Monday, July 7, 2008

PERHIMPUNAN SEJUTA RAKYAT DAH JADI MACAM "FUN FAIR"








Rentetan gambar-gambar di atas menunjukkan Perhimpunan Sejuta Rakyat yang diadakan di Stadium Kelana Jaya semalam. Apabila TV3 menganjurkan konsert dan program "Jom Heboh", pihak pembangkang terutama daripada PAS telah membangkang dan mengutuk sekeras-kerasnya program "Jom Heboh" tersebut.

Namun, gambar di atas adalah bukti jelas dan nyata bantahan pihak pembangkang terhadap konsert "Jom Heboh" adalah retorik semata-mata. Perhimpunan yang pada mulanya diadakan dengan tujuan untuk memprotes kenaikan harga minyak telah bertukar menjadi "Fun Fair" murahan malahan lebih teruk daripada Konsert "Jom Heboh" yang sentiasa dipandang sinis oleh pihak pembangkang.

Pada pandangan saya, sepanjang berlangsungnya konsert "Jom Heboh" tidak pernah berlaku kekecohan yang melibatkan pergaduhan dan apa yang berlaku semalam di Stadium Kelana Jaya adalah yang terburuk dan amat memalukan kerajaan "Pakatan Rapuh" terutama PAS yang telah bermati-matian memboikot artis seperti Ella dan Mas Idayu dalam sambutan 100 hari kerajaan "Pakatan Rapuh" memerintah Selangor.

Kerajaan "Pakatan Rapuh" memang cakap tak serupa bikin dan indah khabar dari rupa kerana pendirian yang tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah. Setelah 50 tahun negara merdeka, seharusnya rakyat menjadi lebih matang dalam memilih kerajaan yang berwibawa dan mampu memacu ekonomi Malaysia ke tahap yang tertinggi.

Justeru itu, saya berharap dengan paparan gambar yang ditonjolkan di atas dapat membuka mata dan minda para pembaca agar menilai yang mana baik dan yang mana buruk.

4 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum...wahai hamba Allah....untuk pengetahuan anda..pihak pembangkang pun kesal dengan perhimpunan nih...bukannya pihak pembangkang minta buat semua persembahan tuh...so...jgn nak tabur fitnah kat pihak pembangkang...cukup lah najib ngan kroni dia dah tabur fitnah kat anwar ibrahim..nih anda plak yang nk tabur fitnah...ingatlah....Allah tau saper yg benar....klau setakat orang tuh kata.."Allah je yang akan balas.."tapi dia x sedar diri...memain dgn nama Allah...uihhhh..berani betul yer...dasyat....so..anda kena ingat....pihak pembangkang still dengan pendirian...saya juga still sokong yang 'jom heboh' tuh SALAH.....pesanan saya...ingat janji Allah....islam akan bangkit x lama lagi...jazakallah....

Pemuda Malaysia said...

w'salam saudara anonymous..

terima kasih kerana saudara sebagai pihak pembangkang sedar dan kesal dengan apa yang terjadi..

cuma saya nak tanya, hishamuddin rais bukan pihak pembangkang ker???
sebab hishamuddin rais yg bawa masuk artis underground..

saya tak tahu saudara nie pembangkang dari PAS atau PKR.. jadi, jika saudara dari PAS, eloklah jauhkan diri dari PKR kerana PKR hanya parti yang memanipulasikan situasi semasa dan bijak mengambil peluang di atas kelemahan parti lain.

PKR juga parti yang mengutamakan agenda peribadi demi memastikan hajat DSAI menjadi PM akan tercapai..

Tentang kes liwat atau kes tuduhan anwar ke atas najib, biar polis menyiasat dan mahkamah menentukuannya..kita sebagai hamba biasa pun tidak tahu yang tersirat kecuali Allah S.W.T.

tentang "jom heboh" pula, saya harap saudara tidak jadi bodoh sombong dan jumud kerana memboikot "jom heboh"..kita tidak nafikan "jom heboh" ada juga unsur negatif NAMUN sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran, kita boleh membezakan yang mana baik dan yangb mana buruk..

Konsert "jom heboh" banyak menjana ekonomi industri tempatan.. jadi tidak ada sebab yang munasabah dari pembangkang mengatakan'"jom heboh" adalah haram.

saya sendiri pernah melihat orang PAS datang ke konsert "jom heboh"..
cuma kita kena pasang niat jika hendak hadir ke konsert "jom heboh" tekadkan di hati bahawa kita sekadar berjalan sambil membawa keluarga untuk membeli barang murah yang ditawarkan terus dari kilang tempatan.

Anonymous said...

lantak lah kau orang...aku masih tetap buat kerja aku...

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous,

terima kasih atas komen saudara. saya harap saudara buat kerja yang halal dan diredhai oleh Allah S.W.T.

Wassalam...