Monday, September 22, 2008

Turunkan harga minyak tidak lama lagi

22/09/2008 1:28pm

PUTRAJAYA 22 Sept. - Keputusan sama ada harga runcit minyak akan dikurangkan daripada harga semasa akan diputuskan dalam tempoh dua, tiga hari lagi, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

``Kabinet akan membuat keputusan itu (menurunkan harga minyak), katanya pada sidang akhbar selepas taklimat di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 22 September 2008

..............................................................................

INSYA-ALLAH SEHARI DUA INI KITA AKAN MENDENGAR BERITA YANG MENGGEMBIRAKAN DARIPADA KERAJAAN MALAYSIA MENGENAI HARGA MINYAK. TAK PAYAH TUNGGU ANWAR AL-JUBURI JADI PM PUN HARGA MINYAK BOLEH DITURUNKAN...

4 comments:

Anonymous said...

betul ke minyak nak turun? bila tu saudara pemuda malaysia? tak sabar rasanya.. sekarang susah nak hidup.. gaji saya pun rm800 je sebulan. harap2 dapatlah saudara minta menteri kita cepat2 laksanakan hasrat tu yer..

Anonymous said...

Sekupang turun GEMBIRA APA KEJADAHNYA!!! Sekali naik 78 sen lepas tu Barang keperluan seharian mencanak naik..turun sekupang apa barang yang turun??? juak2 um-NO punya barang boleh la turun!!

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous, terima kasih atas komen saudara..

saya simpati dengan golongan yang berpendapatan rendah..gaji saya pun tak tinggi sangat..

Alhamdulillah, hari ini kerajaan turunkan minyak sebanyak 10 sen..

Semoga kita bersyukur dengan apa yang ada..

Pemuda Malaysia said...

saudara zackry..

terima kasih atas komen saudara..
cuba belajar bersyukur kerana kerajaan cukup prihatin dengan masalah rakyat..

semalam ketika pengumuman penurunan harga minyak oleh kerajaan, harga minyak dunia meningkat sebanyak USD110 setong.. jadi kerajaan berpendapat penurunan sebanyak 10sen adalah relevan dengan situasi semasa pasaran minyak dunia..