Friday, July 25, 2008

JAWAPAN KEPADA KOMEN DECEPTION2008

Terima kasih kepada para pengunjung yang mengunjungi blog saya. Buat saudara Deception2008, saya tidak boleh memaksa anda untuk setia mengunjungi blog saya. Itu adalah hak saudara untuk terus membaca atau tidak artikel saya.

Saudara Deception2008 mambangkitkan mengenai penurunan harga minyak di peringkat global, bila kerajaan Malaysia nak turunkan harga minyak semula. Adakah saudara sedar selepas kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak RM 2.70, harga minyak global terus meningkat sehingga mencecah USD 150 setong. Pada ketika itu, kerajaan terus bertahan dengan harga minyak RM 2.70 malahan terpaksa meningkatkan subsidi akibat kenaikan harga minyak di peringkat global. Subsidi sebanyak RM 0.30 sen sudah meningkat menjadi RM 0.75 sen iaitu peningkatan sebanyak RM 0.45 sen.

Saudara Deception2008 mengatakan bahawa saudara sudah muak dan mentertawakan hujah serta pendapat saya. Saya tidak berkecil hati kerana saya anggap itu satu cabaran bagi saya memberikan pendapat dan menyelamatkan Malaysia daripada ancaman DSAI.

Saudara Deception2008, saya sambung hujah saya lagi, minggu ini melihatkan penurunan minyak di peringkat global yang mencecah sehingga USD 127 setong. Alhamdulillah, harga minyak peringkat global telah menurun dan kerajaan dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung disebabkan peningkatan pemberian subsidi akibat kenaikan harga minyak antarabangsa. Saudara mengajukan pertanyaan bila nak turun harga minyak? Tidakkah saudara sedar selepas kenaikan berterusan harga minyak di peringkat global, kerajaan masih bertahan dengan harga minyak sebanyak RM 2.70 tanpa menaikkannya malahan terpaksa pula memberi subsidi bukan RM 0.30 sen tetapi sebanyak RM 0.75 sen kepada rakyat. Kini, dengan penurunan harga minyak di peringkat global, kerajaan dapat mengawal semula pengaliran wang yang keluar disebabkan pemberian subsidi yang banyak ketika ketidaktentuan harga minyak di peringkat antarabangsa.

Saudara jangan bertanya kepada kerajaan bila nak turun harga minyak. Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak adalah sangat realistik dan kini setelah turunnya harga minyak di peringkat global, adalah amat wajar kerajaan menetapkan harga minyak sebanyak RM 2.70 kerana ia akan memberi peluang kepada kerajaan meraih semula pulangan di atas pengeluaran subsidi ketika naiknya harga minyak. Saudara perlu bertanya, apa sumbangan saudara kepada kerajaan Malaysia. Saya tidak ingin menuduh, tetapi jika saudara setakat ber'demo' secara haram seperti penyokong-penyokong DSAI yang lain, itu bukan pengorbanan kepada negara tetapi adalah satu perbuatan yang amat bodoh dan merugikan ekonomi negara. Akibat 'demonstrasi haram' yang berlaku 10 tahun yang lalu ketika DSAI dipecat daripada jawatan TPM, telah menyebabkan kesan yang panjang sehingga ke hari ini. Peniaga-peniaga di jalan TAR yang dahulunya cukup meriah dengan hasil jualan yang memberangsangkan, kini sunyi sepi akibat tindakan penyokong-penyokong DSAI berdemonstrasi secara haram 10 tahun yang lalu. Jika saudara menyusuri jalan TAR, saudara akan melihat kesan daripada demostrasi 10 tahun lalu di mana amat kurang kedai yang dibuka.

Saudara kena ingat, DSAI bukan nak jadi Perdana Menteri untuk "Pakatan Rakyat" tetapi untuk rakyat dan negara Malaysia. Adakah orang tidak bermoral seperti DSAI layak menjadi Perdana Menteri? Jawapannya sudah tentu tidak. Ini kerana, perilaku DSAI tempoh masa lalu cukup menggambarkan sifat buruk yang ada pada DSAI.

Piliharaya yang lalu membuktikan kerajaan Barisan Nasional masih diberi mandat mentadbir negara. Janganlah dikhianati pengundi-pengundi yang nampaknya masih memberi kepercayaan kepada kerajaan BN untuk meneruskan agenda kemajuan di Malaysia. Apa hak DSAI untuk menubuhkan kerajaan melalui 'pintu belakang' dengan menghasut Ahli Parlimen dari kem BN supaya melompat parti? PKR bukanlah sebuah parti yang kukuh sebaliknya hanya ditunjangi pengaruh DSAI dan langsung tiada niat memperkasakan agenda Melayu. Selama ini, yang berdemonstrasi untuk DSAI adalah makhluk-makhluk yang kebanyakannya benih-benih muda yang masih tidak layak mengundi dan telah dipengaruhi oleh insan-insan yang mempunyai kepentingan peribadi. Jadi, kenapa saudara boleh terpengaruh dengan DSAI?

Saudara Deception2008, negara kita adalah negara demokrasi. Untuk 4 tahun ini, kerajaan BN masih sah memerintah negara. Jika saudara ingin sangat membantu DSAI dan parti pembangkang yang lain membentuk kerajaan, tunggulah pilihanraya akan datang dan ajaklah seberapa ramai kawan-kawan yang ingin memangkah pembangkang seterusnya mengangkat DSAI sebagai Perdana Menteri yang lansung tidak mempunyai kelayakan akibat moral yang buruk.

Saya tetap dengan pendirian saya untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi sebagai pemimpin yang sah melalui saluran demokrasi. Saya ingin beritahu saudara, saya tidak pernah dibayar walau satu sen pun atas setiap artikel yang saya tulis. Saya lakukan semua ini adalah kerana sayang dan cintanya saya kepada negara dan tidak sanggup rasanya melihat DSAI menjadi Perdana Menteri kerana bukan saya sahaja malahan saudara dan masyarakat tahu siapa sebenarnya DSAI...

Thursday, July 17, 2008

Cakap-Cakap di Kafe Parlimen

Hari ini saya berada di Parlimen dan bertugas seperti biasa. Saya sempat berbual dengan seorang pegawai kerajaan yang hadir ke Parlimen untuk bertugas. Rasanya tak perlulah saya beritahu beliau daripada kementerian mana namun cukup saya terangkan di sini pegawai tersebut berasal daripada Sabah.

Saya berbual mengenai debat yang telah diadakan di antara Menteri Penerangan dan Penasihat Parti PKR. Beliau memberikan pendapat yang ikhlas dengan memuji kehebatan Dato' Ahmad Shabery Cheek selaku Panglima kepada Perdana Menteri. Ternyata beliau amat kagum dengan lagak bersahaja Dato' Ahmad Shabery berdebat dan memberikan hujah yang amat realistik dengan isu yang dibincangkan. Beliau turut memuji kerajaan Malaysia kerana bertindak adil dengan memberikan ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan pendapat daripada sudut pandangan pembangkang. Jika Anwar yang memerintah, jangan harap kerajaan Anwar akan bertindak adil sebegitu.

Pegawai kerajaan dari Sabah ini turut memberikan pendapat peribadi iaitu, jika boleh semua MP-MP yang berada di Dewan Rakyat dapat mengikuti jejak langkah Dato' Ahmad Shabery dalam menyampaikan hujah dan pendapat. Beliau turut menyebut nama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang turut mempunyai kaliber dalam berbahas di Dewan Rakyat. Walaupun Datuk Seri Nazri Aziz diasak berbagai soalan daripada MP-MP pembangkang, beliau tenang menjawab dan tidak mudah naik angin.

Dalam perbualan saya bersama pegawai kerajaan dari Sabah ini juga melahirkan idea agar ditubuhkan sebuah Akademi "Debat" bagi melatih MP-MP terutama daripada pembangkang yang langsung tidak ada karisma dalam membahaskan sesuatu isu dan hanya hentam keromo sahaja.

Apapun, kerajaan Malaysia masih dan sentiasa mempunyai barisan Menteri yang berkaliber dan berkebolehan dalam perdebatan untuk menerangkan sesuatu isu kepada rakyat jelata.

Tahniah buat kabinet Pak Lah!!!

Wednesday, July 16, 2008

Anwar Gagal Pertahan Formula Penurunan Petrol Serta Merta Apabila Berkuasa

Dipetik daripada blog http://bigdogdotcom.wordpress.com/

Mantan Timbalan Perdana Menteri dan banduan salah guna kuasa Anwar Ibrahim malam ini gagal mempertahankan skima khusus dengan logik bagaimana beliau boleh menjanjikan penurunan harga runcit petrol sejurus selepas mengambil alih tampuk pemerintahan Negara.


Beliau setakat mengulangi janji manis yang kosong dan hanya rhetorik berupa kenyataan ‘populists’ (orang yang mencari perhatian dengan kepopularism) semata mata dengan menjanjikan bahawa RM 5 billion subsidi boleh diberikan dari pelaksanaan semula perjanjian pembelian tenaga dengan pembekal tenaga bebas (IPP). Dengan RM 5 billion ini, beliau menjanjikan pengurangan serta merta RM 0.50 seliter harga runcit petrol dari RM 2.70 sekarang ini.

Setakat yang orang ramai sedar, Kerajaan membelanjakan subsidi sebanyak hampir RM 50 billion untuk mengekalkan subisidi sebanyak RM 1.20 seliter untuk harga runcit petrol. RM 5 billion patutnya hanya akan memberi kesan sebanyak 12 sen seliter harga runcit pasaran dan bukan 50 sen, sebagaimana dijanjikan secara bersahaja oleh Anwar.

Anwar mendakwa berlaku ketirisan dan kebocoran ketara dalam perjanjian pembelian tenaga, yang kununya memihak kepada pembekal tenaga bebas (IPP) dan mengaut RM billion dari keuntungan. Anwar sengaja memanipulasikan fakta bahawa beliau merupakan Menteri Kewangan semasa kebanyak perjanjian ini ditanda tangani dan beliau pada masa itu mempunyai kuasa veto untuk menentukan perjanjian yang membebankan TNB tidak dilaksana.

Mungkin Anwar juga percayai rata rata rakyat Malaysia akan terlupa bahawa syarikat pembekal tenaga bebas seperti Kumpulan MRCB (Malakoff dan Segari) merupakan ‘kroni’ beliau, semasa menjawat Menteri Kewangan. Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan Genting dan Arab Malaysian, juga pembekal tenaga bebas yang aktif.

Menteri Penerangan Dato’ Ahmad Shabery Cheek juga berjaya memberi gambaran yang baik mengenai kemampuan Anwar membuat keputusan strategik dalam soal ekonomi dengan memberikan contoh preskripsi IMF yang Anwar bawa semasa krisis ekonomi dan kewangan 1997-8, yang sememangnya memberikan kesan buruk kepada banyak syarikat dan industri, samada IKS maupun yang gergasi.

Memperjudikan ekonomi negara dengan menjanjikan subsidi yang tidak mungkin dapat ditampung jangkamasa panjang kerana sistem menentukan harga pasaran minyak mentah bukanlah sesuatu yang Kerajaan Malaysia mampu mengawal. Kebarangkalian Anwar sebenarnya mempunyai kefahaman amat lemah mengenai sistem harga runcit petrol dan kos sebenar saringan dan penyediaan petrol, termasuk kos penghantaran dan pemasaran, adalah tinggi. Anwar juga gagal menjelaskan perjanjian pengeluaran minyak mentah yang rata rata secara majoriti dikuasai kontraktor asal industri minyak Malaysia.

