Saturday, August 16, 2008

Anwar dakwa sumpah Saiful gimik politik UMNO

15/08/2008 10:28pm

Oleh ZULKIFLI JALIL dan ABDUL MUIN SAPIDIN

BUKIT MERTAJAM 15 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan upacara bersumpah yang dilakukan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi membuktikan kebenaran dakwaan bekas pembantunya itu diliwat oleh beliau sebagai gimik politik kotor UMNO untuk menjatuhkannya.

Beliau yang diminta memberi reaksi terhadap sumpah Mohd. Saiful, 23, yang dibuat di Masjid Wilayah Persekutuan petang ini, selepas bertemu orang ramai di Pasar Malam Ampang Jajar di sini malam ini turut menyalahkan pihak polis yang didakwanya mendalangi dakwaan kes liwat ke atasnya.- Utusan.

.....................................................................................

Nampaknya Brother Anwar bin Ibrahim (BABI) mencari alasan dengan mengatakan bahawa pengakuan sumpah Saiful adalah gimik politik UMNO. Apa cerita ni wahai BABI? Kalau betul ia adalah gimik politik UMNO, saya sarankan BABI bersumpah juga dan kita sama-sama lihat siapa yang akan dilaknat oleh Allah S.W.T.

Populariti BABI semakin menurun setelah kes liwat beliau menjadi panas semula. Sebagai seorang hamba yang percaya kepada Qada dan Qadar, BABI harus sedar beliau tidak layak menjadi seorang Perdana Menteri. Sepatutnya beliau menjadi Perdana Menteri pada tahun 1998 jika itu adalah ketentuan Allah S.W.T namun Allah itu Maha Mengetahui. Oleh sebab itu, Allah tidak mahu melihat negara ini dipimpin oleh BABI kerana mengambil iktibar dari apa yang telah menimpa kaum Nabi Luth A.S suatu masa dahulu.

Malaysia adalah sebuah negara yang sentiasa diberkati Allah S.W.T. Kita harus bersyukur kerana negara kita jarang ditimpa musibah atau bencana alam yang besar seperti negara Indonesia dan lain-lain. Janganlah kita mengangkat pemimpin yang mempunyai moral yang rendah seperti BABI kerana nescaya negara kita akan mengalami malapetaka yang dahsyat jika pemimpin seperti itu disanjung dan dipuja.

Melalui maklumat yang saya dapat dari rakan-rakan yang mendengar ceramah BABI, sokongan terhadap BABI semakin luntur dan menurun jika diambil dari segi sorakan dan tepukan tangan. Ini menunjukkan rakyat mula ragu dan sedar dengan pembohongan demi pembohongan yang terbit daripada penasihat parti PKR ini. Semoga rakyat dapat menilai di mana kebenaran dan di mana kebatilan.

Esok adalah hari penamaaan calon dan saya berharap tiada insiden buruk berlaku kerana saya juga difahamkan PKR telah menubuhkan sebuah kumpulan yang dipanggil Angkatan Berani Mati (ABM). Suka saya mengingatkan kepada kumpulan ABM ini jika benar-benar wujud, fikirlah tindakan anda yang hanya akan mati sia-sia kerana membela seorang insan yang hanya memikirkan agenda peribadi untuk menjadi Perdana Menteri di dalam masa yang singkat.

No comments: