Wednesday, August 19, 2009

Harun Taib Tak Sokong Nik Aziz

Masuk syurga tak kira parti – Harun Taib

KUALA TERENGGANU 18 Ogos – Ketika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan penyokong UMNO tidak layak masuk syurga, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib (gambar) pula mempunyai pandangan berbeza berhubung perkara itu.

Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berpendirian, peluang masuk syurga adalah urusan dan keizinan Allah dan ia tidak semestinya bergantung kepada mana-mana parti yang disertai.

Jelasnya, setahu beliau, umat Islam yang sentiasa mengamalkan kebaikan, bertakwa selain ikhlas dalam mematuhi segala ajaran Islam, mereka akan masuk syurga dengan izin Allah.

“Sesiapa saja (umat Islam) yang mengamalkan ajaran Islam dan yakin dengan ajaran itu selain mengamalkannya dengan jujur, ikhlas, maka dengan izin Allah mereka akan masuk syurga.

dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 18 Ogos 2009

.....................................................................................

Betul tak aku cakap Nik Aziz dah nyanyuk kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau akhir-akhir ini semakin meragukan dan nampak bodoh. Inilah yang dipanggil Ulama Politik. Akibat ketaksuban kepada parti DAP dan Anwar Ibrahim Al-Juburi, Nik Aziz sanggup mempertahankan kawan-kawan berlainan agama di dalam kem Pakatan Rosak dengan mengeluarkan fatwa-fatwa songsang. Semoga Nik Aziz sempat bertaubat sebelum menutup mata.

4 comments:

Anonymous said...

1.tahu k x yang tok guru nak saman utusan&swaktu dgnnya sebab memutarbelit kenyataannya..(lepas ni utusan kena mintak maap terbuka sekali lagi a selepas buat fitnah hari tuu)
2.yang amal ajaran islam masuk syurga.maslahnya amal ke????..
3.jangan tuduh ulama besar camtu
4.aku rasa ko perlu bertaubat sebelum menutup mata.
5.tolonglah berfikiran terbuka..banyakkan kajian betul2 mendalam pasal politik ni

Mohd. Alias bin Demyati said...

Salam Buat Along...selamat berpuasa

Daud Mili said...

wahai pemuda Malaysia...
kenapa letak lagu indon kat blog ni???......

faziz ar said...

salam berkunjung
saya nasihatkan saudara kalau nak menghukum nik aziz berkenaan dengan hal tersebut kena dapat penjelasan yang jelas dari dia. Carilah kebenaran dengan adil dan
bukan dengan membaca berita dari utusan meloya saja.