Wednesday, August 13, 2008

LAGI PENDEDAHAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Minggu ni aku out-station ke Pulau Pinang. Mungkin tumpuan ku untuk menulis di dalam blg ini akan sedikit terjejas kerana aku harus memberi tumpuan kepada kerja yang lebih penting. Aku berada di Pulau Mutiara bermula daripada 10 Ogos sehingga 27 Ogos 2008.

Pilihanraya kecil P.044 Permatang Pauh akan berjalan pada 26 Ogos 2008. Aku harap masyarakat Permatang Pauh dapat menilai yang terbaik demi memastikan kebajikan mereka terbela untuk masa hadapan. Bukan apa, umum mengetahui Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) telah mencuba berbagai-bagai cara mengalihkan pandangan masyarakat mengenai kes 'liwat' yang dihadapi oleh si BABI ini.

Ketika BABI menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, beliau telah mengatakan UMNO dan Barisan Nasional adalah parti yang terbaik di Malaysia ketika berucap pada bulan Ogos tahun 1998 (aku tak ingat majlis apa) namun seminggu selepas BABI dipecat, beliau lantas munuduh UMNO dan BN adalah sebuah parti yang korup dan penuh kejahatan. Pemimpin apakah ini? Pemimpin sebegini langsung tidak layak diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana akan menghentam sesiapa jua yang bercadang menggagalkan rancangan beliau untuk mentadbir Malaysia.

Aku mengikuti perkembangan ceramah BABI di Semenanjung Malaysia. BABI mengatakan beliau akan menjadi pembela Melayu dan memastikan hak kaum Melayu akan sentiasa terbela. Namun tidakkah rakyat dan pembaca blog ini sedar bahawa beliau langsung tidak bersuara ketika pemimpin kerajaan, pemimpin NGO, dan rakyat Malaysia membantah keras tindakan Majlis Peguam menganjurkan Forum Memeluk Islam minggu lepas. Ini menunjukkan BABI memang tidak mempunyai minat untuk membela hak kaum Melayu sebaliknya hanya berminat menjadi Perdana Menteri dan mengutamakan agenda peribadi daripada agenda bangsa.

Aku bukan suka-suka untuk menceritakan tentang BABI namun aku lakukan ini semua adalah kerana sayangnya aku kepada negara ini dan tidak mahu melihat beliau yang sungguh rendah moral dan perilaku untuk mentadbir Malaysia lantas menjadikan Malaysia negara kucar-kacir. Aku ada pendedahan terbaru tentang si BABI ini namun aku akan sambung untuk episod lain.

Semoga pembaca sekalian dapat menilai dan memikirkan yang terbaik fakta yang telah aku bentangkan.

No comments: