Tuesday, September 23, 2008

AHLI PARLIMEN SUNGAI PETANI POSMEN???


Pakatan belum utus surat kepada Agong

Jimadie Shah Othman Sep 23, 08 2:29pm
Pakatan Rakyat belum mengutus surat kepada Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan senarai nama ahli parlimen BN yang menyokong gabungan pembangkang sebelum membentuk kerajaan baru.

Anggota sekretariat Pakatan Rakyat, Johari Abdul yang diberi tanggungjawab menyerahkan surat itu berkata, beliau sedang menunggu arahan untuk berbuat demikian.

Beliau yang juga ahli parlimen Sungai Petani menambah, apabila ketiga-tiga pemimpin tertinggi PKR, DAP dan PAS memberikan arahan, beliau akan menghantarnya.

Johari berkata, beliau bagaimanapun tidak mengetahui isu kandungan surat itu.

“Saya cuma tukang hantar, orang suruh hantar saya hantar,” kata bekas ketua perhubungan PKR Kedah kepada Malaysiakini hari ini.


Mengulas sama ada surat kepada baginda menjadi sebahagian starategi Pakatan untuk mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan BN, Johari berkata:

“Ada sebab kita letakkan 23 September (sebagai tarikh akhir untuk panggil sidang khas parlimen).

"Kalau (perdana menteri) Datuk Seri Abdullah (Ahmad Badawi) gagal – hari ini sudah berakhir – kita ada strategi selepas 23 September. Kita ada rancangan.”

Ketua penerangan PKR Tian Chua ketika dihubungi enggan mengulas lanjut perkara itu.

Tambahnya, tidak ada pemimpin Pakatan yang bercakap tentang perkara itu dan "persoalan ini tidak wujud."

Mereka diminta mengesahkan kenyataan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Mujahid Yusof Rawa yang dilaporkan menyebut Pakatan Rakyat telah mengutuskan surat rasmi bagi memohon mengadap Seri Paduka minggu lepas.

Beliau yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata, Pakatan Rakyat bergantung kepada Istana Negara untuk menasihatkan perdana menteri supaya memanggil sidang khas Parlimen untuk berdepan dengan usul tidak percaya yang mahu dibentangkan oleh pembangkang.

Malaysiakini hari ini difahamkan surat kepada baginda telah disediakan.

dipetik daripada Malaysiakini Online, 23 September 2008

...............................................................................................................


Nampaknya, Pakatan Rakyat ada orang suruhan yang bertindak sebagai POSMEN untuk menghantar surat kepada AGONG. Kalau Pakatan Rakyat gagal juga membentuk kerajaan, Johari Abdul bolehlah memohon untuk menjadi POSMEN dan bekerja dengan POS MALAYSIA..hehehe...


Anwar Al-Juburi patut bangga kerana mempunyai orang suruhan yang sanggup melakukan apa sahaja. Disuruh ke Taiwan, mereka akan ke sana, pendek kata mereka akan melakukan apa sahaja yang disuruh oleh Anwar Al-Juburi...


7 comments:

Pemuda Malaysia said...

sorry, what are u talking about???

Anonymous said...

Ala benda tu pun nak kecoh....

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous, terima kasih atas komen anda..

rasanya Pakatan Rapuh lagi banyak kecoh daripada BN kan???

bila kena ISA pun nak kecoh, makanan tak sedap pun nak kecoh, tulisan jawi di papan tanda jalan pun nak kecoh, belum lagi kira kecohnya Pakatan Rapuh di Dewan Rakyat..dengan majlis hari jadi lah, isu angkat sumpah tak angkat tangan betul-betul n mcm2 lagilah kan...

Anonymous said...

betul ape yang saudara pemuda kata tu.. suka hati BN la nak buat kecoh ke? tak nak angkat tangan masa sumpah ke? sekarang BN memerintah.. BN is a law maker.. so buat apa pun boleh. nanti masuk ISA baru tahu. skrg kita bukan 100% praktis demokrasi. sedarlah sikit bila bagi komen. nanti kena C4 baru tahu. betul tak saudara?

Pemuda Malaysia said...

terima kasih kepada saudara anonymous yang menyokong komen saya..hehehe..

cuma saya nak betulkan ayat saudara tentang demokrasi iaitu Malaysia mengamalkan pentadbiran demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.negara kita 100% demokrasi kerana pilihanraya yang diadakan di malaysia antara yang terbaik di dunia..

tentang kena c4 tue, saya tak faham mksud saudara..boleh jelaskan???

Anonymous said...

Salam,

Senang jer maksudnya,kalau mulut kita celupar sangat InshaAllah nanti akan ada orang tolong tutup mulut kita dengan bom C4.

Kalau x guna C4 pun mungkin depa boleh guna kereta kebal serang markaz,kalau x pun tembak guna M16...

Itulah maksud Anonymous ke2

Pemuda Malaysia said...

salam anonymous,

thanks atas komen saudara. C4 adalah sejenis bom dan rasanya c4 tak digunakan sewenang-wenangnya.

mungkin komen saudara ada kaitan dengan kes altantuya.

kita tunggu kesudahan kes tersebut ye..