Monday, September 15, 2008

Apa Itu ISA? (Episod 1)

Internal Security Act (ISA) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri dirangka pada awalnya oleh R.H. Hickling dan dijadikan undang-undang pada tahun 1960. ISA telah dipinda sebanyak lebih 20 kali untuk disesuaikan dengan situasi semasa.

Kuasa mutlak bekenaan ISA telah diberikan kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang membolehkan beliau menggunakan kuasa ISA untuk menangkap sesiapa pun, tanpa perlu merujuk kepada mahkamah. ISA merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang berkuatkuasa di Malaysia.

Ketika zaman darurat iaitu pada tahun 1948-1960, ISA telah dinamakan Ordinan (Peraturan) Darurat 1948 yang banyak menguatkuasakan langkah pencegahan terhadap gerombolan dan anasir jahat termasuk komunis, sama ada yang melakukan jenayah yang mengancam atau menggugat keselamatan negara.

Melalui ISA, pesalah boleh ditahan oleh pihak polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan atas sebab disyaki mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh 2 tahun jika diluluskan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan sekaligus membolehkan penahanan terus dibuat tanpa perbicaraan. Kemudian, pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada akta ini. Pada masa kini, mahkamah hanya boleh melihat semula akta ISA ini kepada beberapa perkara teknikal sahaja.

Di Malaysia, ISA telah digunakan secara konsisten terhadap mereka yang menggugat keamanan negara seperti kes Al-Maunah dan kepada golongan yang memainkan isu perpaduan secara bahaya seperti isu HINDRAF. ISA amat ditakuti dan dibenci namun ia adalah
satu akta yang perlu dikekalkan oleh kerajaan Malaysia bagi mengawal kehidupan umum masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.

Pada pandangan saya, ISA adalah akta yang relevan dan perlu digunapakai bagi memastikan keamanan negara ini terus dipelihara. Menyentuh mengenai peletakan jawatan YB Senator Datuk Zaid Ibrahim pada pukul 2 petang tadi, ia adalah satu tindakan yang wajar kerana beliau bukan membantu sangat pun dalam kabinet Pak Lah. Kehadiran Datuk Zaid Ibrahim hanya menjadi beban kepada kabinet Pak Lah kerana banyak melawan arus dalam pentadbiran Pak Lah.

Datuk Zaid bersikap seperti lebih sudu daripada kuah kerana selalu mendahului ketua dalam setiap pengumuman atau tindakan yang dilakukan oleh beliau. Tindakan Datuk Zaid yang selalu menimbulkan perbalahan di dalam kabinet Pak Lah adalah satu tindakan yang kurang bijak namun apabila beliau sendiri berundur dan meletakkan jawatan sebagai Menteri, ia adalah satu perkara yang menguntungkan Pak Lah kerana selepas ini tiada lagi pengacau dari dalam. Pak Lah bersama barisan kabinet beliau akan lebih mudah menjalankan tanggungjawab membela agama, bangsa dan negara.

Nantikan kupasan ISA dari saya dalam episod akan datang...



12 comments:

BUJANG SENANG said...

hapus jer ISA!!!

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen saudara bujang senang..

saya berpendapat, ISA adalah akta yang masih realistik dan amat membantu bagi negara kita yang mempunyai masyarakat berbilang kaum.

Ini kerana, ISA bukan sahaja sesuai dipraktikkan untuk menahan pengganas komunis atau anasir yang mengancam keselamatan negara, ia juga berguna untuk menahan puak pelampau agama dan mereka yang cuba meniup api bagi mewujudkan pergeseran kaum.

bayangkan negara kita tidak memiliki akta ISA, negara akan menjadi huru-hara akibat ketiadaan satu akta yang kuat yang dapat mencegah berlakunya rusuhan kaum dan perbalahan sesama kita dalam negara.

kita tunggu dan lihat, siapa lagi yang akan ditahan ISA. Jangan salah faham mengenai ISA kerana akta ini tidak mengenal sesiapa samada di pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. asalkan mereka meniup api perkauman dan cuba mewujudkan ketegangan kaum di negara ini, pihak terlibat akan ditahan ISA.

Anonymous said...

kekalkan ISA....
Din
Kubang Semang

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen saudara Din dari Kubang Semang yang senada dengan saya..

Kerajaan tidak akan tunduk kepada mereka yang ekstremis dan melampau..

Anonymous said...

tak berdosa ke tahan orang tanpa dibicarakan(ISA)?

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous, terima kasih atas komen saudara..

saudara nie bodoh betullah. macam hidup kat zaman batu jer..

Kan saya dah kata ISA memang sah dari segi perundangan dan tak berdosa jika kita menahan sesorang yang disyaki akan membawa keadaan yang tidak selamat dan huru-hara demi kepentingan semua kaum di Malaysia.

Saya nak tanya saudara, jika ada orang luar yang mengutuk dan mencaci salasilah keturunan saudara, adakah saudara berdiam diri sahaja? Memang bacul kalau saudara bersikap sedemikian.

Mesti saudara akan memberi amaran dahulu dan jika perbuatan orang itu berterusan, saudara akan menampar atau bertumbuk dengan orang itu. berdosa tak tumbuk orang yang hina saudara?

sama macam ISA, kerajaan sudah beri amaran agar jangan memainkan sentimen perkauman atau melakukan perkara yang menjerumuskan negara kepada keadaan kacau-bilau.

tapi, kalau dah dasar degil, ISA adalah jawapan terbaik..jadi saya tak anggap perkara ini berdosa..

Umno said...

Kekalkan ISA!

bujang susah said...

hurm.. kalau dari pendapat pemuda malaysia ianya tidak berdosa.. bagaimana pula dari sudut agama? Sebab Nabi Muhammad tidak memarahi kafir laknatullah, sebaliknya mendoakan mereka. hurm.. kenapa pemuda malaysia memaki anonymous? kesian dia yang hanya bertanyakan pandangan dari saudara..

Anonymous said...

can i as u something?
bkpe la x hapuskan je isa ni?
"saudara nie bodoh betullah. macam hidup kat zaman batu jer..
Kan saya dah kata ISA memang sah dari segi perundangan dan tak berdosa jika kita menahan sesorang yang disyaki akan membawa keadaan yang tidak selamat dan huru-hara demi kepentingan semua kaum di Malaysia"..
saya copy paste balik apa yang saudara katakan..
saudara ni memang bodoh jugak kan?senang2 kata orang bodoh!tahniah~
persoalan saya,adakah jika ia halal dari segi perlembagaan,ia turut halal dari segi islam?tahan tanpa bicara,melanggar hak asasi menusia tu bro!kalau bro cakap org yang sertai hindraf,bantahan isa tu selayaknya ditangkap dan dihumban dalam penjara isa,logikkah?sedangkan umno juga seringkali buat perhimpunan agong,juz sebab konon umno halal di malaysia,umno dapat buat perhimpunan di pwtc..
polis main sembur2 je cm2,bodohnye polis tu..kata nk jage rakyat malasyia..jenayah sangat ke kalau hadiri himpunan tu?mereng ke ape la..konon perhimpunan haram..eh,kita ni negara demokrasi..bebas,,,xkan la nk tegakkan pendapat sndri pon xleh..kena tangkap?
kalau zaman darurat dulu,bleh la guna isa ni..ni,zaman darurat gak ke?semua org jadi pengganas eh?

Hamba Allah said...

hamba bersetuju dengan bujang susah...

ape keheinye tuan pemuda malaysia senang2 memanggil bodoh dkt anonymous tu... tindakan ini mencerminkan kecetekan dan x brape pandai (ayat lembut) tuan pemuda malaysia.

sekian tq.

Anonymous said...

saya agk terkilan saudara berkata bodoh pada yg bertnya.satu jwpan yg mmg kurang ajar.
saya bersetuju ISA..DIHAPUSKAN!
ISA sekrg tak sma dgn ISA dulu.keadaaan skrg bukan mcm keadaan penjajahan dulu.bentuk penjajhan sekrg ni bentuk penjajahn minda lah.
saudara,ISA by itself tidak zalim.tapi mereka yg menegakkan ISA skrg ni yg ZALIM!(sama la dgn hukum binatang babi.babi bukan haram.tapi hukum mkn babi bg orang ISLAM adalah haram.kna faham dulu hukum tu)
dlm ISLAM sndri,nak jatuhkan hukuman bg pencuri pun ada syarat2nye.kena ada 4 saksi,kena siasat dulu sebb apa dia mncuri.kalau sbb miskin dia mencuri,then hukuman yg sepatutnya tak dijatuhkan.betapa undang2 dlm ISLAM itu adil.tak perlu cari undang2 lain dah.
ISA-tangkap tnpa bicara.tnpa bukti nyata.bukan ke zalim namanya tu.
yg merana,ahli keluarga tahanan.anak2 mereka.tak tahulah saudara pernah bca luahan hati keluarga ISA.ada sorng anak tahanan yg jatuh sakit,menanggung rindu pada bapa mereka yg sudah berbulan2 tak jumpa,meninggal dunia tanpa smpat jumpa bapa tercinta akibat tahanan itu tidak dibenarkan utk melawat anaknya tika sakit.amat menyedihkn(kalau saudara seorang yg empathy)
biar buta mata melihat,jgn buta mata hati.jgn hanya percaya apa di depan mata tnpa melihat sebaliknya

nazim said...

Saya stuju dgn bujng susah..sudra pmuda m'sia..belum apa2 sudh kata org bodoh..ini ke sikap yg prlu kita buat pda org yg brtnya pda kita?Saya pn terfikir yg sama..adkh islam mmbenarkan penahanan seseorg tnpa dibicarakn..jika benar sudh salah..dibicarakn sajalah..dan jatuhkn hukuman..knapa tidak dibicarakan?Jika tak dibicarakan..mcm mana msyarakt mau tahu pihk yg ditahan itu mmg benar2 bersalah atau tidak?fikir2 kan lah.