Friday, December 26, 2008

Masuk PAS : Zahar marah kerana tak dapat tender helikopter


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengucapkan `tahniah’ kepada PAS kerana menerima orang bermasalah dalam UMNO untuk menjadi ahli parti itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemasukan bekas Ketua UMNO Petaling Jaya Selatan Datuk Zahar Hashim dan 28 Ketua UMNO Cawangan dalam bahagian berkenaan ke dalam PAS. Zahar digantung keanggotaannya dalam UMNO selama tiga tahun pada awal bulan Disember kerana menjalankan kegiatan yang menjejaskan parti.

Beliau antara lain menyebarkan dakwaan mengatakan ada yang tidak betul dalam urusan pembelian Eurocopter. Sebaliknya siasatan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen yang turut dianggotai oleh Ahli Parlimen pembangkang baru-baru ini mendapati ia mengikut peraturan. Zahar adalah antara mereka yang membida tender untuk kontrak membekalkan helikopter berkenaan.

Bagaimanapun menurut Muhammad, UMNO negeri itu akan mengadakan mesyuaratnya berhubung dengan perkembangan terbaru itu.

Mengulas lanjut, Muhammad berkata, tindakan Zahar menyertai PAS mudah difahami kerana beliau begitu marah kerana dikenakan tindakan disiplin oleh UMNO.

Katanya, bekas Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan itu seharusnya sedar tindakannya yang melanggar disiplin parti dengan memburuk-burukkan kepimpinan parti.

“Dia yang buat surat hentam Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan dijaja ke seluruh negara hanya kerana tidak dapat tender bekalkan helikopter kepada Kementerian Pertahanan.

“Dia juga dapat tanah beratus ekar daripada kerajaan Barisan Nasional dahulu tetapi masih tidak bersyukur. Bila dikenakan tindakan disiplin dia bukan main marah lagi,” katanya ketika dihubungi Agendadaily.

Namun kata Muhammad, tindakannya menyertai pembangkang itu mungkin juga disebabkan untuk mendapat perhatian daripada kerajaan negeri Selangor sekarang kerana Zahar masih lagi aktif sebagai pemaju perumahan.

“Mungkin dia buat begini kot-kot dapat favour dari kerajaan negeri. Ini adalah jenis pemimpin yang tidak ikhlas,” tambah beliau.

dipetik daripada Agenda Daily Online, 24 Disember 2008

........................................................................................................................................................................

p/s: Masa beliau di hukum gantung keahlian UMNO selama 3 tahun, ramai orang simpati kepada beliau. Namun setelah beliau bertindak keluar UMNO dan masuk PAS, rasa kesian ahli UMNO kepada beliau bertukar menjadi meluat, menyampah dan benci kerana tindakan beliau yang bodoh dan berfikiran sempit. Itulah dia Kapten (B) Datuk Zahar Hashim.

3 comments:

Anonymous said...

CARA NAK JADI KAYA?????

Malaysiakini melaporkan[1];

“Bekas ketua bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim tidak sepatutnya menyertai PAS selepas mendapat kekayaan selama lebih 20 tahun berkecimpung dalam Umno, dakwa seorang pemimpin Pemuda Umno Selangor”

“Bekas ketua bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim tidak sepatutnya menyertai PAS selepas mendapat kekayaan selama lebih 20 tahun berkecimpung dalam Umno, dakwa seorang pemimpin Pemuda Umno Selangor”

TERFIKIR !!!

Patut ramai sangat suka masuk UMNO. rupa-rupanya dapat jadi kaya...

Baru hari ini aku tahu, rupa-rupanya kalau nak jadi kaya, tak perlu susah-susah. Aktif dengan UMNO boleh jadi kaya… cumanya, aku juga terfikir, macam mana UMNO boleh berikan kekayaan itu????

Tapi yang peliknya, kenapa masih ada lagi rakyat dari kalangan orang melayu bawahan yang masih lagi miskin??? Yang miskin-miskin tu pulak, bukan orang PAS dan PKR, tetapi ramai orang UMNO….

Betul ke ada dakwaan kata, UMNO ni bukan bagi kekayaan kepada rakyat, tetapi duit rakyat itu digunakan untuk mengkayakan kroni-kroni???

Kalau macam tu, Macam mana pula slogan “ketuanan melayu” yang dilaung-laungkan pula????? Kenapa slogan itu digunakan?? Apa relevannya UMNO menggunakan slogan itu????

Pelik tapi sebenarnya tidak pelik….

Pemuda Malaysia said...

setapakian,

tak baik buat tuduhan macam tue..
dah namanya berpolitik dan kebetulan pula berniaga, insya Allah akan senang..

Anonymous said...

MMG ITULAH UMNO...SAPER2 NAK CEPAT KAYA,MASUKLAH PATI PENGKHIANAT MELAYU NI...SANGGUPKAH???