Monday, July 7, 2008

MP JELUTONG PANAS PUNGGUNG

MP Jelutong bersikap amat biadap dan cepat melatah. Beliau panas punggung dan cuba mengganggu ucapan yang dibuat oleh MP Simpang Renggam pada persidangan Dewan hari ini.

MP Simpang Renggam membangkitkan kelemahan pentadbiran kerajaan "Pakatan Rapuh" di Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP. Ketika MP Simpang Renggam ingin menerangkan fakta yang sebenar mengenai peruntukan yang disalurkan kepada Pulau Pinang, MP Jelutong dengan biadap bangun dan cuba mencelah serta mengganggu ucapan MP Simpang Renggam. Baru kena jerkah sikit dah melatah pula MP Jelutong. Bagaimana hendak mentadbir negara jika teguran yang diberi tidak dapat diterima pakai?

MP-MP pembangkang memang begitu sifatnya di Dewan Rakyat. Mereka cepat panas bila diperli atau disindir. Tetapi, MP-MP pembangkang tidak pula sedar yang mereka memang selalu mencari kesalahan kerajaan pusat dan menafikan usaha murni kerajaan untuk membantu rakyat jelata sebaik yang mungkin. Saya berharap sangat kerajaan "Pakatan Rakyat" tidak mentadbir negara ini dan cukuplah sepenggal mereka ini mentadbir negeri-negeri yang jatuh ke tangan mereka. 100 hari mentadbir negeri, macam-macam perkara negatif terjadi.

Thursday, July 3, 2008

JANGAN SERTAI DEMONSTRASI JALANAN

Perhimpunan haram di Malaysia sudah seakan fenomena biasa. Ia akan berlangsung ketika terjadinya sesuatu perkara yang dikatakan membabitkan kepentingan awam. Sesuatu perhimpunan yang dibuat biasanya memang tidak akan mendapat kebenaran ataupun permit daripada pihak polis. Oleh itu, wajarlah ia dipanggil perhimpunan haram.

Perhimpunan haram mula bertapak di Malaysia ketika mantan TPM, DSAI dipecat daripada kabinet dan kerajaan. Kini, ia menjadi trend kepada golongan tertentu yang taksub dan mempunyai matlamat berhaluan kiri untuk mendesak kerajaan Malaysia tunduk kepada demonstrasi-demonstrasi yang berlangsung. Namun, terfikirkah di benak pemikiran mereka yang menyertai demonstrasi dan perhimpunan haram bahawa ia tidak membawa sebarang manfaat malahan hanya akan mengundang gejala-gejala negatif? Betapa bodohnya mereka yang sanggup berpanas dan berhujan berarak untuk membantah sesuatu perkara yang dilakukan oleh kerajaan.

Dalam Berita Harian Online hari ini pihak polis telah memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menghadiri perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat di padang berdekatan Amcorp Mall, di Petaling Jaya, Ahad ini. Perhimpunan haram ini diadakan di antaranya untuk membantah dan memprotes kenaikan harga minyak yang berlaku bulan Jun yang lalu.

Parti "Pakatan Rapuh" mengatakan bahawa perhimpunan yang akan mereka anjurkan dijamin tidak akan membawa kepada apa-apa masalah yang melibatkan undang-undang. Namun saya ingin memberi satu contoh di sini, anda memandu kereta di malam hari di sebatang jalan raya yang lengang. Ketika memandu, anda akan melalui sebuah lampu isyarat yang ketika itu berwarna merah. Anda dapati memang tiada langsung kenderaan lain dan anda memutuskan untuk meneruskan perjalanan dengan melanggar lampu isyarat yang ketika itu sedang merah. Tiba-tiba, selepas anda melanggar lampu isyarat ada sebuah kereta polis yang sedang meronda dan melihat anda melakukan kesalahan tersebut. Anda ditahan oleh kereta peronda dan anda akan disaman kerana melakukan kesalahan tersebut. Anda merayu dengan memberikan alasan bahawa tiada sebuah kenderaan yang melalui persimpangan tersebut. Apa pun alasan anda, anda akan tetap disaman kerana melanggar lampu isyarat merah yang sepatutnya anda berhenti ketika itu. Cerita yang saya paparkan di atas adalah sama dengan orang yang ingin berdemonstrasi tetapi tidak mendapat permit daripada pihak polis. Walaupun mereka yang ingin mengadakan perhimpunan ini mengatakan ia adalah perhimpunan aman dan tidak akan mencetuskan huru-hara, tetapi ia tetap salah di sisi undang-undang kerana tiada permit.

Jadi, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar tidak terlalu mengikut perasaan marah dengan menganjurkan atau menyertai demonstrasi jalanan yang hanya akan menjadikan Malaysia negara bermasalah. Biarlah "Pakatan Rapuh" nak buat apa sekalipun, kerana ia tidak lebih daripada agenda peribadi untuk menguasai negara Malaysia. Sebagai masyarakat yang rasional, demonstrasi bukan penyelesaian kepada masalah yang menimpa, sebaliknya bantulah kerajaan mencipta persekitaran yang aman, makmur dan selamat supaya pelabur dan pelancong dari luar tidak takut datang ke Malaysia.