Petronas, yang ditubuhkan 1974, mula bergiat melombong minyak dengan sendiri lebih sepuluh tahun kemudian. Ini lebih kurang 80 tahun lewat berbanding Shell, di Sarawak.
Melemparkan sesuatu yang didambakan rakyat dengan harapan mengunung, adalah memang cara biasa Anwar untuk meraih sokongan. Subsidi yang Anwar janjikan ini lambat laung akan membebankan Kerajaan dan sebagaimana Shabery mempersoalkan, apakah wajar Malaysia berhutang untuk mengekalkan subsidi yang Anwar janjikan ini, tatkala harga pasaran minyak mentah makin naik, terutama akibat penyangak pasaran hadapan.

Anwar, dengan cara penyampaian oratori hebat yang mengaburi pemikiran, mungkin berjaya memberikan rakyat Malaysia gambaran bahawa Malaysia merupakan pengeluar penting bahan bakar paling berharga dunia itu. Malangnya, sebagai pengeluar berjumlah 700 ribu tong sehari, kedudukan Malaysia sebagai pengeluar bersih (net producer) adalah hanya 1.2% dari keperluan dunia. Memang ada kewajaran bahawa bekalan minyak sekitar perairan negara tidaklah banyak tinggal lagi kerana telaga sekitar Malaysia yang telahpun mula dikorek semenjak seabad ini (jauh lebih awal dari negara seperti Saudi dan Kuwait, pengeluar paling utama dunia).

Anwar juga gagal menjelaskan bahawa Malaysia lebih bergantung kepada pendapatan dari pengeluaran gas asli dan subsidi yang diberikan kepada bahan bakar ini sebenarnya hampir RM 2.00 seliter.

Kewajaran hujah Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mencadangkan subsidi ini ditarik berperingkat sementara peluang meningkatkan pendapatan dipelbagaikan merupakan sesuatu yang Anwar sebenarnya mampu permodalkan. Malangnya, sebagaimana biasa, kepentingan Negara dan rakyat tidak langsung, terutama jangkamasa panjang dan strategik, menjadi perkiraan Anwar, yang sememangnya mendambakan kuasa dengan apa cara sekalipun.

Kegagalan Anwar ini hanya kerana pembohongan akan berjaya menurunkan harga runcit petrol yang berjaya dilaksanakan sebagai strategi ekonomi, merupakan modal yang dicanang sebelum Pilihanraya Umum ke XII, dimana harga pasaran minyak mentah pada masa itu tidaklah setinggi hari ini.

Tuesday, July 15, 2008

DEBAT ANWAR - SHABERY DITERUSKAN MALAM INI

dipetik daripada Utusan Malaysia Online


Debat Ahmad Shabery-Anwar diteruskan malam ini
15/07/2008 10:06am

KUALA LUMPUR 15 Julai – Debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mengenai isu harga minyak akan tetap diadakan seperti yang dijadualkan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malam ini.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui di rumahnya di Segambut pada pukul 9.40 pagi ini mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun debat tersebut kata beliau, dipendekkan daripada satu setengah jam kepada 50 minit.

``Lokasi dan lain-lain perkara tentang debat adalah seperti dijadualkan,’’ katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini pagi ini. – Utusan.
..............................................................
Komen Pemuda Malaysia : Saya menaruh keyakinan akan kehebatan Menteri Penerangan untuk berdebat bersama DSAI. Fakta dan hujah yang benar dan bernas bakal menenggelamkan retorik kosong DSAI..

KONSPIRASI CIPTAAN ANWAR BAKAL TERJAWAB

Sah Anwar bacul. Saya mengatakan demikian kerana beliau langsung tidak muncul untuk memberi keterangan kepada pihak polis bagi membantu siasatan terhadap kes "liwat" yang dihadapi oleh beliau petang semalam.

Mengapa Anwar tidak hadir? Apakah beliau takut keselamatan diri beliau akan terancam jika hadir memberi keterangan di Balai Polis? Apakah pihak polis tidak memberi jaminan untuk melindungi beliau semasa beliau memberi keterangan? Apa rasional pihak polis untuk menangkap beliau ketika memberi keterangan nanti? Tidakkah Anwar boleh hadir memberi keterangan bersama seberapa banyak peguambela yang boleh dibayar oleh beliau? Jadi, apa alasan lain beliau untuk tidak hadir memberi keterangan kepada pihak polis?

Sebenarnya Anwar adalah manusia yang penuh dengan tipu muslihat. Beliau sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai kepentingan peribadi. Rasanya semua rakyat Malaysia sudah masak dengan perangai Anwar.

Ketika bekas pembantu peribadi Anwar membuat laporan kerana diliwat, beliau melarikan diri dan bersembunyi di Kedutaan Turki. Alasan bodoh yang diberikan ialah beliau mendapat ancaman bunuh lalu bertindak lari ke Kedutaan Turki. Kenapa perlu lari ke sana? Bukankah beliau boleh mendapatkan perlindungan di mana-mana Balai Polis berhampiran dan seterusnya membuat laporan terhadap ugutan yang diterima.

Apabila laporan telah dibuat oleh bekas pembantu peribadi beliau atas salah laku "liwat", Anwar tampil pula membuat laporan kes salah laku Ketua Polis Negara dan Peguam Negara yang terlibat dalam perbicaraan beliau pada tahun 1998. Mengapa baru sekarang laporan salah laku dibuat setelah beliau dibebaskan pada tahun 2004? Adakah ini strategi Anwar mengalihkan pandangan masyarakat terhadap kes "liwat" yang dikenakan kepada beliau?

Semalam di Parlimen, apabila MP Permatang Pauh dan MP Gombak gagal dalam membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dan barisan kabinet, mereka bertindak keluar dari Dewan Rakyat untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Tan Sri Yang Di Pertua Speaker. Apakah motif barisan pembangkang terutama dari PKR bertindak sedemikian? Adakah ini salah satu strategi PKR untuk mengalihkan juga perhatian rakyat terhadap kes "liwat" Anwar? Bukankah mereka MP-MP pembangkang juga membawa aspirasi rakyat yang memangkah dan mengundi mereka semasa pilihanraya ke-12 yang lalu? Sia-sia sahaja rakyat memangkah MP-MP pembangkang kerana mereka langsung tidak tahu menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat kerana sudah mabuk kuasa untuk menukar kerajaan Malaysia melalui "pintu belakang". Cukuplah Anwar seorang sahaja yang suka datang dari belakang dan jangan pula ada MP-MP pembangkang di Dewan Rakyat yang suka datang dari belakang.

Kes "liwat" yang dihadapi Anwar akan diketahui jawapannya tidak lama lagi. Bersama-sama kita nantikan hasil penyiasatan pihak polis. Di kesempatan ini, saya mengingatkan para pengunjung blog "Pemuda Malaysia" agar tidak lupa menonton perdebatan di antara Anwar dan Menteri Penerangan yang cukup hebat, Dato' Ahmad Shabery Cheek mengenai isu minyak pada malam ini pukul 9.00 malam di TV 9 dan Astro Awani 501. Sementara siaran tertunda akan disiarkan di RTM 1 dan RTM 2.

Saya yakin akan kehebatan Menteri Penerangan yang baru dalam memberikan hujah serta pendapat yang bakal mematikan hujah kosong Anwar kerana saya sudah banyak kali berpeluang melihat aksi Dato' Ahmad Shabery Cheek menyampaikan ucapan beliau. Semoga rakyat Malaysia sedar dan dapat menilai siapa yang benar dan siapa yang silap.

Friday, July 11, 2008

SECEBIS WARKAH DARI PENULIS

Salam sejahtera buat pengunjung blog Pemuda Malaysia sekalian..

Rasanya dah dua hari saya tak update blog saya kerana kesibukan tugas lain yang perlu diberi keutamaan. Namun saya cuba juga mencuri masa untuk menulis di dalam blog ini agar ia kelihatan menarik dan menggamit pengunjung untuk membaca isi hati blog Pemuda Malaysia ini.

Pergolakan politik tempatan, ekonomi yang kelihatan lembab, isu liwat yang melibatkan mantan TPM,isu tunjuk 'punggung' oleh artis underground dalam himpunan PROTES anjuran pihak pembangkang, dakwaan mantan TPM terhadap KPN dan Peguam Negara, masalah-masalah rakyat seperti pengangkutan awam, kenaikan harga minyak dan harga barang serta bermacam-macam masalah lain amat memberi cabaran kepada Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan kabinetnya menuntut untuk diselesaikan sebaik yang mungkin.

Saya yang berada dalam pentadbiran kerajaan sentiasa menyokong kepimpinan Pak Lah selaku Ketua Pentadbiran Negara Malaysia dengan dibantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Walaupun terdapat suara-suara yang mendesak agar Pak Lah meletak jawatan kerana dikatakan gagal menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan, kita seharusnya tidak mengikut irama sumbang yang dialunkan oleh mereka yang berhaluan kiri. Pilihanraya ke-12 yang telah berlalu telah membuktikan Barisan Nasional yang diterajui oleh Pak Lah telah mendapat mandat daripada rakyat untuk meneruskan agenda pentadbiran yang telah digariskan. Walaupun BN gagal memperolehi mandat 2/3 di Parlimen, kemenangan "simple majority" sudah cukup menguatkan hujah akan kemenangan BN dalam pilihanraya yang lepas.

Bukan senang untuk memuaskan hati semua kaum di Malaysia. Sebagai sebuah negara majmuk dan berbilang kaum, Pak Lah sebagai PM menghadapi cabaran yang cukup berat untk memastikan semua golongan rakyat dapat menikmati segala kemajuan dan kemakmuran yang diperolehi. Di samping itu, Pak Lah juga bertanggungjawab memastikan kontrak sosial yang termaktub sejak zaman kemerdekaan lagi berjaya dipertahankan tanpa dipersoalkan oleh mana-mana kaum lain di negara ini. Status keistimewaan hak bumiputera juga mesti dipelihara kerana asal Malaysia adalah "Tanah Melayu" dan perkataan "Tanah Melayu" sudah cukup memberi gambaran yang jelas kepada kita semua tentang hak orang Melayu di Malaysia.

Cukuplah kita dijajah selama beratus-ratus tahun dan kini kita mesti mempertahankan kemerdekaan yang kita kecapi sejak 50 tahun yang lalu. Namun, dalam memastikan kemerdekaan di Malaysia adalah berterusan untuk manfaat generasi akan datang, kita dikejutkan dengan isu "Perjanjian Pangkor 2" yang dikatakan termeterai di antara Menteri Besar Perak dengan Parti DAP. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh jika ia benar-benar terjadi. Ia boleh diklasifikasikan sebagai penjajahan bentuk baru yang tidak melibatkan sebarang tindakan kekerasan atau agresif. Penjajahan sebegini boleh ditakrifkan sebagai penjajahan secara lembut dan penuh terancang akibat daripada ketamakan kuasa yang menguasai diri seseorang.

Terbaru, Pak Lah telah mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Jun 2010. Dengan pengumuman ini, tamatlah spekulasi dan andaian dari pelbagai sudut mengenai peralihan kuasa di antara Pak Lah dan Najib. Saya berharap tidak berlaku apa-apa insiden dan masalah disebalik pengumuman ini. Mungkin pihak pembangkang akan ketandusan isu selepas ini seterusnya mereka terpaksa melakukan berbagai-bagai tuduhan liar untuk memburukkan kepimpinan Pak Lah dan Barisan Nasional.

Apapun yang berlaku, kita sebagai rakyat Malaysia harus sedar mengenai tanggungjawab sebagai rakyat. Patuhilah segala undang-undang yanng digariskan dan jangan bertindak mengikut nafsu amarah akibat daripada ketidaktentuan ekonomi kerana bukan Malaysia juga yang menghadapi masalah ekonomi dan kenaikan harga barang malah ia melibatkan peringkat global.

Saya sentiasa berdoa supaya Malaysia terus aman, makmur dan selamat di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia, Sultan Mizan sebagai ketua negara dan kepimpinan Pak Lah yang menggerakkan kerajaan Malaysia.

Amin...

