Tuesday, April 8, 2008
Teruskan Menyokong Kepimpinan Pak Lah.
Kita telah mendengar amanat serta ucapan Perdana Menteri di dalam satu sesi penerangan untuk ahli-ahli UMNO terutamanya kepada semua Ketua Penerangan di peringkat bahagian yang diadakan pada 6 April 2008 di PWTC. Antara input yang diberi oleh Pak Lah selepas lebih sebulan PRU-12 adalah mengenai subsidi minyak dan kenaikan harga minyak di pasaran global, isu sabotaj yang dilakukan oleh ahli-ahli parti BN sendiri, kecaman serta serangan mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohammad ke atas kepimpinan Pak Lah, isu kuota dalam pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang dicanangkan oleh pelbagai pihak serta pelbagai masalah lain yang telah diberi penjelasan oleh Pak Lah.
Umum mengetahui BN gagal mempertahankan majoriti 2/3 di Parlimen di samping turut kehilangan 4 buah negeri dalam PRU-12 baru-baru ini. Pak Lah mengatakan bahawa wujudnya unsur sabotaj di kalangan ahli-ahli UMNO dan BN sendiri yang menyebabkan kekalahan calon BN di kawasan putih. Sebanyak 14 kawasan parlimen dan 22 kawasan dun adalah kawasan putih yang dijangkakan boleh dimenangi oleh calon BN tanpa sebarang masalah. Namun, BN gagal memenangi kerusi di kawasan yang dimaksudkan akibat unsur sabotaj yang dilakukan oleh golongan dalaman parti BN sendiri. Ternyata Pak Lah kecewa dan sedih dengan situasi yang berlaku. Akibat daripada sabotaj dalaman, BN gagal mempertahankan majoriti 2/3 di parlimen dan turut kehilangan pemerintahan di 4 buah negeri.
Buat ahli-ahli UMNO yang merasakan diri mereka terlibat dalam unsur sabotaj calon BN yang bertanding, insaflah dan renungi semula kekhilafan yang saudara semua lakukan. Sudah tidak adakah sekelumit rasa sayang anda pada parti anda? Parti UMNO adalah tunjang perjuangan melayu di mana kita tidak boleh menafikan penubuhan parti UMNO berjaya membawa kemerdekaan Tanah Melayu di samping kerjasama yang ditunjukkan oleh parti MIC dan MCA tanpa rasa berbelah bahagi.
Saya ingin mengaitkan sedikit kisah mengenai mantan PM dan PM kita sekarang, Pak Lah. Kita dapat melihat pentadbiran dan kemajuan yang cukup cemerlang di zaman Rasulullah S.A.W. Faktor ini dibantu oleh kesetiaan dan kejujuran 4 orang sahabat Nabi yang cukup unggul keperibadian mereka. Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-khattab, Usman bin Affan dan Ali bin Abi talib adalah nama besar yang bersama-sama Rasulullah mengembangkan syiar Islam ke seluruh alam. Namun Islam mula bergolak ketika era pentadbiran Usman dan semakin teruk ketika pentadbiran Islam beralih ke era Saidina Ali bin Abi Talib. Ketika seorang sahabat bertanya kepada Saidina Ali mengapa berlaku kacau bilau dan huru hara ketika zaman pemerintahan beliau? Saidina Ali lantas menjawab, ketika zaman Rasulullah, pemerintahan baginda amat cemerlang kerana dibantu oleh 4 orang sahabat yang cukup setia kepada Nabi. Apabila Nabi Muhammad s.a.w. wafat, pemerintahan Islam yang cemerlang diteruskan oleh Abu Bakar As-Siddiq. Pemerintahan Islam beralih ke era Umar Al-Khattab dan dibantu oleh Saidina Usman serta Saidina Ali. Namun kecemerlangan pentadbiran Islam mula goyah di bawah pentadbiran Saidina Usman dan menjadi tidak terkawal di zaman pentadbiran Saidina Ali. Ini kerana zaman pemerintahan Saidina Ali, beliau langsung tidak mempunyai sahabat-sahabat yang boleh diprcayai 100% dan tidak banyak yang memabantu Saidina Ali dalam menguruskan negara.
Saya ingin kaitkan kisah di atas dengan era pemerintahan Tun Dr. Mahathir yang goyah pada tahun 1999 rentetan isu pemecatan mantan TPM, Anwar Ibrahim. Mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengatasi masalah pentadbiran negara? Ini kerana Tun Dr. Mahathir dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri yang pada ketika itu adalah Datuk Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi. Pak Lah cukup setia kepada Tun Dr. Mahathir dan sentiasa memberi penerangan mengenai sesuatu isu dalam kerajaan kepada rakyat di seluruh pelusuk negeri. Bukan saya ingin menafikan kehebatan pentadbiran Tun Dr. Mahathir tetapi saya amat berharap supaya Tun Dr. Mahathir memberhentikan segala serangan dan desakan yang meminta Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Sepatutnya Tun Dr. Mahathir mambantu Pak Lah menangani situasi politik negara serta pentadbiran kerajaan pada hari ini dan bukan mengambil jalan dengan menghentam bekas TPM beliau sendiri.
Buat Tun Dr. Mahathir, adakah Tun sudah lupa bahawa Tun sendiri pernah mengatakan dalam perhimpunan agung UMNO pada tahun 1987 di mana "jika saya menang 1 undi sekalipun saya tetap menang". Kini BN juga menang PRU-12 cuma gagal mempertahankan majoriti 2/3 tetapi kenapa Tun berterusan mendesak Pak Lah meletakkan jawatan? Tun juga pernah berkata bahawa kerajaan yang kuat sangat pun tidak bagus. Kini BN gagal mendapatkan majoriti 2/3 di parlimen dan Tun pula bersuara dalam nada yang berlainan iaitu mengatakan Pak Lah telah gagal memimpin BN dan negara lalu menggesa Pak Lah meletakkan jawatan. Apa erti semua ini Tun? Zaman pentadbiran Tun yang gawat pada penghujung tahun 90-an dapat diatasi dengan bantuan dan sokongan kabinet Tun yang dikepalai oleh TPM ketika itu, Pak Lah. Oleh itu, saya berpendapat Tun juga harus membantu Pak Lah menghadapi sgala masalah yang timbul di dalam parti dan juga kerajaan dengan memberi idea serta pendekatan yang lebih berhemah. Bukan dengan desakan meletak jawatan yang selalu didendangkan oleh Tun sejak berakhirnya PRU-12 ini. Saya amat berharap agar Tun dapat menyokong kepimpinan Pak Lah agar BN dapat kembali menerajui negara ini dengan lebih kuat lagi di samping motto cemerlang, gemilang dan terbilang.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment