Friday, December 12, 2008

PM Setuju Nama Calon

JAKARTA 11 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau telah bersetuju dengan nama bakal calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari depan.

Menurut Abdullah, pengumuman mengenai calon BN itu akan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat ini.

"Saya telah melihat nama berkenaan dan telah bersetuju dan Najib akan mengumumkannya dalam sehari dua ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di Istana Presiden di sini hari ini.
Sebelum ini UMNO Bahagian Kuala Terengganu telah mengenal pasti senarai nama calon untuk mewakili BN dalam pilihan raya kecil itu.

dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 12 Disember 2008

No comments: