Tuesday, July 8, 2008

PERHIMPUNAN YANG MEMBUANG MASA

MP Batu Pahat menyifatkan tindakan penganjur perhimpunan PROTES menganjurkan perhimpunan membantah kenaikan harga minyak adalah satu tindakan yang tidak relevan dan tidak rasional. Beliau mencelah ketika perbahasan penggulungan jawapan RMK-9 oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Chor Chee Heung.

Perhimpunan PROTES langsung tidak membawa sebarang manfaat kepada apa jua keadaan untuk menurunkan harga minyak. MP Batu Pahat menjelaskan bahawa tindakan penganjur yang diketuai oleh MP Kuala Krai hanya membuang masa dan menyusahkan orang ramai. Pihak penganjur bukan sahaja gagal dalam penganjuran perhimpunan PROTES malahan menimbulkan kekecohan yang amat memalukan parti pembangkang. Perhimpunan yang dianjurkan sekadar menjurus kepada hiburan semata-mata dan langsung tidak memberi idea atau langkah-langkah menurunkan harga minyak kepada kerajaan.

Kenyataan MP Batu Pahat disokong oleh MP Muar dimana MP Muar memberitahu kepada Dewan bahawa jika tindakan undang-undang diambil sendiri oleh orang ramai, keselamatan negara akan tergugat kerana tindakan yang diambil tidak mengikut lunas undang-undang. MP Muar merujuk kepada tindakan yang diambil oleh penyokong-penyokong parti pembangkang yang memukul seorang artis underground yang dijemput menjayakan sebuah konsert dalam perhimpunan PROTES. Adakah ini tindakan tepat diambil oleh penyokong pembangkang? MP Muar membayangkan jika tiada pasukan polis yang menjalankan tugas mengawal serta memastikan keselamatan negara berada di tahap yang terbaik.

Jika setiap kali ada perhimpunan, soal keselamatan diserahkan bulat-bulat kepada pihak penganjur, nescaya keselamatan orang ramai yang hadir berada di tahap yang membimbangkan kerana pihak penganjur akan gagal mengawal perjalanan sesuatu perhimpunan itu. Ini telah dibuktikan oleh MP Kuala Krai sebagai ketua penganjur perhimpunan PROTES yang gagal mengawal kekecohan yang berlaku tempoh hari.

Sehubungan ini, MP Batu Pahat dan Muar sepakat meminta pihak polis mengambil tindakan tegas kepada setiap penganjuran perhimpunan yang didapati tidak membawa sebarang manfaat kepada negara.

4 comments:

Anonymous said...

blog yang bagus.. sy akan slalu membaca blog saudara dn menantikan cerita2 hangat dan terbaru..

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous..

terima kasih atas pujian yang saudara berikan terhadap blog saya..

walaupun saya dihambat tugas2 hakiki dan penting, saya akan cuba mengambil masa untuk meng'update' blog saya dan menyiarkan berita2 yang hangat dan sensasi..

terima kasih sekali lagi..

Anonymous said...

sensasi apa...fitnah?????????????????????????

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous..

saya hanya sekadar seorang penulis baru dalam alam cyber..terpulang pada sesiapa yang ingin menilai cerita dan artikel saya sama ada dari sudut positif atau negatif.

apa yang saya harapkan ialah pembaca terus membaca dan membuat penilaian terbaik untuk diri masing-masing..

sekian, terima kasih..