Tuesday, July 8, 2008

PERHIMPUNAN YANG MEMBUANG MASA

MP Batu Pahat menyifatkan tindakan penganjur perhimpunan PROTES menganjurkan perhimpunan membantah kenaikan harga minyak adalah satu tindakan yang tidak relevan dan tidak rasional. Beliau mencelah ketika perbahasan penggulungan jawapan RMK-9 oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Chor Chee Heung.

Perhimpunan PROTES langsung tidak membawa sebarang manfaat kepada apa jua keadaan untuk menurunkan harga minyak. MP Batu Pahat menjelaskan bahawa tindakan penganjur yang diketuai oleh MP Kuala Krai hanya membuang masa dan menyusahkan orang ramai. Pihak penganjur bukan sahaja gagal dalam penganjuran perhimpunan PROTES malahan menimbulkan kekecohan yang amat memalukan parti pembangkang. Perhimpunan yang dianjurkan sekadar menjurus kepada hiburan semata-mata dan langsung tidak memberi idea atau langkah-langkah menurunkan harga minyak kepada kerajaan.

Kenyataan MP Batu Pahat disokong oleh MP Muar dimana MP Muar memberitahu kepada Dewan bahawa jika tindakan undang-undang diambil sendiri oleh orang ramai, keselamatan negara akan tergugat kerana tindakan yang diambil tidak mengikut lunas undang-undang. MP Muar merujuk kepada tindakan yang diambil oleh penyokong-penyokong parti pembangkang yang memukul seorang artis underground yang dijemput menjayakan sebuah konsert dalam perhimpunan PROTES. Adakah ini tindakan tepat diambil oleh penyokong pembangkang? MP Muar membayangkan jika tiada pasukan polis yang menjalankan tugas mengawal serta memastikan keselamatan negara berada di tahap yang terbaik.

Jika setiap kali ada perhimpunan, soal keselamatan diserahkan bulat-bulat kepada pihak penganjur, nescaya keselamatan orang ramai yang hadir berada di tahap yang membimbangkan kerana pihak penganjur akan gagal mengawal perjalanan sesuatu perhimpunan itu. Ini telah dibuktikan oleh MP Kuala Krai sebagai ketua penganjur perhimpunan PROTES yang gagal mengawal kekecohan yang berlaku tempoh hari.

Sehubungan ini, MP Batu Pahat dan Muar sepakat meminta pihak polis mengambil tindakan tegas kepada setiap penganjuran perhimpunan yang didapati tidak membawa sebarang manfaat kepada negara.

PENDIDIKAN KEPADA MASYARAKAT JUGA PERLU

Ketika sesi penggulungan jawapan RMK-9 oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato' Chor Chee Heung, MP Shah Alam membangkitkan mengenai penglibatan anggota polis dalam isu rasuah.

Dato' Chor Chee Heung menjawab persoalan mengenai gejala rasuah yang dikemukakan kepada agensi penguatkuasaan seperti PDRM bahawa memang ada segelintir anggota polis yang terlibat dalam gejala rasuah namun jumlah angka yang menunjukkan penglibatan anggota polis amat kecil. Kerajaan Malaysia tidak pernah berkompromi dan tindakan tegas telah diambil kepada mana-mana anggota polis yang terbabit dalam gejala rasuah.

Namun, Dato' Chor Chee Heung turut memberi penyelesaian kepada gejala rasuah yang melibatkan anggota polis dengan mengatakan bahawa rakyat juga harus memainkan peranan dalam mengurangkan kes rasuah seterusnya menjadikan negara Malaysia sifar rasuah. Rakyat harus diberi pendidikan moral mengenai bahayanya rasuah kepada pembangunan negara. Timbalan Menteri Dalam Negeri itu berkata, jika tepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi. Ini merujuk kepada perangai sesetengah rakyat Malaysia yang memberi rasuah kepada anggota polis dan untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku, rakyat mesti bekerjasama dengan melaporkan kepada pihak atasan jika berlaku kes rasuah yang melibatkan anggota polis atau agensi penguatkuasaan yang lain supaya tindakan segera dapat diambil.

ANWAR BERANI SAHUT CABARAN SAIFUL???



Sejauh mana keberanian Anwar menyahut cabaran Saiful untuk bersumpah bagi menyelesaikan tuduhan yang dihadapi oleh Anwar dalam isu "meliwat"?

Media telah diminta oleh pihak polis agar tidak membuat sebarang andaian yang boleh mengganggu dan menjejaskan penyiasatan polis dalam kes liwat Anwar. Namun, isu ini begitu hangat dan sentiasa menjadi bahan perbualan di mana-mana jua.

Walaubagaimanapun, nasihat yang diberi oleh pihak berkuasa harus dihormati. Kita berharap satu keputusan yang telus dapat dikemukakan agar segala persoalan dapat dirungkai.

Monday, July 7, 2008

JEMPUT ARTIS TUNJUK "BONTOT"...???



Gambar di atas menunjukkan seorang artis underground yang melakukan persembahan di Stadium Kelana Jaya sempena perhimpunan membantah kenaikan harga minyak oleh kerajaan Malaysia. Kenapa jemput artis yang suka tunjuk "bontot"??? macam ada something wrong jer...

Saya berpendapat artis ini dijemput kerana Ketua Penasihat PKR sendiri sekarang sedang disiasat kerana "meliwat". Jadi, faham-faham sendiri je lah yer..

Betul tak pendapat saya???

PERHIMPUNAN SEJUTA RAKYAT DAH JADI MACAM "FUN FAIR"








Rentetan gambar-gambar di atas menunjukkan Perhimpunan Sejuta Rakyat yang diadakan di Stadium Kelana Jaya semalam. Apabila TV3 menganjurkan konsert dan program "Jom Heboh", pihak pembangkang terutama daripada PAS telah membangkang dan mengutuk sekeras-kerasnya program "Jom Heboh" tersebut.

Namun, gambar di atas adalah bukti jelas dan nyata bantahan pihak pembangkang terhadap konsert "Jom Heboh" adalah retorik semata-mata. Perhimpunan yang pada mulanya diadakan dengan tujuan untuk memprotes kenaikan harga minyak telah bertukar menjadi "Fun Fair" murahan malahan lebih teruk daripada Konsert "Jom Heboh" yang sentiasa dipandang sinis oleh pihak pembangkang.

Pada pandangan saya, sepanjang berlangsungnya konsert "Jom Heboh" tidak pernah berlaku kekecohan yang melibatkan pergaduhan dan apa yang berlaku semalam di Stadium Kelana Jaya adalah yang terburuk dan amat memalukan kerajaan "Pakatan Rapuh" terutama PAS yang telah bermati-matian memboikot artis seperti Ella dan Mas Idayu dalam sambutan 100 hari kerajaan "Pakatan Rapuh" memerintah Selangor.

Kerajaan "Pakatan Rapuh" memang cakap tak serupa bikin dan indah khabar dari rupa kerana pendirian yang tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah. Setelah 50 tahun negara merdeka, seharusnya rakyat menjadi lebih matang dalam memilih kerajaan yang berwibawa dan mampu memacu ekonomi Malaysia ke tahap yang tertinggi.

Justeru itu, saya berharap dengan paparan gambar yang ditonjolkan di atas dapat membuka mata dan minda para pembaca agar menilai yang mana baik dan yang mana buruk.

PERHIMPUNAN 'SEJUTA RAKYAT' TAK BERI SEBARANG MANFAAT

PUTRAJAYA: Insiden mengaibkan pada perhimpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun anjuran Pakatan Rakyat semalam jelas membuktikan usaha pembangkang itu tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

“Sebab itu kita tidak suka perhimpunan seumpama itu berlaku kerana ia membawa budaya liar.

"Apakah parti pembangkang nak galakkan budaya buka seluar dan tunjukkan punggung ini, apa manfaat yang boleh kita dapat.

“Apa pun yang kita nak buat, tertakluk kepada undang, bukan boleh buat apa sahaja yang kita suka. Dan bila polis bertindak, mereka akan kata polis tidak adil dan berat sebelah pula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Beliau mengulas insiden apabila seorang penyanyi jemputan yang dikenali Alak dari Kumpulan Carburetor Dung bertindak liar melondehkan seluar ketika membuat persembahan di Stadium Kelana Jaya, malam tadi.

Menurut laporan, penyanyi itu kemudiannya dibelasah oleh beberapa penonton.

Syed Hamid berkata sama ada penyanyi itu akan dikenakan tindakan atau tidak, terpulang kepada polis.

Mengenai latihan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2 Julai lalu, beliau berkata latihan itu bukan bermakna negara berada dalam keadaan tidak aman atau darurat akan berlaku.

“Latihan itu hanya sebagai meningkatkan tahap kesediaan, bukan ada sebab lain yang terselindung,” katanya.

-Bernama-

PERHIMPUNAN 'SEJUTA RAKYAT' TAK BERI SEBARANG MANFAAT

PUTRAJAYA: Insiden mengaibkan pada perhimpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun anjuran Pakatan Rakyat semalam jelas membuktikan usaha pembangkang itu tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

“Sebab itu kita tidak suka perhimpunan seumpama itu berlaku kerana ia membawa budaya liar.

"Apakah parti pembangkang nak galakkan budaya buka seluar dan tunjukkan punggung ini, apa manfaat yang boleh kita dapat.

“Apa pun yang kita nak buat, tertakluk kepada undang, bukan boleh buat apa sahaja yang kita suka. Dan bila polis bertindak, mereka akan kata polis tidak adil dan berat sebelah pula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Beliau mengulas insiden apabila seorang penyanyi jemputan yang dikenali Alak dari Kumpulan Carburetor Dung bertindak liar melondehkan seluar ketika membuat persembahan di Stadium Kelana Jaya, malam tadi.

Menurut laporan, penyanyi itu kemudiannya dibelasah oleh beberapa penonton.

Syed Hamid berkata sama ada penyanyi itu akan dikenakan tindakan atau tidak, terpulang kepada polis.

Mengenai latihan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2 Julai lalu, beliau berkata latihan itu bukan bermakna negara berada dalam keadaan tidak aman atau darurat akan berlaku.

“Latihan itu hanya sebagai meningkatkan tahap kesediaan, bukan ada sebab lain yang terselindung,” katanya.

-Bernama-

MP JELUTONG PANAS PUNGGUNG

MP Jelutong bersikap amat biadap dan cepat melatah. Beliau panas punggung dan cuba mengganggu ucapan yang dibuat oleh MP Simpang Renggam pada persidangan Dewan hari ini.

MP Simpang Renggam membangkitkan kelemahan pentadbiran kerajaan "Pakatan Rapuh" di Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP. Ketika MP Simpang Renggam ingin menerangkan fakta yang sebenar mengenai peruntukan yang disalurkan kepada Pulau Pinang, MP Jelutong dengan biadap bangun dan cuba mencelah serta mengganggu ucapan MP Simpang Renggam. Baru kena jerkah sikit dah melatah pula MP Jelutong. Bagaimana hendak mentadbir negara jika teguran yang diberi tidak dapat diterima pakai?

MP-MP pembangkang memang begitu sifatnya di Dewan Rakyat. Mereka cepat panas bila diperli atau disindir. Tetapi, MP-MP pembangkang tidak pula sedar yang mereka memang selalu mencari kesalahan kerajaan pusat dan menafikan usaha murni kerajaan untuk membantu rakyat jelata sebaik yang mungkin. Saya berharap sangat kerajaan "Pakatan Rakyat" tidak mentadbir negara ini dan cukuplah sepenggal mereka ini mentadbir negeri-negeri yang jatuh ke tangan mereka. 100 hari mentadbir negeri, macam-macam perkara negatif terjadi.

Thursday, July 3, 2008

JANGAN SERTAI DEMONSTRASI JALANAN

Perhimpunan haram di Malaysia sudah seakan fenomena biasa. Ia akan berlangsung ketika terjadinya sesuatu perkara yang dikatakan membabitkan kepentingan awam. Sesuatu perhimpunan yang dibuat biasanya memang tidak akan mendapat kebenaran ataupun permit daripada pihak polis. Oleh itu, wajarlah ia dipanggil perhimpunan haram.

