Tuesday, September 23, 2008

TERESA KOK PEMUTAR BELIT TERHEBAT!!!


Siapa yang putar-belit sebenarnya? Media atau Teresa Kok? Jika anda melihat siaran berita TV 3 malam tadi, jelas Teresa Kok sendiri yang memutar-belit isu mengenai beliau diberi makan seperti makanan anjing. Sekali lagi beliau mencetuskan isu yang dilihat memalukan kerajaan dan pihak polis. Sungguh biadap dan celuparnya mulut si nyonya andartu ini. Dia ingat makanan di dalam pusat tahanan boleh disamakan dengan makanan di hotel lima bintang. Ini menunjukkan Ahli Parlimen daripada Pakatan Rapuh hanya tahu makan sedap-sedap dan bertaraf lima bintang sahaja tanpa menyedari ada rakyat miskin yang tak dapat makan sesedap mereka.

Sebenarnya makanan yang disediakan oleh pihak berkuasa seperti polis tidak seburuk seperti yang digambarkan oleh Teresa Kok. Daripada segi menu yang dijelaskan oleh Teresa Kok, jelas menunjukkan semua hidangan yang diberi kepada tahanan mempunyai khasiat dan menepati piawai antarabangsa. Cuma, mungkin orang seperti Teresa Kok tidak pernah merasa susah dan hanya menikmati makanan yang sedap-sedap dan mahal di luar dari pusat tahanan. Rakyat sudah rasional dan faham dengan sikap celupar Teresa Kok. Telur ayam, ikan kembung, daging ayam serta sayur-sayuran adalah hidangan yang berzat dan mungkin cara masakan seseorang yang menjadikan makanan itu lazat atau sebaliknya.

Namun, untuk mengatakan bahawa makanan yang dihidangkan di pusat tahanan seperti makanan anjing oleh Teresa Kok adalah amat dikesali. Teresa Kok cuba mencetuskan kontroversi yang menyebabkan rakyat memandang serong kepada pihak polis. Saya berpendapat Teresa Kok harus disumbat sekali lagi ke dalam ISA dan beri makanan yang betul-betul seperti makanan anjing. Baru padan dengan muka beliau akibat keceluparan mulut beliau sendiri.

Perbuatan Teresa Kok yang anti Utusan Malaysia memang sudah terserlah sejak dulu lagi. Segalanya telah jelas terbukti dalam rakaman ulang tayang kenyataan Teresa Kok dalam Buletin Utama di TV 3 malam tadi dan biarlah rakyat menilai sendiri siapa dia Teresa Kok!!!

................................................................................................................

Teresa nafi ‘seperti makanan anjing’

SHAH ALAM 22 Sept. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini menafikan pernah menyamakan makanan yang disediakan kepadanya ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ‘seperti makanan anjing’.

Sebaliknya, wakil rakyat DAP itu mendakwa beliau hanya mengatakan makanan tersebut ‘lebih baik sedikit daripada makanan anjing’ (slightly better than dog food) ketika ditanya pemberita pada sidang akhbar sejurus dibebaskan daripada tahanan 19 September lalu.

Teresa sehubungan itu menyalahkan Utusan Malaysia yang didakwanya memutarbelitkan kenyataan beliau.

‘‘Saya cakap dalam sidang akhbar bila wartawan tanya saya macam mana layanan saya di lokap. Saya cakap bilik saya ditahan kecil, iaitu 6 X 8 kaki (1.8 x 2.4 meter) dan makanan tidak sedap, slightly better than dog food.

‘‘Tetapi dalam Utusan Malaysia mereka tulis saya kata ‘makanan anjing’. Mereka sekali lagi putar belit kenyataan saya.

‘‘Saya bukan mahu perbesarkan isu ini, tetapi ia bertujuan untuk kebaikan dan perbaiki keadaan (tahanan) sekiranya ISA terus digunakan, manakala Utusan Malaysia sekali lagi mahu memburukkan imej saya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ahad lalu, Mingguan Malaysia menyiarkan kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang kesal dengan Teresa kerana mendakwa makanan yang dijamu kepadanya ketika dalam tahanan ISA ‘seperti makanan anjing’.

Reaksi Syed Hamid itu diperoleh bagi mengulas laporan bertajuk Teresa dijamu ‘seperti makanan anjing’ yang disiarkan oleh portal berita Internet tempatan, Malaysiakini.com.

Sementara itu, Teresa terdahulu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah yang mengunjungi beliau di pejabatnya di tingkat tiga, bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi membincangkan dakwaannya berhubung layanan terhadap tahanan ISA.

dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 23 September 2008

9 comments:

LeeZ said...

Kau ni pernah ke masuk lokap??? We're not talking about prison here...

Have u ever tasted the food in the lokap...

Well, I HAVE!!!! (For a 'crime' I did not commit) .... and u betcha it's worse than DOG FOOD!!!!

Pemuda Malaysia said...

saudara leez, terima kasih atas komen anda..

saya pernah masuk lokap tetapi atas tiket lawatan dan saya telah melihat sendiri proses dari awal sesorang itu berada di dalam lokap sampai dia keluar..penjara atau pusat tahanan di m'sia menepati Standard operation procedur(SOP).

kalau kita tak bicara pasal prison kita bicara pasal aper???

saya pernah cuba makan makanan yang disediakan oleh pihak penjara kajang, saya lihat tiada masalah. masalah disini Teresa Kok sendiri memang pemutar belit fakta..

awak baca agenda daily online yang bertajuk "Dakwaan Teresa Kok pasal makanan anjing: Antara ‘ similar to’ dan ‘ slightly better’…."

suka hati awak la nak cakap ape tentang saya..kalau saya terul dari anjing, awak lagi beribu kali teruk dari anjing dan keturunan nya kot..hehehe...

yang penting Teresa Kok harus sedar makanan di pusat tahanan tak boleh disamakan dengan makanan di hotel. namun kerajaan dan pihak polis mempunyai rasa prihatin dan tanggugjwb terhadap semua tahanan di malaysia dengan menyediakan makanan yang berkhasiat..

kalau awak dan Teresa Kok tak puas ati, pergilah ke pusat tahanan US di Guantanamao yang juta kali lebih dahsyat!!!

Anonymous said...

saudara leez...

Saya rasa pemuda malaysia ni tak faham apa yang you cuba sampaikan.

Naper pemuda malaysia ni quote camni,
"suka hati awak la nak cakap ape tentang saya..kalau saya terul dari anjing, awak lagi beribu kali teruk dari anjing dan keturunan nya kot..hehehe..."

sebab saya tak nampak pun leez tulis you mcm anjing atau lebih teruk dari anjing. Ape ni saudara? pening la mamat ni ke tak reti bahasa Inggeris.. harunya..hehehe

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous, terima kasih atas komen anda..

saya faham apa yang di katakan oleh leez..

leez menyatakan bahawa di sini kita bukan berbicara tentang lokap. dia tanya, adakah saya pernah mencuba makanan di dalam lokap. dia nyatakan dia pernah rasa (utk kesalahan yang dia tak lakukan)"org buat salah mana nak ngaku"...

cuma tentang perkataan 'betcha' yang saya kurang faham dan saya agak 'betcha' may b believe or bet..

saya rasa awak yang tak fhm komen saya..bodoh juga awak ni kan saudara anonymous..hehe..at least leez lebih berani dari awk kerana guna nama 'leez' dan tidak macam awak yang bacul..

Naper pemuda malaysia ni quote camni,
"suka hati awak la nak cakap ape tentang saya..kalau saya terul dari anjing, awak lagi beribu kali teruk dari anjing dan keturunan nya kot..hehehe..."

nak tahu kenapa saya tulis macam di atas? saya hanya mengandaikan yang jika leez ada niat nak kata apa jua tentang saya itu adalah hak dia, cuma bila dia akan berkata seperti assumption saya, saya just akan ckp bahawa dia lebih teruk seperti yang dicakap kepada saya.

faham tak saudara anonymous yang bacul???

Anonymous said...

whatever... duhhh

Anonymous said...

aper la saudara anonymous ni? betul la ape yang dikata oleh saudara pemuda malaysia ni.. mmg makanan ISA sedap la mcm KFC. Saudara tak pernah masuk kan? so jgn ckp lebih2.. nanti masuk ISA baru padan muka.. tgk pemuda malaysia ni.. suka pada ISA.. semoga ISA kekal sampai bila2 dan menyumbat rejim anti BN/UMNO.. ye tak saudara?

Faizal said...

orang seperti terese kok barangkali tidak perlu dilayan dengan baik. itupun untung diberi makan, kalau dibiar kebulur tak makan langsung, baru dia tau.

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen saudara anonymous..

saya faham saudara perli saya dan saya tak rugi aper pun..

saya ada kata ke makanan ISA sedap macam KFC??? rasanya takder..

saya kata makanan ISA sesuai dengan aper yang digariskan oleh SOP..

saya memang berharap agar ISA dikekalkan kerana akta ini banyak membantu mengawal keselamatan negara.

ader ahli UMNO yang masuk ISA seperti Datuk Seri Zahid Hamidi, Ruslan Kassim, Datuk Ibrahim Ali(bekas UMNO), Ezam Nor dan lain-lain lagi..

mereka faham kepentingan ISA dan minta dikekalkan..

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen saudara faizal..

tak kira siapa yang ditahan ISA akan dilayan sama rata kerana itu adalah hak mereka sebagai manusia.

kerajaan malaysia mengikut SOP dan diakui oleh dunia..

cuma apa yang dikesalkan ialah kenyataan teresa kok boleh memalukan negara di mata dunia..

apapun tersa kok sudah minta maaf dan mengaku salah..may b sebab takut kena saman..

padan muka nyonya tua tue...