Friday, September 26, 2008
Tanpa ISA Azahari sudah bom Malaysia
Bashir Ahmad
24 September 2008
TANYA mana-mana pegawai kanan Polis Cawangan Khas (Special Branch), apakah negara kita masih memerlukan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang lebih dikenali sebagai ISA? Jawapannya ialah sangat perlu.Tanya lagi kenapa? Jawab mereka, ISA adalah undang-undang pencegahan yang membolehkan polis bertindak pantas untuk menghalang daripada berlaku insiden atau keadaan tidak aman yang lebih buruk dan mencemaskan negara. Jika sekadar menggunakan kuasa yang memerlukan proses perbicaraan yang panjang di mahkamah, ada kemungkinan keamanan tidak akan dapat dikawal sebagaimana yang dihasratkan.
Mereka juga menamakan Indonesia sebagai negara contoh yang paling dekat. Tidak seperti Malaysia dan Singapura yang mempunyai undang-undang penahanan tanpa perbicaraan, Indonesia dalam beberapa tahun kebelakangan telah menjadi sasaran insiden-insiden bom yang mengorbankan banyak nyawa dan menyebabkan negara itu dilabel kurang selamat oleh para pelabur asing dan pelancong.Agak menarik, pakar-pakar bom yang dikaitkan dengan insiden-insiden pengganas di Indonesia adalah rakyat Malaysia. Siapa tidak kenal Azahari Husin dan Noordin Mohammad Top yang dikatakan menjadi dalang pengeboman di Bali yang menggemparkan seluruh dunia. Mereka adalah anggota-anggota kanan Jemaah Islamiah (JI) yang mahu mewujudkan pemerintahan Islam di seluruh rantau Nusantara (Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina dan Singapura).Pegawai-pegawai kanan Cawangan Khas berhujah, jika tidak disebabkan mempunyai ISA, sudah lama insiden-insiden pengeboman juga turut berlaku di Malaysia kerana pakar-pakar bom JI adalah rakyat Malaysia.
Menurut statistik, sebilangan besar yang masih ditahan di bawah ISA adalah anggota JI. Mereka ditahan sebelum sempat melaksanakan operasi keganasan yang mereka rancang.Singapura juga turut menangkap beberapa anggota JI dengan menggunakan undang-undang yang sama. Tanya pula mana-mana anggota pembangkang, jawapannya mereka ialah mansuhkan ISA segera! Dan mereka sedang memperhebatkan kempen untuk menghapuskan ISA berikutan penangkapan tiga orang baru-baru ini. Mereka yang ditangkap ialah pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin; ahli Parlimen DAP kawasan Seputeh, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng.Teresa Kok dan Hoon Cheng telah dibebaskan, tapi Raja Petra terus ditahan selama dua tahun di Kamunting, Taiping. Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah undang-undang tanpa perbicaraan itu. Kali pertama pada 6 September 2002 bersama pemimpin-pemimpin parti Keadilan -- Dr Badrulamin Bahrom, Mohamed Ezam Mohamed Nor, Tian Chua, Sari Sungib and Lokman Noor Adam.
Oleh kerana lebih ramai pembangkang yang ditahan berbanding penyokong kerajaan, maka kita boleh menerima dengan mudah kenapa pembangkang yang paling mahukan ISA dihapuskan.Bagaimanapun, ketika ISA diteropong dan dibincangkan semula dengan hangat sekarang, ada juga suara-suara dari kabinet kerajaan Barisan Nasional sendiri yang mempersoal kewibawaan undang-undang tersebut walaupun belum ada yang menyokong sepenuhnya tuntutan pembangkang supaya ia sama sekali dihapuskan.Paling menonjol ialah Datuk Zaid Ibrahim yang telah meletakkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (menteri de facto undang-undang) kerana tidak bersetuju ISA digunakan terhadap ahli-ahli politik. Beliau berpendapat ISA digunakan terhadap anasir-anasir pengganas sahaja.Seorang lagi menteri yang berpendidikan undang-undang, Datuk Rais Yatim (Menteri Luar) turut berpendapat bahawa ada ruang untuk mengkaji semula ISA.Dalam masa yang sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Abdul Hamid Albar yang juga berkelulusan undang-undang mempertahankan kewajaran ISA. Suara Syed Hamid adalah pendirian rasmi kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga bekas Menteri Dalam Negeri sebelum ini.
Maka ternyata kini ada tiga pendirian berhubung kontroversi ISA sekarang. Kerajaan mahu ISA dikekalkan; pembangkang dari Pakatan Rakyat (PKR, DAP dan Pas) mahu ia dihapuskan dan ada pula kalangan yang mahu ISA dikekalkan tapi dengan pindaan.Rakyat biasa pada umumnya hanya menjadi pemerhati dan sedang melihat serta mendengar sahaja perbincangan isu ini. Sejauh mana ia boleh mempengaruhi sokongan politik mereka adalah bergantung kepada pihak mana mereka akan berikan undi jika pilihan raya diadakan.Sebenarnya ISA bukanlah menjadi isu yang sangat mempengaruhi pengundi dalam pilihan-pilihan raya lalu, tidak seperti isu-isu periuk nasi terutama yang berkaitan harga minyak dan barang keperluan harian.
Ini adalah kerana ISA belum pernah digunakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik dan tidak dilihat sebagai alat kezaliman untuk menyokong pemerintah. Jika ada dakwaan yang menuduh demikian, ia hanyalah dakwaan politik.Bilangan yang ditangkap di bawah ISA hanya mencapai angka lebih kurang 100 orang sahaja dalam satu masa. Dengan mengambil kira rakyat Malaysia berjumlah lebih 27 juta, maka angka tersebut hanyalah setitik air dalam kolam yang besar. Jika jumlah yang ditahan mencapai lebih 1,000 orang, maka ia adalah satu fenomena yang memerlukan penjelasan pihak kerajaan melalui pembentangan kertas putih di Parlimen.Malah jika kita meneliti senarai tahanan ISA yang diterbitkan oleh Aliran (lihat Aliran's ISA Watch), seramai 22 daripada 63 tahanan ISA di Kamunting sekarang adalah warga asing.Pihak pembangkang hanya mengemukakan hujah bahawa sebarang penahanan tanpa perbicaraan adalah satu kezaliman. Suara mereka adalah selari dengan perjuangan menegakkan hak asasi manusia yang dipelopori oleh Amerika Syarikat dan Britain. Realitinya sekarang, Amerika Syarikat melalui Patriot Act dan Britain melalui Terrorist Act juga menahan sesiapa sahaja tanpa perbicaraan jika disyakki menjadi anasir atau penyokong keganasan. Maka suara pembangkang di Malaysia boleh dilihat bukanlah lagi suara global.Malahan suara pembangkang boleh diandaikan sebagai suara berkepentingan peribadi.
Mereka mahu ISA dihapuskan supaya mereka boleh bercakap dengan penuh kebebasan mengenai apa sahaja untuk mendapatkan sokongan politik, sekalipun mengenai perkara-perkara yang boleh mencetuskan pergaduhan dan huru-hara seperti isu-isu perkauman dan agama.Selain membanteras ancaman pengganas Parti Komunis Malaya (PKM), ISA juga telah digunakan terhadap anasir-anasir militan agama termasuk JI, Kumpulan Militan Malaysia (KMM), Al-Arqam dan Al-Ma'unah; dan mencegah pergaduhan kaum -- peristiwa 13 Mei 1969, Ops Lalang 1987, Kampung Rawa 1998 dan Kampung Medan 2001.ISA turut digunakan terhadap mereka yang terlibat dalam penyeludupan senjata api, pemalsuan dokumen dan wang serta penyeludupan manusia.Kalangan yang menyokong ISA berhujah, proses mewujudkan dan mempertahankan keamanan bukan mudah. Ia memakan masa yang panjang, menggugat ekonomi dan memerlukan perbelanjaan negara yang besar.Sebaliknya keamanan yang dibina selama berpuluh-puluh tahun boleh diranapkan dalam sekelip mata melalui huru-hara. Maka mereka berpendapat, jika ISA sangat diperlukan untuk menjaga keselamatan majoriti rakyat, kenapa ia perlu dihapuskan semata-mata atas tuntutan sebilangan orang yang mendapati undang-undang tersebut telah menyekat kebebasan mereka untuk berpolitik dengan cara sewenang-wenang.
Kalangan ini juga berhujah, rekod menunjukkan bahawa bilangan kecil yang ditahan tidak membuktikan ada penganiayaan, malah ia telah terbukti dapat melindungi negara dan rakyat.Sebaliknya kalangan yang menuntut ISA digunakan hanya untuk membanteras pengganas disyorkan supaya merujuk kepada Polis Diraja Malaysia bagi mendengar hujah dan statistik mengenai bahaya pergaduhan kaum dan agama di Malaysia. Jika hanya Akta Hasutan digunakan, maka proses turun naik mahkamah akan memungkinkan tindakan terlalu lewat sehingga `nasi sudah menjadi bubur.
'Kini ada ura-ura untuk membentuk undang-undang mengenai hubungan kaum bagi menangani secara berasingan isu ini daripada peruntukan yang diberikan oleh ISA. Sebarang perbincangan dan perancangan ke arahnya hendaklah dilakukan dengan penuh teliti dan berhati-hati kerana memnyesal kemudian tidak berguna.Rakyat sebagai pengundi yang akan menentukan siapa yang akan memerintah perlu memikirkan perkara ini dengan penuh kewarasan. Generasi muda yang tidak melalui zaman perang, komunis dan 13 Mei berkemungkinan mudah dipengaruhi untuk mempercayai bahawa ISA tidak sesuai lagi pada zaman demokrasi dan hak asasi.Itulah juga yang disuarakan oleh pejuang-pejuang demokrasi dan hak asasi di Amerika dan Britain selama ini.
Akhirnya mereka sendiri terpaksa menelan pahit realiti dan melakukan tindakan yang lebih kejam terhadap sesiapa yang mereka cap sebagai anasir pengganas tanpa memerlukan perbicaraan.Pada hari ini semakin ramai yang mempercayai bahawa keamanan, kemajuan dan kemakmuran hanya boleh dicapai melalui pendidikan dan tindakan berdiplomasi yang menghormati demokrasi. Ini sebenarnya hanyalah slogan politik untuk mencapai kuasa melalui demokrasi. Ia disuarakan lantang oleh Amerika yang akhirnya menggunakan lebih banyak bom daripada Perang Dunia Kedua di Vietnam, Afghanistan dan Iraq untuk mempertahankan kuasa dunia mereka.
- malaysiaaktif.com -

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment