Friday, September 26, 2008

sElaMaT MeNyaMbuT LebaRaN


CommentEstate.com: Click Here To Get One
Naruto Wallpaper - Chicken Recipes - Funny Stuff - Computer Geeks

Tanpa ISA Azahari sudah bom Malaysia

Bashir Ahmad
24 September 2008

TANYA mana-mana pegawai kanan Polis Cawangan Khas (Special Branch), apakah negara kita masih memerlukan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang lebih dikenali sebagai ISA? Jawapannya ialah sangat perlu.Tanya lagi kenapa? Jawab mereka, ISA adalah undang-undang pencegahan yang membolehkan polis bertindak pantas untuk menghalang daripada berlaku insiden atau keadaan tidak aman yang lebih buruk dan mencemaskan negara. Jika sekadar menggunakan kuasa yang memerlukan proses perbicaraan yang panjang di mahkamah, ada kemungkinan keamanan tidak akan dapat dikawal sebagaimana yang dihasratkan.

Mereka juga menamakan Indonesia sebagai negara contoh yang paling dekat. Tidak seperti Malaysia dan Singapura yang mempunyai undang-undang penahanan tanpa perbicaraan, Indonesia dalam beberapa tahun kebelakangan telah menjadi sasaran insiden-insiden bom yang mengorbankan banyak nyawa dan menyebabkan negara itu dilabel kurang selamat oleh para pelabur asing dan pelancong.Agak menarik, pakar-pakar bom yang dikaitkan dengan insiden-insiden pengganas di Indonesia adalah rakyat Malaysia. Siapa tidak kenal Azahari Husin dan Noordin Mohammad Top yang dikatakan menjadi dalang pengeboman di Bali yang menggemparkan seluruh dunia. Mereka adalah anggota-anggota kanan Jemaah Islamiah (JI) yang mahu mewujudkan pemerintahan Islam di seluruh rantau Nusantara (Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina dan Singapura).Pegawai-pegawai kanan Cawangan Khas berhujah, jika tidak disebabkan mempunyai ISA, sudah lama insiden-insiden pengeboman juga turut berlaku di Malaysia kerana pakar-pakar bom JI adalah rakyat Malaysia.

Menurut statistik, sebilangan besar yang masih ditahan di bawah ISA adalah anggota JI. Mereka ditahan sebelum sempat melaksanakan operasi keganasan yang mereka rancang.Singapura juga turut menangkap beberapa anggota JI dengan menggunakan undang-undang yang sama. Tanya pula mana-mana anggota pembangkang, jawapannya mereka ialah mansuhkan ISA segera! Dan mereka sedang memperhebatkan kempen untuk menghapuskan ISA berikutan penangkapan tiga orang baru-baru ini. Mereka yang ditangkap ialah pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin; ahli Parlimen DAP kawasan Seputeh, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng.Teresa Kok dan Hoon Cheng telah dibebaskan, tapi Raja Petra terus ditahan selama dua tahun di Kamunting, Taiping. Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah undang-undang tanpa perbicaraan itu. Kali pertama pada 6 September 2002 bersama pemimpin-pemimpin parti Keadilan -- Dr Badrulamin Bahrom, Mohamed Ezam Mohamed Nor, Tian Chua, Sari Sungib and Lokman Noor Adam.

Oleh kerana lebih ramai pembangkang yang ditahan berbanding penyokong kerajaan, maka kita boleh menerima dengan mudah kenapa pembangkang yang paling mahukan ISA dihapuskan.Bagaimanapun, ketika ISA diteropong dan dibincangkan semula dengan hangat sekarang, ada juga suara-suara dari kabinet kerajaan Barisan Nasional sendiri yang mempersoal kewibawaan undang-undang tersebut walaupun belum ada yang menyokong sepenuhnya tuntutan pembangkang supaya ia sama sekali dihapuskan.Paling menonjol ialah Datuk Zaid Ibrahim yang telah meletakkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (menteri de facto undang-undang) kerana tidak bersetuju ISA digunakan terhadap ahli-ahli politik. Beliau berpendapat ISA digunakan terhadap anasir-anasir pengganas sahaja.Seorang lagi menteri yang berpendidikan undang-undang, Datuk Rais Yatim (Menteri Luar) turut berpendapat bahawa ada ruang untuk mengkaji semula ISA.Dalam masa yang sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Abdul Hamid Albar yang juga berkelulusan undang-undang mempertahankan kewajaran ISA. Suara Syed Hamid adalah pendirian rasmi kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga bekas Menteri Dalam Negeri sebelum ini.

Maka ternyata kini ada tiga pendirian berhubung kontroversi ISA sekarang. Kerajaan mahu ISA dikekalkan; pembangkang dari Pakatan Rakyat (PKR, DAP dan Pas) mahu ia dihapuskan dan ada pula kalangan yang mahu ISA dikekalkan tapi dengan pindaan.Rakyat biasa pada umumnya hanya menjadi pemerhati dan sedang melihat serta mendengar sahaja perbincangan isu ini. Sejauh mana ia boleh mempengaruhi sokongan politik mereka adalah bergantung kepada pihak mana mereka akan berikan undi jika pilihan raya diadakan.Sebenarnya ISA bukanlah menjadi isu yang sangat mempengaruhi pengundi dalam pilihan-pilihan raya lalu, tidak seperti isu-isu periuk nasi terutama yang berkaitan harga minyak dan barang keperluan harian.

Ini adalah kerana ISA belum pernah digunakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik dan tidak dilihat sebagai alat kezaliman untuk menyokong pemerintah. Jika ada dakwaan yang menuduh demikian, ia hanyalah dakwaan politik.Bilangan yang ditangkap di bawah ISA hanya mencapai angka lebih kurang 100 orang sahaja dalam satu masa. Dengan mengambil kira rakyat Malaysia berjumlah lebih 27 juta, maka angka tersebut hanyalah setitik air dalam kolam yang besar. Jika jumlah yang ditahan mencapai lebih 1,000 orang, maka ia adalah satu fenomena yang memerlukan penjelasan pihak kerajaan melalui pembentangan kertas putih di Parlimen.Malah jika kita meneliti senarai tahanan ISA yang diterbitkan oleh Aliran (lihat Aliran's ISA Watch), seramai 22 daripada 63 tahanan ISA di Kamunting sekarang adalah warga asing.Pihak pembangkang hanya mengemukakan hujah bahawa sebarang penahanan tanpa perbicaraan adalah satu kezaliman. Suara mereka adalah selari dengan perjuangan menegakkan hak asasi manusia yang dipelopori oleh Amerika Syarikat dan Britain. Realitinya sekarang, Amerika Syarikat melalui Patriot Act dan Britain melalui Terrorist Act juga menahan sesiapa sahaja tanpa perbicaraan jika disyakki menjadi anasir atau penyokong keganasan. Maka suara pembangkang di Malaysia boleh dilihat bukanlah lagi suara global.Malahan suara pembangkang boleh diandaikan sebagai suara berkepentingan peribadi.

Mereka mahu ISA dihapuskan supaya mereka boleh bercakap dengan penuh kebebasan mengenai apa sahaja untuk mendapatkan sokongan politik, sekalipun mengenai perkara-perkara yang boleh mencetuskan pergaduhan dan huru-hara seperti isu-isu perkauman dan agama.Selain membanteras ancaman pengganas Parti Komunis Malaya (PKM), ISA juga telah digunakan terhadap anasir-anasir militan agama termasuk JI, Kumpulan Militan Malaysia (KMM), Al-Arqam dan Al-Ma'unah; dan mencegah pergaduhan kaum -- peristiwa 13 Mei 1969, Ops Lalang 1987, Kampung Rawa 1998 dan Kampung Medan 2001.ISA turut digunakan terhadap mereka yang terlibat dalam penyeludupan senjata api, pemalsuan dokumen dan wang serta penyeludupan manusia.Kalangan yang menyokong ISA berhujah, proses mewujudkan dan mempertahankan keamanan bukan mudah. Ia memakan masa yang panjang, menggugat ekonomi dan memerlukan perbelanjaan negara yang besar.Sebaliknya keamanan yang dibina selama berpuluh-puluh tahun boleh diranapkan dalam sekelip mata melalui huru-hara. Maka mereka berpendapat, jika ISA sangat diperlukan untuk menjaga keselamatan majoriti rakyat, kenapa ia perlu dihapuskan semata-mata atas tuntutan sebilangan orang yang mendapati undang-undang tersebut telah menyekat kebebasan mereka untuk berpolitik dengan cara sewenang-wenang.

Kalangan ini juga berhujah, rekod menunjukkan bahawa bilangan kecil yang ditahan tidak membuktikan ada penganiayaan, malah ia telah terbukti dapat melindungi negara dan rakyat.Sebaliknya kalangan yang menuntut ISA digunakan hanya untuk membanteras pengganas disyorkan supaya merujuk kepada Polis Diraja Malaysia bagi mendengar hujah dan statistik mengenai bahaya pergaduhan kaum dan agama di Malaysia. Jika hanya Akta Hasutan digunakan, maka proses turun naik mahkamah akan memungkinkan tindakan terlalu lewat sehingga `nasi sudah menjadi bubur.

'Kini ada ura-ura untuk membentuk undang-undang mengenai hubungan kaum bagi menangani secara berasingan isu ini daripada peruntukan yang diberikan oleh ISA. Sebarang perbincangan dan perancangan ke arahnya hendaklah dilakukan dengan penuh teliti dan berhati-hati kerana memnyesal kemudian tidak berguna.Rakyat sebagai pengundi yang akan menentukan siapa yang akan memerintah perlu memikirkan perkara ini dengan penuh kewarasan. Generasi muda yang tidak melalui zaman perang, komunis dan 13 Mei berkemungkinan mudah dipengaruhi untuk mempercayai bahawa ISA tidak sesuai lagi pada zaman demokrasi dan hak asasi.Itulah juga yang disuarakan oleh pejuang-pejuang demokrasi dan hak asasi di Amerika dan Britain selama ini.

Akhirnya mereka sendiri terpaksa menelan pahit realiti dan melakukan tindakan yang lebih kejam terhadap sesiapa yang mereka cap sebagai anasir pengganas tanpa memerlukan perbicaraan.Pada hari ini semakin ramai yang mempercayai bahawa keamanan, kemajuan dan kemakmuran hanya boleh dicapai melalui pendidikan dan tindakan berdiplomasi yang menghormati demokrasi. Ini sebenarnya hanyalah slogan politik untuk mencapai kuasa melalui demokrasi. Ia disuarakan lantang oleh Amerika yang akhirnya menggunakan lebih banyak bom daripada Perang Dunia Kedua di Vietnam, Afghanistan dan Iraq untuk mempertahankan kuasa dunia mereka.

- malaysiaaktif.com -

Tuesday, September 23, 2008

AHLI PARLIMEN SUNGAI PETANI POSMEN???


Pakatan belum utus surat kepada Agong

Jimadie Shah Othman Sep 23, 08 2:29pm
Pakatan Rakyat belum mengutus surat kepada Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan senarai nama ahli parlimen BN yang menyokong gabungan pembangkang sebelum membentuk kerajaan baru.

Anggota sekretariat Pakatan Rakyat, Johari Abdul yang diberi tanggungjawab menyerahkan surat itu berkata, beliau sedang menunggu arahan untuk berbuat demikian.

Beliau yang juga ahli parlimen Sungai Petani menambah, apabila ketiga-tiga pemimpin tertinggi PKR, DAP dan PAS memberikan arahan, beliau akan menghantarnya.

Johari berkata, beliau bagaimanapun tidak mengetahui isu kandungan surat itu.

“Saya cuma tukang hantar, orang suruh hantar saya hantar,” kata bekas ketua perhubungan PKR Kedah kepada Malaysiakini hari ini.


Mengulas sama ada surat kepada baginda menjadi sebahagian starategi Pakatan untuk mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan BN, Johari berkata:

“Ada sebab kita letakkan 23 September (sebagai tarikh akhir untuk panggil sidang khas parlimen).

"Kalau (perdana menteri) Datuk Seri Abdullah (Ahmad Badawi) gagal – hari ini sudah berakhir – kita ada strategi selepas 23 September. Kita ada rancangan.”

Ketua penerangan PKR Tian Chua ketika dihubungi enggan mengulas lanjut perkara itu.

Tambahnya, tidak ada pemimpin Pakatan yang bercakap tentang perkara itu dan "persoalan ini tidak wujud."

Mereka diminta mengesahkan kenyataan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Mujahid Yusof Rawa yang dilaporkan menyebut Pakatan Rakyat telah mengutuskan surat rasmi bagi memohon mengadap Seri Paduka minggu lepas.

Beliau yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata, Pakatan Rakyat bergantung kepada Istana Negara untuk menasihatkan perdana menteri supaya memanggil sidang khas Parlimen untuk berdepan dengan usul tidak percaya yang mahu dibentangkan oleh pembangkang.

Malaysiakini hari ini difahamkan surat kepada baginda telah disediakan.

dipetik daripada Malaysiakini Online, 23 September 2008

...............................................................................................................


Nampaknya, Pakatan Rakyat ada orang suruhan yang bertindak sebagai POSMEN untuk menghantar surat kepada AGONG. Kalau Pakatan Rakyat gagal juga membentuk kerajaan, Johari Abdul bolehlah memohon untuk menjadi POSMEN dan bekerja dengan POS MALAYSIA..hehehe...


Anwar Al-Juburi patut bangga kerana mempunyai orang suruhan yang sanggup melakukan apa sahaja. Disuruh ke Taiwan, mereka akan ke sana, pendek kata mereka akan melakukan apa sahaja yang disuruh oleh Anwar Al-Juburi...


TERESA KOK PEMUTAR BELIT TERHEBAT!!!


Siapa yang putar-belit sebenarnya? Media atau Teresa Kok? Jika anda melihat siaran berita TV 3 malam tadi, jelas Teresa Kok sendiri yang memutar-belit isu mengenai beliau diberi makan seperti makanan anjing. Sekali lagi beliau mencetuskan isu yang dilihat memalukan kerajaan dan pihak polis. Sungguh biadap dan celuparnya mulut si nyonya andartu ini. Dia ingat makanan di dalam pusat tahanan boleh disamakan dengan makanan di hotel lima bintang. Ini menunjukkan Ahli Parlimen daripada Pakatan Rapuh hanya tahu makan sedap-sedap dan bertaraf lima bintang sahaja tanpa menyedari ada rakyat miskin yang tak dapat makan sesedap mereka.

Sebenarnya makanan yang disediakan oleh pihak berkuasa seperti polis tidak seburuk seperti yang digambarkan oleh Teresa Kok. Daripada segi menu yang dijelaskan oleh Teresa Kok, jelas menunjukkan semua hidangan yang diberi kepada tahanan mempunyai khasiat dan menepati piawai antarabangsa. Cuma, mungkin orang seperti Teresa Kok tidak pernah merasa susah dan hanya menikmati makanan yang sedap-sedap dan mahal di luar dari pusat tahanan. Rakyat sudah rasional dan faham dengan sikap celupar Teresa Kok. Telur ayam, ikan kembung, daging ayam serta sayur-sayuran adalah hidangan yang berzat dan mungkin cara masakan seseorang yang menjadikan makanan itu lazat atau sebaliknya.

Namun, untuk mengatakan bahawa makanan yang dihidangkan di pusat tahanan seperti makanan anjing oleh Teresa Kok adalah amat dikesali. Teresa Kok cuba mencetuskan kontroversi yang menyebabkan rakyat memandang serong kepada pihak polis. Saya berpendapat Teresa Kok harus disumbat sekali lagi ke dalam ISA dan beri makanan yang betul-betul seperti makanan anjing. Baru padan dengan muka beliau akibat keceluparan mulut beliau sendiri.

Perbuatan Teresa Kok yang anti Utusan Malaysia memang sudah terserlah sejak dulu lagi. Segalanya telah jelas terbukti dalam rakaman ulang tayang kenyataan Teresa Kok dalam Buletin Utama di TV 3 malam tadi dan biarlah rakyat menilai sendiri siapa dia Teresa Kok!!!

................................................................................................................

Teresa nafi ‘seperti makanan anjing’

SHAH ALAM 22 Sept. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini menafikan pernah menyamakan makanan yang disediakan kepadanya ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ‘seperti makanan anjing’.

Sebaliknya, wakil rakyat DAP itu mendakwa beliau hanya mengatakan makanan tersebut ‘lebih baik sedikit daripada makanan anjing’ (slightly better than dog food) ketika ditanya pemberita pada sidang akhbar sejurus dibebaskan daripada tahanan 19 September lalu.

Teresa sehubungan itu menyalahkan Utusan Malaysia yang didakwanya memutarbelitkan kenyataan beliau.

‘‘Saya cakap dalam sidang akhbar bila wartawan tanya saya macam mana layanan saya di lokap. Saya cakap bilik saya ditahan kecil, iaitu 6 X 8 kaki (1.8 x 2.4 meter) dan makanan tidak sedap, slightly better than dog food.

‘‘Tetapi dalam Utusan Malaysia mereka tulis saya kata ‘makanan anjing’. Mereka sekali lagi putar belit kenyataan saya.

‘‘Saya bukan mahu perbesarkan isu ini, tetapi ia bertujuan untuk kebaikan dan perbaiki keadaan (tahanan) sekiranya ISA terus digunakan, manakala Utusan Malaysia sekali lagi mahu memburukkan imej saya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ahad lalu, Mingguan Malaysia menyiarkan kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang kesal dengan Teresa kerana mendakwa makanan yang dijamu kepadanya ketika dalam tahanan ISA ‘seperti makanan anjing’.

Reaksi Syed Hamid itu diperoleh bagi mengulas laporan bertajuk Teresa dijamu ‘seperti makanan anjing’ yang disiarkan oleh portal berita Internet tempatan, Malaysiakini.com.

Sementara itu, Teresa terdahulu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah yang mengunjungi beliau di pejabatnya di tingkat tiga, bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi membincangkan dakwaannya berhubung layanan terhadap tahanan ISA.

dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 23 September 2008

Monday, September 22, 2008

Turunkan harga minyak tidak lama lagi

22/09/2008 1:28pm

PUTRAJAYA 22 Sept. - Keputusan sama ada harga runcit minyak akan dikurangkan daripada harga semasa akan diputuskan dalam tempoh dua, tiga hari lagi, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

``Kabinet akan membuat keputusan itu (menurunkan harga minyak), katanya pada sidang akhbar selepas taklimat di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 22 September 2008

..............................................................................

INSYA-ALLAH SEHARI DUA INI KITA AKAN MENDENGAR BERITA YANG MENGGEMBIRAKAN DARIPADA KERAJAAN MALAYSIA MENGENAI HARGA MINYAK. TAK PAYAH TUNGGU ANWAR AL-JUBURI JADI PM PUN HARGA MINYAK BOLEH DITURUNKAN...

Wednesday, September 17, 2008

Anwar sekali lagi berdepan dengan ISA?


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat para pemerhati tertanya-tanya sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sekali lagi ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini untuk mengumumkan rombakan kecil kabinet, perdana menteri membuat kenyataan yang membayangkan kemungkinannya.

Antara lain, Abdullah menyifatkan ketua pembangkang itu sebagai "satu ancaman kepada ekonomi serta keselamatan (negara)".

Ini sudah cukup untuk memberi alasan kepada pihak pihak kuasa untuk menggunakan ISA terhadap Anwar dan membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.

Dan apabila ditanya apakah tindakan yang akan diambil terhadap Anwar, perdana menteri enggan menyatakannya, sambil berkata: "Saya tidak akan nyatakan apa rancangan yang saya ada."

Sekiranya Anwar ditahan di bawah ISA, ia bakal memberi kesan yang besar tetapi bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana Anwar sendiri percaya beliau mungkin ditahan.

Usaha ambil alih kuasa

Sejak pilihanraya kecil 8 Mac lalu, Anwar telah menjadi duri terhadap Barisan Nasional dengan rancangannya untuk mengambilalih kuasa.

Anwar yang sudah dua kali ditahan di bawah ISA, mendakwa beliau mempunyai jumlah ahli parlimen dari BN yang cukup menyertai Pakatan untuk membolehkan beliau menubuhkan kerajaan baru dengan majoriti mudah.

Anwar gagal merealisasikan rancangan mengambilalih kuasa semalam (16 September) - tetapi sekali lagi menegaskan bahawa beliau mempunyai jumlah ahli parlimen yang cukup untuk menubuhkan kerajaan.

Beliau juga telah meminta untuk mengadakan pertemuan dengan Abdullah bagi membincangkan pelan peralihan kuasa dan menggesa perdana menteri tidak mengambil tindakan drastik, seperti mengisytiharkan darurat, untuk menghalang usahanya itu.

Abdullah, bagaimanapun, menolak mengadakan pertemuan dengan Anwar dan menyifatkan dakwaannya untuk mengambil alih kuasa itu sebagai satu pembohongan.

Anwar, yang kini berdepan dengan tuduhan liwat, pertamakali ditahan di bawah ISA pada 1974 berhubung protes pelajar dan ditahan selama 20 bulan.

Lebih dua dekad kemudiannya, beliau sekali ditahan di bawah ISA seepas melancarkan siri protes terhadap pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998.
Dipetik daripada Malaysiakini Online, 17 September 2008

Komen Pemuda Malaysia

Memang patut Anwar Al-Juburi ditahan ISA kerana segala tindak-tanduknya selama ini banyak menyusahkan kerajaan Malaysia. Sepatutnya beliau menggunakan peluang yang ada sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dengan berbahas secara bijak di Dewan Rakyat dan membantu kerajaan melalui idea yang ada untuk sama-sama membangunkan ekonomi Malaysia. Bukan dengan cara rampasan kuasa yang hanya akan menjerumuskan negara ke dalam situasi yang membahayakan rakyat.

Pak Lah harus bertegas dalam hal ini kerana ia melibatkan keselamatan 27 juta rakyat Malaysia. Pelabur asing menjadi takut untuk melabur di Malaysia akibat tindakan Anwar Al-Juburi yang suka memberi kenyataan memburuk-burukkan Malaysia di mata dunia. Sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah memastikan tiada anasir-anasir seperti Anwar terus membahayakan negara ini dengan kenyataan yang hanya bersifat retorik semata-mata.

Anwar Kini Ancaman Ekonomi Dan Keselamatan Negara

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

Perdana Menteri berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan saja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi.

"Berikutan tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata kerajaan akan melakukan apa yang perlu.

Abdullah berkata Anwar telah banyak membuat pembohongan mengenai kedudukan ekonomi negara termasuk kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI), dan negara tidak mempunyai daya saing.

Sebaliknya, Abdullah berkata, FDI sebenarnya masih mengalir ke dalam negara ini, malah Malaysia adalah antara negara yang diminati oleh pelabur.

Timbalan Perdana, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan, dan yang turut hadir pada sidang akhbar itu, mencelah dengan berkata kadar pelaburan tahun ini mungkin lebih tinggi dari tahun lalu.

Mengenai kedudukan daya saing negara pula, Abdullah berkata Malaysia mencatatkan kedudukan lebih baik dari tangga ke-23 kepada tangga ke-19 sekarang.

"Anwar mahu melingkupkan negara dan mengeksploitasi kepercayaan orang dan memperlecehkan negara di luar negeri," kata Perdana Menteri.

Najib juga berkata permainan politik Anwar boleh memberi kesan kepada ekonomi negara.

Najib meminta orang ramai agar tidak menjadi mangsa kepada mainan politik Anwar itu.

"Liputan media juga janganlah terperangkap dengan mainan politik itu kerana ia boleh memberi kesan psikologi," katanya.

Beliau juga berkata mainan politik itu hendaklah dihentikan dengan segera.

Abdullah juga mengulangi kenyataannya enggan berjumpa dengan Anwar walaupun diminta oleh Anwar kerana bimbang kenyataannya akan diputar belitkan oleh Anwar.

Abdullah menafikan terdapat surat peralihan kuasa yang dihantar oleh Anwar kepadanya.

"Tidak ada langsung, bayang pun tidak ada," katanya.

Abdullah menjelaskan surat yang dihantar oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepadanya pada Isnin lalu hanya menyentuh soal keselamatan negara, masalah moral dan politik negara.

"Yang kait dengan peralihan kuasa tidak ada. Jadi dia bohong rakyat dan ini untuk mengelirukan rakyat," katanya. - Bernama

dipetik daripada Berita Harian Online, 17 September 2008

Tuesday, September 16, 2008

Dulu Cakap Lain..Sekarang Cakap Lain..


Diambil daripada blog Tulip Desa.

Bukan ke Pakatan Rapuh pernah mengucapkan ayat-ayat di atas kepada Ahli Parlimen BN satu masa dahulu? Kini, mengapa Ahli Parlimen BN begitu laris sekali? Inilah sifat sebenar Pakatan Rapuh yang mempunyai maksud tersirat dan agenda peribadi si Anwar Al-Juburi.

Tidakkah Ahli Parlimen BN yang ada keinginan melompat parti merasa segan dengan pengundi yang memberikan undi kepada mereka atas tiket BN? Anda sebagai Ahli Parlimen dari kem BN ingin bersama orang-orang yang pernah mencaci dan mengutuk anda satu masa dahulu. Anwar Al-Juburi dan Pakatan Rapuhnya hanya ingin mencapai hasrat peribadi menjadi PM dengan bantuan Ahli Parlimen daripada BN dan selepas itu, Malaysia akan terjerumus ke lembah paling tragis dan menyedihkan kerana "kerajaan baru" pimpinan Anwar Al-Juburi akan melelong Malaysia kepada negara Amerika dan Yahudi!!!

Topeng Muka



  • Apa yang dapat kita fikirkan mengenai gambar di atas???

    A. Wajah-wajah yang malu kerana sedar hari ini beliau menipu semua rakyat Malaysia mengenai hasrat untuk menjadi PM yang tidak kesampaian.
    B. Wajah-wajah yang tak tahu malu kerana berangan nak jadi PM tapi tak layak.
    C. Bila pakai topeng senang sikit nak memukul, meraba, merogol, mengambil rasuah,
    atau merusuh kerana polis tak perasan siapa di sebalik pemakai topeng. Maklumlah
    PKR kan ada banyak nama. Boleh jadi Parti Kuat Raba, Parti Kuat Rogol, Parti Kuat
    Rusuh, Parti Kuat Rasuah dan Parti Kelentong Rakyat adalah 'title' terbaru PKR..
    D. Menggambarkan bahawa si pemakai topeng boleh berubah wajah macam 'sesumpah' kerana
    hendak menipu rakyat.

    Apakah jawapan anda???

Ketelusan Sistem Kehakiman Telah Terbukti

Sistem kehakiman di Malaysia tidak boleh terus dipertikaikan lagi oleh pihak pembangkang apabila hari ini terbukti dua petisyen mengenai keputusan pilihan raya bulan Mac lepas memihak kepada Parti Islam Semalaysia (PAS).

Tiada kedengaran suara sumbang daripada Pakatan Rapuh mengenai keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan Hari ini. Dun Manir kekal milik PAS dan Dun Sanglang diberikan kepada Hashim Jasin daripada PAS setelah rayuan beliau diterima oleh Mahkamah Persekutuan.

Namun, apabila sesuatu keputusan itu memihak kepada calon Barisan Nasional, Pakatan Rapuh akan menyalak sampai serak suara mempertikaikan keputusan yang memihak kepada BN. Habis daripada Pak Lah sampailah ke peringkat bawahan akan dipersalahkan oleh Pakatan Rapuh yang hanya mengganggap diri mereka telus dan betul.

Ini juga bermakna peletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri yang menjaga undang-undang tidak akan memberi sebarang implikasi terhadap sistem kehakiman di Malaysia kerana dua keputusan mengenai petisyen pilihan raya yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan hari ini jelas tidak memihak kepada parti pemerintah. Lagipun saya percaya lebih ramai pemimpin BN yang layak memegang jawatan Menteri untuk menggantikan Datuk Zaid Ibrahim dan akan membawa sistem kehakiman Malaysia ke arah yang lebih tinggi dan mulia lagi.

PAS PUN BERGOLAK JUGA...

Saya membaca akhbar online Agenda Daily dan ada satu artikel yang menarik hati saya. Saya muatkan di laman blog saya untuk tatapan pembaca sekalian...

Berikut ialah kenyataan penuh Datuk Niz Aziz yang disiarkan dalam laman blog berkenaan dibawah tajuk ' Kenyataan Nik Abdul Aziz yang di ' haramkan' :

RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA

1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 11 Ramadhan 1429
11 September 2008.

p/s Kenyataan di atas telah diarah ditarik siarannya dari Harakah. Terdapat tangan-tangan hitam di puncak Raja Laut yang begitu taksub dengan UMNO sehingga tindakan mereka pun sudah sama dengan UMNO.

Apa Itu ISA? (Episod 2)Akhir...

Tahanan ISA biasanya akan ditempatkan di Pusat Tahanan Kamunting, Taiping, Perak. Dalam masa 60 hari, mereka yang ditahan kebiasaannya tidak akan dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar, tambahan pula peguam dan ahli keluarga tidak dibenarkan melawat orang yang ditahan semasa tempoh awal ini.

Selepas 60 hari, jika perintah tahanan ditandatangani oleh Menteri terbabit dan diteruskan sehingga 2 tahun, barulah ahli keluarga boleh datang melawat orang yang ditahan. Jika tidak, orang yang ditahan akan dibebaskan.

Dalam tahanan ISA, proses soal siasat menjadi rutin kehidupan mereka yang ditahan. Ini adalah prosedur biasa yang dijalankan oleh pihak berkuasa bagi mencari punca sebenar dan merungkai segala cerita bagi menyelesaikan sesuatu kes yang ditahan di bawah akta ISA. Tahanan akan diletakkan secara individu di dalam sel penjara yang kecil yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia.

ISA dikritik hebat oleh beberapa parti politik pembangkang terutama Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Antara pemimpin dan ahli politik terkenal dari kalangan pembangkang yang pernah ditahan ISA ialah Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan terbaru Teresa Kok.

ISA juga turut dikritik oleh beberapa ahli politik dalam komponen Barisan Nasional (BN), termasuk parti komponen terbesarnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang telah memerintah sejak merdeka. Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah antara pemimpin UMNO yang mengkritik akta ISA.

Antara negara lain yang mengguna pakai ISA adalah negara Singapura dan juga India. Namun akta ini terpulang kepada acuan dan versi masing-masing.

Gerakan Mansuh ISA (GMI) adalah antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantah ISA. Presiden GMI ialah Syed Ibrahim Syed Noh. GMI dengan tegas menggesa kerajaan agar menghormati hak untuk dibicarakan dan menyeru pemansuhan ISA serta semua bentuk penahanan tanpa bicara.

Sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran rasional dan terbuka, kita mesti tahu bahawa akta ISA adalah jalan terbaik bagi mewujudkan keamanan di negara berbilang kaum ini. Tujuan asas penahanan ISA di bawah kuasa Seksyen 8 ISA adalah bagi memulihkan individu itu dari terus bertindak atau berhujah menentang secara membahayakan ketenteraman awam atau keselamatan dalam negeri.

Tempoh 2 tahun penahanan samada dipanjangkan atau dikurangkan adalah mengikut budi bicara Menteri Keselamatan Dalam Negeri setelah beliau meneliti fakta dan faktor berkaitan nisbah keselamatan yang berkaitan. Banyak fakta sesuatu penahanan itu tidak boleh diketahui umum lantaran ianya diklasifikasikan sebagai butiran keselamatan negara. Hanya pihak berkuasa tertentu yang berhak menelitinya.

Jadi, dalam konteks inilah mahkamah dihalang daripada menimbangkan sesuatu kes mengenai penahanan seseorang kerana faktor keselamatan yang berkait rapat dengannya dan ia merupakan rahsia negara di mana jika diketahui umum akan mendatangkan kemudaratan kepada keamanan negara.

ISA bukan suatu akta yang bertentangan dengan Perlembagaan Negara. ISA hanya bertentangan dengan bab tertentu seperti hak asasi manusia seperti perenggan "seseorang yang ditangkap atau ditahan hendaklah dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh 24 jam". Peruntukan ini terdapat dalam Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan dalam bentuk yang bersyarat. Maka akta ISA ini sah diterima pakai mengikut Perlembagaan Negara terutama di bawah Perkara 149 dan 151.

Penggunaan ISA bukan dibuat sewenang-wenangnya tetapi ia dilakukan demi memastikan keselamatan dan ketenteraman rakyat dapat dipelihara. Kerajaan perlu bertindak tegas dalam menguatkuasakan undang-undang negara agar tidak terus dicabar oleh golongan atau puak pelampau.

Monday, September 15, 2008

Apa Itu ISA? (Episod 1)

Internal Security Act (ISA) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri dirangka pada awalnya oleh R.H. Hickling dan dijadikan undang-undang pada tahun 1960. ISA telah dipinda sebanyak lebih 20 kali untuk disesuaikan dengan situasi semasa.

Kuasa mutlak bekenaan ISA telah diberikan kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang membolehkan beliau menggunakan kuasa ISA untuk menangkap sesiapa pun, tanpa perlu merujuk kepada mahkamah. ISA merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang berkuatkuasa di Malaysia.

Ketika zaman darurat iaitu pada tahun 1948-1960, ISA telah dinamakan Ordinan (Peraturan) Darurat 1948 yang banyak menguatkuasakan langkah pencegahan terhadap gerombolan dan anasir jahat termasuk komunis, sama ada yang melakukan jenayah yang mengancam atau menggugat keselamatan negara.

Melalui ISA, pesalah boleh ditahan oleh pihak polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan atas sebab disyaki mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh 2 tahun jika diluluskan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan sekaligus membolehkan penahanan terus dibuat tanpa perbicaraan. Kemudian, pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada akta ini. Pada masa kini, mahkamah hanya boleh melihat semula akta ISA ini kepada beberapa perkara teknikal sahaja.

Di Malaysia, ISA telah digunakan secara konsisten terhadap mereka yang menggugat keamanan negara seperti kes Al-Maunah dan kepada golongan yang memainkan isu perpaduan secara bahaya seperti isu HINDRAF. ISA amat ditakuti dan dibenci namun ia adalah
satu akta yang perlu dikekalkan oleh kerajaan Malaysia bagi mengawal kehidupan umum masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.

Pada pandangan saya, ISA adalah akta yang relevan dan perlu digunapakai bagi memastikan keamanan negara ini terus dipelihara. Menyentuh mengenai peletakan jawatan YB Senator Datuk Zaid Ibrahim pada pukul 2 petang tadi, ia adalah satu tindakan yang wajar kerana beliau bukan membantu sangat pun dalam kabinet Pak Lah. Kehadiran Datuk Zaid Ibrahim hanya menjadi beban kepada kabinet Pak Lah kerana banyak melawan arus dalam pentadbiran Pak Lah.

Datuk Zaid bersikap seperti lebih sudu daripada kuah kerana selalu mendahului ketua dalam setiap pengumuman atau tindakan yang dilakukan oleh beliau. Tindakan Datuk Zaid yang selalu menimbulkan perbalahan di dalam kabinet Pak Lah adalah satu tindakan yang kurang bijak namun apabila beliau sendiri berundur dan meletakkan jawatan sebagai Menteri, ia adalah satu perkara yang menguntungkan Pak Lah kerana selepas ini tiada lagi pengacau dari dalam. Pak Lah bersama barisan kabinet beliau akan lebih mudah menjalankan tanggungjawab membela agama, bangsa dan negara.

Nantikan kupasan ISA dari saya dalam episod akan datang...



Selamat kembali YB!

Selamat kembali ke tanah air YB daripada Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) dari Taiwan setelah beberapa hari berada di negara itu untuk lawatan sambil belajar dalam bidang pertanian moden. Bolehlah YB semua bersama- sama rakyat yang lain menyambut hari pembentukan Malaysia esok, 16 September.

Esok, ulang tahun ke-45 pembentukan Malaysia dengan penyertaan Sarawak, Sabah dan Singapura. Itulah signifikannya esok kepada rakyat Malaysia, walaupun Singapura keluar daripada Persekutuan dua tahun kemudian. Tiada alasan lain lagi untuk merayakan 16 September!

Kepada lima pemimpin PKR yang menyusuri rombongan BN ke Taiwan pula - Ketua Penerangan, Tian Chua; Timbalan Setiausaha Agung, Low Chee Chong; Timbalan Pengarah Pilihan Raya, Fuziah Salleh; Pengarah Strategi, Saifuddin Nasution Ismail; dan Ketua Penerangan Wanita, Elizabeth Wong, diharap beroleh hasil dapatan mereka iaitu 'corak perbelanjaan' 49 anggota BNBBC semasa di sana. Jika benar itu tugas utama mereka ke sana, ia sudah tentu suatu kerja yang mulia walaupun kita sedia maklum pihak BNBBC pasti mempunyai mekanisma tersendiri berhubung hal tersebut.

Tugas sampingan kumpulan PKR itu iaitu berusaha berinteraksi dengan anggota BNBBC dalam kerangka memberi makna kedua kepada sambutan 16 September, sudahpun kita maklum - gagal! Seperti kata anggota BNBBC dari kawasan Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz, pihaknya tidakpun terserempak dengan mana-mana pemimpin PKR semasa di negara tersebut.

Walau apapun alasan para pemimpin PKR itu dihantar ke Taiwan, ia sebenarnya satu gerak atur yang tidak pernah berlaku dalam sejarah moden negara dalam kerangka satu pihak untuk 'menafikan' kuasa pengundian rakyat Malaysia di bawah payung demokrasi dalam memberi mandat kepada parti yang mereka mahu supaya memerintah negara.
Jelas, percaturan politik PKR atau lebih tepat lagi penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menumbangkan kerajaan Pusat yang dipilih rakyat, telah menjadikan permainan politik yang berlebihan.

Benar, sistem demokrasi yang didokong membenarkan seseorang wakil rakyat meninggalkan parti politik yang menjadi tiket bertanding pilihan raya, tetapi apakah usaha bagi melihat terjadinya keadaan itu, dibuat secara keterlaluan dan berpanjangan. Usaha yang berlarutan ke arah itu yang sudah memasuki setengah tahun sejak pilihan raya umum 8 Mac lepas, semacam ada pihak yang enggan menerima hakikat kekalahannya pada pilihan raya umum lepas.

Kekurangan kerusi Parlimen di pihak pembangkang berbanding pihak BN yang memerintah, bukannya satu dua walaupun BN hilang majoriti dua pertiga berbanding pada pilihan raya terdahulu. Oleh itu, tugas PKR untuk menumbangkan kerajaan BN menerusi kaedah lompat parti tidaklah semudah 'formula' Anwar.

Lupa sejarahOver politiking selepas 8 Mac khususnya setelah Anwar bergelar YB semula pada 26 Ogos lalu terlalu ketara seolah-olah kita lupa sejarah. Jangan sesekali kita melupakan keadaan over politiking seperti selepas kemerosotan kerusi Perikatan pada tahun 1969, yang menyaksikan negara berada dalam kedudukan tidak stabil ketika itu.

Sekarang, negara kita aman. Unsur over politiking semacam menuju ke arah yang serupa. Ia tidak sepatutnya dibiar wujud dan mengganggu kita semua.

Anwar, selaku Ketua Pembangkang, wajar memimpin barisan pembangkang menjadi pembangkang yang bermutu di bawah pohon demokrasi. Dengan kuasa rakyat yang menghadiahkan kemenangan besar dalam dekad ini, harapan rakyat terbanyak sudah tentulah ingin melihat pembangkang memainkan peranan check and balance dengan lebih berkesan di Dewan Rakyat. Ingatlah ikrar angkat sumpah selaku wakil rakyat yang baru lalu mengenai peranan membina negara. Di bawah amalan demokrasi, bukan tugas pihak pemerintah sahaja yang perlu memainkan peranan memajukan negara tetapi ia juga tanggungjawab pembangkang. Jangan abaikan tanggungjawab itu hanya kerana mahu menjayakan cita-cita peribadi.

Anwar perlu bersabar jika mahu meletakkan BN di kerusi pembangkang di Dewan Rakyat. Tunggulah pilihan raya umum akan datang dan untuk menunggu tiba masanya yang mungkin empat tahun lagi, binalah kekuatan barisannya untuk memastikan cita-citanya menjadi kenyataan.

Teladanilah BN Negeri Perak, yang walaupun perbezaan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri yang miliknya berbanding pakatan pembangkang sangat sedikit, ia tidak berhempas pulas untuk menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PKR, DAP dan Pas, sekalipun peluangnya atas kertas jauh lebih mudah berbanding apa yang sedang direncanakan oleh PKR di peringkat nasional.

Politiking yang tiada noktah tidak akan membawa manfaat kepada negara, walaupun hasilnya mungkin dinikmati oleh individu atau pihak tertentu.

Dalam mencari pintu belakang untuk membentuk kerajaan, kita jangan lupa keupayaan pihak yang mahu diumpan. Mereka juga mempunyai kredibiliti, maruah dan anutan politik. Ia tidak mudah dijual beli.

Atas kesedaran itu, berilah rakyat hidup dalam keadaan yang selesa, tidak gelisah dan berasa tertekan dengan keadaan sekeliling. Berilah mereka nilai hidup yang sepatutnya, setelah mereka menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara pada pilihan raya lalu. Percayalah, mungkin empat tahun sahaja lagi, mereka akan membuat penilaian baru terhadap siapa yang mereka mahu.

Dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 15 September 2008

Thursday, September 11, 2008

Jangan Perkosa Sistem Demokrasi Malaysia

ditulis oleh : P. KAMALANATHAN, RAWANG, SELANGOR

SURAT ini saya tuju kepada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas atas kejayaan Datuk Seri dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Baru-baru ini bukan sahaja rakyat Malaysia malah rakyat Nusantara dan juga masyarakat antarabangsa tertanya-tanya adakah benar di Malaysia akan berlaku pertukaran kerajaan selepas enam bulan pilihan raya umum.

Walaupun bagi saya perkara ini hanya satu propaganda Datuk Seri tetapi bagi saya propaganda ini tidak akan membawa kebaikan kepada sistem demokrasi yang telah wujud di bumi negara ini sejak zaman kerajaan Perikatan. Malah ini merupakan satu sistem yang biasanya digunakan oleh mereka yang takut ataupun terdesak untuk menjadi pemimpin atas sebab-sebab yang tertentu.

Pada 8 Mac 2008, rakyat Malaysia telah membuat keputusan yang mana menampakkan lima Negeri (Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor) jatuh ke tangan parti pembangkang, manakala, rakyat juga telah membuat keputusan untuk memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) memerintah Kerajaan Persekutuan.

Sekiranya rakyat ingin melihat parti pembangkang menerajui Kerajaan Persekutuan, saya pasti mereka akan mengundi calon-calon parti pembangkang, tetapi mereka tidak berkuat sedemikian. Saya amat pasti bahawa rakyat yang bijak bistari telah membuat keputusan - janganlah Datuk Seri mencari jalan yang lain untuk mencabar kepintaran rakyat Malaysia.

Dalam konteks ini, saya ingin merakamkan salam hormat kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah, kerana beliau telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai ahli Parlimen supaya Datuk Seri dapat bertanding secara demokrasi; supaya dipilih oleh rakyat. Bukankah itu cara yang paling efektif.

Sekiranya benar-benar terdapat lebih daripada 30 ahli Parlimen yang sedia keluar daripada parti BN dan menyertai Pakatan Rakyat, saya rasa ahli-ahli Parlimen tersebut harus meletak jawatan mereka sebagai ahli Parlimen dan bertanding sekali lagi. Ini akan menampakkan sama ada rakyat menerima mereka sekali lagi.

Saya pasti, Datuk Seri mungkin akan menyatakan bahawa ini akan membazir wang rakyat -tetapi kita harus sedar - pembaziran wang rakyat telah dimulakan oleh Datuk Seri Wan Azizah apabila beliau meletakkan jawatan hanya kerana ingin membenarkan Datuk Seri menjadi ahli Parlimen.

Sila faham rakyat Malaysia telah membuat keputusan dan kita harus menerima keputusan tersebut. Kita kini harus memastikan bahawa keperluan rakyat menjadi tumpuan penting dan bukannya tumpuan untuk menjadi Perdana Menteri dengan cara yang tidak berdemokrasi ini.

Seperti yang mana Datuk Seri sentiasa nyatakan semasa ucapan - yang mana Datuk Seri sudah lama di dalam penjara dan kini sudah sampai masa untuk keluar dan memimpin negara - pimpinlah negara dengan menggunakan kuasa rakyat - biarlah rakyat Malaysia yang membuat keputusan.

Apa salahnya sekira Datuk Seri bersabar sehingga tahun 2012 atau 2013, dan sekiranya pakatan pembangkang dapat membuktikan kebolehan mereka untuk menerajui kerajaan negeri yang telah di kuasai, saya pasti rakyat akan memberi kuasa yang lebih baik kepada Datuk Seri untuk memimpin negara.

Kini rakyat juga sedar dan amat mengenali sandiwara-sandiwara Datuk Seri. Saya juga sedar kemungkinan besar pada atau selepas 16 September 2008 Datuk Seri mungkin akan mengumumkan bahawa rampasan kuasa ini tidak akan berlaku dan akan memberi sebab-sebab yang akan memesongkan pandangan dan juga tumpuan rakyat Malaysia.

Buat masa ini hanya penduduk di Permatang Pauh sahaja yang telah memberi mandat kepada Datuk Seri untuk menjadi Ahli Parlimen dan sebagai permulaan saya rasa Datuk Seri harus bermula dengan memberi tumpuan kepada masalah-masalah yang dialami oleh rakyat di situ. Selepas itu sekiranya semua berjalan lancar dan diizinkan oleh Tuhan yang Maha Esa dan Maha Penyayang, saya pasti Datuk Seri akan memimpin negara.

Sebelum sampai masa itu, saya merayu kepada Datuk Seri supaya jangan perkosa sistem demokrasi Malaysia.

dipetik daripada Utusan Malaysia Online
11 September 2008

PM..YB..TAIWAN..PERMATANG PAUH..

Ahli Parlimen atau panggilan yang lebih 'familiar' iaitu YB adalah di kalangan insan terpilih yang menjadi penghubung untuk rakyat kepada kerajaan. YB memainkan peranan penting di sesuatu kawasan yang diwakili kerana kemenangan seseorang YB itu adalah hasil daripada sistem demokrasi yang telah lama terbentuk di negara ini. Setiap rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas adalah layak untuk mengundi di dalam pilihan raya yang kebiasaannya diadakan setiap 5 tahun sekali.

Proses demokrasi di Malaysia adalah di antara yang tebaik di dunia. Ini kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan proses pilihan raya telah berjaya menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jayanya. SPR adalah sebuah badan suruhanjaya yang berkecuali dan perkara ini jelas terbukti dengan kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) di dalam pilihan raya kecil P.044 Permatang Pauh pada bulan Ogos yang lepas. Ramai juga yang memandang serong dengan hasil kerja SPR yang dikatakan banyak menyebelahi Kerajaan Pusat, namun demikian apabila kemenangan memihak kepada calon daripada parti pembangkang, tidak pula mereka bising-bising kepada SPR.

Istilah lompat parti telah lama wujud di Malaysia. Lompat parti bermaksud, seseorang ahli parti telah mengisytiharkan diri keluar dari parti yang disertainya sebelum ini atas beberapa sebab dan menyertai parti baru yang mungkin memberikan sinar dan sedikit kuasa kepada ahli parti itu. Antara sebab seseorang itu melompat parti adalah kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan tertinggi parti itu, mendapati di dalam parti lama seseorang itu telah diabaikan, mendapat tawaran berbentuk ganjaran wang atau pangkat daripada parti yang mempelawa dan lain-lain lagi.

Apa yang ingin saya utarakan di sini ialah tanggungjawab seseorang YB terhadap amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. Seharusnya YB-YB mestilah mempunyai rasa syukur di atas kemenangan mereka menjadi wakil rakyat di sesebuah kawasan. Apabila mereka bersyukur, mereka harus ingat jasa rakyat tempatan yang memberikan undi kepada mereka untuk menang dan seterusnya menjadi suara yang akan mendendangkan segala masalah rakyat yang mereka wakili di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun Dewan Rakyat. Rakyat yang menyokong dan memangkah mereka adalah rakyat yang yakin kepada parti yang disertai oleh YB-YB ini. Jadi, kenapa perlu mengkhianati amanah rakyat?

Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang mendapat mandat rakyat untuk memerintah selepas pilihan raya Mac lalu. Walaupun majoriti 2/3 gagal diperolehi oleh BN, kemenangan 'simple majority' memberikan satu gambaran bahawa rakyat masih mahukan BN mentadbir negara di samping satu 'signal' rakyat tentang perkara-perkara yang perlu diatasi oleh BN jika ingin terus mentadbir negara pada masa akan datang. Apa yang saya cuba sampaikan adalah peringatan kepada YB-YB bahawa rakyat juga mempunyai kuasa dalam memilih kerajaan dan di sini kerajaan BN yang ada harus dihormati sebagai sebuah kerajaan pusat yang sah. Isu lompat parti tidak harus timbul kerana ia hanya permainan orang yang gila kuasa dan kepingin ingin menjadi Perdana Menteri (PM) melalui pintu belakang.

Angka 30 bukanlah satu angka yang sedikit. Jika pertukaran kerajaan terjadi juga, bilangan YB di Parlimen akan bernisbah 112 untuk Pakatan Rapuh yang kononnya ingin membentuk kerajaan dan 110 untuk BN. Harus diingat angka 112 juga tidak kukuh dan jika terjadi perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan 112 orang YB Pakatan Rapuh, kemungkinan besar mereka akan melompat parti BN semula dan negara Malaysia akan bertukar kerajaan sekali lagi dalam tempoh masa yang singkat. Ini belum dikira jika YB Pasir Mas yang kini berkedudukan BEBAS di Parlimen. Siapa sangka beliau akan menyertai BN dan ini akan menyebabkan berlaku nisbah seri iaitu 111 : 111 untuk kedua-dua parti Pakatan Rapuh dan BN. Parti mana yang layak menubuhkan kerajaan?

Saya percaya jika perkara di atas berlaku, negara kita akan menjadi kucar-kacir dengan polisi kerajaan akan berubah hampir setiap bulan kerana perubahan pentadbiran yang terjadi setiap bulan juga. Kita akan kehilangan kerajaan yang kuat dan para pelabur dari luar tidak akan melabur di Malaysia kerana situasi politik negara yang bercelaru dan tidak stabil. Ini akan menyebabkan kejatuhan ekonomi negara akibat penangan politik semasa. Akibatnya, banyak faktor lain yang bersangkut paut akan turut mengalami masalah.

Jadi, pada pendapat saya kes lompat parti ini adalah satu tindakan yang pengecut dan hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Saya ingin mencadangan kepada YB-YB di seluruh Malaysia, tunggulah sehingga adanya pilihan raya terbaru dan biarkan rakyat menentukan nasib YB-YB sekalian. Buat Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI), jangan terlalu ghairah menimbulkan cerita lompat parti kerana ia hanya memualkan rakyat. Lebih baik anda balik ke Permatang Pauh dan jenguk segala masalah yang ada di sana dan tunjuk muka kepada rakyat Permatang Pauh yang telah memberikan mandat kepada anda. Buat apa perlu ke Taiwan jika semata-mata ingin mempengaruhi YB-YB BN yang sememangnya setia kepada BN dan menghargai sokongan rakyat kepada mereka. Sedarlah diri sikit, jika sudah tertulis bahawa anda tidak layak menjadi PM, buatlah cara apa sekalipun, insya-Allah Tuhan tidak merestuinya...

Wednesday, September 10, 2008

Kerajaan tidak mungkin ditubuhkan 16 September ini - Pas

KUALA TERENGGANU 10 Sept. - Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali berpendapat penubuhan kerajaan baru pada 16 September ini seperti yang digembar-gemburkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mungkin berlaku atas faktor teknikal dan politik.

terkini daripada Utusan Malaysia Online, 10 September 2008, Rabu

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi, kepada penyokong-penyokong Pakatan Rapuh, jangan bersikap optimistik sangat kerana nak tubuhkan kerajaan melalui pintu belakang bukan macam 'main belakang'..hahaha

16 September Tarikh Mat Jenin Panjat Pokok

oleh : Nasir Sukiman

PAS semakin tidak yakin sasaran membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat akan tercapai 16 September ini, sedang DAP tiba-tiba menentang keras sebarang kegiatan lompat parti.
Ini sekali gus menggugat rancangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat (PKR-DAP-Pas) yang heboh diuar-uarkan pada tarikh itu.

Anwar yang semakin gelisah dan macam ‘orang mamai’ membawa diri ke Jakarta dan terbaru wartawan di ibu negara Indonesia itu mendapat tahu matlamat Pakatan Rakyat itu ditunda ke Oktober atau Disember saja.


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sejak awal lagi tidak yakin sasaran komplot Anwar itu akan tercapai.

Terbaru Penasihat DAP, Lim Kit Siang bertegas menolak sebarang kemasukan Ahli Parlimen (AP) Barisan Nasional (BN) ke dalam Pakatan Rakyat semata-mata kerana wang dan kuasa (tentunya jawatan Menteri).

Lim seolah-olah tidak tahu apa yang ditawarkan oleh Anwar kepada AP kerajaan BN itu. Atau beliau berpura-pura seolah-olah suapan wang sama sekali tidak akan berlaku. Katanya, jika mereka lompat parti kerana mahu mendapatkan keuntungan kebendaan, tindakan itu tidak beretika dan tidak boleh diterima.

Sama ada pembentukan kerajaan baru akan berlaku atau tidak pada 16 September ini ia bergantung kepada banyak perkara, kita perlu tunggu dan lihat.

Anwar sebelum ini melahirkan keyakinan bahawa sekurang-kurangnya 30 wakil rakyat BN khususnya dari Sabah dan Sarawak akan menyertai pembangkang mulai 5 September bagi membolehkan pembangkang menubuhkan kerajaan baru.

Tetapi semuanya tidak berjalan lancar seperti dirancangkan. Malah Kit Siang tetap bertegas DAP hanya akan menerima kemasukan wakil rakyat BN ke dalam pakatan pembangkang jika mereka berbuat demikian atas prinsip mahu mengubah kerajaan yang ada.

Beliau seterusnya menggesa supaya dimansuhkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang melarang Ahli Parlimen meletak jawatan daripada bertanding dalam pilihan raya untuk tempoh lima tahun.

Kini, Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, yang dilaporkan bimbang orang Melayu semakin yakin Anwar terbabit kes liwat pula berkata : “Pas tetap berwaspada dengan sebarang andaian serta khabar angin yang dikhuatiri boleh mengelirukan parti-parti komponen Pakatan Rakyat sendiri”.

Mereka agaknya tidak mahu tertipu dengan putar belit Anwar malah antara tidak yakin dan ragu-ragu itu, Nasharuddin yang mewakili golongan ‘young Turks’ dalam Pas berkata lagi:” Sekiranya pembentukan kerajaan baru benar-benar terjadi 16 September ini, maka kita sentiasa menyokongnya.''

Setakat ini nyatalah segala ramalan yang disebarkan secara meluas, termasuk melalui SMS, tidak menjadi kenyataan.

Menurut spekulasi yang disebarkan, pada 5 September semua komponen parti BN dari Sabah dan Sarawak mengisytiharkan keluar BN.

Kemudian pada 6 September, semua komponen BN di Semenanjung (kecuali MCA dan MIC) mengisytiharkan keluar daripada gabungan itu.

Selepas itu, pada 7 September 10 Ahli Parlimen BN umum pindah ke Pakatan Rakyat...8 September, lima menteri kabinet BN letak jawatan dan menyertai Pakatan Rakyat...9 September, sidang tergempar Parlimen dipanggil...10 September Perdana Menteri (Pak Lah) umum letak jawatan... 12 September, Anwar umumkan pembentukan kerajaan sementara pada ...16 September, Anwar angkat sumpah jawatan Perdana Menteri.

Setakat ini tiada satu pun ramalan itu menjadi kenyataan. Sebaliknya penafian demi penafian dibuat oleh pihak BN, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin yang cukup tersinggung kerana namanya disebut-sebut sebagai salah seorang menteri yang akan berpaling tadah.

Kini satu demi satu babak sandiwara oleh Anwar habis dilakonkan. Ternyata semuanya tipu muslihat yang tidak menjadi belaka. Malangnya masih ramai rakyat Malaysia yang mempercayai Anwar, seorang budak nakal yang terus nakal sekalipun sudah mempunyai cucu. Mereka ini tidak mahu membiarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya. Mereka juga mahu terjun bersama si Luncai.

Dipetik daripada malaysiaaktif.com

Monday, September 8, 2008

KEMENANGAN JOSEPH KURUP DIBATALKAN


Nampaknya kita mungkin akan menghadapi pilihanraya lagi selepas Aidilfitri. Ini kerana kemenangan Tan Sri Joseph Kurup yang mewakili Parlimen Pensiangan telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Apapun, kita mengharapkan supaya kerusi Parlimen Pensiangan akan kekal milik BN jika pilihanraya kecil terjadi.

Bagaimanapun keputusan mahkamah itu boleh dirayu dan rayuan akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan dalam tempoh enam bulan.

Ikuti laporan yang dipetik daripada Utusan Malaysia Online.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Kemenangan Joseph Kurup di Parlimen Pensiangan dibatalkan
08/09/2008 11:27am

KOTA KINABALU 8 Sept – Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini hari ini mengisytiharkan kemenangan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Tan Sri Joseph Kurup yang mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihan raya umum 8 Mac lepas batal dan tidak sah. - Bernama

Friday, September 5, 2008

APEK TAK SEDAR DIRI!!!

