Tuesday, September 16, 2008

Ketelusan Sistem Kehakiman Telah Terbukti

Sistem kehakiman di Malaysia tidak boleh terus dipertikaikan lagi oleh pihak pembangkang apabila hari ini terbukti dua petisyen mengenai keputusan pilihan raya bulan Mac lepas memihak kepada Parti Islam Semalaysia (PAS).

Tiada kedengaran suara sumbang daripada Pakatan Rapuh mengenai keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan Hari ini. Dun Manir kekal milik PAS dan Dun Sanglang diberikan kepada Hashim Jasin daripada PAS setelah rayuan beliau diterima oleh Mahkamah Persekutuan.

Namun, apabila sesuatu keputusan itu memihak kepada calon Barisan Nasional, Pakatan Rapuh akan menyalak sampai serak suara mempertikaikan keputusan yang memihak kepada BN. Habis daripada Pak Lah sampailah ke peringkat bawahan akan dipersalahkan oleh Pakatan Rapuh yang hanya mengganggap diri mereka telus dan betul.

Ini juga bermakna peletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri yang menjaga undang-undang tidak akan memberi sebarang implikasi terhadap sistem kehakiman di Malaysia kerana dua keputusan mengenai petisyen pilihan raya yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan hari ini jelas tidak memihak kepada parti pemerintah. Lagipun saya percaya lebih ramai pemimpin BN yang layak memegang jawatan Menteri untuk menggantikan Datuk Zaid Ibrahim dan akan membawa sistem kehakiman Malaysia ke arah yang lebih tinggi dan mulia lagi.

No comments: