Wednesday, May 13, 2009

Memuji dan Mencaci

Keputusan Mahkamah Tinggi Putrajaya pada 11 Mei 2009 yang menyatakan bahawa si Nizar masih sah sebagai Menteri Besar Perak amat menggembirakan empunya diri dan parti beliau. Berbagai-bagai pujian diberikan kepada sistem kehakiman negara atas keputusan yang memihak kepada Perosak Rakyat (PR) itu. Pemimpin-pemimpin daripada Perosak Rakyat mengatakan antaranya, sistem demokrasi telah lahir semula, keadilan telah dilaksanakan di bumi Perak, sistem kehakiman semakin matang, proses perundangan semakin telus dan macam-macam lagi kata pujian yang dizahirkan oleh pemimpin Perosak Rakyat.

Namun, sistem perundangan juga telah bersikap adil kepada Barisan Nasional. Jadi, Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan Perak pada tiga bulan yang lepas, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir telah diberi peluang untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan. Lantas, pada hari berikutnya Datuk Seri Dr. Zambry telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi meminta penangguhan terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi.

Alhamdulillah, rayuan yang dibuat oleh Barisan Nasional pada pagi 12 Mei 2009 telah didengari pada sebelah petang dan memihak kepada Barisan Nasional. Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan iaitu menangguhkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi dan membenarkan Datuk Seri Dr. Zambry menjalankan tugas beliau sehingga keputusan rayuan dibentang dan diputuskan pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Dengan keputusan ini, kita dapat melihat bagaimana sikap pemimpin-pemimpin Perosak Rakyat yang pada mulanya memuji sistem perundangan dan proses kerja mahkamah di Malaysia. Namun apabila satu keputusan lain yang dibuat oleh Mahkamah Malaysia telah memihak kepada Barisan Nasional, pemimpin Perosak Rakyat mencaci pula sistem mahkamah dengan melemparkan berbagai-bagai ayat negatif seperti Barisan Nasional telah mengongkong dan menguasai mahkamah, mahkamah yang aneh, keputusan mahkamah berat sebelah, sistem perundangan yang mengaibkan, Najib peralatakan mahkamah dan lain-lain lagi kata-kata buruk diluahkan oleh pemimpin Perosak Rakyat.

Inikah kualiti pemimpin Perosak Rakyat yang masih disokong oleh rakyat Malaysia? Apabila sesuatu keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Malaysia menyebelahi mereka, pujian tinggi melangit akan diberikan dan jika sebaliknya yang terjadi, segala cacian dan makian akan dilemparkan oleh mereka kepada sistem perundangan negara kita. Ini menunjukkan golongan Perosak Rakyat memang tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka. Mereka tidak sanggup menerima kekalahan dan hanya nafsu kemenangan yang mereka mahukan tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.

Jika anda sebagai rakyat Malaysia berfikiran waras dan bijak, tentu anda akan dapat menilai perangai sebenar pemimpin Perosak Rakyat ini. Seperti yang saya pernah katakan dalam artikel lepas, memang tiada satu pun kerajaan di dunia yang 'perfect', namun jika dibandingkan antara Barisan Nasional dan Perosak Rakyat, adalah seperti langit dan bumi. Amat berbeza sekali prestasi kedua-dua parti ini. Barisan Nasional walaupun tidak sempurna keseluruhannya, adalah lebih cemerlang pentadbiran mereka jika dibandingkan dengan Perosak Rakyat.

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia berfikirlah dengan waras dan matang dalam menilai suasana politik di Perak. Akibat keengganan si Nizar untuk menerima hakikat bahawa beliau sudah tidak mendapat sokongan majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau dan Perosak Rakyat sanggup menebalkan muka untuk mendapatkan kuasa walau dengan apa cara sekalipun. Inilah yang dinamakan "GILA KUASA DI TAHAP MELAMPAU"...

2 comments:

D'Rimba said...

Tidak mengapa Mahkamah Allah di padang Masyar sedang menanti, mari kita nyahkan segala perlaksana tegar acuan barat yang melali....

Anonymous said...

gaku je laa lah umno bukanya nak jaga melayu apalagi islam...cuma nak kedarah...dah kena penyakit tamak yang seiring dengan kedekut..