dua Adun berkenaan yang menganggap diri mereka kini bukan lagi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bagaimanapun, katanya, Umno Perak dan Barisan Nasional (BN) negeri menyambut baik keputusan yang diambil kedua-dua Adun berkenaan.

"Saya percaya kedua-dua Adun berkenaan sudah mengambil kira semua faktor sebelum memutuskan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR). Kita hormat keputusan itu dan adalah menjadi hak mereka berbuat demikian," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Jamaluddin dan Mohd Osman yang menganggap diri mereka bukan lagi ahli PKR dan kini menjadi Adun Bebas. Ahmad Zahid berkata, BN dan Umno negeri juga menerima kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam berhubung keputusan tiada pilihan raya kecil bagi kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Dalam perkembangan berasingan, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah mengesahkan menerima laporan polis daripada Adun Behrang dan Adun Changkat Jering berkenaan berhubung penafian mereka meletak jawatan sebagai wakil rakyat di Perak, kelmarin.

Dalam kenyataan media yang difakskan di Ipoh semalam, Zulkifli berkata, polis akan memulakan siasatan terperinci dan merakam kenyataan daripada semua pihak dan individu terbabit bagi membantu siasatan polis.

Semalam, akhbar melaporkan, Jamaluddin yang juga Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Peladangan negeri, membuat laporan polis di Sepang, sementara Mohd Osman yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam. Kedua-dua Adun berkenaan terus mempertahankan kedudukan mereka sebagai wakil rakyat dan tidak akan meletak jawatan walaupun Speaker DUN Perak mengumumkan kedua-dua kerusi itu kosong.

dipetik daripada Berita Harian Online, 4 Februari 2009

6 comments:

Anonymous said...

Kepimpinan semua parti dalam Pakatan Rakyat telah menjanjikan pentadbiran yang berhemah, bertanggungjawab, berwibawa dan mesra rakyat. Pakatan Rakyat amat komited terhadap perjuangan mengangkat martabat dan maruah rakyat.

Ekonomi yang selesa dan stabil, keselamatan rakyat yang terjamin dan pembangunan mampan sentiasa menjadi keutamaan. Justeru, seluruh jentera kepimpinan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat sejak Mac 2008 telah diarahkan untuk menumpukan perhatian secara total kearah pentadbiran kerajaan negeri masing-masing.

Demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat, Kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa berusaha menghindari permainan politik murahan yang tidak menguntungkan rakyat. Sebaliknya menumpukan perhatian terhadap pembangunan negeri untuk rakyat.

Malangnya, kerakusan dan sifat haloba UMNO/BN telah mengganggu urusan kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Politik aparat murahan yang ditaja oleh UMNO/BN ini amat merugikan rakyat. Rakyat semakin benci dan penyampah dengan kaedah jijik yang semakin mengukuh dalam UMNO.

Perkembangan semasa lantaran pendustaan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh UMNO/BN, memungkinkan Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri di adakan.Kerajaan Rakyat

Anonymous said...

UMNO = United Malays National Organisation. Parti Melayu yang tidak menghormati bahasa Melayu. UMNO juga sebuah parti politik Melayu yang menghina dan memandang rendah terhadap bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sehinggakan mereka tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai akronimnya (acronym).

Bila rakyat beritahu bahawa UMNO mengamalkan RASUAH, maka akan riuh-rendahlah ayam-ayam UMNO menafikan perbuatan rasuah yang mereka amalkan. Inilah indahnya UMNO, apa saja yang pemimpin mereka lakukan pasti akan disokong dan diikuti oleh pengikutnya. Perbuatan mereka tidak ubah seperti perangai “Ibu Ayam” bersama “Ayam-Ayam“nya.

Saya tidak berhasrat untuk menitipkan panjang lebar tentang spesis yang hampir pupus ini. Kalian baca sendiri apa yang ditulis oleh bekas ketua mereka yang masih ingin berkokok:

RASUAH UMNO (Oleh Tun Mahathir)

1. Semasa bahagian-bahagian UMNO sedang menamakan calon untuk jawatan-jawatan parti, terdapat laporan bahawa Jawatankuasa Disiplin telah terima lebih daripada 900 aduan berkenaan dengan rasuah.

2. Tetapi hingga kini tidak ada apa-apa pun berita tentang tindakan yang telah diambil oleh Jawatankuasa Disiplin atau mana-mana pihak.

3. Sekarang kita dengar cerita lain pula. Wakil-wakil Bahagian yang akan hadir Mesyuarat Agong pada bulan Mac sudah pun ditentukan oleh bahagian-bahagian. Mereka terdiri daripada ketua bahagian, naib ketua bahagian, ketua wanita, ketua pemuda dan tujuh orang yang dipilih dalam mesyuarat bahagian yang lalu. Jumlah 11 orang semuanya.

4. UMNO mempunyai lebih kurang 190 bahagian, bermakna jumlah wakil ke Mesyuarat Agong adalah seramai 2,090 + ahli Majlis Tertinggi.

5. Sasaran rasuah ialah kepada 2,090 wakil ini. Saya dengar (tetapi saya tidak percaya) sudah ada calon bagi jawatan tertentu yang sudah beri elaun bulanan kepada sebilangan besar daripada 2,090 wakil ini. Bahagian mereka mencalon calon-calon tertentu tetapi yang akan undi dalam Mesyuarat Agong ialah perwakilan. Dan mereka yang dapat elaun mungkin (mungkin sahaja) akan undi calon yang memberi elaun kepada.

6. Jika yang menang adalah orang yang menghulur rasuah maka UMNO akan dipimpin oleh perasuah.

7. Dan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika Barisan Nasional menang. Dan pemimpin jenis ini akan sauk duit Kerajaan dan duit siapa sahaja yang berurusan dengan Kerajaan.

8. Saya telah berbual dengan beberapa orang yang tidak berparti dan juga yang berparti. Pendapat mereka semuanya sama - mereka tidak ingin diperintah oleh Kerajaan pimpinan perasuah.

9. Saya tanya jika tidak ingin apakah yang mereka boleh buat?

10. Mereka akan perhati dengan teliti pemilihan pemimpin UMNO bulan Mac ini.

11. Jika perwakilan UMNO memilih orang yang diketahui umum mengguna wang untuk dapat undi dan menjadi pemimpin UMNO mereka akan tentukan UMNO dan Barisan Nasional akan kalah Pilihanraya Umum ke-13.

12. Bolehkah mereka berbuat demikian? Jawab mereka lihat sahaja keputusan Pilihanraya Umum ke-12. BN kalah di lima buah negeri dan tidak dapat 2/3 di Parlimen kerana mereka memberi undi mereka kepada parti lawan.

13. Undi mereka, kata mereka adalah undi penentu. UMNO tidak boleh menang kerana undi ahli-ahli UMNO sahaja. UMNO perlu undi pengundi yang bukan ahli.

14. Kata mereka bukan sahaja yang bebas tidak akan beri undi pada calon pilihanraya UMNO, tetapi ramai juga ahli UMNO yang kecewa kerana kelakuan ahli dan pemimpin UMNO yang tidak akan mengundi calon UMNO dan BN. Mereka yakin kalau mereka percaya pemimpin UMNO yang dipilih Mac ini adalah perasuah, mereka akan tentukan UMNO akan kalah Pilihanraya Umum ke-13.

15. Pendapat ini disuarakan juga oleh orang Cina dan India. Kalau yang akan pimpin UMNO lepas Mac ini adalah yang terkenal mengguna wang untuk jadi ahli Majlis Tertinggi UMNO, mereka juga akan undi parti lawan.

16. UMNO tidak perlu ambilkira pendapat mereka ini. Bukankah UMNO parti yang terkuat di Malaysia? Takkanlah UMNO boleh dikalahkan!

Tags: Mahathir, UMNO RASUAH

Anonymous said...

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff mendakwa Umno Balik Pulau telah memutarbelitkan fakta berhubung dakwaan kerajaan negeri Pulau Pinang, tidak membenarkan Tabika Kemas menggunakan bangunan kerajaan negeri di Kuala Sungai Pinang.

Seramai 22 kanak-kanak Tabika Kemas di Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang dilaporkan terpaksa belajar di bawah panas terik lebih dua jam, kerana pintu pagar tabika dirantai dan dimangga.

