Salam Perpaduan...buat renungan kita bersama sesungguhnya kita perlu menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah air kita untuk memaut perpaduan dan mengikat persaudaraan- bukannya menohmah PAS yang salah, menuduh KEADILAN yang kabur bukan juga UMNO yang menghancurkan Melayu. Bukan......bukan itu yang kita cari. Kita mahu cari penyelesaian, perpaduan dan senjata ampuh untuk menangani kemelut hak kita yang disanggah. Sekarang bukan lagi masa untuk kita salahkan dia dan mereka. Sekarang adalah masa untuk kita menghulur tangan - bersalam dengan dia dan mereka. Kerana dia dan mereka adalah Melayu, sama dengan kita. Hentikanlah kutuk caci.....kerana kita adalah Melayu yang berbudi. Simpanlah dulu soal agenda sampingan perbincangan.
Apa yang penting ialah pemimpin PAS, KEADILAN dan UMNO (Mahathir+Anwar+Hadi+Abdullah = MAHA) perlu membincangkan agenda besar Melayu, iaitu perpaduan ummah. Soal agenda lain boleh disusuli selepas kalian semakin menyenangi antara satu sama lain.Apabila sudah mampu duduk semeja, maka rundingankanlah segala apa yang difikirkan perlu untuk memartabatkan semula Melayu dan Islam di Tanah Melayu dengan semangat musyuarah yang sebenar. Ketepikanlah kepentingan parti untuk seketika dan utamakanlah kepentingan Melayu. Sesungguhnya tiada manusia biasa yang tidak melakukan kesalahan atau dosa. Kita tidak maksum seperti para anbiya. Kita perlu berani mengakui kekhilafan dan seterusnya memohon maaf dan memperbetulkan perlakuan diri. Umat Melayu dan Islam adalah bersaudara dan sesungguhnya kita adalah saling memerlukan.
Bukankah begitu !!!
No comments:
Post a Comment