Perhimpunan haram mula bertapak di Malaysia ketika mantan TPM, DSAI dipecat daripada kabinet dan kerajaan. Kini, ia menjadi trend kepada golongan tertentu yang taksub dan mempunyai matlamat berhaluan kiri untuk mendesak kerajaan Malaysia tunduk kepada demonstrasi-demonstrasi yang berlangsung. Namun, terfikirkah di benak pemikiran mereka yang menyertai demonstrasi dan perhimpunan haram bahawa ia tidak membawa sebarang manfaat malahan hanya akan mengundang gejala-gejala negatif? Betapa bodohnya mereka yang sanggup berpanas dan berhujan berarak untuk membantah sesuatu perkara yang dilakukan oleh kerajaan.

Dalam Berita Harian Online hari ini pihak polis telah memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menghadiri perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat di padang berdekatan Amcorp Mall, di Petaling Jaya, Ahad ini. Perhimpunan haram ini diadakan di antaranya untuk membantah dan memprotes kenaikan harga minyak yang berlaku bulan Jun yang lalu.

Parti "Pakatan Rapuh" mengatakan bahawa perhimpunan yang akan mereka anjurkan dijamin tidak akan membawa kepada apa-apa masalah yang melibatkan undang-undang. Namun saya ingin memberi satu contoh di sini, anda memandu kereta di malam hari di sebatang jalan raya yang lengang. Ketika memandu, anda akan melalui sebuah lampu isyarat yang ketika itu berwarna merah. Anda dapati memang tiada langsung kenderaan lain dan anda memutuskan untuk meneruskan perjalanan dengan melanggar lampu isyarat yang ketika itu sedang merah. Tiba-tiba, selepas anda melanggar lampu isyarat ada sebuah kereta polis yang sedang meronda dan melihat anda melakukan kesalahan tersebut. Anda ditahan oleh kereta peronda dan anda akan disaman kerana melakukan kesalahan tersebut. Anda merayu dengan memberikan alasan bahawa tiada sebuah kenderaan yang melalui persimpangan tersebut. Apa pun alasan anda, anda akan tetap disaman kerana melanggar lampu isyarat merah yang sepatutnya anda berhenti ketika itu. Cerita yang saya paparkan di atas adalah sama dengan orang yang ingin berdemonstrasi tetapi tidak mendapat permit daripada pihak polis. Walaupun mereka yang ingin mengadakan perhimpunan ini mengatakan ia adalah perhimpunan aman dan tidak akan mencetuskan huru-hara, tetapi ia tetap salah di sisi undang-undang kerana tiada permit.

Jadi, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar tidak terlalu mengikut perasaan marah dengan menganjurkan atau menyertai demonstrasi jalanan yang hanya akan menjadikan Malaysia negara bermasalah. Biarlah "Pakatan Rapuh" nak buat apa sekalipun, kerana ia tidak lebih daripada agenda peribadi untuk menguasai negara Malaysia. Sebagai masyarakat yang rasional, demonstrasi bukan penyelesaian kepada masalah yang menimpa, sebaliknya bantulah kerajaan mencipta persekitaran yang aman, makmur dan selamat supaya pelabur dan pelancong dari luar tidak takut datang ke Malaysia.

Tuesday, July 1, 2008

AS JANGAN CAMPUR TANGAN URUSAN DALAMAN MALAYSIA

AS tidak mahu Anwar disiasat
01/07/2008 3:33pm

WASHINGTON 1 Julai – Amerika Syarikat (AS) semalam menyatakan ia menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermotifkan politik.
“Sudah pasti (kita) akan menentang sebarang kuat kuasa undang-undang atau prosedur kehakiman atau apa juga yang tidak mengikuti undang-undang.
“Perkara utama bagi kami adalah kedaulatan undang-undang mengatasi politik,” kata jurucakap Jabatan Negara AS, Tom Casey. – AFP

dipetik daripada Utusan Malaysia Online

------------------------------------------------------------------------------------------
oleh : Pemuda Malaysia

Nampaknya rakan baik DSAI sudah mula campurtangan dalam hal dalaman Malaysia. AS tidak boleh bertindak mengeluarkan kenyataan sebegitu. Apa motif utama AS bertindak sedemikian? Nampak seperti ada udang di sebalik batu.

Saya berpendapat, jika DSAI disiasat dan di dapati bersalah, beliau akan dipenjarakan. Dengan ini akan hancur harapan AS untuk menaikkan kerajaan boneka yang dipimpin oleh DSAI dan "Pakatan rapuh" nya. Sedarlah wahai rakyat Malaysia, DSAI yang boleh berubah dalam pelbagai wajah. Yang nyata, DSAI mendapat sokongan penuh daripada Barat dan Yahudi. Perkara sebegini pun tak kan rakyat Malaysia pandang remeh?

AS terkenal dengan negara yang suka mencampuri urusan dalaman negara lain. AS cuba menjadi jaguh di mana-mana negara yang menghadapi apa jua pergolakan sama ada dari segi politik, ekonomi dan sebagainya. Kita lihat Iraq, Iran, Vietnam, Myanmar dan lain-lain negara yang mana campurtangan mereka membawa kehancuran kepada negara tersebut. Adakah anda sebagai rakyat Malaysia ingin melihat Malaysia menuju kehancuran?

Kita sama-sama berdoa agar Malaysia sentiasa dipelihara dari apa jua anasir luar yang tidak diundang. AS sudah terbukti hanya memporak-perandakan keadaan di sesebuah negara. Kenapa AS perlu keluarkan kenyataan tersebut dan mencampuri hal dalaman Malaysia? DSAI belum disiasat lagi dan jika disiasat itu adalah prosedur biasa dan AS tiada hak campurtangan dalam perkara sebegini.

Sekali lagi saya menyeru dan merayu kepada semua rakyat Malaysia agar menentang sebarang campurtangan dari mana-mana negara luar terutama AS yang kita sedia maklum hanya akan membawa kehancuran kepada Malaysia. Jangan sempitkan fikiran anda, fikirkan satu ayat yang saya sebutkan di sini, "Apa kepentingan Anwar kepada AS sehingga mendapat pembelaan sebegitu sekali"...fikirkan...

EZAM BUAT LAPORAN BPR BERHUBUNG DAKWAAN SALAH GUNA KUASA PEJABAT MB SELANGOR

01/07/2008 2:50pm

SHAH ALAM 1 Julai — Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan salah guna kuasa pejabat Menteri Besar Selangor mengenai sumbangan sempena sambutan 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Laporan berkenaan dibuat di pejabat BPR Selangor di sini, kira-kira pukul 10.45 pagi dan Mohamad Ezam turut menyerahkan dokumen berkaitan dakwaan salah guna kuasa itu kepada Pengarah BPR Selangor Ja’afar Mahad.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Mohamad Ezam berkata kehadiran beliau di pejabat BPR Selangor adalah untuk menunaikan janji menyerahkan dokumen berkaitan penyalahgunaan kuasa itu serta menyangkal tuduhan yang menyatakan bahawa beliau berbohong semasa mendedahkan mengenai perkara itu sebelum ini.

“Saya lihat tuduhan bohong itu sebagai tuduhan yang serius dan mencabar kredibiliti saya, jadi sebab itu saya hadir hari ini. Saya nak tunjukkan letter head (kepala surat) surat ini yang jelas tunjukkan letter head pejabat Menteri Besar Selangor dan nombor faks yang masuk ke syarikat yang diminta memberi sumbangan ialah nombor faks pejabat Menteri Besar Selangor.

“Jadi ia jelas gunakan pejabat Menteri Besar Selangor untuk mendapat umbangan bagi parti dan individu yang bagi saya jelas berlaku salah guna kuasa,” kata Mohamad Ezam yang menyertai Umno baru-baru ini.

- DIPETIK DARIPADA BERNAMA -

KOMEN SAYA :

BARU 100 HARI BERKUASA, MACAM MANA KALAU 10 TAHUN BERKUASA. HANCURLAH NEGERI SELANGOR. MP GOMBAK TENGAH BERUCAP SEKARANG DAN SEDANG MENGHENTAM KERAJAAN PUSAT. TAPI BELIAU TAK SEDAR YANG KERAJAAN 'PAKATAN RAPUH' DI SELANGOR PUN AMAT LEMAH TERUTAMA DALAM PENGURUSAN KEWANGAN. BARU URUSKAN DERMA DAH MENYELEWENG, MACAM MANA DENGAN PENGURUSAN YANG LAIN? KENYANG LAH 'PAKATAN RAPUH' DI SELANGOR..

KENYATAAN KURANG AJAR MP PUCHONG

Saya menonton Buletin Utama di TV3 semalam dan amat terperanjat serta berasa marah dengan kenyataan biadap serta kurang ajar yang ditunjukkan oleh MP Puchong.

MP Puchong mengulas mengenai pengusiran beliau daripada sidang Parlimen dan tidak dibenarkan masuk ke persidangan Dewan Rakyat selama 2 hari sebagai hukuman akibat tidak menghormati Tan Sri Yang di Pertua Speaker.

MP Puchong terlalu angkuh dan biadap kerana mempersoalkan hukuman yang dikenakan terhadap beliau dan mempersoalkan siapa Tan Sri Yang di Pertua Speaker dan apa kuasa beliau untuk megusir dan tidak membenarkan MP Puchong menyertai persidangan selama 2 hari? Kata-kata ini adalah terlalu biadap dan langsung tidak menghormati jawatan Tan Sri Yang di Pertua Speaker.

Sepatutnya MP Puchong kena sedar bahawa beliau yang melakukan kesalahan dengan mengulas sesuatu perkara yang bersifat peribadi dan terkeluar dari soalan yang dibincangkan. Beliau juga lantang membantah keputusan Tan Sri Yang di Pertua Speaker yang menyuruh MP Puchong duduk tetapi beliau tidak mahu duduk. Ini telah mencabar kewibawaan Tan Sri Yang di Pertua Speaker dan dengan itu hukuman harus diberikan kepada MP Puchong kerana melawan keputusan Tan Sri Yang di Pertua Speaker.

Saya mencadangkan tindakan lebih keras dikenakan kepada MP Puchong agar perkara yang sama tidak dilakukan oleh MP-MP pembankang yang lain. Apa yang dilakukan oleh MP Puchong adalah sesuatu yang tidak menghairankan kerana "bapa borek, anak rintik". Bapa beliau yang juga MP Bukit Gelugor selalu bersikap biadap dan kurang ajar dengan mempertikaikan berbagai-bagai keputusan Tan Sri Yang di Pertua. Jadi, tabiat ini telah diwarisi oleh anak beliau sendiri.

JANGAN TUNJUK AJAR SPEAKER DEWAN

Kenyataan MP Pasir Salak yang mengatakan MP-MP terutama daripada pembangkang yang cuba mengajar Tuan Yang Di Pertua Speaker dan Timbalan tentang "point of order" disokong oleh Speaker Dewan.

Speaker Dewan menyatakan MP-MP pembangkang kerap memainkan "point of order" tanpa mengetahui fungsi sebenar "point of order". Apabila perkara ini terjadi, ia telah membuang masa persidangan Dewan dan MP-MP pembangkang yang bangun dan menyatakan "point of order" hanya ingin meraih publisiti murahan sahaja.

Ini amat berbeza ketika persidangan Dewan yang lepas di mana sesi soal jawab dapat dihabiskan sehingga 14 soalan dalam masa satu setengah jam dan kini dengan kehadiran MP-MP pembangkang yang ramai, kurang 10 soalan dapat dijawab setiap hari.

Speaker Dewan mengingatkan kepada MP-MP pembangkang terutama MP Batu Gajah bahawa tidak perlu nak mengajar Speaker tentang perjalanan mesyuarat atau "point of order".