Thursday, July 17, 2008

Cakap-Cakap di Kafe Parlimen

Hari ini saya berada di Parlimen dan bertugas seperti biasa. Saya sempat berbual dengan seorang pegawai kerajaan yang hadir ke Parlimen untuk bertugas. Rasanya tak perlulah saya beritahu beliau daripada kementerian mana namun cukup saya terangkan di sini pegawai tersebut berasal daripada Sabah.

Saya berbual mengenai debat yang telah diadakan di antara Menteri Penerangan dan Penasihat Parti PKR. Beliau memberikan pendapat yang ikhlas dengan memuji kehebatan Dato' Ahmad Shabery Cheek selaku Panglima kepada Perdana Menteri. Ternyata beliau amat kagum dengan lagak bersahaja Dato' Ahmad Shabery berdebat dan memberikan hujah yang amat realistik dengan isu yang dibincangkan. Beliau turut memuji kerajaan Malaysia kerana bertindak adil dengan memberikan ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan pendapat daripada sudut pandangan pembangkang. Jika Anwar yang memerintah, jangan harap kerajaan Anwar akan bertindak adil sebegitu.

Pegawai kerajaan dari Sabah ini turut memberikan pendapat peribadi iaitu, jika boleh semua MP-MP yang berada di Dewan Rakyat dapat mengikuti jejak langkah Dato' Ahmad Shabery dalam menyampaikan hujah dan pendapat. Beliau turut menyebut nama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang turut mempunyai kaliber dalam berbahas di Dewan Rakyat. Walaupun Datuk Seri Nazri Aziz diasak berbagai soalan daripada MP-MP pembangkang, beliau tenang menjawab dan tidak mudah naik angin.

Dalam perbualan saya bersama pegawai kerajaan dari Sabah ini juga melahirkan idea agar ditubuhkan sebuah Akademi "Debat" bagi melatih MP-MP terutama daripada pembangkang yang langsung tidak ada karisma dalam membahaskan sesuatu isu dan hanya hentam keromo sahaja.

Apapun, kerajaan Malaysia masih dan sentiasa mempunyai barisan Menteri yang berkaliber dan berkebolehan dalam perdebatan untuk menerangkan sesuatu isu kepada rakyat jelata.

Tahniah buat kabinet Pak Lah!!!

6 comments:

Princes Aurora said...

Salam pemuda malaysia,

Saya setuju dengan pendapat awak. Semoga lebih ramai Menteri kita berdebat dengan Wakil Parti Pakatan Rakyat demi menunjukkan kepada rakyat tentang apa yang can actually be done and what can only be just "talk".

(Princess Aurora)

Pemuda Malaysia said...

saudari princess aurora,

terima kasih atas komen yang diberikan oleh saudari..

hendak membangkang memang senang namun untuk melaksanakan sesuatu kerja memerlukan penelitian demi memastikan tidak berlaku masalah di kemudian hari.

kita patut rasa berbangga dengan menteri penerangan kerana keberanian beliau menyahut cabaran DSAI yang lebih berpengalaman untuk berdebat tentang isu kenaikan harga minyak.

secara tidak langsung dapat menutup mulut DSAI dan pembangkang lain yang hanya tahu mengkritik dasar-dasar dan keputusan yang dilakukan oleh kerajaan tanpa memberi jalan penyelesaian mengatasi sesuatu masalah tersebut.

Anonymous said...

WAHAI PEMUDA MALAYSIA...
Sekarang ni tengah hangit dengan isu mercerdes kerajaan terengganu..kenapa anda tak bersuara...berani lah kritik !! itukan untuk kebaikan kerajaan BN>>>>>>>Barang Naik!!!!!

Pemuda Malaysia said...

sudara anonymous,

terima kasih atas komen saudara. saya bukan tidak mahu bersuara dan membincangkan mengenai isu mercedes.

Cuma saya tiada masa dan kesempatan untuk menghuraikan isu tersebut.

InsyaAllah saya akan huraikan sedikit masa lagi. Lagipun isu mercedes sudah menjadi sisatan BPR, jadi tidak manis jika kita membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu sisatan BPR.

Anonymous said...

serupa jugak kes anwar...tak payah lah nak sibuk-sibuk...kes tu kan masih disiasat !!!!!!!

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous..

terima kasih atas komen saudara..
saya tak sibuk2 pun nak cerita pasal kes anwar..

cuma, saya nak rakyat sedar siapa itu anwar..

saya minta maaf kalo saya sibuk2 cerita pasal anwar..

saya harap saudara sedar siapa yang saudara puja itu...

terima kasih sekali lagi kerana sudi melawat blog saya...