Thursday, September 11, 2008
Jangan Perkosa Sistem Demokrasi Malaysia
ditulis oleh : P. KAMALANATHAN, RAWANG, SELANGOR
SURAT ini saya tuju kepada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas atas kejayaan Datuk Seri dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Baru-baru ini bukan sahaja rakyat Malaysia malah rakyat Nusantara dan juga masyarakat antarabangsa tertanya-tanya adakah benar di Malaysia akan berlaku pertukaran kerajaan selepas enam bulan pilihan raya umum.
Walaupun bagi saya perkara ini hanya satu propaganda Datuk Seri tetapi bagi saya propaganda ini tidak akan membawa kebaikan kepada sistem demokrasi yang telah wujud di bumi negara ini sejak zaman kerajaan Perikatan. Malah ini merupakan satu sistem yang biasanya digunakan oleh mereka yang takut ataupun terdesak untuk menjadi pemimpin atas sebab-sebab yang tertentu.
Pada 8 Mac 2008, rakyat Malaysia telah membuat keputusan yang mana menampakkan lima Negeri (Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor) jatuh ke tangan parti pembangkang, manakala, rakyat juga telah membuat keputusan untuk memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) memerintah Kerajaan Persekutuan.
Sekiranya rakyat ingin melihat parti pembangkang menerajui Kerajaan Persekutuan, saya pasti mereka akan mengundi calon-calon parti pembangkang, tetapi mereka tidak berkuat sedemikian. Saya amat pasti bahawa rakyat yang bijak bistari telah membuat keputusan - janganlah Datuk Seri mencari jalan yang lain untuk mencabar kepintaran rakyat Malaysia.
Dalam konteks ini, saya ingin merakamkan salam hormat kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah, kerana beliau telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai ahli Parlimen supaya Datuk Seri dapat bertanding secara demokrasi; supaya dipilih oleh rakyat. Bukankah itu cara yang paling efektif.
Sekiranya benar-benar terdapat lebih daripada 30 ahli Parlimen yang sedia keluar daripada parti BN dan menyertai Pakatan Rakyat, saya rasa ahli-ahli Parlimen tersebut harus meletak jawatan mereka sebagai ahli Parlimen dan bertanding sekali lagi. Ini akan menampakkan sama ada rakyat menerima mereka sekali lagi.
Saya pasti, Datuk Seri mungkin akan menyatakan bahawa ini akan membazir wang rakyat -tetapi kita harus sedar - pembaziran wang rakyat telah dimulakan oleh Datuk Seri Wan Azizah apabila beliau meletakkan jawatan hanya kerana ingin membenarkan Datuk Seri menjadi ahli Parlimen.
Sila faham rakyat Malaysia telah membuat keputusan dan kita harus menerima keputusan tersebut. Kita kini harus memastikan bahawa keperluan rakyat menjadi tumpuan penting dan bukannya tumpuan untuk menjadi Perdana Menteri dengan cara yang tidak berdemokrasi ini.
Seperti yang mana Datuk Seri sentiasa nyatakan semasa ucapan - yang mana Datuk Seri sudah lama di dalam penjara dan kini sudah sampai masa untuk keluar dan memimpin negara - pimpinlah negara dengan menggunakan kuasa rakyat - biarlah rakyat Malaysia yang membuat keputusan.
Apa salahnya sekira Datuk Seri bersabar sehingga tahun 2012 atau 2013, dan sekiranya pakatan pembangkang dapat membuktikan kebolehan mereka untuk menerajui kerajaan negeri yang telah di kuasai, saya pasti rakyat akan memberi kuasa yang lebih baik kepada Datuk Seri untuk memimpin negara.
Kini rakyat juga sedar dan amat mengenali sandiwara-sandiwara Datuk Seri. Saya juga sedar kemungkinan besar pada atau selepas 16 September 2008 Datuk Seri mungkin akan mengumumkan bahawa rampasan kuasa ini tidak akan berlaku dan akan memberi sebab-sebab yang akan memesongkan pandangan dan juga tumpuan rakyat Malaysia.
Buat masa ini hanya penduduk di Permatang Pauh sahaja yang telah memberi mandat kepada Datuk Seri untuk menjadi Ahli Parlimen dan sebagai permulaan saya rasa Datuk Seri harus bermula dengan memberi tumpuan kepada masalah-masalah yang dialami oleh rakyat di situ. Selepas itu sekiranya semua berjalan lancar dan diizinkan oleh Tuhan yang Maha Esa dan Maha Penyayang, saya pasti Datuk Seri akan memimpin negara.
Sebelum sampai masa itu, saya merayu kepada Datuk Seri supaya jangan perkosa sistem demokrasi Malaysia.
dipetik daripada Utusan Malaysia Online
11 September 2008

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
buta hati la agaknya die ni, dibelasah sampai lebam biji mata, merengkok dalam jail selama enam tahun die kata bersandiwara. Ada ke pemimpin lain dari umno atau BN yang sanggup dianiaya dan dizalimi semata-mata ingin menghapuskan rasuah dan penyelewengan, membela rakyat yang menderita kesan harga minyak dan barang yang naik mendadak. Please lah jangan berprasangka buruk kepada seseorang yang ingin membantu kita semua
terima kasih atas komen saudara dah lama dok perhati..
saya tak buta mata apatah lagi buta hati..biji mata Anwar Al-Juburi lebam akibat mulut beliau yang main lepas cakap pada Tan Sri Rahim Nor.
Kena jail enam tahun sebab atas kesalahan salah guna kuasa dan meliwat. Kes tersebut memang wujud namun akibat kekhilafan teknikal menyebabkan mahkamah membenarkan rayuan membebaskan Anwar Al-Juburi pada tahun 2005.
Pemimpin UMNO dan BN ada yang dah rasa duduk dlam ISA dan mereka sedar perjuangan bersama Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) adalah hanya membuang masa mereka..
nak saya sebutkan nama-nama yang pernah ditahan ISA namun kembali menyertai UMNO kerana mereka tak buta hati dan segera menyedari perjuangan bersama BABI adalah sia semata-mata.
mereka adalah Ruslan Kasim, nallakarupan dan Ezam Nor. ada ramai lagi yang meninggalkan anwar. cuma saya nak awak fikir dan cari sendiri kerana saya tak mahu awak buta hati bersama anwar al-juburi...
Post a Comment