Guan Eng mahu Umno pecat Ahmad Ismail

GEORGETOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini mendesak Umno supaya memecat Datuk Ahmad Ismail jika Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera itu enggan meminta maaf berhubung kenyataannya yang dikatakan berbaur perkauman.

Beliau berkata, tindakan itu perlu jika Umno benar-benar jujur dan komited terhadap kepentingan semua kaum di negara ini serta bukan sebuah parti perkauman.

"Jika tidak (pecat), Umno memang hipokrit dan tidak jujur. Mereka cakap lain tetapi buat lain," katanya pada sidang media di sini.

Semalam, Ahmad, menegaskan beliau tidak akan memohon maaf walaupun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbuat demikian kerana menganggap dirinya tidak melakukan kesalahan.

Ahmad didakwa membuat kenyataan orang Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak sama seperti Melayu ketika berceramah bagi kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, baru-baru ini.

Berikutan kenyataan itu, polis menerima lima laporan dan Ahmad kini disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, DAP kini menyerahkan perkara itu kepada Umno bagi mengambil tindakan tetapi menegaskan kenyataan Ahmad itu `langsung tidak boleh diterima'.

dipetik daripada Berita Harian Online, 5 September 2008

----------------------------------------------------------------------------------

Apek, tolong jangan masuk campur hal dalaman UMNO. Orang Melayu banyak berdiam diri apabila kaum lain terutama Cina memainkan sentimen perkauman. Wahai Apek, lu ingat lagi lagu 'Negaraku' yang dinyanyikan oleh 'Wee Meng Chee' yang memperlekeh dan mempersendakan sembahyang serta azan orang Islam(Melayu)? Kalau lu tak ingat Apek mari datang KL jumpa aku. Biar aku jadikan lu cacat macam Karpal Singh. Biar lu ingat sampai bila-bila.

Sebagai mana kata TDM "Sebenarnya orang Melayu sekarang amat takut jika mereka diberi label "racist". Mereka menulis dalam akhbar yang orang Melayu bukan racist. Demikianlah ketakutan mereka sehingga apabila hak mereka di buruk-burukan dan diserang, mereka tidak berani mempertahankan diri mereka" (dari blog Asprasi Bangsa)

Ayuh orang Melayu, jadikan apa yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir dalam blog beliau sebagai tunjang kekuatan Melayu. Kita banyak mengalah kepada orang Cina dan India, tetapi jangan biarkan mereka memijak kepala orang Melayu!!!

Sepatutnya Datuk Seri Najib tidak perlu memohon maaf kerana isu tersebut bukan mencerminkan keseluruhan pendapat UMNO atau Melayu. Namun Datuk Seri Najib tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan dan secara sukarela memohon maaf demi perpaduan kaum.

Tapi, Apek Lim Guan Eng memang sudah kurang ajar kerana meminta berlebih-lebihan. Cuba sedar diri sikit Apek!!!

Cuti Umum Sempena 16 September???

Heboh di dalam media elektronik dan media cetak bahawa Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) ingin menjadikan 16 September 2008 ini sebagai cuti umum untuk seluruh Malaysia bagi meraikan kejayaan beliau menjadi Perdana Menteri dan menjadikan hari itu adalah ulang tahun penubuhan Malaysia. Negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang seperti Pulau Pinang dan Kelantan sudah menyokong cadangan yang dibawa oleh BABI ini. Sebenarnya ada perkara lebih penting untuk saya ketengahkah dalam artikel kali ini. Segala yang saya coretkan di bawah ini adalah pandangan peribadi saya dan saya ingin berkongsi pendapat dengan pembaca-pembaca sekalian.

Sebenarnya cerita 16 September adalah retorik semata-mata yang ditimbulkan oleh BABI. Ini bagi memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi tidak tentu arah dan berada dalam keadaan kegusaran. Apabila kerajaan merasakan segala rancangan BABI seakan benar dan nyata, maka kerajaan tiada pilihan lain kecuali mengisytiharkan darurat bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin. Ini kerana rancangan BABI untuk mengambil alih pentadbiran negara melalui 'pintu belakang' amat tidak beretika dan boleh meletakkan negara dalam keadaan kacau bilau.

Sebenarnya BABI seorang yang amat licik dalam medan politik. Selepas dibebaskan daripada penjara pada tahun 2004, beliau telah merangka rancangan yang cukup besar bagi mencapai cita-cita menjadi PM. Bak kata mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa "BABI ini seorang yang cukup licik. Beliau boleh menukar sesuatu perkara daripada salah menjadi betul dan begitu sebaliknya". Mengapa BABI mengisytiharkan untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh? Ini kerana beliau ingin 'test market' dan menilai sokongan rakyat kepada beliau. Keputusan menyebelahi BABI dan beliau menang malahan melebihi majoriti yang diterima oleh isteri beliau. Walaupun ketika dalam suasana pilihanraya kecil itu, BABI menghadapi dakwaan terhadap kes liwat, sokongan terhadap beliau tetap tidak berubah dan dengan ini menjadikan beliau yakin bahawa kekuatan politik beliau semakin kukuh dan kuat.

Setelah berjaya memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh, BABI menyusun langkah untuk menduduki kerusi PM dalam masa terdekat. Cara yang dimainkan oleh beliau dapat kita lihat sekarang ini. Beliau menghebohkan bahawa pada 16 September ini akan ada 30 Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak akan melompat parti untuk menyertai pakatan pembangkang. Sebenarnya perkara ini sukar untuk terjadi kerana kebanyakan Ahli Parlimen BN amat setia terhadap parti dan memegang janji serta mandat yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. Isu lompat parti telah dinafikan oleh Ahli Parlimen BN daripada Sabah dan Sarawak.

Selepas itu, BABI menyatakan pula bahawa ada juga Ahli Parlimen daripada Semenanjung terutama daripada Terengganu akan menyertai Pakatan Rakyat. Kecanggihan teknologi hari ini seperti penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS) telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk melaga-lagakan pemimpin di dalam BN. Maka, pada beberapa hari lepas telah dilakukan upacara mengumpul tandatangan Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak untuk menyatakan taat setia kepada PM dan BN. Perkara ini mencetuskan kontroversi di mana salah seorang daripada Ahli Parlimen Sabah yang bernama Datuk Anifah Aman tidak mahu menandatangani akujanji tersebut dan menyatakan bahawa tidak perlu diragui lagi kesetiaan Ahli Parlimen BN daripada Sabah dan Sarawak kepada PM.

Pada pandangan saya, tandatangan bagi menyatakan kesetiaan Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak tidak perlu dilakukan kerana ia hanya membuatkan BABI tergelak besar kerana berjaya mewujudkan keadaan ribut dalam kem BN. Apa yang saya cuba syorkan di sini adalah, kerajaan BN tidak perlu melayan setiap ungkapan atau propaganda yang dimainkan oleh BABI kerana hanya akan memerangkap kerajaan BN sendiri.

Mengapa BABI cukup suka jika kerajaan mengisytiharkan darurat pada 16 September ini? Ini kerana apabila kerajaan mengisytiharkan darurat, separuh daripada rancangan BABI akan berjaya. Maka, separuh lagi rancangan BABI akan menjadi kenyataan apabila kerajaan terpaksa mengadakan pilihanraya umum yang baru selepas darurat ditarik balik. Apabila darurat, pentadbiran kerajaan akan diambil alih oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dan mengikut perlembagaan yang ada, pilihanraya akan diadakan semula selepas darurat ditarik semula. Ketika inilah BABI akan melaksanakan perang saraf yang cukup hebat bagi memastikan cita-cita beliau menjadi PM akan tercapai.

Harus diingat bahawa UMNO berada dalam keadaan yang cukup lemah akibat daripada perpecahan dalaman dan serangan daripada luar seperti perang saraf yang dilancarkan oleh BABI. Ini kerana BABI telah melihat bahawa ketika di Permatang Pauh kelemahan ketara jentera parti UMNO telah memudahkan lagi kemenangan beliau di sana. Di samping itu, parti komponen di dalam BN sendiri telah mula tidak percaya antara satu sama lain seperti Parti Gerakan dan MCA yang telah mengugut untuk keluar dari BN jika UMNO memainkan sentimen perkauman. Perkara ini amat menguntungkan BABI yang dijangka akan menang secara terhormat dalam pilihanraya umum yang akan diadakan dan beliau tidak perlu mengambil alih kerajaan Malaysia melalui 'pintu belakang' seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Kerajaan tidak harus terperangkap dengan permainan politik BABI kerana hanya akan menjerat kerajaan dan menguntungkan BABI. 16 September akan mendatang dan insya-Allah tiada apa-apa perkara akan berlaku kerana BABI hanya melakukan propaganda politik untuk agenda peribadi beliau. Tujuan BABI mencadangkan cuti umum pada 16 September bukan kerana untuk meraikan kejayaan beliau menjadi PM ataupun meraikan ulang tahun Malaysia TETAPI adalah untuk meletakkan kerajaan dalam keadaan tertekan dan seterusnya menyaksikan kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat. Apabila terjadi darurat, BABI akan melaksanakan perang saraf dengan menuduh kerajaan telah berlaku zalim dan mengisytiharkan darurat tanpa sebab. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan rakyat menjadi muak dan benci kepada kerajaan BN. Apabila perang saraf BABI berjaya, maka BN akan tumbang pada pilihanraya umum yang akan datang.

Jadi, kepada pengunjung blog Pemuda Malaysia saya cuba mengajak anda merenung kembali erti kemerdekaan yang kita kecapi selama 51 tahun ini. Tidakkah anda perasan kembalinya BABI ke medan politik negara lebih banyak melibatkan kemusnahan daripada keamanan. Kerajaan terpaksa menghabiskan duit untuk menghadapi pilihanraya kecil di Permatang Pauh akibat perletakan jawatan isteri BABI sesuka hati. Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Pak Lah diperlekehkan oleh si BABI dengan mengatakan ia gula-gula buat rakyat. Semua yang dilakukan oleh kerajaan adalah salah di mata dan fikiran BABI. Semua yang dibuat BABI adalah betul kononnya. Jangan gadaikan negara ini semata-mata kerana seorang manusia bernama Anwar Bin Ibrahim yang hanya ingin membalas dendam dan mencapai agenda peribadi menjadi PM!!!

Thursday, September 4, 2008

Peralihan Kuasa 16 September???

Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) acapkali mencanangkan kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai peralihan kepimpinan kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rapuh (PR) yang dijangka berlaku pada 16 September 2008.

Sebenarnya isu ini tidak harus dilayan kerana perkara ini tidak mungkin terjadi dan terlalu mustahil untuk menjadi kenyataan. Kemenangan BABI di Permatang Pauh pada pilihanraya kecil baru-baru ini tidak boleh dijadikan ukuran bahawa seluruh rakyat Malaysia menyokong BABI. Dalam istilah politik, peralihan kuasa yang dirancang oleh BABI adalah satu peralihan kuasa mengikut 'pintu belakang' dan boleh dikatakan 'undemocratic politic'. Mandat yang diberi oleh rakyat Malaysia dalam pilihanraya umum pada 8 Mac lepas adalah sah dari segi perlembagaan dan tidak boleh dinafikan oleh BABI beserta konco-konconya.

Adakah BABI ingin menjadi seperti bekas pemimpin Al-Arqam yang bernama Ashaari Muhammad dan Ketua Kerajaan Langit, Ayah Pin yang taksub dan jauh terpesong dalam penyebaran ajaran sesat. Kedua-dua pemimpin ini pernah mencanangkan kepada Malaysia bahawa mereka akan menjadi Perdana Menteri satu hari nanti. Senario ini dilihat terjadi kepada BABI cuma perbezaannya adalah BABI bergerak atas pentas politik yang penuh dengan tipu muslihat.

Tidak dapat dinafikan dari segi manifesto yang direka oleh PR banyak mempengaruhi rakyat Malaysia terutamanya kaum Cina dan India. Ini kerana, jika BABI berjaya menjadi Perdana Menteri, beliau akan melantik Timbalan Perdana Menteri daripada kalangan mereka. Perkara ini dilihat memang akan menarik perhatian kaum Cina dan India. Tetapi harus diingat, walaupun negara Malaysia adalah negara yang berbilang kaum, kaum Melayu adalah kaum majoriti di Malaysia. Jadi, segala hak dan keistimewaan orang Melayu tidak harus diperkotak-katikkan oleh mana-mana kaum lain.

Sejarah sendiri menyebut sebelum nama Malaysia diabadikan, TANAH MELAYU adalah panggilan yang diberi oleh pendatang-pendatang yang berdagang di sini. Selepas itu Tanah Melayu ditukar menjadi Malaya dan kini untuk menunjukkan kemajmukan rakyat yang berbilang kaum, nama Malaya telah ditukar menjadi Malaysia. Jadi, kepada kaum Cina dan kaum India yang menetap di Malaysia jangan bersikap biadap dan kurang ajar terhadap orang Melayu. Jangan sesekali memperlekeh dan mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu kerana jelas termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

BABI sebenarnya cuba mewujudkan keadaan yang tidak aman di Malaysia. Pergeseran kaum akan tercetus jika BABI menjadi Perdana Menteri kerana cara yang dirancang oleh BABI untuk mentadbir Malaysia langsung tidak demokratik. Jika 16 September ingin diteruskan oleh BABI bagi mencapai cita-cita menjadi PM, saya percaya bahawa negara kita kemungkinan besar akan diisytiharkan dalam keadaan darurat dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) akan ditubuhkan untuk mengambil alih pemerintahan semasa darurat. Selepas itu, pilihanraya terpaksa diadakan semula untuk memilih kerajaan yang baru dan sah.

Jangan cuba bermain api. Hargailah kemerdekaan 51 tahun negara ini. Walaupun saya generasi yang lahir selepas merdeka, saya amat beruntung kerana dilahirkan ketika negara ini berada dalam keadaan aman dan damai di bawah pentadbiran kerajaan BN. Masih tidak cukup buktikah yang dibawa oleh BABI untuk menjadi PM? Politik kotor yang dimainkan oleh BABI cukup memualkan. Ketika berada di Permatang Pauh, saya dapat melihat situasi yang cukup menakutkan seolah-olah saya berada di zon peperangan. Provokasi yang dilakukan oleh penyokong-penyokong BABI amat dahsyat seolah-olah mereka ini telah diberi minum air jampi oleh BABI. Bukan setakat itu sahaja, golongan yang mengaku mereka ulama seperti Dr. Badrul Amin dan Ustaz Hashim Yahaya begitu lantang berdoa untuk kemusnahan umat Islam sendiri. Adakah ini ciri-ciri ulama yang boleh dijadikan teladan dan ikutan? Bagi saya, ulama-ulama seperti mereka tidak layak langsung memegang status ulama akibat perbuatan mereka mendoakan kemusnahan pemimpin BN seperti Pak Lah, Najib dan lain-lain lagi. Dr. Badrul Amin dan Ustaz Hashim Yahaya adalah kumpulan ulama yang kecewa kerana kontrak mereka tidak disambung lantas beralih kepada kumpulan yang menentang kerajaan. Mereka ini layak dipanggil ulama 'burung kakak tua' kerana hanya mengikut apa yang dikatakan oleh tuan mereka dan tidak menggunakan ilmu yang ada sebaik mungkin.

Cerita 16 September hanyalah dongeng semata-mata. BABI sengaja mencipta jalan cerita sebegini bagi menutup kelemahan yang ada pada beliau. Yang pasti 10 September ini BABI akan dibicarakan bagi kes 'liwat' dan kita pun tak tahu untung nasib BABI nanti. Sama-sama kita tunggu dan lihat...

Wednesday, September 3, 2008

Penangkapan 2 ADUN Di Perak, Konspirasi DAP?



Rakyat Malaysia telah maklum mengenai penangkapan dua ADUN PKR dari Perak oleh BPR atas tuduhan rasuah wang dan seks. Mereka daripada DUN Behrang dan DUN Changkat Jering.

Apa yang dikesalkan disini ialah akibat daripada kes tersebut parti Barisan Nasional (BN) telah dituduh terlibat mengadakan konspirasi bagi mengambil alih tampuk pemerintahan Pakatan Rapuh (PR) di Perak. Sepatutnya MB Perak harus membiarkan kes ini diselesaikan di mahkamah tanpa membuat tuduhan melulu kepada pemimpin-pemimpin BN di Perak.

Pengerusi Perhubungan BN Negeri Perak, Dato' Seri Tajol Rosli sendiri telah bersumpah menafikan bahawa BN terlibat dalam penangkapan dua ADUN PKR ini. Nampak begitu cetek sekali akal pemikiran pemimpin Pakatan Rapuh di Perak kerana setiap kali ada kes yang melibatkan kesalahan Pakatan Rapuh, mereka akan segera menuding jari menuduh ia adalah konspirasi BN. Begitu juga dengan kes liwat Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) di mana pemimpin Pakatan Rapuh mencanangkan ke seluruh Malaysia bahawa ia adalah cerita yang sengaja diada-adakan oleh BN untuk menyekat perjalanan politik BABI.

Berbalik kepada kes dua ADUN PKR, maklumat dalaman yang saya perolehi menyatakan ia adalah hasil kerja orang dalam Pakatan Rapuh sendiri iaitu DAP. Ini kerana dua ADUN yang didakwa dalam kes rasuah wang dan seks ini adalah antara yang diwar-warkan akan melompat ke parti BN dan seterusnya menyaksikan berlaku peralihan kuasa dari Pakatan Rapuh kepada BN. Apabila DAP dapat menghidu perkara ini, mereka berasa sangsi dan risau kerana MP Perak sekarang hanyalah boneka semata-mata. Segala arahan kerajaan Negeri Perak datangnya daripada exco-exco DAP yang lebih ramai dalam pentadbiran kerajaan Negeri Perak manakala Ir. Nizar Jamaluddin hanyalah pak turut dalam segala urusan kerajaan Negeri.

Jadi, DAP telah memasang perangkap bagi menjerat dua ADUN PKR ini. Ini adalah penting bagi memastikan kelangsungan kuasa politik terus dipegang oleh DAP di Perak dan PAS hanya sebagai kuda tunggangan DAP.

Kita lihat serba sedikit dasar dan bantuan kerajaan Negeri Perak kepada rakyat di sana. Isu 400 hektar tanah yang diberi kepada sekolah Cina, isu pajakan tanah selama 999 tahun untuk penempatan Kampung Baru untuk orang Cina dan dengar kata kebanyakan mereka ini adalah bekas-bekas komunis suatu ketika dahulu dan bermacam-macam bantuan lain yang menguntungkan untuk kaum Cina di Perak.

Perkara ini tidak menghairankan kerana kita semua tahu bahawa exco-exco kerajaan Negeri Perak memang ramai dari kalangan DAP ditambah pula dengan emak kepada MB Perak, Ir. Nizar sendiri berbangsa Cina. Ini secara tidak langsung akan memastikan orang Cina di Perak akan mendapat lebih habuan di bawah Ir. Nizar.

PAS harus mengkaji penyertaan mereka dalam Pakatan Rapuh kerana DAP jelas tidak boleh berkompromi dalam segala hal. PKR pula hanyalah sebuah agenda peribadi BABI yang dilihat amat menguntungkan keluarga BABI. Bagaimana Pakatan Rapuh hendak mentadbir negara jika tidur sebantal namun mimpi berlainan...?