Ia didakwa dikunci oleh Jawatankuasa Keselamatan & Kemajuan Kampung (JKKK) Kuala Sungai Pinang di bawah kelolaan kerajaan negeri Pulau Pinang. Yusmadi yang juga Ketua AMK Pulau Pinang menjelaskan, timbalan pengerusi JKKK, Kuala Sungai Pinang, Abdul Rahim Bin Md Isa - orang yang dipertanggungjawabkan menguruskan premis itu - telah meminta Tabika Kemas beroperasi seperti biasa walaupun kerajaan Pakatan Rakyat memerintah ketika itu. Bagaimanapun, beliau mendakwa pengerusi Umno cawangan Sungai Pinang, Ismail Johar, menceroboh premis tersebut dengan memotong kunci tanpa pengetahuan JKKK Kuala Sungai Pinang pada 2 Januari lalu. Sehubungan itu, Yusmadi berkata, sehari kemudiannya, JKKK telah menjemput jawatankuasa Kemas untuk menghadiri mesyuarat, yang dipengerusikan oleh beliau sendiri, bagi mendapat penjelasan mengenai kejadian tersebut. Bagaimanapun, katanya, jawatankuasa Kemas tidak hadir tetapi mesyuarat tersebut bersetuju menghantar surat kepada Kemas negeri dan memaklumkan mengenai pencerobohan tersebut. Kunci pintu "Dewan tersebut telah di kunci oleh JKKK Kuala Sungai Pinang memandangkan tiada sebarang jawapan dari Kemas Negeri Pulau Pinang, menunjukkan mereka tidak berminat untuk berkerjasama dengan pengurusan premis tersebut," kata Yusmadi dalam kenyataannya. Sementara itu, ahli jawatakuasa Umno bahagian Balik Pulau, Sabuddin Shaari pula mendakwa JKKK Kuala Sungai Pinang mengunci pintu pagar premis Kemas itu tanpa kebenaran pegawai daerah dan dianggapnya sebagai satu penyalahgunaan kuasa. "Arahan tak ada lagi dari kerajaan negeri untuk mengambil alih bangunan tersebut. Arahan tak ada lagi. "Jadi ia masih lagi di bawah Kemas. Tindakan (mengunci adalah tindakan) sendiri JKKK tanpa pengetahuan DO (pegawai daerah)," katanya. Beliau turut mendakwa bahawa kejadian JKKK mengunci pintu pagar bangunan tersebut pernah berlaku sebanyak dua atau tiga kali sebelum ini. "Kali ini merantai dengan rantai yang besar serta dimangga," katanya. Taib: Tanah PERDA Beliau menjelaskan, bangunan Kemas itu di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Katanya, menteri berkenaan, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menghadiri satu majlis di bahagian itu pagi tadi, turut meninjau kawasan tersebut untuk mengetahui perkembangan isu tersebut. Muhammad membidas tindakan JKKK itu yang didakwanya sudah tiga kali cuba menutup dan mengambil alih bangunan Tabika Kemas itu dengan mengarahkan pengurusan tabika mengosongkan bangunan itu sedangkan mereka tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Bernama melaporkan beliau berkata, bangunan itu didirikan di atas tanah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan bukan tanah kerajaan negeri. "Ini tanah PERDA yang diberikan sebagai tapak untuk membina tabika bagi kemudahan kanak-kanak mendapat pendidikan awal di kawasan ini. "Kalau mengikut geran, hanya kawasan padang permainan sahaja yang diserahkan kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk diuruskan tetapi tapak bangunan ini tidak. Jadi apa hak mereka nak mengambil bangunan ini?," katanya yang kesal dengan perkara itu.

lepaih ni hang keja plak dengan kerajaan baru no............

Anonymous said...

Salam.....
Seperti yang kita jangkakan...akhirnya kerajaan PR Perak tumbang seperti nangka busuk..akibat permainan yang mereka mulakan.
Keputusan 2 adun PR tidak menyertai UMNO dapat mengelakkan kita terjerumus dalam kemelut politik dimasa akan datang..(kes rasuah mereka).
Begitu juga dengan Adun BOTA..namun,tindakan adun ini sedikit mengelirukan dan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati pada wakil2 rakyat BN yang lain, sekiranya betul beliau (Adun Bota) ini dilantik menjadi MB baru.
Bagi JomoSama...kenapa tidak Dtk Dr.Ahmad Zahid Zabidi yang dilantik sebagai MB Perak yang baru???

Anonymous said...

Walau apa pun aku cuma harap umno akan kalah/gagal di dalam setiap apa usha jahat mereka(tmasuklah dgn membeli adun or mp)

permainan ni br je nak bermula dan akhirnya ISLAM pasti akan menang..
PERCAYALAH!!!

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen BRO..

terpulang lah ko nak cakap aper BRO, UMNO tak Islam ke? Islam memang akan menang. aku tak nafikan perkara tue, cuma ko tak boleh campur adukkan politik dengan Islam. Kalo tidak akan jadi macam PAS yang konon berlandaskan Islam tetapi langsung tidak konsisten dengan Islam.

memang Islam akan menang dan itu aku sokong, tapi kalo setakat bertopengkan Islam macam PAS, hanya buat malu nama Islam jer...