Wednesday, September 17, 2008
Anwar Kini Ancaman Ekonomi Dan Keselamatan Negara
PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.
Perdana Menteri berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan saja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi.
"Berikutan tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata kerajaan akan melakukan apa yang perlu.
Abdullah berkata Anwar telah banyak membuat pembohongan mengenai kedudukan ekonomi negara termasuk kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI), dan negara tidak mempunyai daya saing.
Sebaliknya, Abdullah berkata, FDI sebenarnya masih mengalir ke dalam negara ini, malah Malaysia adalah antara negara yang diminati oleh pelabur.
Timbalan Perdana, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan, dan yang turut hadir pada sidang akhbar itu, mencelah dengan berkata kadar pelaburan tahun ini mungkin lebih tinggi dari tahun lalu.
Mengenai kedudukan daya saing negara pula, Abdullah berkata Malaysia mencatatkan kedudukan lebih baik dari tangga ke-23 kepada tangga ke-19 sekarang.
"Anwar mahu melingkupkan negara dan mengeksploitasi kepercayaan orang dan memperlecehkan negara di luar negeri," kata Perdana Menteri.
Najib juga berkata permainan politik Anwar boleh memberi kesan kepada ekonomi negara.
Najib meminta orang ramai agar tidak menjadi mangsa kepada mainan politik Anwar itu.
"Liputan media juga janganlah terperangkap dengan mainan politik itu kerana ia boleh memberi kesan psikologi," katanya.
Beliau juga berkata mainan politik itu hendaklah dihentikan dengan segera.
Abdullah juga mengulangi kenyataannya enggan berjumpa dengan Anwar walaupun diminta oleh Anwar kerana bimbang kenyataannya akan diputar belitkan oleh Anwar.
Abdullah menafikan terdapat surat peralihan kuasa yang dihantar oleh Anwar kepadanya.
"Tidak ada langsung, bayang pun tidak ada," katanya.
Abdullah menjelaskan surat yang dihantar oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepadanya pada Isnin lalu hanya menyentuh soal keselamatan negara, masalah moral dan politik negara.
"Yang kait dengan peralihan kuasa tidak ada. Jadi dia bohong rakyat dan ini untuk mengelirukan rakyat," katanya. - Bernama
dipetik daripada Berita Harian Online, 17 September 2008

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Pak Lah lagi kuat bohong, tak caye tanyalah Tun Mahadir. Ingat tak dia bohong sebelum pilihanraya ari tu?
saudara anonymous, terima kasih atas komen saudara..
boleh bagitahu saya yang mana pak lah bohong???
mungkin saya lupa dan saudara boleh ingatkan saya.
InsyaAllah saya akan cuba jelaskan..
Cuba saudara tengok pada site chedet.com tajuk artikel flip flop. Itulah yang cuba disampaikan. Bukan sekali dua. tapi byk kali. Atau boleh baca berita2 lepas. Sure jumpanye. Takkan buat2 lupa kot? Bukan pengampu no. 1 Paklah ke?
kata minyak tak naik tapi dia tetap naik...
tentang minyak adalah salah faham antara menteri kabinet dan pak lah..
minyak terpaksa dinaikkan kerana kenaikan harga minyak global..
kini pak lah akan turunkan harga minyak semula kerana harga minyak dunia semakin menurun..
realistik sikit bila berbicara tentang minyak..jangan jadi bodoh...
ait.. jgn emosional sgt saudara.Mari kita bercakap secara realistik. Bukan ke kita ni nett exporter untuk minyak? dan minyak kita kualiti tinggi. so.. klu harga minyak naik rasanya kita patut bertambah kaya. jgn samakan dengan singapore, thailand sbb mereka bukan pengeluar minyak.
Petikan dari
website 'chedet.com', "Hari ini kita keluarkan lebih kurang 650,000 tong sehari, dan kita guna 400,000 tong dalam negara. Baki 250,000 tong kita jual di luar negara dengan harga pasaran iaitu 140 Dolar Amerika se-tong bersamaan dengan RM420 se-tong.
