Thursday, August 14, 2008

KAWAN-KAWAN ANWAR LAWAN ANWAR

Oleh : Tulip Desa

Anwar Shaari, Ezam Mohd Noor dan Dato' Nallakarupan bukan asing lagi dalam Pakatan Rakyat. Mereka adalah bekas pemimpin Parti Pakatan Rakyat yang setia dan akur dengan DSAI. Akhirnya, mereka sedar bahawa ketuanya sudah melencong daripada perjuangan asalnya untuk membela nasib rakyat sebaliknya kemaruk untuk menggapai impiannya untuk menjadi Perdana Menteri. Justeru itu, mereka mengambil keputusan nekad untuk meninggalkan PKR dan memasuki UMNO yang lebih jelas dan tersusun perjuangannya untuk membela nasib rakyat.

Kemasukan ketiga-tiga pemimpin PKR ini dilihat sedikit sebanyak mengubah landskap politik negara. Pelbagai reaksi positif dan negatif yang ditunjukkan oleh rakyat dan juga parti-parti lain berhubung kemasukan tersebut. Bagi UMNO, kemasukan Ezam memberi semangat baru dan membantu kepada kekuatan parti. Ezam Mohd Noor adalah orang kanan DSAI dan mereka dikatakan begitu akrab kerana telah mengenali DSAI hampir 30 tahun bermula daripada UIA.

Ezam sanggup menemani DSAI ke mana sahaja sehingga ke luar negara demi memperjuangkan nasib Orang Melayu yang menjadi asas kepada penubuhan negara. Kesetiaannya kepada DSAI dan parti menyebabkan beliau dipenjarakan di bawah Akta ISA semata-mata untuk memperjuangkan ideologi PKR. Walau bagaimanapun, setelah keluar daripada penjara, DSAI masih lagi tidak memperjuangkan asas penubuhan Malaysia sebaliknya melanggar asas penubuhan negara. Ini penyebab utama mereka kecewa dengan ketua mereka yang selami ini mereka sanjung.

Sehubungan itu, Tulip menyeru kepada pengundi Permatang Pauh yang terdiri daripada pelbagai kaum supaya berfikir dan menilai secara bijak ketika membuang undi. Jangan terpedaya dengan pembohongan DSAI yang cuba meracuni dan memesong pemikiran rakyat agar mengundi beliau. Sudah terbukti pada pilihan raya lepas, manifesto PKR tidak dilaksanakan secara menyeluruh. Pelbagai alasan dan helah diberikan untuk menutup kelemahan mereka.

Ayuh, pengundi Permatang Pauh, fahamilah segala pembangunan, kestabilan ekonomi dan politik yang selama ini dikecapi adalah hasil usaha pemimpin Barisan Nasional bukannya Pakatan Rakyat.

8 comments:

Mohd. Alias bin Demyati said...

Salam buat along ...
Bulan Ramadhan akan menjelang, jaga tutur kata dan tingkah laku ...semoga setiap amalan kita akan diterima oleh Allah...yang pasti tahun ni kita balik awal ke kampung untuk menyambut hari raya ! Oh...pindah rumah tak beritahu kite ya...INGAT..jangan tinggal solat.

Anonymous said...

3 keluar, 3000 yang masuk.
Dulu 1 kerusi skrg dah lebih 30 kerusi. Kau ni ape citer, camane lah umno dan BN tak kalah sebab ada penyokongnya macam kau ni jenis tak sedar diri, asyik nak hentam je, akuilah segala kelemahan dan cuba perbaiki, barulah rakyat dapat menerima semula umno dan BN. Kau ingat rakyat skrg terima bulat-bulat temberang kau tu

sumandak bayu said...

Harap-harap gak lah kawan-kawan DSAI tu dapat sedarkan pengundi di Permatang Pauh sebelum pembuangan undi pada 26 Ogos 2008.

UNDILAH dengan bijak jangan ikut perasaan MASA DEPAN ANAK-ANAK ANDA di TANGAN ANDA SEMUA

Pemuda Malaysia said...

buat pakcik Cintalaila,

terima kasih atas nasihat daripada pakcik. along akan mendengar nasihat pakcik sebaik yang mungkin.

pindah rumah dekat-dekat situ jer.
Insya Allah jumpe di kpg raya nanti.

Zorro said...

Tak payahla nak takbur sangat...mana plak 3000 masuk, yang masuk tu semua tak menyumbang, yang penting heavyweight 3 orang PKR tu boleh buat Anwar demam, lepas ni tentu lebih ramai yang masuk lagi...mungkin 5,ooo...tapi masuk UMNO dan BN la..

Pemuda Malaysia said...

saudara aku pun orang umno,

terima kasih atas komen saudara. boleh terangkan kepada saya mana satu ayat temberang? mungkin saya boleh betulkan jika silap.

atau saudara orang yang sudah putus asa dengan umno???

kita akui tidak semua parti di malaysia malahan di dunia ini perfect. namun untuk membandingkan pkr dengan umno adalah jauh sekali kerana umno sejuta kali lebih baik dan diyakini berbanding pkr.

kalau saudara orang umno, fikirkanlah sedalam mungkin maksud saya. mana baik umno dan pkr?

jawapan ada pada saudara...

Pemuda Malaysia said...

saudara zorro,

terima kasih atas komen saudara yang menyokong saya. suka saya nyatakan di sini bahawa anwar bukan bertembung dengan umno tetapi anwar akan bertembung dengan kawan-kawan yang rapat dengan anwar dan pernah ditipu oleh anwar sebelum ini.

terima kasih..

Pemuda Malaysia said...

saudara zorro,

terima kasih atas komen saudara yang menyokong saya. suka saya nyatakan di sini bahawa anwar bukan bertembung dengan umno tetapi anwar akan bertembung dengan kawan-kawan yang rapat dengan anwar dan pernah ditipu oleh anwar sebelum ini.

terima kasih..