Thursday, May 14, 2009
PILIHAN RAYA NEGERI PERAK...HANYA AKAN MENGUNTUNGKAN DAP
Dua hari aku pening melihat kemelut politik Perak yang hanya akan merugikan rakyat Perak, tidak menguntungkan UMNO, PAS tetapi DAP akan terus yakin menaruh harapan untuk menduduki kerusi MB Perak. Percayalah….. Bukan sahaja UMNO hilang kuasa, malah PAS akan turut diperdaya DAP semata-mata untuk kepentingan politik DAP.
Aku yakin DAP akan tetap dan terus mendesak Nizar untuk minta perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak. DAP akan terus menekan sepupunya itu (Nizar) untuk terus menderhaka kepada Sultan Perak.
Yang sedih nanti, bukan sahaja Zambry bukan jadi MB...malah kedudukan Nizar juga tidak terjamin dengan adanya Pilihanraya Negeri kerana inilah masa yang sesuai DAP menerajui Perak sebagai MB.
Percaya atau tidak, sekurang-kurangnya DAP akan meletakkan seorang calon Melayu Islam untuk bertanding dalam pilihanraya tersebut, untuk memudahkan mereka menduduki kerusi MB Perak…..Jika dalam PRU yang lalu, mereka yang menang besar gagal menduduki kerusi MB sebab peruntukan Perlembagaan Negeri, seorang MB mestilah seorang Melayu Islam. Ini yang menyebabkan mereka terpaksa berputih mata merelakan Nizar diletakkan sebagai MB, tapi hanya sebagai BONEKA mereka di Perak.
Calon yang paling sesuai, ialah Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim. Dengan pengalamannya bersama Guthrie Corporation Ltd.Yea… MB masih Melayu dan masih Islam, cuma bertopengkan DAP yang pasti akan mengugat keTuanan Melayu dan Kesucian agama Islam.
Inilah masanya DAP mendesak Sultan Perak untuk menerima pilihan mereka…. Yang beragama Islam dan berbangsakan Melayu untuk menjadi MB.
Buat rakyat Perak…tidak kiralah yang menyokong UMNO mahupun PAS….fikir-fikirkan masa depan anak bangsamu. Jangan sibuk berpolitik hingga boleh mengadaikan masa depan anak bangsa, agama, bangsa dan tanahair kita sendiri.
dipetik daripada http://sahabatgunung9506.blogspot.com/
Aku yakin DAP akan tetap dan terus mendesak Nizar untuk minta perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak. DAP akan terus menekan sepupunya itu (Nizar) untuk terus menderhaka kepada Sultan Perak.
Yang sedih nanti, bukan sahaja Zambry bukan jadi MB...malah kedudukan Nizar juga tidak terjamin dengan adanya Pilihanraya Negeri kerana inilah masa yang sesuai DAP menerajui Perak sebagai MB.
Percaya atau tidak, sekurang-kurangnya DAP akan meletakkan seorang calon Melayu Islam untuk bertanding dalam pilihanraya tersebut, untuk memudahkan mereka menduduki kerusi MB Perak…..Jika dalam PRU yang lalu, mereka yang menang besar gagal menduduki kerusi MB sebab peruntukan Perlembagaan Negeri, seorang MB mestilah seorang Melayu Islam. Ini yang menyebabkan mereka terpaksa berputih mata merelakan Nizar diletakkan sebagai MB, tapi hanya sebagai BONEKA mereka di Perak.
Calon yang paling sesuai, ialah Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim. Dengan pengalamannya bersama Guthrie Corporation Ltd.Yea… MB masih Melayu dan masih Islam, cuma bertopengkan DAP yang pasti akan mengugat keTuanan Melayu dan Kesucian agama Islam.
Inilah masanya DAP mendesak Sultan Perak untuk menerima pilihan mereka…. Yang beragama Islam dan berbangsakan Melayu untuk menjadi MB.
Buat rakyat Perak…tidak kiralah yang menyokong UMNO mahupun PAS….fikir-fikirkan masa depan anak bangsamu. Jangan sibuk berpolitik hingga boleh mengadaikan masa depan anak bangsa, agama, bangsa dan tanahair kita sendiri.
dipetik daripada http://sahabatgunung9506.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
kurang pandainye kau. 'ketuanan melayu'??? sebab itulah umno/bn kalah jijik dalam pru12. lepas ini pasti hilang putrajay. bertaubatlah wahai kau manusi tak de akal.
lu pikir Sultan bodoh ke apa?.. janagan lupa Sultan ada kuasa mutlak melantik, semesti nya Sultan akan melantik seorang yang seperti Nizar atau yang diangkatan dengan pribadi beliau.... En. Aziz tu boleh Exco jer
Apa yang salahnya dengan DAP? Apa bezanya DAP dengan UMNO? kalau kau ingat DAP itu parti cina, habis mengapa mereka bakal letak calon melayu Islam? kalau DAP tidak islamik, islamik sangatkah UMNO itu? Kedua-duanya hanyalah parti sekular!
Lebih baik DAP yang tidak punya rekod membaham duit rakyat, menyalahgunakan kuasa diberi peluang memerintah, berbanding UMNO yang terlalu banyak kali merampas harta benda milik rakyat.ingat tragedi Berembang? Ingat perobohan rumah rakyat di Kg. Bujal Kemaman? Angkara DAPkah itu? Jawab saya!!
kau melayu bernama zanie yg hidup aman dan tenteram bebas siapa punya jasa, jgn jadi anjing yg tersepit dah dilepaskan mengigit pule!!!! parti mane yg memerdekakan tanah melayu?????? selama ini siape yg btul2 berjasa ??? jawapanNYE pasti UMNO.....Hidup UMNO,Hidup PemudaMalaysia...
terima kasih atas komen zanie..
nampaknya ader juga insan bodoh di dunia macam zanie nie..
ko nak sokong DAP itu ko punya pasal. ko kata UMNO rasuah atau apa pun itu hak ko..
saper kata DAP takder rekod buruk..
ko tengok la dekat penang apa dah jadi..
aku takkan dedahkan tentang keburukan DAP sebab ko bukan penting sangat kat malaysia nie untuk tahu...
kalo nak tahu juga, tunggu...
lagi sekali aku nak pesan pada insan bodoh bernama zanie...tolong berpijak di bumi nyata, jangan sampai malaysia tergadai kepada DAP, baru padan muka ko.
terima kasih kepada lagenda4046 atas komen yang diberikan...
saya hargai sokongan awak kepada blog saya.
saya harap UMNO lebih maju dan relevan pada hari ini dan masa akan datang...
Idea 'suci' demokrasi yang mengatakan kedaulatan di tangan rakyat telah nyata dihapuskan oleh pihak-pihak yang memperjuangkan demokrasi itu sendiri. Apa yang berlaku di Perak sebenarnya menunjukkan bahawa ‘kedaulatan’ adalah di tangan pihak yang berkuasa, bukannya di tangan rakyat. Hakikatnya rakyat hanyalah pihak yang menjadi mangsa kepada kerakusan parti-parti politik yang ingin berkuasa. Dalam pergaduhan ini, kedua-dua pihak mendakwa bahawa tindakan mereka adalah bersesuaian dengan ‘demokrasi’ dan menuduh pihak lain tidak mengikut lunas demokrasi. Yang pasti, tidak ada satu pihak pun yang berhujah bahawa tindakan mereka adalah bersesuaian dengan ‘Islam’. Dengan kata lain, kedua-dua pihak telah meletakkan ‘standard kebenaran’ kepada demokrasi, bukannya kepada Islam atau hukum syarak. Walhal yang bergaduh majoritinya adalah sesama Muslim. Mereka langsung tidak merujuk kepada firman Allah. Satu pihak merujuk kepada Raja, satu pihak lagi merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri, dan kedua-dua pihak bersepakat merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan. Sungguh, kedua-duanya telah membelakangkan firman Allah, membelakangkan Al-Quran dan Sunnah yang merupakan undang-undang yang tertinggi dan satu-satunya undang-undang untuk umat Islam. Sedangkan Allah berfirman,
“...kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” [TMQ an-Nisa’ (4):59]
Demi Allah! Jika mereka merujuk kepada Allah dan Rasul, nescaya mereka tidak akan mengembalikan persengketaan mereka kepada ‘demokrasi’ atau kepada Perlembagaan ciptaan manusia yang langsung tidak ada nilai di sisi Allah. Jika mereka merujuk kepada (hukum) Allah dan Rasul, nescaya mereka akan sedar bahawa Islam meletakan kedaulatan di tangan syarak, bukannya di tangan rakyat, yakni manusia wajib tunduk patuh kepada ketetapan syara’ yang berupa hukum Allah ke atas mereka. Wajib bagi pihak-pihak yang bertelagah untuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah, bukannya kembali kepada Raja, kepada Perlembagaan Malaysia atau kepada Perlembagaan Perak yang diciptakan oleh manusia di bawah sistem demokrasi. Kitabullah dan Sunnah RasulNya adalah satu-satunya hukum yang wajib diikuti oleh manusia, bukannya hukum demokrasi.
Demi Allah! Sekiranya mereka kembali kepada Allah dan Rasul, nescaya mereka akan tahu bahawa sistem pemerintahan Islam adalah sistem Khilafah, tidak sebagaimana sistem demokrasi yang ada sekarang yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara federasi yang membahagi-bahagikan antara kuasa Pusat dan kuasa Negeri yang seterusnya mewujudkan jawatan Menteri Besar di peringkat negeri. Oleh kerana sistem demokrasi yang mewujudkan federasi inilah yang menyebabkan timbulnya kekecohan dan pergaduhan sesama umat Islam di Perak, hanya kerana berebut jawatan Menteri Besar. Kedua-dua pihak sudah tidak dapat keluar dari cara berfikir yang telah sikafir Lord Reid tanamkan melalui Perlembagaan Malaysia, yang mana Malaysia mesti ada kuasa Pusat dan kuasa Negeri. Jadi mereka cuba berebut dan mempertahankannya habis-habisan. Walhal, pembahagian kuasa pusat dan kuasa negeri ini langsung tidak ada di dalam Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak Sahabat mahupun Qiyas. Konsep federasi ini juga langsung tidak dipraktikkan oleh Rasulullah dan Khulafa’ Rasyidun di dalam pemerintahan mereka. Selama pertelingkahan ini tidak dirujuk kepada Al-Quran dan Sunnah maka selama itulah pihak-pihak yang bertelagah ini akan terus terperangkap dengan kekejian demokrasi yang memecah belahkan sesama umat Islam.
Sesungguhnya Islam telah meletakkan peranan seorang Khalifah untuk mendaulatkan hukum-hakam Islam di tengah-tengah masyarakat. Seorang Khalifah itu dibaiat untuk melaksanakan hukum Allah ke atas manusia, bukan seperti sistem demokrasi di mana pemimpin dilantik untuk melaksanakan hukum-hakam ciptaan manusia ke atas manusia. Dalam demokrasi, yang diterapkan adalah hukum hawa nafsu di mana manusia tidak dipimpin kecuali dengan hukum buatan manusia yang senantiasa menimbulkan ketidakpuasan dan pertelingkahan. Undang-undang yang dicipta bukan untuk mengatur kehidupan manusia tetapi untuk menjamin kepuasan duniawi mereka yang memerintah. Para pemimpin dan wakil rakyat hanya melampiaskan hawa nafsu untuk kepentingan masing-masing, bukannya untuk kepentingan Islam, dan akibatnya rakyat menjadi mangsa mainan politik kotor mereka.
Sesungguhnya kekusutan yang berlaku di Perak ini lahir dari kesan pelaksanaan sistem demokrasi yang merosakkan. Sistem demokrasi tidak pernah membawa kebaikan kepada Islam, malah semakin menjauhkan umat dari sistem Islam yang sebenar. Sistem demokrasi ini melahirkan sekumpulan manusia yang membuat undang-undang (Legislator) dan kononnya kuasa mereka akan di‘check and balance’kan oleh kuasa lain, walhal mereka akan mempergunakan segala kuasa yang ada untuk terus kekal memerintah. Jika mereka perlu guna Sultan, mereka akan lakukannya, dan jika mereka perlu guna syaitan, pun mereka akan melakukannya. Dan mereka sekali-kali tidak pernah menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai ‘check and balance’ kuasa mereka. Inilah demokrasi! Kini, kita telah melihat sendiri bagaimana demokrasi telah memuntahkan sedikit isi perutnya di Perak. Sungguh busuk, sungguh kotor, sungguh hina, keji dan jijik muntahan demokrasi ini. Hanya golongan kuffar dan sekular sahaja yang layak menelan segala muntahan yang busuk ini. Para pejuang Islam tidak sepatutnya menelan muntah ini, tetapi sepatutnya membersihkan diri mereka dari segala kebusukan dan kekotorannya. Para pejuang agama Allah adalah golongan yang mulia yang tidak sepatutnya bergelumang dengan segala kekotoran demokrasi ini, sebaliknya mereka wajib berusaha untuk menyapu bersih demokrasi yang najis ini dan menggantikannya dengan Islam yang suci lagi menyucikan.
Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Perkembangan terkini di Perak bukan sahaja telah menyingkapkan pembohongan sistem demokrasi, malah ia turut menyingkapkan lagi keburukan dan kekejian yang terdapat di dalam sistem demokrasi. Masing-masing dilihat berebut untuk mendapatkan kekuasaan bagi memerintah atas nama demokrasi. Yang jahat bercakap tentang demokrasi, yang baik pun bercakap tentang demokrasi, seolah-olah demokrasi ini suatu yang suci yang perlu diperjuangkan baik oleh golongan kuffar, sekular mahupun Islam. Umat Islam sepatutnya berusaha untuk mengembalikan undang-undang Allah dan mengembalikan sistem pemerintahan Islam yang sebenar yakni Sistem Khilafah. Kenapakah masih terus berpegang teguh dengan demokrasi walhal telah terbukti demokrasi hanyalah sistem busuk dan keji yang ditinggalkan oleh penjajah kepada kita semua? Ingatlah, wahai insan yang masih ada keimanan bahawa Rasulullah SAW tidak mewariskan sistem demokrasi kepada para sahabat dan umatnya, tetapi Rasulullah SAW mewariskan Sistem Khilafah kepada sahabat dan kepada kita semua. Jadi, kenapa dan sampai bila kalian mahu hidup mewarisi dan berjuang mempertahankan sistem demokrasi yang ditinggalkan penjajah, bukannya berjuang untuk menegakkan sistem Khilafah yang ditinggalkan oleh Rasulullah?
kalu majoriti rakyat sokong DAP, apa salahnya? umno ni kalau dah terdesak mulalah nak main sentimen perkauman. Zaman 1 Malaysia la ni dah tak lakulah isu perkauman. Lagipun DAP bukannya parti perkauman macam umno tu.Umno, kununnya pembela Melayu, piiraah , pemimpin umno ni penyamun, ahli bawah sumer dungu, kene tipu pemimpin mereka he..he...
Kalo PAS memerintah pun aku setuju 100% dan jangan DAP dan jangan ANwar.aku cukup hairan mengapa mereka memuja sangat DAP..boleh cakap apasalahnya,,org Indon pe.Negara tergadai ,melayu hilang maruah di negara sendiri itu akibat daripada perbuatan org2 melayu bodoh yg menyokong DAP. Contoh terbaik tengoklah Singapura.
Post a Comment