Tuesday, July 8, 2008

PERHIMPUNAN YANG MEMBUANG MASA

MP Batu Pahat menyifatkan tindakan penganjur perhimpunan PROTES menganjurkan perhimpunan membantah kenaikan harga minyak adalah satu tindakan yang tidak relevan dan tidak rasional. Beliau mencelah ketika perbahasan penggulungan jawapan RMK-9 oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Chor Chee Heung.

Perhimpunan PROTES langsung tidak membawa sebarang manfaat kepada apa jua keadaan untuk menurunkan harga minyak. MP Batu Pahat menjelaskan bahawa tindakan penganjur yang diketuai oleh MP Kuala Krai hanya membuang masa dan menyusahkan orang ramai. Pihak penganjur bukan sahaja gagal dalam penganjuran perhimpunan PROTES malahan menimbulkan kekecohan yang amat memalukan parti pembangkang. Perhimpunan yang dianjurkan sekadar menjurus kepada hiburan semata-mata dan langsung tidak memberi idea atau langkah-langkah menurunkan harga minyak kepada kerajaan.

Kenyataan MP Batu Pahat disokong oleh MP Muar dimana MP Muar memberitahu kepada Dewan bahawa jika tindakan undang-undang diambil sendiri oleh orang ramai, keselamatan negara akan tergugat kerana tindakan yang diambil tidak mengikut lunas undang-undang. MP Muar merujuk kepada tindakan yang diambil oleh penyokong-penyokong parti pembangkang yang memukul seorang artis underground yang dijemput menjayakan sebuah konsert dalam perhimpunan PROTES. Adakah ini tindakan tepat diambil oleh penyokong pembangkang? MP Muar membayangkan jika tiada pasukan polis yang menjalankan tugas mengawal serta memastikan keselamatan negara berada di tahap yang terbaik.

Jika setiap kali ada perhimpunan, soal keselamatan diserahkan bulat-bulat kepada pihak penganjur, nescaya keselamatan orang ramai yang hadir berada di tahap yang membimbangkan kerana pihak penganjur akan gagal mengawal perjalanan sesuatu perhimpunan itu. Ini telah dibuktikan oleh MP Kuala Krai sebagai ketua penganjur perhimpunan PROTES yang gagal mengawal kekecohan yang berlaku tempoh hari.

Sehubungan ini, MP Batu Pahat dan Muar sepakat meminta pihak polis mengambil tindakan tegas kepada setiap penganjuran perhimpunan yang didapati tidak membawa sebarang manfaat kepada negara.

PENDIDIKAN KEPADA MASYARAKAT JUGA PERLU

Ketika sesi penggulungan jawapan RMK-9 oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato' Chor Chee Heung, MP Shah Alam membangkitkan mengenai penglibatan anggota polis dalam isu rasuah.

Dato' Chor Chee Heung menjawab persoalan mengenai gejala rasuah yang dikemukakan kepada agensi penguatkuasaan seperti PDRM bahawa memang ada segelintir anggota polis yang terlibat dalam gejala rasuah namun jumlah angka yang menunjukkan penglibatan anggota polis amat kecil. Kerajaan Malaysia tidak pernah berkompromi dan tindakan tegas telah diambil kepada mana-mana anggota polis yang terbabit dalam gejala rasuah.

Namun, Dato' Chor Chee Heung turut memberi penyelesaian kepada gejala rasuah yang melibatkan anggota polis dengan mengatakan bahawa rakyat juga harus memainkan peranan dalam mengurangkan kes rasuah seterusnya menjadikan negara Malaysia sifar rasuah. Rakyat harus diberi pendidikan moral mengenai bahayanya rasuah kepada pembangunan negara. Timbalan Menteri Dalam Negeri itu berkata, jika tepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi. Ini merujuk kepada perangai sesetengah rakyat Malaysia yang memberi rasuah kepada anggota polis dan untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku, rakyat mesti bekerjasama dengan melaporkan kepada pihak atasan jika berlaku kes rasuah yang melibatkan anggota polis atau agensi penguatkuasaan yang lain supaya tindakan segera dapat diambil.

ANWAR BERANI SAHUT CABARAN SAIFUL???

Sejauh mana keberanian Anwar menyahut cabaran Saiful untuk bersumpah bagi menyelesaikan tuduhan yang dihadapi oleh Anwar dalam isu "meliwat"?

