Friday, September 5, 2008

Cuti Umum Sempena 16 September???

Heboh di dalam media elektronik dan media cetak bahawa Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) ingin menjadikan 16 September 2008 ini sebagai cuti umum untuk seluruh Malaysia bagi meraikan kejayaan beliau menjadi Perdana Menteri dan menjadikan hari itu adalah ulang tahun penubuhan Malaysia. Negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang seperti Pulau Pinang dan Kelantan sudah menyokong cadangan yang dibawa oleh BABI ini. Sebenarnya ada perkara lebih penting untuk saya ketengahkah dalam artikel kali ini. Segala yang saya coretkan di bawah ini adalah pandangan peribadi saya dan saya ingin berkongsi pendapat dengan pembaca-pembaca sekalian.

Sebenarnya cerita 16 September adalah retorik semata-mata yang ditimbulkan oleh BABI. Ini bagi memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi tidak tentu arah dan berada dalam keadaan kegusaran. Apabila kerajaan merasakan segala rancangan BABI seakan benar dan nyata, maka kerajaan tiada pilihan lain kecuali mengisytiharkan darurat bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin. Ini kerana rancangan BABI untuk mengambil alih pentadbiran negara melalui 'pintu belakang' amat tidak beretika dan boleh meletakkan negara dalam keadaan kacau bilau.

Sebenarnya BABI seorang yang amat licik dalam medan politik. Selepas dibebaskan daripada penjara pada tahun 2004, beliau telah merangka rancangan yang cukup besar bagi mencapai cita-cita menjadi PM. Bak kata mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa "BABI ini seorang yang cukup licik. Beliau boleh menukar sesuatu perkara daripada salah menjadi betul dan begitu sebaliknya". Mengapa BABI mengisytiharkan untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh? Ini kerana beliau ingin 'test market' dan menilai sokongan rakyat kepada beliau. Keputusan menyebelahi BABI dan beliau menang malahan melebihi majoriti yang diterima oleh isteri beliau. Walaupun ketika dalam suasana pilihanraya kecil itu, BABI menghadapi dakwaan terhadap kes liwat, sokongan terhadap beliau tetap tidak berubah dan dengan ini menjadikan beliau yakin bahawa kekuatan politik beliau semakin kukuh dan kuat.

Setelah berjaya memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh, BABI menyusun langkah untuk menduduki kerusi PM dalam masa terdekat. Cara yang dimainkan oleh beliau dapat kita lihat sekarang ini. Beliau menghebohkan bahawa pada 16 September ini akan ada 30 Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak akan melompat parti untuk menyertai pakatan pembangkang. Sebenarnya perkara ini sukar untuk terjadi kerana kebanyakan Ahli Parlimen BN amat setia terhadap parti dan memegang janji serta mandat yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. Isu lompat parti telah dinafikan oleh Ahli Parlimen BN daripada Sabah dan Sarawak.

Selepas itu, BABI menyatakan pula bahawa ada juga Ahli Parlimen daripada Semenanjung terutama daripada Terengganu akan menyertai Pakatan Rakyat. Kecanggihan teknologi hari ini seperti penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS) telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk melaga-lagakan pemimpin di dalam BN. Maka, pada beberapa hari lepas telah dilakukan upacara mengumpul tandatangan Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak untuk menyatakan taat setia kepada PM dan BN. Perkara ini mencetuskan kontroversi di mana salah seorang daripada Ahli Parlimen Sabah yang bernama Datuk Anifah Aman tidak mahu menandatangani akujanji tersebut dan menyatakan bahawa tidak perlu diragui lagi kesetiaan Ahli Parlimen BN daripada Sabah dan Sarawak kepada PM.

Pada pandangan saya, tandatangan bagi menyatakan kesetiaan Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak tidak perlu dilakukan kerana ia hanya membuatkan BABI tergelak besar kerana berjaya mewujudkan keadaan ribut dalam kem BN. Apa yang saya cuba syorkan di sini adalah, kerajaan BN tidak perlu melayan setiap ungkapan atau propaganda yang dimainkan oleh BABI kerana hanya akan memerangkap kerajaan BN sendiri.

Mengapa BABI cukup suka jika kerajaan mengisytiharkan darurat pada 16 September ini? Ini kerana apabila kerajaan mengisytiharkan darurat, separuh daripada rancangan BABI akan berjaya. Maka, separuh lagi rancangan BABI akan menjadi kenyataan apabila kerajaan terpaksa mengadakan pilihanraya umum yang baru selepas darurat ditarik balik. Apabila darurat, pentadbiran kerajaan akan diambil alih oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dan mengikut perlembagaan yang ada, pilihanraya akan diadakan semula selepas darurat ditarik semula. Ketika inilah BABI akan melaksanakan perang saraf yang cukup hebat bagi memastikan cita-cita beliau menjadi PM akan tercapai.

Harus diingat bahawa UMNO berada dalam keadaan yang cukup lemah akibat daripada perpecahan dalaman dan serangan daripada luar seperti perang saraf yang dilancarkan oleh BABI. Ini kerana BABI telah melihat bahawa ketika di Permatang Pauh kelemahan ketara jentera parti UMNO telah memudahkan lagi kemenangan beliau di sana. Di samping itu, parti komponen di dalam BN sendiri telah mula tidak percaya antara satu sama lain seperti Parti Gerakan dan MCA yang telah mengugut untuk keluar dari BN jika UMNO memainkan sentimen perkauman. Perkara ini amat menguntungkan BABI yang dijangka akan menang secara terhormat dalam pilihanraya umum yang akan diadakan dan beliau tidak perlu mengambil alih kerajaan Malaysia melalui 'pintu belakang' seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Kerajaan tidak harus terperangkap dengan permainan politik BABI kerana hanya akan menjerat kerajaan dan menguntungkan BABI. 16 September akan mendatang dan insya-Allah tiada apa-apa perkara akan berlaku kerana BABI hanya melakukan propaganda politik untuk agenda peribadi beliau. Tujuan BABI mencadangkan cuti umum pada 16 September bukan kerana untuk meraikan kejayaan beliau menjadi PM ataupun meraikan ulang tahun Malaysia TETAPI adalah untuk meletakkan kerajaan dalam keadaan tertekan dan seterusnya menyaksikan kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat. Apabila terjadi darurat, BABI akan melaksanakan perang saraf dengan menuduh kerajaan telah berlaku zalim dan mengisytiharkan darurat tanpa sebab. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan rakyat menjadi muak dan benci kepada kerajaan BN. Apabila perang saraf BABI berjaya, maka BN akan tumbang pada pilihanraya umum yang akan datang.

Jadi, kepada pengunjung blog Pemuda Malaysia saya cuba mengajak anda merenung kembali erti kemerdekaan yang kita kecapi selama 51 tahun ini. Tidakkah anda perasan kembalinya BABI ke medan politik negara lebih banyak melibatkan kemusnahan daripada keamanan. Kerajaan terpaksa menghabiskan duit untuk menghadapi pilihanraya kecil di Permatang Pauh akibat perletakan jawatan isteri BABI sesuka hati. Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Pak Lah diperlekehkan oleh si BABI dengan mengatakan ia gula-gula buat rakyat. Semua yang dilakukan oleh kerajaan adalah salah di mata dan fikiran BABI. Semua yang dibuat BABI adalah betul kononnya. Jangan gadaikan negara ini semata-mata kerana seorang manusia bernama Anwar Bin Ibrahim yang hanya ingin membalas dendam dan mencapai agenda peribadi menjadi PM!!!

10 comments:

Tinta Biru said...

Salam Saudara,
Yang ini saya setuju..tulah diorg nih saya pun tak faham kenapa suka sengat buat kontrovasikan?

Pemuda Malaysia said...

salam saudara tintabiru,

terima kasih atas sokongan saudara terhadap penulisan saya.

biasalah..orang bila dah mabuk kuasa n tak tahu malu, akan berbuat apa sahaja demi mencapai agenda peribadi mereka..

kita tengok jelah setakat mana orang-orang macam ni nak menyalak...

Anonymous said...

HABIS PUAK PUAK BABI NEGARA(BN)LARI PI TAIWAN BUAT APA KALAU BUKAN KERANA KECUT NAK HADAPI 16/9,HANG LAGI SEKOQ PENCACAI BABI NEGARA YANG OTAK DUNGU TAHAP BONTOT SAIFOOL

Anonymous said...

Wah2... jauh benar pandangan pemuda malaysia ye.. kalaulah betul Anwar jadi PM.. x taulah malaysia jd macam mana..terbalik kot..

Anonymous said...

bila aku baca tulisan kau..terasa baca utusan meloya..khehehe..

antirejimkarat said...

bagi pandangan saya kompenen barisan nasional(babi negara) tidak ketahuan hendaknya dari kepala babi negara tengku abdul rahman lagi tak pernah menghargai jasa rakyat pada negara samalah dengan kerabat 2 babi negara sekarang ini contoh yang kita lihat apa yang terjadi pada leftenan adnan yang berjuang ketitisan darah terakhir mempertahankan bukit chandu(tau ke lokasi??walhai saudara pemuda malaysia yang bijaksana) apa yang jadi...ni saya nak terangkan sedikit pada rejim babi negara nie..bukit chandu lokasi nya adalah negara yang terletak dalam negeri temasik (singapura) apa yang bapa babi negara buat ???akhirnya bapa babi negara bagi begitu sahaja pada orang cina sedangkan allahyarham leftenan adnan mempertaruhkan nyawa mempertahanankan nya..tanpa rasa bersalah bapa babi negara menyerahkan sebuah tanah kerajaaan melayu kepada bangsa asing..
Ni dikatakan dasar kerajaan rejim babi negara tak pernah bersalah diatas perbuatan yang dilakukan samada dibelakang atau terang -terangan..sekarang gelombang rakyat pun sudah tahu berfikir samada hendah tunduk lagi pada kuasa kuku besi rejim babi negara..
pada pandangan peribadi saya mungkin saudara permuda malaysia ni bukan anak melayu yang didik dengan salasiah sebagai seorang yang cintakan tanah melayu dan agama islam..kepala dan daya fikiran saudara telah kusut dgn karat2 dan berselut dengan provokasi dr rejim babi negara yang anda sanjungi sendiri..
Rakyat tak pernah lupa diatas penindasan yang dilakukan oleh pemerintah sekarang rejim babi negara(barisan nasional) yang anda sanjungi..rakyat malaysia tak bodoh sekarang ni melainkan rakyat seorang seperti saudara yang masih menyanjungi rejim babi negara yang akan terkubur pada 16 sep. nanti..bersedialah dengan kain kapan yang akan menyelimuti pemerintahan 50 tahun seperti org tua yang rumah kata pergi kubur kata mari..saya berharap saudara kembali ke pangkal jalan dan insaflah dari fitnah dan dosa kering yang dicipta sendiri..

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous..

terima kasih atas komen saudara..
saya nak jelaskan, pemergian ahli parlimen BN ke taiwan bukan ada kene mengene dengan isu 16 september kerana perkara itu hanya mainan pihak Pakatan Rapuh sahaja..

mereka ke taiwan untuk menimba ilmu agar dapat berbahas secara berfakta di dewan rakyat nanti..

bukan mcam YB pakatan Rapuh, nak turun melawat rakyat pun malas macam MB Selangor yang cakap tak berlapik..inikan pula nak keluar negara untuk menimba ilmu..tapi kalau setakat makan angin sambil bawa budak bancuh kopi macam Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) bawa saiful mesti best kan???

tuntutlah ilmu walau samapai ke negeri China...

ingat tu saudara..tapi tak tahulah kalau saudara memang dah bodoh tahap keldai..nak buat macam mana kan...

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous,

terima kasih atas komen saudara..
kalau ANWAR AL-juburi jadi PM, Malaysia akan terbalik kerana beliau hanya boneka yahudi dan US sahaja..

melayu akan kembali kepada zaman kegelapan kerana beliau tidak akan membela nasib melayu.

apa yang beliau war-warkan dalam ceramah hanyalah retorik semata-mata...

Pemuda Malaysia said...

utusan meloya???

maknanya tulisan saya ni sama standard dengan akhbar utusan ker..
bangga juga saya..heheh...

saya hanya penulis muda, jika saudara loya baca tulisan saya ini bermakna saya berjaya mencetuskan satu situasi baru kepada saudara..

jika saudara baca sepintas lalu dan tak loya ini bermakna saya gagal..

terima kasih kerana loya setelah membaca tulisan saya...hehehe

Pemuda Malaysia said...

saudara antirejimkarat,

terima kasih atas komen saudara..
saudara memang tak layak berada di bumi malaysia kerana langsung tidak menghargai kemerdekaan yang Tunku Abdul Rahman perjuangkan..

saudara jangan lupa, Tunku terpaksa melakukan pemisahan antara Malaysia kerana pemimpin Cina Singapura menjadi duri dalam daging kepada pentadbiran malaysia.

sah masa cikgu sejarah mengajar saudara tak ke sekolah kerana menjaga kandang babi agaknya..hehehe...

Insya-Allah 16 september tidak akan terjadi pertukaran kerajaan kerana itu hanya retorik Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) sahaja..

kita tunggu dan lihat...