Tuesday, July 1, 2008

AS JANGAN CAMPUR TANGAN URUSAN DALAMAN MALAYSIA

AS tidak mahu Anwar disiasat
01/07/2008 3:33pm

WASHINGTON 1 Julai – Amerika Syarikat (AS) semalam menyatakan ia menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermotifkan politik.
“Sudah pasti (kita) akan menentang sebarang kuat kuasa undang-undang atau prosedur kehakiman atau apa juga yang tidak mengikuti undang-undang.
“Perkara utama bagi kami adalah kedaulatan undang-undang mengatasi politik,” kata jurucakap Jabatan Negara AS, Tom Casey. – AFP

dipetik daripada Utusan Malaysia Online

------------------------------------------------------------------------------------------
oleh : Pemuda Malaysia

Nampaknya rakan baik DSAI sudah mula campurtangan dalam hal dalaman Malaysia. AS tidak boleh bertindak mengeluarkan kenyataan sebegitu. Apa motif utama AS bertindak sedemikian? Nampak seperti ada udang di sebalik batu.

Saya berpendapat, jika DSAI disiasat dan di dapati bersalah, beliau akan dipenjarakan. Dengan ini akan hancur harapan AS untuk menaikkan kerajaan boneka yang dipimpin oleh DSAI dan "Pakatan rapuh" nya. Sedarlah wahai rakyat Malaysia, DSAI yang boleh berubah dalam pelbagai wajah. Yang nyata, DSAI mendapat sokongan penuh daripada Barat dan Yahudi. Perkara sebegini pun tak kan rakyat Malaysia pandang remeh?

AS terkenal dengan negara yang suka mencampuri urusan dalaman negara lain. AS cuba menjadi jaguh di mana-mana negara yang menghadapi apa jua pergolakan sama ada dari segi politik, ekonomi dan sebagainya. Kita lihat Iraq, Iran, Vietnam, Myanmar dan lain-lain negara yang mana campurtangan mereka membawa kehancuran kepada negara tersebut. Adakah anda sebagai rakyat Malaysia ingin melihat Malaysia menuju kehancuran?

Kita sama-sama berdoa agar Malaysia sentiasa dipelihara dari apa jua anasir luar yang tidak diundang. AS sudah terbukti hanya memporak-perandakan keadaan di sesebuah negara. Kenapa AS perlu keluarkan kenyataan tersebut dan mencampuri hal dalaman Malaysia? DSAI belum disiasat lagi dan jika disiasat itu adalah prosedur biasa dan AS tiada hak campurtangan dalam perkara sebegini.

Sekali lagi saya menyeru dan merayu kepada semua rakyat Malaysia agar menentang sebarang campurtangan dari mana-mana negara luar terutama AS yang kita sedia maklum hanya akan membawa kehancuran kepada Malaysia. Jangan sempitkan fikiran anda, fikirkan satu ayat yang saya sebutkan di sini, "Apa kepentingan Anwar kepada AS sehingga mendapat pembelaan sebegitu sekali"...fikirkan...

EZAM BUAT LAPORAN BPR BERHUBUNG DAKWAAN SALAH GUNA KUASA PEJABAT MB SELANGOR

01/07/2008 2:50pm

SHAH ALAM 1 Julai — Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan salah guna kuasa pejabat Menteri Besar Selangor mengenai sumbangan sempena sambutan 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Laporan berkenaan dibuat di pejabat BPR Selangor di sini, kira-kira pukul 10.45 pagi dan Mohamad Ezam turut menyerahkan dokumen berkaitan dakwaan salah guna kuasa itu kepada Pengarah BPR Selangor Ja’afar Mahad.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Mohamad Ezam berkata kehadiran beliau di pejabat BPR Selangor adalah untuk menunaikan janji menyerahkan dokumen berkaitan penyalahgunaan kuasa itu serta menyangkal tuduhan yang menyatakan bahawa beliau berbohong semasa mendedahkan mengenai perkara itu sebelum ini.

“Saya lihat tuduhan bohong itu sebagai tuduhan yang serius dan mencabar kredibiliti saya, jadi sebab itu saya hadir hari ini. Saya nak tunjukkan letter head (kepala surat) surat ini yang jelas tunjukkan letter head pejabat Menteri Besar Selangor dan nombor faks yang masuk ke syarikat yang diminta memberi sumbangan ialah nombor faks pejabat Menteri Besar Selangor.

“Jadi ia jelas gunakan pejabat Menteri Besar Selangor untuk mendapat umbangan bagi parti dan individu yang bagi saya jelas berlaku salah guna kuasa,” kata Mohamad Ezam yang menyertai Umno baru-baru ini.

- DIPETIK DARIPADA BERNAMA -

KOMEN SAYA :

BARU 100 HARI BERKUASA, MACAM MANA KALAU 10 TAHUN BERKUASA. HANCURLAH NEGERI SELANGOR. MP GOMBAK TENGAH BERUCAP SEKARANG DAN SEDANG MENGHENTAM KERAJAAN PUSAT. TAPI BELIAU TAK SEDAR YANG KERAJAAN 'PAKATAN RAPUH' DI SELANGOR PUN AMAT LEMAH TERUTAMA DALAM PENGURUSAN KEWANGAN. BARU URUSKAN DERMA DAH MENYELEWENG, MACAM MANA DENGAN PENGURUSAN YANG LAIN? KENYANG LAH 'PAKATAN RAPUH' DI SELANGOR..

KENYATAAN KURANG AJAR MP PUCHONG

Saya menonton Buletin Utama di TV3 semalam dan amat terperanjat serta berasa marah dengan kenyataan biadap serta kurang ajar yang ditunjukkan oleh MP Puchong.

MP Puchong mengulas mengenai pengusiran beliau daripada sidang Parlimen dan tidak dibenarkan masuk ke persidangan Dewan Rakyat selama 2 hari sebagai hukuman akibat tidak menghormati Tan Sri Yang di Pertua Speaker.

MP Puchong terlalu angkuh dan biadap kerana mempersoalkan hukuman yang dikenakan terhadap beliau dan mempersoalkan siapa Tan Sri Yang di Pertua Speaker dan apa kuasa beliau untuk megusir dan tidak membenarkan MP Puchong menyertai persidangan selama 2 hari? Kata-kata ini adalah terlalu biadap dan langsung tidak menghormati jawatan Tan Sri Yang di Pertua Speaker.

Sepatutnya MP Puchong kena sedar bahawa beliau yang melakukan kesalahan dengan mengulas sesuatu perkara yang bersifat peribadi dan terkeluar dari soalan yang dibincangkan. Beliau juga lantang membantah keputusan Tan Sri Yang di Pertua Speaker yang menyuruh MP Puchong duduk tetapi beliau tidak mahu duduk. Ini telah mencabar kewibawaan Tan Sri Yang di Pertua Speaker dan dengan itu hukuman harus diberikan kepada MP Puchong kerana melawan keputusan Tan Sri Yang di Pertua Speaker.

Saya mencadangkan tindakan lebih keras dikenakan kepada MP Puchong agar perkara yang sama tidak dilakukan oleh MP-MP pembankang yang lain. Apa yang dilakukan oleh MP Puchong adalah sesuatu yang tidak menghairankan kerana "bapa borek, anak rintik". Bapa beliau yang juga MP Bukit Gelugor selalu bersikap biadap dan kurang ajar dengan mempertikaikan berbagai-bagai keputusan Tan Sri Yang di Pertua. Jadi, tabiat ini telah diwarisi oleh anak beliau sendiri.

JANGAN TUNJUK AJAR SPEAKER DEWAN

Kenyataan MP Pasir Salak yang mengatakan MP-MP terutama daripada pembangkang yang cuba mengajar Tuan Yang Di Pertua Speaker dan Timbalan tentang "point of order" disokong oleh Speaker Dewan.

Speaker Dewan menyatakan MP-MP pembangkang kerap memainkan "point of order" tanpa mengetahui fungsi sebenar "point of order". Apabila perkara ini terjadi, ia telah membuang masa persidangan Dewan dan MP-MP pembangkang yang bangun dan menyatakan "point of order" hanya ingin meraih publisiti murahan sahaja.

Ini amat berbeza ketika persidangan Dewan yang lepas di mana sesi soal jawab dapat dihabiskan sehingga 14 soalan dalam masa satu setengah jam dan kini dengan kehadiran MP-MP pembangkang yang ramai, kurang 10 soalan dapat dijawab setiap hari.

Speaker Dewan mengingatkan kepada MP-MP pembangkang terutama MP Batu Gajah bahawa tidak perlu nak mengajar Speaker tentang perjalanan mesyuarat atau "point of order".

Monday, June 30, 2008

ANWAR MELIWAT LAGI?



Hari ini terpampang di dada akhbar-akhbar nasional cerita mengenai mantan TPM, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang dituduh meliwat lagi. Laporan terhadap salah laku yang ditujukan kepada DSAI telah dibuat oleh seorang pembantu beliau yang berusia 23 tahun. Jika benar perkara ini dilakukan oleh DSAI, saya menyeru rakyat Malaysia agar menolak perjuangan yang dibawa oleh parti PKR. Adakah anda semua ingin melihat bangsa Malaysia dihancurkan oleh Allah S.W.T seperti di zaman Nabi Luth di mana kaum Nabi Luth yang gemar 'berhomoseksual' telah diturunkan bala oleh Allah.

Walaubagaimanapun, kita tunggu hasil penyiasatan daripada pihak polis. Tetapi, jika ditanya sejauh mana peratusan cerita tentang DSAI ini, saya meletakkan 100% bahawa DSAI melakukan perbuatan terkutuk itu.