Monday, July 7, 2008
PERHIMPUNAN 'SEJUTA RAKYAT' TAK BERI SEBARANG MANFAAT
PUTRAJAYA: Insiden mengaibkan pada perhimpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun anjuran Pakatan Rakyat semalam jelas membuktikan usaha pembangkang itu tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.
“Sebab itu kita tidak suka perhimpunan seumpama itu berlaku kerana ia membawa budaya liar.
"Apakah parti pembangkang nak galakkan budaya buka seluar dan tunjukkan punggung ini, apa manfaat yang boleh kita dapat.
“Apa pun yang kita nak buat, tertakluk kepada undang, bukan boleh buat apa sahaja yang kita suka. Dan bila polis bertindak, mereka akan kata polis tidak adil dan berat sebelah pula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.
Beliau mengulas insiden apabila seorang penyanyi jemputan yang dikenali Alak dari Kumpulan Carburetor Dung bertindak liar melondehkan seluar ketika membuat persembahan di Stadium Kelana Jaya, malam tadi.
Menurut laporan, penyanyi itu kemudiannya dibelasah oleh beberapa penonton.
Syed Hamid berkata sama ada penyanyi itu akan dikenakan tindakan atau tidak, terpulang kepada polis.
Mengenai latihan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2 Julai lalu, beliau berkata latihan itu bukan bermakna negara berada dalam keadaan tidak aman atau darurat akan berlaku.
“Latihan itu hanya sebagai meningkatkan tahap kesediaan, bukan ada sebab lain yang terselindung,” katanya.
-Bernama-

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment