Tuesday, August 18, 2009

Mari Fikirkan Bersama...

Saya akan paparkan 2 artikel daripada Utusan Malaysia Online berkenaan kenyataan Mufti Perak dan Mursyidul Am PAS mengenai Syurga dan Neraka. Saya berharap para pengunjung blog ini yang membaca dua kenyataan tersebut dapat menilai kenyataan berikut daripada dua tokoh ulama dengan menggunakan akal fikiran yang waras dan bukan menilai melalui pemahaman politik melampau.

Jangan jadikan agama Islam sebagai mangsa ideologi politik kotor sesebuah parti. Saya berharap agar Nik Aziz kembali sedar apa yang beliau telah ucapkan akhir-akhir ini kerana semakin mengelirukan masyarakat Islam. Tak salah saya katakan bahawa Nik Aziz semakin nyanyuk ataupun telah terminum air jampi Brother Anwar bin Ibrahim (BABI).

Semoga dua artikel yang dipaparkan di bawah ini dapat membezakan mana satu "ulama tulen" dan mana satu "ulama politik".

Bacalah...

KENYATAAN MUFTI PERAK (Tan Sri Harussani Zakaria)

Tiada nas sertai Pas masuk syurga

PUTRAJAYA 17 Ogos - Tiada nas dalam al-Quran dan hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesebuah parti sebelum dijanjikan masuk syurga.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, syurga dijanjikan Allah hanya untuk mereka yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.

''Syurga itu hak Allah, malah belum tentu lagi mereka yang sembahyang diterima (pahalanya) sebab kena tengok dulu sembahyangnya betul atau tidak.

''Apatah lagi jika ada dakwaan kata masuk parti ini baru dijanjikan syurga, itu lagi tidak betul, jangan kita mendahului Tuhan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kenyataan Nik Abdul Aziz itu dipercayai bermotif politik berikutan persaingan Pas dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir 25 Ogos ini.


KENYATAAN MURSYIDUL AM PAS (Dauk Nik Abdul Aziz Nik Mat)

Ahli UMNO tak akan masuk syurga

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Pengundian ialah pada 25 Ogos ini. - BERNAMA


Anda baca dan nilai sendiri mana satu pendapat yang anda percaya berdasarkan kepada nas dan hukum Islam...

No comments: