Wednesday, August 13, 2008

NAK LINDUNGI MELAYU???

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan agar UiTM membuka kuota untuk pelajar bukan bumiputera sebanyak 10% agar dapat mewujudkan persaingan dengan pelajar bumiputera dan seterusnya melahirkan pelajar Melayu yang dapat bersaing di peringkat lebih tinggi.

Mengikut kenyataan di atas, saya merasakan bahawa terdapat campurtangan politik dalam institusi pendidikan di Malaysia. Semenjak tertubuhnya Pakatan Rakyat selepas Pilihanraya Umum bulan Mac yang lalu, kita dapat melihat kekuasaan Melayu semakin terhakis akibat daripada sikap kurang ajar DAP yang menuntut bermacam-macam perkara yang menyentuh hak keistimewaan orang Melayu.

Mengapa DAP begitu lantang dan berani menyuarakan hak keistimewaan orang Melayu? Kerana PKR di bawah pimpinan Brother Anwar Bin Ibrahim(BABI)begitu rakus ingin menjadi Perdana Menteri dan menuju ke Putrajaya secepat yang mungkin. Kerana agenda peribadi oleh si BABI telah menyebabkan hak Melayu semakin terhakis dan sentiasa dicabar oleh kaum lain.

Kenyataan Tan Sri Abdul Khalid jelas ingin meraih sokongan kaum bukan bumiputera dan cadangan in dilihat berbaur politik. Jika perkara ini masih tidak disedari oleh orang Melayu, nescaya satu hari nanti kita akan melihat tiada lagi IPTA yang dapat menjamin proses pembelajaran didominasi oleh pelajar Bumiputera sebaliknya apa yang berlaku adalah penguasaan pelajar bukan Bumiputera semakin meluas di seluruh IPTA.

Cadangan bodoh Tan Sri Khalid ini mungkin disebabkan atas semangat setiakawan bersama DAP, namun ia dilihat akan menjejaskan hak keistimewaan Melayu yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Tindakan spontan pelajar Melayu dari UiTM yang berjumlah lebih kurang 5000 orang berdemonstrasi sejauh dua kilometer menghala ke pejabat Menteri Besar untuk membantah cadangan Menteri Besar yang langsung tidak tahu menjaga sensitiviti kaum Melayu menunjukkan bahawa pelajar-pelajar UiTM tidak mudah dipermainkan oleh agenda politik Parti Pakatan Rakyat. Syabas wira-wira UiTM!!!

No comments: