Monday, September 15, 2008
Selamat kembali YB!
Selamat kembali ke tanah air YB daripada Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) dari Taiwan setelah beberapa hari berada di negara itu untuk lawatan sambil belajar dalam bidang pertanian moden. Bolehlah YB semua bersama- sama rakyat yang lain menyambut hari pembentukan Malaysia esok, 16 September.
Esok, ulang tahun ke-45 pembentukan Malaysia dengan penyertaan Sarawak, Sabah dan Singapura. Itulah signifikannya esok kepada rakyat Malaysia, walaupun Singapura keluar daripada Persekutuan dua tahun kemudian. Tiada alasan lain lagi untuk merayakan 16 September!
Kepada lima pemimpin PKR yang menyusuri rombongan BN ke Taiwan pula - Ketua Penerangan, Tian Chua; Timbalan Setiausaha Agung, Low Chee Chong; Timbalan Pengarah Pilihan Raya, Fuziah Salleh; Pengarah Strategi, Saifuddin Nasution Ismail; dan Ketua Penerangan Wanita, Elizabeth Wong, diharap beroleh hasil dapatan mereka iaitu 'corak perbelanjaan' 49 anggota BNBBC semasa di sana. Jika benar itu tugas utama mereka ke sana, ia sudah tentu suatu kerja yang mulia walaupun kita sedia maklum pihak BNBBC pasti mempunyai mekanisma tersendiri berhubung hal tersebut.
Tugas sampingan kumpulan PKR itu iaitu berusaha berinteraksi dengan anggota BNBBC dalam kerangka memberi makna kedua kepada sambutan 16 September, sudahpun kita maklum - gagal! Seperti kata anggota BNBBC dari kawasan Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz, pihaknya tidakpun terserempak dengan mana-mana pemimpin PKR semasa di negara tersebut.
Walau apapun alasan para pemimpin PKR itu dihantar ke Taiwan, ia sebenarnya satu gerak atur yang tidak pernah berlaku dalam sejarah moden negara dalam kerangka satu pihak untuk 'menafikan' kuasa pengundian rakyat Malaysia di bawah payung demokrasi dalam memberi mandat kepada parti yang mereka mahu supaya memerintah negara.
Jelas, percaturan politik PKR atau lebih tepat lagi penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menumbangkan kerajaan Pusat yang dipilih rakyat, telah menjadikan permainan politik yang berlebihan.
Benar, sistem demokrasi yang didokong membenarkan seseorang wakil rakyat meninggalkan parti politik yang menjadi tiket bertanding pilihan raya, tetapi apakah usaha bagi melihat terjadinya keadaan itu, dibuat secara keterlaluan dan berpanjangan. Usaha yang berlarutan ke arah itu yang sudah memasuki setengah tahun sejak pilihan raya umum 8 Mac lepas, semacam ada pihak yang enggan menerima hakikat kekalahannya pada pilihan raya umum lepas.
Kekurangan kerusi Parlimen di pihak pembangkang berbanding pihak BN yang memerintah, bukannya satu dua walaupun BN hilang majoriti dua pertiga berbanding pada pilihan raya terdahulu. Oleh itu, tugas PKR untuk menumbangkan kerajaan BN menerusi kaedah lompat parti tidaklah semudah 'formula' Anwar.
Lupa sejarahOver politiking selepas 8 Mac khususnya setelah Anwar bergelar YB semula pada 26 Ogos lalu terlalu ketara seolah-olah kita lupa sejarah. Jangan sesekali kita melupakan keadaan over politiking seperti selepas kemerosotan kerusi Perikatan pada tahun 1969, yang menyaksikan negara berada dalam kedudukan tidak stabil ketika itu.
Sekarang, negara kita aman. Unsur over politiking semacam menuju ke arah yang serupa. Ia tidak sepatutnya dibiar wujud dan mengganggu kita semua.
Anwar, selaku Ketua Pembangkang, wajar memimpin barisan pembangkang menjadi pembangkang yang bermutu di bawah pohon demokrasi. Dengan kuasa rakyat yang menghadiahkan kemenangan besar dalam dekad ini, harapan rakyat terbanyak sudah tentulah ingin melihat pembangkang memainkan peranan check and balance dengan lebih berkesan di Dewan Rakyat. Ingatlah ikrar angkat sumpah selaku wakil rakyat yang baru lalu mengenai peranan membina negara. Di bawah amalan demokrasi, bukan tugas pihak pemerintah sahaja yang perlu memainkan peranan memajukan negara tetapi ia juga tanggungjawab pembangkang. Jangan abaikan tanggungjawab itu hanya kerana mahu menjayakan cita-cita peribadi.
Anwar perlu bersabar jika mahu meletakkan BN di kerusi pembangkang di Dewan Rakyat. Tunggulah pilihan raya umum akan datang dan untuk menunggu tiba masanya yang mungkin empat tahun lagi, binalah kekuatan barisannya untuk memastikan cita-citanya menjadi kenyataan.
Teladanilah BN Negeri Perak, yang walaupun perbezaan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri yang miliknya berbanding pakatan pembangkang sangat sedikit, ia tidak berhempas pulas untuk menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PKR, DAP dan Pas, sekalipun peluangnya atas kertas jauh lebih mudah berbanding apa yang sedang direncanakan oleh PKR di peringkat nasional.
Politiking yang tiada noktah tidak akan membawa manfaat kepada negara, walaupun hasilnya mungkin dinikmati oleh individu atau pihak tertentu.
Dalam mencari pintu belakang untuk membentuk kerajaan, kita jangan lupa keupayaan pihak yang mahu diumpan. Mereka juga mempunyai kredibiliti, maruah dan anutan politik. Ia tidak mudah dijual beli.
Atas kesedaran itu, berilah rakyat hidup dalam keadaan yang selesa, tidak gelisah dan berasa tertekan dengan keadaan sekeliling. Berilah mereka nilai hidup yang sepatutnya, setelah mereka menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara pada pilihan raya lalu. Percayalah, mungkin empat tahun sahaja lagi, mereka akan membuat penilaian baru terhadap siapa yang mereka mahu.
Dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 15 September 2008

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment