Monday, June 16, 2008

ROYALTI MINYAK DIPULANGKAN TANDA KEPRIHATINAN KERAJAAN PUSAT

Saya membaca akhbar Harakah Daily Online yang bertajuk "Royalti Minyak:Setelah Rakyat Dizalimi, Akhirnya Hak Dikembalikan" saya rasa tertanya-tanya apakah selama ini rakyat Terengganu dizalimi oleh kerajaan Pusat? Atau adakah kenyataan ini sekadar provokasi Presiden PAS yang sekadar serkap jarang dan menangguk di air yang keruh?

Saya ingin melontarkan pandangan terhadap tajuk artikel Harakah Daily Online di mana sebagai seorang ulama dan Presiden parti yang kononnya memperjuangkan Islam, Haji Hadi tidak sepatutnya membuat kenyataan yang boleh memberi pandangan negatif pembaca kepada kerajaan Pusat. Segala niat murni kerajaan Pusat terhadap kebajikan rakyat terutamanya di Terengganu mesti akan dimanipulasi dan dicari kesalahan oleh kepimpinan parti Pakatan Rakyat. Memang Presiden PAS yang seorang ni selalu busuk hati dengan kerajaan Pusat.

Jika PAS bagus sangat memerintah Terengganu, mengapa pada tahun 2004 kerajaan PAS tewas teruk dalam PRU-11 kepada kerajaan BN? Ini menunjukkan kepimpinan PAS pada masa itu amat teruk dan langsung tidak membawa kemakmuran kepada rakyat Terengganu. Pada PRU-12 bulan Mac yang lalu parti PAS tetap gagal menawan Terengganu. Mengapa parti PAS gagal menawan Terengganu pada PRU-12? Ini kerana rakyat Terengganu sendiri sedar parti PAS di Terengganu gagal memanfaatkan peluang yang diberi untuk mentadbir Terengganu dengan sempurna pada tahun 1999.

Jadi, tidak nampak kebenaran kenyataan yang ditimbulkan oleh Haji Hadi mengenai kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Pusat terhadap rakyat Terengganu. Sebaliknya rakyat Terengganu lebih bijak memilih kerajaan Barisan Nasional yang lebih konsisten dan telus untuk mentadbir negara dan negeri Terengganu. Rakyat Terengganu tidak sanggup lagi rasanya bernaung di bawah pentadbiran parti PAS yang hanya bertopengkan Islam demi mencari publisiti dan sokongan rakyat sedangkan prinsip Islam kini bukan lah hala tuju sebenar parti PAS dan sanggup bersekongkol dengan parti PKR dan DAP demi meraih kuasa.

Saya berharap agar rakyat Terengganu tidak terpengaruh dengan dakyah parti PAS yang hanya gila kuasa dan ini boleh dilihat di Selangor dan Perak di mana pemimpin PAS di sana tidak mampu menyanggah segala perbuatan kepimpinan DAP kerana takut kehilangan kuasa.

2 comments:

Anonymous said...

Tiada kewajaran menyokong kerajaan yang lemah

Rakyat kini, tidak melihat kewajaran bagi sesebuah kerajaan yang juga antara negara pengeluar minyak, menyalahkan kenaikan ekonomi di peringkat global, untuk memujuk rakyat terus menyokong mereka.

Rakyat Malaysia adalah mereka yang matang berfikir serta membuat tindakan. Tahap kematangan yang tinggi ini diungkapkan melalui keputusan PRU lepas.

Rakyat tidak lagi mahu parti yang mempunyai 'solid' majoriti dalam kerajaan. Rakyat mahukan ketelusan serta 'check and balance' dalam pentadbiran negara.

Maka akibat dari kesan ekonomi yang tidak menentu ini, rakyat mula mempersoalkan, apakah pegawai-pegawai kerajaan di EPU dan Kementerian Kewangan tidak buat kerja dan tidak mengkaji kesan seburuk ini?

Atau pun mungkin, kertas kajian mengenai impaknya sudah disediakan, tetapi tidak dibaca atau tidak difahami oleh PM sendiri?

Atau pun mungkin Abdullah yang tidak memahami soal ekonomi, juga terkenal dengan sifat 'spoon feeding'nya, menerima taklimat silap yang diberikan oleh pegawai lulusan Oxford University, yang bukan mahir dibidang ekonomi tetapi major dalam bidang linguistik?

Kesilapan besar Abdullah ialah, beliau tidak disokong dengan kajian yang rapi serta mendalam dan jelas tidak mempunyai langkah pemulihan terancang bagi mengendalikan krisis kenaikan harga minyak dalam negara.

Apabila menerima bantahan menyeluruh di kalangan rakyat, kerajaan mula kelam kabut.

Langkah 'ad hoc' terdesak terpaksa diambil, tiba-tiba elaun anggota Kabinet dipotong 10 peratus, memberi rebet tunai, mengurangkan cukai pendapatan, membayar gaji dua kali sebulan dan entah apa-apa lagi hendak dilakukan.

Semakin banyak langkah 'ad hoc' dibuat, kerajaan menjadi semakin tidak popular.

Apabila tiada cara lain, kerajaan meminta rakyat berjimat cermat, kurang menggunakan kenderaan persendirian, sebaliknya menggunakan pengangkutan awam.

Cadangan kerajaan ini turut menerima rungutan rakyat, macamlah pengangkutan awam negara begitu efisyen.

Jika hendak dihurai soal kelemahan pengangkutan awam ini begitu banyak, ia memerlukan satu topik yang khusus.

Semua ini menimbulkan persepsi negatif rakyat, bahawa langkah 'ad hoc' yang dibuat Abdullah ini tidak akan berhasil. Keyakinan rakyat terhadap kerajaan sukar dipulihkan.

Rakyat bukan tidak boleh menerima kenaikan harga minyak, rakyat juga rasional. Tidak bolehkah Abdullah dan kerajaan membuat sesuatu dasar dengan perancangan yang teliti?

Tidak bolehkah langkah-langkah pemulihan dikemukakan secara terancang, dibentangkan bersekali ketika membuat pengumuman kenaikan harga minyak?

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous,

terima kasih di atas komen dan pendapat saudara.

kerajaan pusat cuba melakukan yang terbaik untuk kebaikan rakyat. suka saya ingatkan kepada saudara, walaupun rakyat sukar menerima hakikat kenaikan minyak, namun sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, PM akan memastikan penerangan secara berkala diberikan kepada semua lapisan masyarakat mengenai isu minyak.

Malaysia memang pengeluar minyak, namun Malaysia tidak pernah mencapai ranking 20 terbanyak dalam pengeluaran minyak. Anwar Ibrahim boleh turunkan harga minyak. itu katanya. Petronas dan kerajaan pusat juga boleh lakukan perkara yang sama malahan boleh beri minyak percuma kepada rakyat.

TETAPI...implikasi yang amat besar malah boleh melumpuhkan ekonomi negara jika minyak tidak distruktur semula. ekonomi malaysia umpama belon yang panjang. jika ditekan hujung kiri, hujung kanan akan menggelembung dan begitu sebaliknya. ekonomi juga boleh ditafsir sebegitu.

jadi, jika anwar turunkan harga minyak atau bagi percuma terus, saya senaraikan kesan jangka masa panjang.

1. kewangan kerajaan akan mengalami kenaikan defisit fiskal yang amat tinggi. ini bermakna buku kewangan negara akan menjadi 'blacklist' akibat defisit fiskal yang tinggi.

2. dalam masa setahun sahaja negara akan bankrup kerana kita akan kehabisan sumber minyak akibat daripada penggunaan minyak yang tidak terkawal.

3. simpanan minyak kita dijangka akan habis sebelum 2014 kerana anwar dah turunkan harga minyak n tidak pula mencari inisiatif mencari gali telaga minyak yang baru. perlu juga diingat bahawa petronas memerlukan modal yang besar bagi kos mencari gali kerana minyak yang dicari oleh petronas bukan terdapat di atas darat tetapi jauh di laut dalam.

saya akan huraikan lagi jika saudara anonymous tidak berpuas hati dengan penjelasan saya.

sekian, terima kasih.