Media telah diminta oleh pihak polis agar tidak membuat sebarang andaian yang boleh mengganggu dan menjejaskan penyiasatan polis dalam kes liwat Anwar. Namun, isu ini begitu hangat dan sentiasa menjadi bahan perbualan di mana-mana jua.

Walaubagaimanapun, nasihat yang diberi oleh pihak berkuasa harus dihormati. Kita berharap satu keputusan yang telus dapat dikemukakan agar segala persoalan dapat dirungkai.

Monday, July 7, 2008

JEMPUT ARTIS TUNJUK "BONTOT"...???

Gambar di atas menunjukkan seorang artis underground yang melakukan persembahan di Stadium Kelana Jaya sempena perhimpunan membantah kenaikan harga minyak oleh kerajaan Malaysia. Kenapa jemput artis yang suka tunjuk "bontot"??? macam ada something wrong jer...

Saya berpendapat artis ini dijemput kerana Ketua Penasihat PKR sendiri sekarang sedang disiasat kerana "meliwat". Jadi, faham-faham sendiri je lah yer..

Betul tak pendapat saya???

PERHIMPUNAN SEJUTA RAKYAT DAH JADI MACAM "FUN FAIR"

Rentetan gambar-gambar di atas menunjukkan Perhimpunan Sejuta Rakyat yang diadakan di Stadium Kelana Jaya semalam. Apabila TV3 menganjurkan konsert dan program "Jom Heboh", pihak pembangkang terutama daripada PAS telah membangkang dan mengutuk sekeras-kerasnya program "Jom Heboh" tersebut.

Namun, gambar di atas adalah bukti jelas dan nyata bantahan pihak pembangkang terhadap konsert "Jom Heboh" adalah retorik semata-mata. Perhimpunan yang pada mulanya diadakan dengan tujuan untuk memprotes kenaikan harga minyak telah bertukar menjadi "Fun Fair" murahan malahan lebih teruk daripada Konsert "Jom Heboh" yang sentiasa dipandang sinis oleh pihak pembangkang.

Pada pandangan saya, sepanjang berlangsungnya konsert "Jom Heboh" tidak pernah berlaku kekecohan yang melibatkan pergaduhan dan apa yang berlaku semalam di Stadium Kelana Jaya adalah yang terburuk dan amat memalukan kerajaan "Pakatan Rapuh" terutama PAS yang telah bermati-matian memboikot artis seperti Ella dan Mas Idayu dalam sambutan 100 hari kerajaan "Pakatan Rapuh" memerintah Selangor.

Kerajaan "Pakatan Rapuh" memang cakap tak serupa bikin dan indah khabar dari rupa kerana pendirian yang tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah. Setelah 50 tahun negara merdeka, seharusnya rakyat menjadi lebih matang dalam memilih kerajaan yang berwibawa dan mampu memacu ekonomi Malaysia ke tahap yang tertinggi.

Justeru itu, saya berharap dengan paparan gambar yang ditonjolkan di atas dapat membuka mata dan minda para pembaca agar menilai yang mana baik dan yang mana buruk.

PERHIMPUNAN 'SEJUTA RAKYAT' TAK BERI SEBARANG MANFAAT

PUTRAJAYA: Insiden mengaibkan pada perhimpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun anjuran Pakatan Rakyat semalam jelas membuktikan usaha pembangkang itu tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

“Sebab itu kita tidak suka perhimpunan seumpama itu berlaku kerana ia membawa budaya liar.

"Apakah parti pembangkang nak galakkan budaya buka seluar dan tunjukkan punggung ini, apa manfaat yang boleh kita dapat.

“Apa pun yang kita nak buat, tertakluk kepada undang, bukan boleh buat apa sahaja yang kita suka. Dan bila polis bertindak, mereka akan kata polis tidak adil dan berat sebelah pula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Beliau mengulas insiden apabila seorang penyanyi jemputan yang dikenali Alak dari Kumpulan Carburetor Dung bertindak liar melondehkan seluar ketika membuat persembahan di Stadium Kelana Jaya, malam tadi.

Menurut laporan, penyanyi itu kemudiannya dibelasah oleh beberapa penonton.

Syed Hamid berkata sama ada penyanyi itu akan dikenakan tindakan atau tidak, terpulang kepada polis.

Mengenai latihan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2 Julai lalu, beliau berkata latihan itu bukan bermakna negara berada dalam keadaan tidak aman atau darurat akan berlaku.

“Latihan itu hanya sebagai meningkatkan tahap kesediaan, bukan ada sebab lain yang terselindung,” katanya.

-Bernama-