Friday, August 1, 2008
Apa Hal Ni Pak Sheikh?
dipetik daripada akhbar Agenda Daily
oleh : Lukman Abdullah
Adakah salah soalan atau Datuk Seri Anwar Ibrahim takut untuk jawab soalan-soalan yang dirasai ‘ boleh bikin rosak program’... itulah persoalan yang tidak dapat dijawab setelah dua kali wartawan Agendadaily menghadiri sidang akhbar 'Prime Minister in waiting' ini di ibu pejabat Parti Keadilan dekat Petaling Jaya.
Kali pertama pada 3 Julai lalu semasa sidang akhbar mengenai surat akuan sumpah penyiasat persendirian P.Balasubramanian.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu nyata tidak senang sekali dengan soalan wartawan Agendadaily kenapa beliau pergi ke kondominium tempat dimana bekas pembantunya Saiful Bukhri Azlan dakwa di liwat.
Sedangkan bagi mana-mana wartawan soalan itu dikira satu soalan natural amat wajar kerana sehari sebelum itu ketika bertemu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Anwar ada menyatakan bahawa beliau tidak menafikan ada pergi ke kondo berkenaan.
Anwar sepintas jawab yang perkara itu akan dijawab semasa dalam mahkamah dan anggap tidak mahu menganggu proses siasatan.
Bagaimanapun ia tidak terhenti disitu , beliau sempat secara sinis bertanya pada wartawan Agendadaily,"…you wakil mana?"
Wartawan Agendadaily jawab,"wakil Agendadaily Datuk Seri…"
Anwar yang sememangnya mengenali wartawan Agendadaily kerana pernah membuat liputan berita berbagai program dan aktivitinya sejak awal tahun 80an lagi (semasa itu akhbar Watan) tetap dengan sengaja menjawab,"…saya tahu siapa finance you dan siapa tauke you…"
Anih bin ajaib Anwar sebelum ini dikenali dikalangan wartawan sedia menjawab apa jua soalan dan seringkali bercakap berapi-api tentang kebebasan akhbar tetapi kali ini beliau seolah-olah mengamalkan 'double standard' .
Malah reaksi Anwar yang buat macam wartawan ‘ tarak akai ’ dibayar untuk tanya sesuatu soalan adalah satu hal yang amat melucukan.
Sidang media pada pukul 11.45 pagi Selasa itu bertujuan untuk Anwar menceritakan bahawa lapuran perubatan dari Pusat Rawatan Islam Wilayah Persekutuan (PUSRAWI) telah memihak padanya.
"Dengan bukti terbaru ini telah memberi kelegaan yang besar pada kita…" kata Anwar merujuk pada lapuran seorang doktor di PUSRAWI yang memeriksa Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Anwar. Tidak banyak soalan dari puluhan wartawan dari dalam dan luar negara yang hadir.
Soalan-soalan hanya berkisar soal kertas catatan lapuran Pegawai Perubatan Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid, hal berkaitan dengan hasratnya bertanding kawasan Parlimen di Kulim Bandar Baru, memberi ulasan tentang perbincangan PAS – UMNO dan menyentuh sedikit pasal perkembangan siasatan Jabatan Syariah Wilayah Persekutuan.
Bagaimanapun bila seorang wartawan bertanya dengan merujuk lapuran akhbar Utusan Malaysia tentang hasrat bekas Ketua Pemuda Keadilan Mohd Ezam Md Noor untuk menentang beliau dalam pilihan raya kecil, Anwar terus jawab,"… let him speak to Utusan Malaysia and Straits Times .." "… let Utusan and Strait Times respond …"
Ketika wartawan Agendadaily turut meminta Anwar mengulas tentang kenyataan Ezam yang hendak dedahkan pelbagai perkara yang ada hubungkait dengan beliau, Anwar terus menjawab,"…Agendadaily boleh cari cerita lain…saya tak perlu respon".
Pada soalan Agendadaily seterusnya berhubung kesediaannya berdepan dengan Ezam dalam satu pilihanraya kecil , Anwar berkata,"…you wakil UMNO…"
Wartawan Agendadaily menjawab,"…saya dari Agendadaily…"
Anwar terus sambung,"…saya tahu (soalan) itu berbayar…cari soalan lain."
Sejurus sidang akhbar selesai kedengaran beberapa orang rakan wartawan lain berbisik sesama sendiri tentang cara Anwar mengelak untuk jawap kenyataan Ezam.
Seorang lagi rakan wartawan ketika ditanya pandangannya tentang hal itu berkata,"dia kata dia orang hebat, takkan soalan macam itu pun tak mahu jawab.
“Tak patut sangatlah tuduh orang macam itu…apakah dia nak soalan-soalan yang boleh dia balun kerajaan je…kalau begitu jangan memekak sana sini kononnya dia begitu prihatin tentang kebebasan akhbar. "
Malah seorang wartawan lain secara sinis menyindir mungkin juga Anwar ‘ada bayar’ kepada sesetengah wartawan untuk tanya soalan-soalan yang memihak padanya hingga beliau jadi syak wasangka dan amat prejudis pada soalan yang dianggap kritikal.
Untuk rekod wartawan Agendadaily pernah tanya soalan-soalan ‘ yang orang hendak tahu jawapannya’ lebih lazer lagi dalam sidang media para pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Ini termasuk bertanya Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu duduk disebelah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masa sidang akhbar lepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini apakah pendiriannya jika beliau mendapat pencalonan yang mencukupi kuota untuk bertanding jawatan Presiden UMNO.
Soalan itu dan jawapan Najib kemudianya telah menjadi ulasan hangat dalam media,laman web dan blog. Sayangnya Timbalan Perdana Menteri tak kata pun, “ ini soalan yang dibayar oleh PKR ke ? ”
Juga kita ingin membawa pada satu insiden lain iaitu sidang akhbar Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail di lobi bangunan Parlimen selepas beliau dan Nurul Izzah menemui Perdana Menteri sejurus isu dakwaan liwat Anwar berbangkit.
Ini berhubung dengan dakwaan adanya ancaman bunuh keatasnya. Soalan Agendadaily pada Wan Azizah ialah apakah bukti-buktinya wujud ancaman bunuh yang didakwa itu.
Presiden PKR itu nampak tidak begitu senang pada soalan berkenaan dan memberi alasan insiden mata lebam Anwar yang berlaku masa kes 1998 bagaimana keselamatan suaminya tidak terjamin.
Setakat tidak senang satu hal… tetapi entah apa yang dirungutkan oleh Wan Azizah pada Anwar kemudiannya...Wallahualam.
Ini bila mana pada malam itu semasa berucap di satu perhimpunan di Stadium Malawati,Shah Alam Anwar secara terbuka ada kata satu dua orang wartawan “ biadap ” pada isterinya pada hari itu dan mengajak mereka berdepan dengannya.
" Saudara jangan terperangkap, memang ada pencacai-pencacai mereka dalam media, tidak ramai...satu dua...bahkan hari ini cukup biadap pada Azizah...saya nak beritahu pada mereka, kalau kamu benar dan berani...kamu berhadapan dengan saya, jangan ganggu isteri dan anak saya ," itulah katanya .
Pada andaian kita kalau ‘hari ini’ mana ada lain selain semasa sidang akhbar itu.
Kita tertanya-tanya pada waktu dan ketika mana yang kita bersikap ' biadap ' pada Wan Azizah dan Nurul Izzah. Ramai para wartawan yang hadir pada sidang akhbar itu boleh menjadi saksi.
Soalnya kalau kita ni jenis penakut kita tidak akan hadir mana-mana sidang akhbarnya selepas itu apalagi menganjurkan debat antara beliau dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 15 Julai lalu yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara.
Apakah beliau sengaja gembar gembur cakap begitu semata-mata untuk membakar semangat dan kemarahan kira-kira 10,000 orang para hadirin di himpunan itu?
Apakah ini cara beliau ‘mewarnai’ sesuatu hal agar orangramai bersimpati padanya?
“Biadap’’ itu istilah apa Pak Sheikh ? …sedangkan soalan wartawan Agendadaily semasa di ruang lobi parlimen cuma nak tanya apakah bukti ancaman bunuh itu.
Ini kerana semua orang tahu Anwar bebas berceramah ke sana ke mari di seluruh negara dan tidak pernah dengar pun ada cerita tentang ancaman bunuh sebelum ini.
Hadir pada sidang akhbar itu ialah Naib Presiden PKR Azmin Ali,Ahli Parlimen PKR Sungai Petani Johari Abdul,Ahli Parlimen PKR Machang Saifuddin Nasution dan Bendahari PAS Dr Hatta Ramli.
Mungkin mereka boleh buat satu kenyataan akhbar untuk mempertahankan tindak tanduk Anwar dalam soal yang satu ini….apakah sekadar soalan yang semua orang nak tau jawapannya itu…boleh ditakrifkan sebagai ‘ biadap ’ ?
Bagaimana YB Nurul Izzah…? adilkah soalan itu boleh ditakrif sebagai ‘ biadap' ?.
Juga untuk rekod wartawan Agendadaily tidak pernah bersikap biadap atau kurang ajar pada sesiapapun tak kira pemimpin kerajaan atau pembangkang dalam mana-mana sidang akhbar sebelum ini.
Kalau benar seorang wartawan bertanya sesuatu soalan yang dikira kurang disenangi...selari dengan istilah dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka satu perbuatan biadap '...maka kita semua surrender ...angkat tangan dan mengakui hakikat bahawa Parti Keadilan Rakyat adalah satu-satunya parti ' yang paling adil ' dalam dunia ini.
Mungkinkah kerana ' keadilan ' itu juga sebelum ini satu per satu bekas pemimpin dan orang kuat Pak Sheikh yang cabut keluar dari PKR ?
Ezam,Nallakaruppan,Dr Chandra Muzaffar,Abdul Rahman Osman,Anuar Shaari atau lain-lain tolong jawab .
Juga Pak Sheikh mungkin lupa kami-kami ni adalah antara saksi hidup yang melihat sendiri siapa dan siapa yang ' diatur ' jadi bos-bos di media arus perdana masa Pak Sheikh Timbalan Perdana Menteri dulu.
Tak payahlah kita pergi jauh hingga bawa cerita berita siapa dan siapa yang dipinggirkan dalam media arus perdana waktu Pak Sheikh amat berkuasa tu.
Jadi kalau Pak Sheikh nak cakap tentang kebebasan media...ada kawan-kawan wartawan seangkatan yang kata... ' Oh my God '.
Atau mungkin juga kita kena memetik kata-kata keramat Tun Dr Mahathir Mohamad....'
' Melayu mudah lupa '- 29/7/2008
NOTA KAKI : ITULAH ANWAR IBRAHIM YANG SEBENAR. PANDAI MENIPU DAN MERAIH SIMPATI RAKYAT. BERHATI-HATILAH RAKYAT MALAYSIA KEPADA BAKAL PM YANG SEBENARNYA LANGSNUG TIDAK LAYAK MENJADI PM KEPADA RAKYAT MALAYSIA.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment