Wednesday, July 16, 2008

Anwar Gagal Pertahan Formula Penurunan Petrol Serta Merta Apabila Berkuasa

Dipetik daripada blog http://bigdogdotcom.wordpress.com/

Mantan Timbalan Perdana Menteri dan banduan salah guna kuasa Anwar Ibrahim malam ini gagal mempertahankan skima khusus dengan logik bagaimana beliau boleh menjanjikan penurunan harga runcit petrol sejurus selepas mengambil alih tampuk pemerintahan Negara.


Beliau setakat mengulangi janji manis yang kosong dan hanya rhetorik berupa kenyataan ‘populists’ (orang yang mencari perhatian dengan kepopularism) semata mata dengan menjanjikan bahawa RM 5 billion subsidi boleh diberikan dari pelaksanaan semula perjanjian pembelian tenaga dengan pembekal tenaga bebas (IPP). Dengan RM 5 billion ini, beliau menjanjikan pengurangan serta merta RM 0.50 seliter harga runcit petrol dari RM 2.70 sekarang ini.

Setakat yang orang ramai sedar, Kerajaan membelanjakan subsidi sebanyak hampir RM 50 billion untuk mengekalkan subisidi sebanyak RM 1.20 seliter untuk harga runcit petrol. RM 5 billion patutnya hanya akan memberi kesan sebanyak 12 sen seliter harga runcit pasaran dan bukan 50 sen, sebagaimana dijanjikan secara bersahaja oleh Anwar.

Anwar mendakwa berlaku ketirisan dan kebocoran ketara dalam perjanjian pembelian tenaga, yang kununya memihak kepada pembekal tenaga bebas (IPP) dan mengaut RM billion dari keuntungan. Anwar sengaja memanipulasikan fakta bahawa beliau merupakan Menteri Kewangan semasa kebanyak perjanjian ini ditanda tangani dan beliau pada masa itu mempunyai kuasa veto untuk menentukan perjanjian yang membebankan TNB tidak dilaksana.

Mungkin Anwar juga percayai rata rata rakyat Malaysia akan terlupa bahawa syarikat pembekal tenaga bebas seperti Kumpulan MRCB (Malakoff dan Segari) merupakan ‘kroni’ beliau, semasa menjawat Menteri Kewangan. Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan Genting dan Arab Malaysian, juga pembekal tenaga bebas yang aktif.

Menteri Penerangan Dato’ Ahmad Shabery Cheek juga berjaya memberi gambaran yang baik mengenai kemampuan Anwar membuat keputusan strategik dalam soal ekonomi dengan memberikan contoh preskripsi IMF yang Anwar bawa semasa krisis ekonomi dan kewangan 1997-8, yang sememangnya memberikan kesan buruk kepada banyak syarikat dan industri, samada IKS maupun yang gergasi.

Memperjudikan ekonomi negara dengan menjanjikan subsidi yang tidak mungkin dapat ditampung jangkamasa panjang kerana sistem menentukan harga pasaran minyak mentah bukanlah sesuatu yang Kerajaan Malaysia mampu mengawal. Kebarangkalian Anwar sebenarnya mempunyai kefahaman amat lemah mengenai sistem harga runcit petrol dan kos sebenar saringan dan penyediaan petrol, termasuk kos penghantaran dan pemasaran, adalah tinggi. Anwar juga gagal menjelaskan perjanjian pengeluaran minyak mentah yang rata rata secara majoriti dikuasai kontraktor asal industri minyak Malaysia.

Petronas, yang ditubuhkan 1974, mula bergiat melombong minyak dengan sendiri lebih sepuluh tahun kemudian. Ini lebih kurang 80 tahun lewat berbanding Shell, di Sarawak.
Melemparkan sesuatu yang didambakan rakyat dengan harapan mengunung, adalah memang cara biasa Anwar untuk meraih sokongan. Subsidi yang Anwar janjikan ini lambat laung akan membebankan Kerajaan dan sebagaimana Shabery mempersoalkan, apakah wajar Malaysia berhutang untuk mengekalkan subsidi yang Anwar janjikan ini, tatkala harga pasaran minyak mentah makin naik, terutama akibat penyangak pasaran hadapan.

Anwar, dengan cara penyampaian oratori hebat yang mengaburi pemikiran, mungkin berjaya memberikan rakyat Malaysia gambaran bahawa Malaysia merupakan pengeluar penting bahan bakar paling berharga dunia itu. Malangnya, sebagai pengeluar berjumlah 700 ribu tong sehari, kedudukan Malaysia sebagai pengeluar bersih (net producer) adalah hanya 1.2% dari keperluan dunia. Memang ada kewajaran bahawa bekalan minyak sekitar perairan negara tidaklah banyak tinggal lagi kerana telaga sekitar Malaysia yang telahpun mula dikorek semenjak seabad ini (jauh lebih awal dari negara seperti Saudi dan Kuwait, pengeluar paling utama dunia).

Anwar juga gagal menjelaskan bahawa Malaysia lebih bergantung kepada pendapatan dari pengeluaran gas asli dan subsidi yang diberikan kepada bahan bakar ini sebenarnya hampir RM 2.00 seliter.

Kewajaran hujah Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mencadangkan subsidi ini ditarik berperingkat sementara peluang meningkatkan pendapatan dipelbagaikan merupakan sesuatu yang Anwar sebenarnya mampu permodalkan. Malangnya, sebagaimana biasa, kepentingan Negara dan rakyat tidak langsung, terutama jangkamasa panjang dan strategik, menjadi perkiraan Anwar, yang sememangnya mendambakan kuasa dengan apa cara sekalipun.

Kegagalan Anwar ini hanya kerana pembohongan akan berjaya menurunkan harga runcit petrol yang berjaya dilaksanakan sebagai strategi ekonomi, merupakan modal yang dicanang sebelum Pilihanraya Umum ke XII, dimana harga pasaran minyak mentah pada masa itu tidaklah setinggi hari ini.

8 comments:

Anonymous said...

Ternyata saudara Anwar memang hebat.Saya kagum dengan pidatonya. Kita rakyat Malaysia bangga kerana mempunyai pemimpin seperti Anwar. Kepada saudara Ahmad Shabery, banyak yang perlu diperbaiki, banyakkan berlatih dan jangan berputus asa.

Pemuda Malaysia said...

saudara suka tengok..

terima kasih atas pandangan saudara terhadap debat di antara Shabery dan Anwar.

saya pun tak nafikan kehebatan Anwar dalam berpidato namun secara ikhlas saya katakan Shabery Cheek adalah seorang Menteri yang akan terus menyinar kerana berani menyahut cabaran untuk berdebat dengan Anwar yang kita tahu memang seorang pemidato yang bagus.

Shabery Cheek juga tidak kurang hebat kerana dalam usia yang boleh dikatakan masih muda mampu menyaingi kehebatan orang lama seperti Anwar.

Cuma apa yang boleh dikatakan ialah Anwar tidak memberi penyelesaian jangka masa panjang mengenai isu kenaikan harga minyak.

Manakala Shabery Cheek berjaya menghuraikan dengan panjang lebar mengenai kemelut kenaikan harga minyak di pasaran negara dan global.

Apapun, kedua-dua pendebat mempunyai pengikut masing-masing dan saya percaya, kerajaan cukup adil kerana memberi peluang kepada pembangkang untuk muncul di kaca tv dan memberikan pandangan serta idea dalam membantu menyelesaikan masalah negara. Ini dapat menepis persepsi rakyat bahawa kerajaan Malaysia tidak mengawal media untuk kepentingan politik.

Syabas Kerajaan Malaysia dan Menteri Penerangan!!!

Anonymous said...

kasihan menteri penerangan...menjawab sampai mulut berbuih-buih!!!!!!! gelinya
Hidup Anwar....salam reformasi!

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous..

terima kasih atas komen saudara. saya tak kisah atas apa yang saudara ingin komenkan, biarlah rakyat menilai yang mana baik dan sebaliknya.

saya melihat Menteri Penerangan berjaya menyampaikan maklumat penting kepada rakyat mengenai isu minyak.

Anwar pula memang gagal dalam memberikan maklumat dan memang tidak layak langsung menjadi Perdana Menteri.

Buih atau tidak, yang penting UMNO masih relevan dan masih ada 'insan kamil' yang berani berdebat dan berhujah dengan Anwar yang kononnya pendebat terulung.

Anwar memang akan terus hidup selagi Allah swt tidak menarik nyawa beliau namun kehidupan anwar di muka bumi ini langsung tidak membantu rakyat Malaysia, malahan hanya menimbulkan kekacauan seperti reformasi dan perhimpunan haram yang hanya akan menyusahkan rakyat dan akhirnya rakyat akan memaki dan menyumpah seranah anwar dan penyokong-penyokongnya...

Saya tak sambut salam reformasi saudara namun jika saudara ingin menyampaikan salam perkenalan saya alu-alukan..

terima kasih..

Anonymous said...

Sebenarnya banyak kejayaan yang dibuat oleh Shabery Cheek!..

Pertama sekali ramai penokong pembangkang yang melihat siaran langsung ini.

Mungkin sesetengahnya beranggapan bahawa keputusan KO akan berpihak kepada Anwar..

Namun Shabery Cheek juga berjaya menepis dan menyampaikan hujah dengan baik.

Pokoknya kita kenal siapa Anwar!..

Pelakon ciptaan Amerika dan Israel yang popular!

Pemuda Malaysia said...

saudara baru tahu..

terima kasih atas komen saudara. sememangnya Anwar telah berjaya melakonkan watak yang diberikan.

namun, Malaysia juga tidak ketandusan pemimpin yang berkaliber dan berwawasan di masa hadapan.

Dato' Ahmad Shabery Cheek telah berjaya membuktikan kemampuan beliau sebagai Panglima kepada PM kita, Pak Lah.

Semoga rakyat yang selama ini menyokong anwar dan pembangkang sedar siapa anwar yang sebenar..

Anonymous said...

Maklumat mengenai Anwar...
Anwar Ibrahim kini telah memasuki tahap ketiga dalam hayat politiknya. Tahap pertama bermula sebagai pemimpin mahasiswa di Universiti Malaya. Sebagai presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBUM), beliau memperjuangkan perlaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sebagai presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Anwar mula meniupkan kesedaran Islam di kalangan generasi muda. Gerakan ini diteruskan dengan lebih meluas dengan menubuh dan memimpin selama sepuluh tahun Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Meskipun tapak Anwar adalah Melayu-Islam namun sifat inklusif beliau telah kelihatan dalam kepimpinan beliau sebagai presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

Anwar Ibrahim membuat keputusan decisive dalam tahun 1981. Desas desus adalah beliau akan menyertai Pas. Dan Presiden Pas ketika itu telah memberikan laluan. Semua pimpinan ABIM dan PKPIM tahu gosip tersebut. Dan hampir kesemua meramalkan dan tidak sedikit yang mahukan Anwar mengambil alih pucuk pimpinan Pas. Dan saya yang ketika itu baru menjadi pemberita di harian National Echo (mendiang) turut berpandangan begitu. Bos saya ketika itu, Datuk Sophie (bapa kepada Nordin Sophie), memberitahu saya bahawa Anwar akan menyertai UmMNO. “Saya tidak percaya,” jawab saya kepada Datuk Sophie. Anggapan saya ketika itu, sebagai anak muda baru keluar ITM, adalah setiap pemimpin muda yang idealis tidak akan menyertai kerajaan. Kalau menyertai kerajaan ia telah dibeli. Anwar Ibrahim tidak boleh dibeli. Kalau dia ingin menyertai kerajaan dia telah menerima tawaran Tun Abdul Razak sebaik sahaja dia lulus dari Universiti Malaya.

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous..

terima kasih atas maklumat dari saudara..

cuma saya kurang faham mengenai tahap ketiga anwar dalam hayat politik beliau.

boleh terangkan dengan lebih lanjut lagi?

terima kasih sekali lagi kerana sudi melawat blog saya..