Dengan kenaikan harga minyak, subsidi untuk minyak tentu naik. Tetapi kerana kita dapat tambahan pendapatan daripada kenaikan harga jualan minyak yang kita eksport maka subsidi boleh ditambah."
Cuba saudara tgk harga minyak untuk negara pengeluar minyak:
United Arab Emirates - RM 1.19/liter
Egypt - RM 1.03/liter
Bahrain - RM 0.87/liter
Qatar - RM 0.68/liter
Kuwait - RM 0.67/liter
Arab Saudi - RM 0.38/liter
Iran - RM 0.35/liter
Nigeria - RM 0.32/liter
Turkmenistan - RM 0.25/liter
fikir-fikirkanlah...
oklah saudara anonymous, kita bercakap secara realistik yer..
saya akan terangkan mengenai isu minyak..harap-harap selepas ini saudara anonymous jangan buat-buat bodoh kalau tak bodoh..
1. Negara kita menghasilkan minyak. Jadi kenapa harga minyak kita perlu naik?
- m'sia keluarkan minyak jenis tapis. namun minyak tersebut x digunakan dlm negeri kerana berkualiti tinggi (kandungan sulfur yg rendah, kurang 0.5%) serta harga lebih mahal dan lebih untung jika dieksport. oleh itu, m'sia import minyak jenis lain yg harganya lbh rendah utk kegunaan tempatan. dengan ini m'sia akan dpt untung dgn eksport minyak yg lbh mhl dan import minyak yg lbh murah.
- harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia dan diluar kwln m'sia. walaupun OPEC memainkan peranan penting dlm menentukan thp pengeluaran minyak dunia, namun ia x mampu pengaruhi harga pasaran minyak sepenuhnya disebabkan faktor-faktor lain seperti permintaan luar jangka, cuaca dan geopolitik.
- dr segi produk petroleum tempatan, PETRONAS hanya bekalkan 42% drpd pasaran runcit produk petroleum. bakinya dibekalkan oleh syarikat asing seperti shell, exxon-mobil, bhp dan chevron. jika harga runcit produk petroleum hendak dikekal rendah,k'jaan terpaksa menanggung keseluruhan subsidi minyak dan adlh x bijak k'jaan berbuat demikian. jika petronas pula kena tanggung seluruh subsidi tersebut, petronas juga terpaksa menanggung subsidi yang sepatutnya dibayar oleh shell dan lain-lain. ini kerana k'jaan x boleh paksa syarikat minyak asing utk tanggung subsidi tersebut kerana ia bukan milik k'jaan.
2. negara pengeluar minyak lain boleh tawarkan harga minyak rendah, kenapa m'sia tidak?
- harga jualan minyak runcit adlh bergantung kpd kos mengeluarkan minyak. harga runcit petrol di negara timur tengah adlh lebih murah kerana kos hasil minyak di sana ialah ASD14.31 setong. kos mengeluarkan minyak ini bergantung kpd lokasi telaga minyak sesebuah negara. bagi negara yang ada telaga minya di tengah lautan, kos semakin meningkat seperti di AS iaitu dalam ASD69.75 setong. negara m'sia takde padang pasir, harap saudara anonymous faham. jadi kos hasil minyak di negara kita juga tinggi.
- negara kita juga tak banyak rizab minyak. bukan mcm negara lain yang boleh tampung permintaan minyak untuk rakyat mereka sehingga beratus tahun.
- kita kena ingat generasi akan datang nak guna juga hasil bumi ini, jadi kerajaan terpaksa kawal dan tetapkan harga agar boleh digunakan utk generasi seterusnya.
- m'sia juga adlh pengeluar minyak yang kecil di dunia iaitu x sampai 1% daripada keluaran minyak dunia.
- walaupun India dan Brazil ada rizab yang hampir sama dengan kita, m'sia masih rendah harga minyak berbanding dua negara tadi.
jadi,saya harap saudara anonymous tak buat-buat bodoh dan dapat manfaat sedikit ilmu yang saya ada..
sudah-sudahlah sokong Anwar Al-Juburi, saudara nie tak perasan lagi ker bahawa orang gila kuasa dan tak malu jer nak jadi PM. Anwar just nak alih perhatian kes liwat dia jer..
Post a Comment