Wednesday, September 17, 2008

Anwar sekali lagi berdepan dengan ISA?


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat para pemerhati tertanya-tanya sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sekali lagi ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini untuk mengumumkan rombakan kecil kabinet, perdana menteri membuat kenyataan yang membayangkan kemungkinannya.

Antara lain, Abdullah menyifatkan ketua pembangkang itu sebagai "satu ancaman kepada ekonomi serta keselamatan (negara)".

Ini sudah cukup untuk memberi alasan kepada pihak pihak kuasa untuk menggunakan ISA terhadap Anwar dan membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.

Dan apabila ditanya apakah tindakan yang akan diambil terhadap Anwar, perdana menteri enggan menyatakannya, sambil berkata: "Saya tidak akan nyatakan apa rancangan yang saya ada."

Sekiranya Anwar ditahan di bawah ISA, ia bakal memberi kesan yang besar tetapi bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana Anwar sendiri percaya beliau mungkin ditahan.

Usaha ambil alih kuasa

Sejak pilihanraya kecil 8 Mac lalu, Anwar telah menjadi duri terhadap Barisan Nasional dengan rancangannya untuk mengambilalih kuasa.

Anwar yang sudah dua kali ditahan di bawah ISA, mendakwa beliau mempunyai jumlah ahli parlimen dari BN yang cukup menyertai Pakatan untuk membolehkan beliau menubuhkan kerajaan baru dengan majoriti mudah.

Anwar gagal merealisasikan rancangan mengambilalih kuasa semalam (16 September) - tetapi sekali lagi menegaskan bahawa beliau mempunyai jumlah ahli parlimen yang cukup untuk menubuhkan kerajaan.

Beliau juga telah meminta untuk mengadakan pertemuan dengan Abdullah bagi membincangkan pelan peralihan kuasa dan menggesa perdana menteri tidak mengambil tindakan drastik, seperti mengisytiharkan darurat, untuk menghalang usahanya itu.

Abdullah, bagaimanapun, menolak mengadakan pertemuan dengan Anwar dan menyifatkan dakwaannya untuk mengambil alih kuasa itu sebagai satu pembohongan.

Anwar, yang kini berdepan dengan tuduhan liwat, pertamakali ditahan di bawah ISA pada 1974 berhubung protes pelajar dan ditahan selama 20 bulan.

Lebih dua dekad kemudiannya, beliau sekali ditahan di bawah ISA seepas melancarkan siri protes terhadap pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998.
Dipetik daripada Malaysiakini Online, 17 September 2008

Komen Pemuda Malaysia

Memang patut Anwar Al-Juburi ditahan ISA kerana segala tindak-tanduknya selama ini banyak menyusahkan kerajaan Malaysia. Sepatutnya beliau menggunakan peluang yang ada sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dengan berbahas secara bijak di Dewan Rakyat dan membantu kerajaan melalui idea yang ada untuk sama-sama membangunkan ekonomi Malaysia. Bukan dengan cara rampasan kuasa yang hanya akan menjerumuskan negara ke dalam situasi yang membahayakan rakyat.

Pak Lah harus bertegas dalam hal ini kerana ia melibatkan keselamatan 27 juta rakyat Malaysia. Pelabur asing menjadi takut untuk melabur di Malaysia akibat tindakan Anwar Al-Juburi yang suka memberi kenyataan memburuk-burukkan Malaysia di mata dunia. Sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah memastikan tiada anasir-anasir seperti Anwar terus membahayakan negara ini dengan kenyataan yang hanya bersifat retorik semata-mata.

17 comments:

Mohd Areef said...

mmg patut pn kne ISA..
rasenyer dier da jangka dier mmg akan kne tahan ISA..
mngkin tu matlamat dier supaya org marah kerajaan..
tp paklah bijak gak,xnk gne ISA,just wait and see..

http://ariff89.blogspot.com
PEJUANG BANGSA

Anonymous said...

kalau anwar diISAkan maknanya memang betul la Pak Lah kecut perut ngan ketua pembangkang tu

Pemuda Malaysia said...

saudara mohd ariff, terima kasih atas komen saudara..

Pak Lah tak suka guna ISA sesuka hati. namun apabila Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) semakin melampau, Pak Lah kene gunakan saluran undang-undang yang sah untuk mencegah BABI daripada terus menyondol negara ini dari belakang..

Jadi, ISA adalah akta paling tepat dan sesuai utk BABI..

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen saudara anonymous..

Pak Lah tak kecut perut dengan Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI)..

Sebaliknya BABI yang malu sebab tidak berjaya tubuh kerajaan pintu belakang 16 september lepas.

jadi, BABI mula nak bikin kacau dan sondol sana-sini. Sebelum BABI makin ganas baik ISA kan ajer...

fendy_ahmad said...

Salam,

Saya hanya merasakan bahawa DSAI ini makhluk bertopeng-topeng dan lidahnya cukup bercabang-cabang....

Moga dijauhkan negara ini daripada memiliki PM bernama DSAI ...

Anonymous said...

Saudara pemuda malaysia..

Janganlah terlampau emosional sangat. Kerajaan BN tu pun bukannya bagus sangat. Cukup2lah tu. Nasib rakyat masih tak terbela gak. Harga semua makin naik. Masih nak nafikan ke? Kalau zaman Mahathir dulu mmg la masih ok. Tapi skrg ni, skit2 masuk ISA (Ikut Suka Aku) mcm law of the jungle plak. Dari merepek (ckp mcm org hilang akal)mcm ni baiklah ko fikir mcm mana nak bangunkan negara yang makin parah ni. Apasal ko marah sgt ngan Anwar, pernah 'kena'ke? Kalau tak tahu jgn sebar fitnah, berdosa besar wei...

Anonymous said...

tak bermaruah...ISA tu untuk komunis...tak baca sejarah ke !!!takut...la tu !

Anonymous said...

Anwar tuntut Parlimen adakan sidang tergempar
Muda Mohd Noor | Sep 18, 08 2:30pm
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut beliau mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membahaskan usul tergempar terhadap kerajaan pimpinannya.

"Saya telah membuat permohonan rasmi supaya Parlimen mengadakan sidang tergempar untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Barisan Nasional, selewat-lewatnya pada 23 September.

"Ini mengikut Peraturan 11 (3) Parliament sebagai respons segera terhadap politik hari ini," katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, pemimpin Pakatan Rakyat itu berkata, pakatan pembangkang mahu membahaskan usul tidak percaya terhadap Abdullah.

Anwar mahu sidang tergempar itu diadakan selewat-lewatnya Selasa depan.

"Jika permintaan tersebut ditolak, kami pemimpin Pakatan akan berbincang segera untuk mengambil pilihan lain.

"Kamu tidak boleh melengah-lengahkan sidang tergempar tersebut kerana majoriti ahli Parlimen sudah bersama kami.

"Kamu lihat dalam sidang Parlimen nanti jika tidak percaya," katanya.

Anwar juga menolak dakwaan Abdullah bahawa beliau menjadi faktor kemerosotan ekonomi negara dan keselamatan negara.

Katanya, penganalisis ekonomi serantau tidak menyebut Anwar sebagai faktor kejatuhan harga saham dan ekonomi.

Sebaliknya, kata beliau saham merudum selepas pengumuman menteri kewangan yang baru dan faktor global.

"Dasar yang ditekan oleh Pakatan ialah kebebasan media dan jenayah telah menyebabkan negara hilang daya saing," katanya.

Anwar berkata, surat permohonan untuk bertemu perdana menteri yang dihantar sebelum ini, telah ditolak dengan kasar.

kulaan said...

Salam...

Anda boleh kata apa-apa saja tetapi jika hati sudah dikuasai syaitan yang haram jadi halal.Anwar tidak kisah semua itu kerana dia punyai kekayaan yang banyak..Siapa yang berani terutama pengikutnya bertanya dari mana kewangan Anwar...
Siapa yang berani membocor rahsia kekayaan Anwar seperti wang dia di Bank Of Swiss atau America Bank atau Israil Bank

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen saudara anonymous yang banyak menyokong ISA dihapuskan..

suka saya nyatakan disini bahawa kerajaan BN tak perfect namun ia masih terbaik jika dibandingkan dengan DAP, PAS dan PKR yang hanya bermuka-muka dan gila kuasa.

Anwar Al-juburi tak malu ke minta jadi PM??? macam gila kuasa rasanya..

dulu ISA memang untuk komunis tetapi ISA telah mengalami pembaharuan dan disesuaikan dengan situasi semasa..saper yang tak baca sejarah???saya ke awak???

saudara anonymous yang entah mana asal usul dan menyokong Pakatan Rakyat serta Anwar Al-Juburi, teruskan menyokong Yahudi jika itu dapat memuaskan hati awak...

sekian...

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen saudara fendy ahmad....

saya sentiasa berdoa agar pemerintah lidah biawak ini tidak berjaya memerintah Malaysia kerana hanya akan menghancurkan Malaysia.

Kita takut Malaysia akan dilelong kepada dunia barat!!!

Pemuda Malaysia said...

saudara kulaan..

kebenaran akan terbukti satu hari nanti..

kita akan tahu siapa anwar sebenarnya...

Anonymous said...

eh..eh.. ISA tu mmg bagus.. betul kata pemuda malaysia ni.. itulah tempat untuk sumbat mereka yang selalu kacau daun dalam politik malaysia. kalau takde ISA susahla menteri2 kita nak memerintah dengan aman dan bahagia.. betul tak saudara?

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous..

whatever..yang penting ISA menjamin kesejahteraan negara..

Anonymous said...

Sokong pemuda malaysia, ISA adalah Akta untuk keselamatan negara, bukan utk Menteri memerintah sesukahati. Selalunya yg membangkang, dan ingin membuat kacau dalam negara sahaja yg mahukan ISA dihapuskan.. Kita mahukan ISA diteruskan agar negara aman.Selama ini TUn M memerintah dikala adanya ISA, tidak pula timbul isu yg besar seperti sekarang. Kenapa?

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas sokongan saudara anonymous..

hanya mereka yang benar sahaja tak takut dan minta ISA dikekalkan...

flo said...

klau terbukti jgk anwar mmg suka berjubur...agak2 penyokongnya sokong lg ke anwar???...klau terbukti la...eeeeee...geli aku dgn gay