Wednesday, April 23, 2008

Langkah Terbaik

Kah Choon isytihar keluar parti
23/04/2008 4:25pm


BUKIT MERTAJAM 23 April – Bekas Timbalan Setiau saha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon hari ini mengisytiharkan keluar daripada parti tersebut selepas kontroversi pelantikannya dalam Lembaga Pengarah Per badanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Invest Penang Berhad (iP).

Kah Choon dalam kenyataannya berkata, beliau telah menyerahkan surat penarikan diri daripada menjadi ahli Gerakan ekoran keputusannya untuk menjawat jawatan itu tidak diterima oleh pucuk pimpinan parti.

Sehubungan itu katanya, beliau kini boleh menumpukan tugas-tugas yang diamanahkan dan membuat keputusan untuk membantu kerajaan negeri.
"Kritikan terhadap kemampuan saya untuk menjawat dua jawatan ini adalah tidak benar kerana rekod perkhid matan saya sebelum ini telah membuktikan sebaliknya," katanya.

Kah Choon berkata demikian bagi mengulas tindakan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) dan kepimpinan tertinggi Gerakan yang mahu beliau memberi sebab kena pa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya kerana menerima dua jawatan itu.


-Utusan-

Langkah yang diambil oleh bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan, Datuk Lee Kah Choon untuk keluar daripada parti Gerakan dianggap sebagai langkah terbaik kerana ia dapat menamatkan kontroversi berhubung pelantikan beliau dalam dua jawatan utama kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

BN dan Gerakan khususnya tidak perlu risau terhadap tindakan Lee Kah Choon kerana beliau sendiri yang membelakangkan prinsip dan arahan yang dikeluarkan oleh Pemangku Parti Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon supaya tidak menerima apa-apa jawatan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Saya berpendapat, manusia seperti Lee Kah Choon tidak setia kepada parti dan hanya mementingkan diri sendiri kerana tidak sanggup menghadapi kesusahan ketika parti Gerakan dilanda tsunami politik. Parti Gerakan mesti menjadi wakil pembangkang yang kuat di Pulau Pinang bagi memastikan segala manifesto yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat kepada rakyat Pulau Pinang ditunaikan sebaik mungkin. Apabila Lee Kah Choon menyandang jawatan yang diberikan oleh kerajaan negeri, ini akan menyukarkan pemimpin Gerakan dan BN untuk membantah apa-apa keputusan pentadbiran negeri yang dilihat merugikan rakyat dan menyimpang daripada perkara asal kerana penglibatan seorang ahli parti Gerakan di dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Jadi, tindakan terbaik adalah memecat Lee Kah Choon daripada ahli Gerakan namun apabila Lee Kah Choon sendiri bertindak keluar daripada parti, itu adalah langkah tepat yang diambil oleh beliau. Lagipun parti Gerakan masih ramai pemimpin yang setia dan berkaliber dan tidak perlu dirunsingkan dengan khidmat Lee Kah Choon yang sanggup menggadaikan prinsip parti dan mengingkari arahan Pemangku Presiden Gerakan.


1 comment:

Letting the time pass me by said...

Memang pilihan Lee Kah Choon adalah pilihan yang tepat..

Kita mungkin melihat tindakan Lee Kah Choon sebagai mementingkan diri sendiri atau kita boleh melihat bahawa beliau memilih untuk berbakti kepada Rakyat dengan penglibatan beliau secara langsung dalam PDC...