Tuesday, July 15, 2008

DEBAT ANWAR - SHABERY DITERUSKAN MALAM INI

dipetik daripada Utusan Malaysia Online


Debat Ahmad Shabery-Anwar diteruskan malam ini
15/07/2008 10:06am

KUALA LUMPUR 15 Julai – Debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mengenai isu harga minyak akan tetap diadakan seperti yang dijadualkan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malam ini.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui di rumahnya di Segambut pada pukul 9.40 pagi ini mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun debat tersebut kata beliau, dipendekkan daripada satu setengah jam kepada 50 minit.

``Lokasi dan lain-lain perkara tentang debat adalah seperti dijadualkan,’’ katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini pagi ini. – Utusan.
..............................................................
Komen Pemuda Malaysia : Saya menaruh keyakinan akan kehebatan Menteri Penerangan untuk berdebat bersama DSAI. Fakta dan hujah yang benar dan bernas bakal menenggelamkan retorik kosong DSAI..

10 comments:

Anonymous said...

But what happens if the situation becomes the reverse?

Hhmmm, let us see what happens tonite then.....

Anonymous said...

Malaysia hari ini diselimuti dengan PERBUATAN fitnah-memfitnah! Ia kejap dan seolah-olah menjadi makanan ruji oleh insan-insan durjana yang hati mereka begitu busuk. Andai dicincang tubuh manusia-manusia itu, anjing kurap pun tidak selera dengan daging hamis dan kotor itu!

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Akan muncul suatu ketika yang mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasanya sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Hadis riwayat Muslim). Sesungguhnya fitnah adalah perbuatan tercela dan dilarang keras. Firman Allah bermaksud: "Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan." (Surah al-Baqarah, ayat 191).
"Lantaran terlalu banyak perkara palsu serta pembohongan dalam fitnah itu, pembuat fitnah biasanya “menyembunyikan” dirinya supaya tidak diketahui orang kerana ia tidak mahu bertanggungjawab dan menyedari perbuatannya itu adalah palsu belaka. Pembuat fitnah tidak berjaya jika tidak dibantu oleh orang yang menyebarkannya. Sebab itulah kedudukan pembuat fitnah dan penyebarnya adalah sama, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Lazimnya perbuatan memfitnah ini berlaku akibat didorong perasaan tamak, jahat, kegilaan kebendaan, rakus, iri hati, mementing diri sendiri dan pemfitnah itu lebih mengutamakan kedudukan dan keduniaan melebihi kepentingan agama. "

Implikasi fitnah lebih dahsyat daripada membunuh. Membunuh hanya membabitkan orang tertentu dan akan berakhir pada masa tertentu, tetapi fitnah boleh menjatuhkan maruah seseorang dan seterusnya menimbulkan perpecahan, perbalahan dalam jangka masa panjang dan rumit untuk disekat. Akhirnya siapa yang rugi??? Dan siapa pula yang bertepuk tangan???

Pemuda Malaysia said...

saudara deception2008..

thanks for ur comment..i think u have to knew who is true and false after u are watching the tv last nite.

Congratulation to minister of information!!!

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous..

terima kasih atas komen saudara, cuma saya tak faham kepada siapa saudara tujukan komen saudara..

boleh jelaskan dengan lebih lanjut?

Anonymous said...

Frankly speaking, I don't think the Minister of Information did okay at all - he is not even answering some of the questions directly (and same goes to DSAI).

Common lah, orang Malaysia dah muak dengar propaganda2 politik Malaysia. Kami hanya mahukan kebenaran. Rakyat bukan lagi boleh digula-gulakan/diperbodohkan macam 30-40 tahun dahulu.

Rakyat sekarang dah tau mana yang kaca dan mana yang intan. Kalau kerajaan atau khasnya UMNO sayangkan BN atau Malaysia, buatlah sesuatu segera. Anak2 muda kita kebanyakannya sekarang menyokong PKR. Contoh terbaik, cuba saudara lihat apa yang terjadi pada mesyuarat UMNO cawangan di semua tempat - adakah yang hadir itu anak2 muda atau hanya orang tua yang masih gila kuasa/pangkat?

Bak kata Nabil, lu fikirlah sendiri............!!!!

Pemuda Malaysia said...

saudara deception2008,

terima kasih atas komen saudara..

kerajaan malaysia tidak pernah terniat untuk menggula-gulakan atau memperbodohkan rakyat malaysia. adakah mereka diperbodohkan 30-40 tahun dahulu.

jika benar, ini bermakna semasa DSAI menjadi TPM, beliau turut terlibat memperbodoh-bodohkan rakyat malaysia juga nampaknya.

saudara mahukan kebenaran yang macam mana lagi? kerajaan malaysia telah mencuba sedaya upaya untuk membawa kemakmuran dan kemajan kepada negara beserta rakyat sekali.

tak perlu diungkap kalau kerana memang kerajaan serta umno dan bn amat menyayangi malaysia serta rakyat sekali. sepatutnya saudara perlu percay kepada usaha kerajaan dan bukan bertindak bodoh mempercayai kata2 nista anwar ibrahim.

saya dah habis fikir kerana itu saya tekad tidak akan percaya kepada DSAI yang saya anggap "pelakon terbaik" di malaysia.

Anonymous said...

Walaupun DSAI seorang "pelakon", saudara sendiri juga mengakui bahawa beliau yang terbaik - macamana dengan ahli politik BN? Mereka juga pelakon tetapi nampak gayanya, bukan dari kalangan yang terbaik - sebab itu rakyat sendiri nampak kepincangan BN sekarang.

Apa komen saudara tentang harga minyak sedunia yang sekarang berada di sekitar USD128/tong sekarang? Bila agaknya kerajaan hendak menurunkan harga seliter petrol? Bukankah kerajaan pernah berjanji untuk memantau harga minyak dan akan mengubah harga minyak mengikut kadar pasaran? Atau sandiwara/cerekarama akan berterusan kembali dan rakyat seperti saya akan terus terseksa?

Renung-renung kan lah....tidak salah menyokong mana-mana pihak tetapi kita kena objektif dan realistik. Saya bukan penyokong PKR atau parti2 pembangkang, tetapi saya sudah tidak tahan melihat situasi politik Malaysia yang makin hari makin kotor mainannya. Pemimpin2 sendiri sudah jadi munafiq - janji hanya tinggal janji kosong, perlaksanaannya jauh sekali...

Pemuda Malaysia said...

saudara deception2008,

terima kasih atas komen saudara..
tidak semua ahli politik 'perfect'. tetapi keikhlasan ahli politik terutama daripada kem BN dapat dilihat dan tidak berlakon seperti DSAI. Kekalahan BN dalam PRU yang lalu diakibatkan oleh janji-janji yang ditabur oleh para pembangkang dan apabila menang tidak pula dilaksanakan janji-janji tersebut.

Rakyat pula menuntut sebuah kerajaan yang adil dan perfect namun kerajaan BN telah berusaha sedaya upaya untuk menjadi seperti yang dimnita oleh rakyat.

mengenai harga minyak pula, memang kerajaan sedang memantau situasi harga minyak di peringkat global dan Insya Allah kerajaan BN akan mengambil langkah yang sepatutnya untuk membantu meringankan beban rakyat.

bukan saya yang sekadar harus renung-renungkan, tetapi saudara juga harus mengambil bahagian juga. akibat daripada gelagat dan kerenah pembangkang menyebabkan situasi politik di Malaysia menjadi kotor dan tidak keruan.

Anonymous said...

Kadang2 kelakar jugak bila membaca komen saudara ini. Bukan megejek, jauh sekali memandang rendah. Jangan salah anggap ye.

Ahli politik sama saja, jadi mengapa terlalu mempertahankan ahli BN? Selama BN berkuasa - banyak korupsi, rasuah etc. Janji Pak Lah masa mula2 memegang tampuk kerajaan - rasuah akan dihapuskan. Kenapa baru sekarang tertangkapnya KP and TKP Imigresen?

Situasi politik sudah tercemar walau sebelum DSAI masih dipenjara dulu.

Memang saya mengambil bahagian - tetapi selalunya orang lama tidak mahu mendengar pendapat orang baru. Macam dah terlalu taksub dan percaya dialah yang terbagus - susahlah macam ni. Jadi jangan salahkan rakyat yang kecewa dengan situasi begini memilih parti lain selain dari BN dalam PRU13 nanti.

Terima kasih menyiarkan komen saya. Saya akan mengundurkan diri dari blog ini kerana nampaknya kurang pengunjung - mungkin komen terlalu bersifat "one sided".

Ciao...Adios

Pemuda Malaysia said...

saudara deception2008,

terima kasih atas komen saudara.
saya balas melalui artikel yang dipaparkan di dalam blog saya.

saudara boleh membacanya jika masih sudi mengunjungi blog saya.

terima kasih sekali lagi..