Tuesday, July 1, 2008

AS JANGAN CAMPUR TANGAN URUSAN DALAMAN MALAYSIA

AS tidak mahu Anwar disiasat
01/07/2008 3:33pm

WASHINGTON 1 Julai – Amerika Syarikat (AS) semalam menyatakan ia menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermotifkan politik.
“Sudah pasti (kita) akan menentang sebarang kuat kuasa undang-undang atau prosedur kehakiman atau apa juga yang tidak mengikuti undang-undang.
“Perkara utama bagi kami adalah kedaulatan undang-undang mengatasi politik,” kata jurucakap Jabatan Negara AS, Tom Casey. – AFP

dipetik daripada Utusan Malaysia Online

------------------------------------------------------------------------------------------
oleh : Pemuda Malaysia

Nampaknya rakan baik DSAI sudah mula campurtangan dalam hal dalaman Malaysia. AS tidak boleh bertindak mengeluarkan kenyataan sebegitu. Apa motif utama AS bertindak sedemikian? Nampak seperti ada udang di sebalik batu.

Saya berpendapat, jika DSAI disiasat dan di dapati bersalah, beliau akan dipenjarakan. Dengan ini akan hancur harapan AS untuk menaikkan kerajaan boneka yang dipimpin oleh DSAI dan "Pakatan rapuh" nya. Sedarlah wahai rakyat Malaysia, DSAI yang boleh berubah dalam pelbagai wajah. Yang nyata, DSAI mendapat sokongan penuh daripada Barat dan Yahudi. Perkara sebegini pun tak kan rakyat Malaysia pandang remeh?

AS terkenal dengan negara yang suka mencampuri urusan dalaman negara lain. AS cuba menjadi jaguh di mana-mana negara yang menghadapi apa jua pergolakan sama ada dari segi politik, ekonomi dan sebagainya. Kita lihat Iraq, Iran, Vietnam, Myanmar dan lain-lain negara yang mana campurtangan mereka membawa kehancuran kepada negara tersebut. Adakah anda sebagai rakyat Malaysia ingin melihat Malaysia menuju kehancuran?

Kita sama-sama berdoa agar Malaysia sentiasa dipelihara dari apa jua anasir luar yang tidak diundang. AS sudah terbukti hanya memporak-perandakan keadaan di sesebuah negara. Kenapa AS perlu keluarkan kenyataan tersebut dan mencampuri hal dalaman Malaysia? DSAI belum disiasat lagi dan jika disiasat itu adalah prosedur biasa dan AS tiada hak campurtangan dalam perkara sebegini.

Sekali lagi saya menyeru dan merayu kepada semua rakyat Malaysia agar menentang sebarang campurtangan dari mana-mana negara luar terutama AS yang kita sedia maklum hanya akan membawa kehancuran kepada Malaysia. Jangan sempitkan fikiran anda, fikirkan satu ayat yang saya sebutkan di sini, "Apa kepentingan Anwar kepada AS sehingga mendapat pembelaan sebegitu sekali"...fikirkan...

3 comments:

Anonymous said...

oit Kalau AS kawan baik DSAI kenapa tahun 1998 dia tidak membantu DSAI. Buykan susah untuk membantu anwar ketika itu. Mereka mempunya CIA dan mengwal ekonomi Malaysia.

Menurut statistik import export amerika yang lalau malaysia merupakan negara negara pengeksport ke 6 ke AS.

AS boleh menggunakan sekatan ekonomi sekiranya DSAI mempunyai kepentingan politik mereka atas dasar demokrasi.

Dalam konteks ini Dsai sememangnya tidak mempunyai kaitan terhadap AS tetapi kerana AS takut terhadap DSAI brulah mereka membuat statement untuk memberi prasangka bahawa AS mempunyai hubungan denga DSAI.

yahudi mereka2 cerita semata mata tidak mahu anwar memerintah. kerana anwar mempunyai strateginya yang menakutkan AS dan Yahudi.

DSAI mempunyai banyak global connection seperti indonesia, turki, negara-negara arab. Ini yang membuatkan AS takut kerana anwar mampu menyatukan negara negara islam dan negara asia untuk memberi saingan terhadap AS.

Kemungkinan Isu 1998 AS terlibat secara tidak langsung dalam menjatuhkan DSAI. Kemungkinan besar Mahathir diberi tekanan oleh AS untuk menjatuhkan DSAI. atas tukaran bantuan ekonomi secara tersirat.

Sedangkan Iraq boleh diserang atas dasar demokrasi kenapa mereka tidak melakukannya terhadap malaysia yang mana demokrasi terhalang secara terang2an. bagi mana mana negara di dunia himpunan adalah perkara biasa bagi memprotes dasar yang menekan rakyat. tetapi kenapa di Malaysia yang tidak demokrasi yang demokrasi nya hanya ketika pilihan raya.

AS sepatutnya sudah menyerang atau sanction terhadap Malaysia. tetapi kenapa tidak, mungkin kerana kerajaan malaysia memang tunduk pada AS. Kenapa pameran senjata 2008, penyertaan iran dibatalkan. Hal ini kerana tekanan dari AS.

Kenapa Liwat dijadikan kes?, hal ini kerana untuk menjatuhkan imej DSAI sebagai pemimpin Islam. Kalau korupsi semua pemimpin buat, Kalau berzina sebahagian pemimpin buat. tetapi tidak pada homoseks kerana tidak ada pemimpin yang buat.

Kita sebagai manusia mempunyai rasa malu sekiranya kita pernah melakukan, atau dilakukan liwat. dan tiada seseorang yng sanggup untuk ,mendedahkan sekiranya tiada desakan atau tekanan dari pihak tertentu. kerana namanya akan dipahat dalam sejarah homoseks. Ataupun beliau memang homoseks dan tidak merasa malu sekiranya hal ini didedahkan malah berasa bangga macam dalam gambar....

fikir fikirkan lah wahai pembaca.

Anonymous said...

Saya menyokong pendapat anda sepenuhnya....salam reformasi!!!!!!

Pemuda Malaysia said...

saudara salahuddin dan saudara anonymous..

terima kasih atas komen saudara berdua. kita telah dibuktikan dengan kesalahan atau keterlanjuran yang dilakukan oleh DSAI suatu masa dahulu dan kini ia berulang kembali dengan bukti yang baru dipaparkan oleh media-media nasional hari ini.

adakah saudara berdua pergi ke perhimpunan PROTES semalam? saya yakin saudara berdua pergi ke sana jika saudara benar-benar menyokong si peliwat DSAI.

Saudara mesti dah tahu apa yang terjadi semalam ketika berlangsungnya konsert sempena perhimpunan Protes di mana salah seorang penyanyi telah melakukan aksi lucah dengan membuka sedikit seluar jeans dan menayang punggung kepada penonton. rasa macam DSAI suka dengan tindakan penyanyi tersebut.hehehe...

apa-apa pun tanggapan saudara, kes DSAI masih dalam siasatan. kita sama2 tunggu keputusan siasatan pihak polis. dakwaan saudara mengatakan Tun Dr. Mahathir terlibat dalam menjatuhkan DSAI adalah tidak berasas langsung.

Saudara berdua kena terima hakikat bahawa DSAI memang bersalah dan mempunyai pelbagai wajah untuk menyembunyikan wajah sebenar beliau. Tun Dr. Mahathir sangat berjasa kepada negara Malaysia selama 22 tahun mentadbir negara.

DSAI memang ada hubungan dengan Yahudi dan jika saudara ingin bukti saya boleh kirimkan bukti melalui pos. saudara boleh beri alamat penuh kepada saya dan saya akan hantar dengan percuma.