Thursday, September 4, 2008

Peralihan Kuasa 16 September???

Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) acapkali mencanangkan kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai peralihan kepimpinan kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rapuh (PR) yang dijangka berlaku pada 16 September 2008.

Sebenarnya isu ini tidak harus dilayan kerana perkara ini tidak mungkin terjadi dan terlalu mustahil untuk menjadi kenyataan. Kemenangan BABI di Permatang Pauh pada pilihanraya kecil baru-baru ini tidak boleh dijadikan ukuran bahawa seluruh rakyat Malaysia menyokong BABI. Dalam istilah politik, peralihan kuasa yang dirancang oleh BABI adalah satu peralihan kuasa mengikut 'pintu belakang' dan boleh dikatakan 'undemocratic politic'. Mandat yang diberi oleh rakyat Malaysia dalam pilihanraya umum pada 8 Mac lepas adalah sah dari segi perlembagaan dan tidak boleh dinafikan oleh BABI beserta konco-konconya.

Adakah BABI ingin menjadi seperti bekas pemimpin Al-Arqam yang bernama Ashaari Muhammad dan Ketua Kerajaan Langit, Ayah Pin yang taksub dan jauh terpesong dalam penyebaran ajaran sesat. Kedua-dua pemimpin ini pernah mencanangkan kepada Malaysia bahawa mereka akan menjadi Perdana Menteri satu hari nanti. Senario ini dilihat terjadi kepada BABI cuma perbezaannya adalah BABI bergerak atas pentas politik yang penuh dengan tipu muslihat.

Tidak dapat dinafikan dari segi manifesto yang direka oleh PR banyak mempengaruhi rakyat Malaysia terutamanya kaum Cina dan India. Ini kerana, jika BABI berjaya menjadi Perdana Menteri, beliau akan melantik Timbalan Perdana Menteri daripada kalangan mereka. Perkara ini dilihat memang akan menarik perhatian kaum Cina dan India. Tetapi harus diingat, walaupun negara Malaysia adalah negara yang berbilang kaum, kaum Melayu adalah kaum majoriti di Malaysia. Jadi, segala hak dan keistimewaan orang Melayu tidak harus diperkotak-katikkan oleh mana-mana kaum lain.

Sejarah sendiri menyebut sebelum nama Malaysia diabadikan, TANAH MELAYU adalah panggilan yang diberi oleh pendatang-pendatang yang berdagang di sini. Selepas itu Tanah Melayu ditukar menjadi Malaya dan kini untuk menunjukkan kemajmukan rakyat yang berbilang kaum, nama Malaya telah ditukar menjadi Malaysia. Jadi, kepada kaum Cina dan kaum India yang menetap di Malaysia jangan bersikap biadap dan kurang ajar terhadap orang Melayu. Jangan sesekali memperlekeh dan mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu kerana jelas termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

BABI sebenarnya cuba mewujudkan keadaan yang tidak aman di Malaysia. Pergeseran kaum akan tercetus jika BABI menjadi Perdana Menteri kerana cara yang dirancang oleh BABI untuk mentadbir Malaysia langsung tidak demokratik. Jika 16 September ingin diteruskan oleh BABI bagi mencapai cita-cita menjadi PM, saya percaya bahawa negara kita kemungkinan besar akan diisytiharkan dalam keadaan darurat dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) akan ditubuhkan untuk mengambil alih pemerintahan semasa darurat. Selepas itu, pilihanraya terpaksa diadakan semula untuk memilih kerajaan yang baru dan sah.

Jangan cuba bermain api. Hargailah kemerdekaan 51 tahun negara ini. Walaupun saya generasi yang lahir selepas merdeka, saya amat beruntung kerana dilahirkan ketika negara ini berada dalam keadaan aman dan damai di bawah pentadbiran kerajaan BN. Masih tidak cukup buktikah yang dibawa oleh BABI untuk menjadi PM? Politik kotor yang dimainkan oleh BABI cukup memualkan. Ketika berada di Permatang Pauh, saya dapat melihat situasi yang cukup menakutkan seolah-olah saya berada di zon peperangan. Provokasi yang dilakukan oleh penyokong-penyokong BABI amat dahsyat seolah-olah mereka ini telah diberi minum air jampi oleh BABI. Bukan setakat itu sahaja, golongan yang mengaku mereka ulama seperti Dr. Badrul Amin dan Ustaz Hashim Yahaya begitu lantang berdoa untuk kemusnahan umat Islam sendiri. Adakah ini ciri-ciri ulama yang boleh dijadikan teladan dan ikutan? Bagi saya, ulama-ulama seperti mereka tidak layak langsung memegang status ulama akibat perbuatan mereka mendoakan kemusnahan pemimpin BN seperti Pak Lah, Najib dan lain-lain lagi. Dr. Badrul Amin dan Ustaz Hashim Yahaya adalah kumpulan ulama yang kecewa kerana kontrak mereka tidak disambung lantas beralih kepada kumpulan yang menentang kerajaan. Mereka ini layak dipanggil ulama 'burung kakak tua' kerana hanya mengikut apa yang dikatakan oleh tuan mereka dan tidak menggunakan ilmu yang ada sebaik mungkin.

Cerita 16 September hanyalah dongeng semata-mata. BABI sengaja mencipta jalan cerita sebegini bagi menutup kelemahan yang ada pada beliau. Yang pasti 10 September ini BABI akan dibicarakan bagi kes 'liwat' dan kita pun tak tahu untung nasib BABI nanti. Sama-sama kita tunggu dan lihat...

2 comments:

sumandak bayu said...

Takkan terlaksana impian nak buat kerajaan baru yang bernafaskan sekular@republik coz takkan ada ahli MP-BN di Sabah akan jadi 'katak'.

Ni nak aniaya imej pemimpin MP dari Sabah kerana kecewa sangat tak dapat jadikan SABAH sebagai tapak ANWAR (PAKATAN RAKYAT).

Pemuda Malaysia said...

saudari sumandak bayu,

terima kasih atas komen saudari.

saya yakin MP-MP dari sabah dan sarawak mempunyai maruah yang tinggi dan menghormati sokongan rakyat kepada BN..

Insya-Allah Anwar Al-Juburi tidak akan dapat menjadi PM jika jalan yang dipilih tidak betul dan songsang..