Wednesday, December 10, 2008

Pemuda PAS: Fairus sukar ditemui

Selepas 10 bulan Pakatan Rakyat merampas Pulau Pinang, Pemuda PAS negeri masih gagal bertemu secara rasmi dengan timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin walau telah berusaha beberapa kali, kata sumber dewan itu.

Lalu dewan itu menganggap pemimpin kerajaan Pulau Pinang itu tidak berminat berjumpa dengan barisan kepemimpinannya."Kita rasa malas (nak atur pertemuan lagi). Kita anggap (beliau) tak mahu jumpa," sumber itu memberitahu Malaysiakini, mengulas dakwaan wakil rakyat PKR itu "tidak cekap" sehingga mendorong beberapa pegawainya meletakkan jawatan.

Mohammad Fairus minggu lepas menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkan semua dakwaan itu bohong dan dibuat bertujuan merosakkan nama baik beliau kerana ada pihak cemburu terhadapnya.Kata sumber itu lagi, pertemuan Pemuda PAS dengan Mohammad Fairus yang juga exco agama negeri antara lain bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan hal-ehwal Islam dan kedudukan sosio-ekonomi serta pendidikan orang Melayu di negeri tersebut.

Walaupun mendapat maklum balas daripada pemimpin negeri itu melalui surat atau faksimili untuk berjumpa tetapi tiada tarikh khusus ditetapkan, kata sumber lagi.Mohammad Fairus pernah sekali bersedia bertemu mereka tetapi dibatalkan oleh Dewan Pemuda PAS akibat masalah keluarga seorang pemimpinnya.

Barisan kepemimpinan Pemuda PAS negeri bagaimanapun tidak berselisih faham atau perkelahian dengan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, tambah sumber.

Pemuda PAS negeri tidak menafikan laporan media berhubung prestasi rendah PKR itu itu yang didakwa tidak cekap mentadbir, termasuk sering lambat menghadiri program dan mesyuarat.

dipetik daripada Malaysiakini Online, 10 Disember 2008

No comments: